Skip to main content

Cerita gua 6

Oleh : AdukaTaruna

Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5 | Siri 6

Mu Cino ko?

Gua jalan depan, polis jalan belakang. Dia arahkan gua ke pintu pertama. Masuk pintu tu, kelihatanlah 4 buah sel saling bertentangan. Nyamuk tu dia... banyak macam Bangla kat negeri UMNO. Dari bising, semua senyap dan tengok gua.

Polis buka pintu sel, gua masuk. Seluruh mata tertumpu pada gua. Gua senyum. Setengah sahaja yang balas.... polis tadi berlalu dengan muka sombong. Biasola...

"Kes gapo we?" Tegur seorang brader yang bersandar kat hujung bilik yang sama dengan gua.

Dialog gua main agak2 jer. Gua tak berapa pandai loghat Kelantan ni. Tapi orang Kelantan boleh faham kecek luar. Teori gua maybe sebab persekitaran televisyen dan radio yang biasa mereka dengar kecek luar.

Gua senyum.. dan tengah fikir nak jawab apa untuk level golongan2 macam ni. Tahu ke diorang?

"Mu cino ko we?" Tak sempat jawab... Tanya seorang lagi. Umur bawah gua rasanya. Gua senyum lagi.

"Tengok kulit la bro..." Gua senyum sambil tayang warna lengan gua. Dalam kepala otak gua, maybe gua terkial2 nak jawab tu kot dia fikir gua bangsa Cina tak paham bahasa Melayu.

"Cerita la we... mu kes gapo?" Sekor lagi OKT dari bilik sebelah sound gua.

"Kes politik bro.." Senyum sambil duduk atas lantai bahagian tinggi berlapik papan. Tempat untuk tidur.

"Lawan kerajaan la ni....." Brader misai bilik depan menyampuk.

Gua senyum dan bergerak rapat ke dinding untuk sandar.

"Mu tak boleh lawe kerajaan we... salah.."

Gua senyum. Gua dah dapat satu level untuk satu OKT. So, jawapan gua kena turun untuk level paling bawah.

"Mu lawan macamana we? Bergaduh ko macamano?"

"Tulis melalui internet."

"Internet? Macamana tu we?"

Ah sudah.... buang masa gua kalau gua bincang bab internet. Gua kena pancung cepat.

"Kenapa salah kalau lawan kerajaan bro?" Wa tanya brader misai bilik depan. Saja gua pilih dia, sebab kalau pilih dia, gua boleh bercakap dengan kuat dan didengar oleh kesemua 4 bilik. Termasuk bilik istimewa yang dihuni oleh seorang banduan sahaja. Dia pun dengar gua gak.

"Mana boleh lagu tu.. dia kerajaan. Dia yang bagi kita gaji. Kita nak gigit tangan dia?"

"Dia bagi kita gaji, atau kita lantik dia suruh dia uruskan gaji kita, bro?" Gua senyum. Semua diam... lambat pikap la tu..

"Kan ke kita kena undi dan pilih siapa yang layak untuk uruskan segala duit gaji kita." Diam lagi...

"Jadi sebenarnya... kita adalah majikan kepada kerajaan. Kerajaan kena dengar pendapat kita. Kerana kerajaan adalah pekerja kita." Diam lagi.

"Betul tak bro?" Gua tanya kat banduan bilik single sambil senyum. Broder tu blurr...

"Tak boleh lagu ni we.... mu tak boleh cakap macam ni. Ado cctv." Brader satu bilik dengan misai tunjuk cctv kat syiling.

Gua pandang cctv, senyum dan angkat tangan kat kamera.

"Mu undi apo we?" Brader misai tanya gua.

"Lu dah daftar undi bro?" Gua senyum. Dia pun sengih..

"Dia macam ni bro, we.... kita ni bukannya baik semua.. dan bukannya jahat semua. Tapi baik atau jahat kita, kita mesti nak kepada cara Islam. Betul tak bro? Betul tak we?"

Sebilangan mereka memberi reaksi angguk.

"Jadi, kawe nak bertanyo pado abe yang hok misai satu perkaro.." Gua try kecek Klate.. psiko beb. Meraikan audien. Kasi dia bangga sket.

"Surat khabar Utusan siapo punyo? Kerajaan punyo atau pembangkang punyo?"

"Kerajaan punyo la we..." Yang lain jawab.

"Kalau Utusan hok kerajae punyo.... Kerajae suruh siapo baco? Suruh Melayu kito baco, atau suruh hok buke Melayu baco?"

"Suruh Melayu kito la baco...." Budak yang tanya gua tadi jawab.

Gua dah senyum.

"Jadikan we, bro... keputusan no ekor kat surat khabar kerajaan tu dia suruh siapo main judi? Kerajae suruh buke Melayu buke Isle main judi, atau suruh Melayu Isle kito main judi?"

Terus semua bilik lokap bising. Semua start buka cerita politik. Hujah tahap intelek mudah ma.... level2 OKT secara rambang yang gua nilai.

Tiba2.. bunyi pintu besar dibuka. Semua senyp. Polis tadi masuk. Member dia tunggu kat pintu awasi. Terus ke bilik sel gua. Buka pintu, tunjuk gua suruh keluar. Gua follow.

Dia pergi ke bilik sel yang kecil tadi. Untuk tahanan seorang. Buka dan brader tu disuruh keluar. Brader tu senyum kat gua, gua balas dan hulur tangan bersalaman. Gua disuruh masuk ke bilik tahanan kecil tu. Bila gua masuk, semua OKT bersorak.

"Woooooo........"

"Takper... kejap lagi kita sambung lagi...." Kata gua kat brader misai yang sudah menjadi jiran gua.

(bersambung.....)

Comments

  1. oiiii duka.... lu buat dialog pekat kelate la ... baru real.... hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Hahaha... gua dah taip habes pekat dah tu bro..

    ReplyDelete
  3. fuuiyo,lu memang terrer la bro,gua ingat semua okt tu angkat lu jadi taiko diorang.

    ReplyDelete
  4. maybe lu tak ingat lu kene tangkap sebab apa.

    lu ingat lu pejuang politik web 2.0 ke beb?
    jangan perasan lah.

    padahal lu kena tangkap sebab?
    menghina orang yang dah arwah.

    n bukan sebab2 mcm rockybru, RPK atau blogger lain2.

    lu dengan dorang macam langit dengan bumi.
    dorang langit, engkau air longkang dalam parit atas muka bumi.

    ReplyDelete
  5. Tapi baik atau jahat kita, kita mesti nak kepada cara Islam. Betul tak bro? Betul tak we?

    "perkataan KITA tu merujuk kepada siapa? semua rakyat kecuali awak ka atau awak sorg kecuali semua rakyat? nakkan cara Islam mesti betul2 nak...."

    ReplyDelete
  6. roman kau cam jawo dio koba cm cino?!
    kau xboto ko acik polis tu xboto.. haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.