Skip to main content

Dengarlah sini wahai ulama PAS.


Oleh : AdukaTaruna

Pertama sekali wa nak minta maaf kerana cara wa kasar. Hormat wa kat PAS ni, tidaklah tinggi. Wa sokong pun atas tajuk taktikal ke arah Islamic State. Asal jalan yang wa nampak menuju ke arah Islamic State, wa akan fight ikut kemampuan wa. Termasuk la membelasah ulama PAS. Lu nak belasah balik pun tak kisah. Demokrasi, tapi ambillah masa baca artikel ni dulu. Jangan kemaruk suruh pengundi dengar / wala kat lu orang jer, dengar plak dari pengundi ni ha.

PAS wajib menarik diri jika Islam tidak mendominasi?

Ramai ulama tahu makna dominasi. Sebab kerja ulama gen Melayu ialah belajar dari penemu dan hafal. Tapi berapa ramai tahu cara untuk mendominasi? Ini yang tidak ramai kerana ianya kerja berfikir.

Meh sini wa try tunjukkan. Mari kita lihat apa pilihan yang PAS ada dalam mencari kata-kata ulama genetik Melayu ini. Yakni :

PAS wajib menarik diri jika Islam tidak mendominasi. Skang wa akan bawa pembaca akan ulama hardisk dan kesannya.

1. PAS ketika dalam Barisan Rakyat.

a. Fokus kepada ini : PAS wajib menarik diri jika Islam tidak mendominasi.

b. Berbagai ujian kematangan berlaku kepada PAS. Dari konsert hingga yang terbaru, Bar Council. Definasi dominan mula dikemukakan. Tetapi cara dominan tidak diperasani.

c. Kita ambil saranan ini. Dengan apa yang berlaku, maka, jatuhlah definasi kegagalan dominan itu .

d. Maka, PAS wajib keluar dari Barisan Rakyat.


2. PAS ketika bersendirian.

a. Fokus kepada ini : PAS wajib menarik diri jika Islam tidak mendominasi.

b. Dengan bersendirinya PAS, maka UMNO-BN kekal gagah seperti dulu.

c. Maka, berlakulah seperti mana 50 tahun. Kecuali Kelantan, Islam tidak mendominasi.

d. Kita ambil saranan ini. Dengan apa yang berlaku, maka, jatuhlah definasi kegagalan dominan itu .

e. Maka, kecuali Kelantan, PAS wajib keluar dari mana pula? Malaysia? Atau menarik diri dari demokrasi total dan berjuang setulen Nabi Saw? Ada ketenteraan seperti Hamas?

Silakan, tetapi, beranikah ulama gen Melayu PAS? Atau lebih tepat, beranikah kepada si ‘pemikir’ itu? Setakat pamerkan database yang dicopy di university boleh la.

Jangan jadi anjing wahai ulama PAS.

Baiklah. Sekarang kita pergi ke flash back ini pula.

1.
http://adukataruna.blogspot.com/2008/07/pas-jangan-jadi-anjing-yang-menggelabah.html

2. http://adukataruna.blogspot.com/2008/07/fight-pas-fight-bukan-berundur-menjadi.html

Dapat? Sekarang kita pergi ke episod semasa.

1.
http://adukataruna.blogspot.com/2008/08/pandangan-peribadi-isu-forum-memeluk.html
Baca perbincangan di ruang komen tersebut. Antara taktikal Islamic State, dengan idealogi Secular State.

2.
http://adukataruna.blogspot.com/2008/08/andai-salahuddin-al-ayyubi-seorang.html

Kesimpulan.

1. Bersabarlah. Tunggu UMNO kalah dahulu untuk melihat taktikal seterusnya. Dengan kekalahan UMNO, pasti berlaku pembersihan di dalamnya, di mana mungkin selepas itu (pembersihan sedikit sebanyak itu melegakan muslim dan non muslim) mewajarkan PAS bertahaluf dengan UMNO.

2. Jika anda seorang ‘somebody’ PAS, kurangkan bersuara seperti orang bebas. Jika tidak seronok memelihara suara jemaah yang anda bai’ah, sila letak jawatan, ishtihar keluar jemaah dan join kelab wa. Kelab bebas. Time ni, lu nak suara ke, nak melalak apa sahaja, boleh. Jangan copy paste gambar polis kepala anjing sudah. Bro Penarik Beca dah bagi nasihat dalam blog dia.

Wallahualam.

Comments

  1. wa sokong lu ..saudara aduka...

    apa cerita ni...di Penang, melalak nak keluar pakatan...apa cerita ohhh...wa respek Tok Guru Hj hadi..ttp smnjak dan dua menjak ni..wa nak tarik balik lah weiii..

    PR belum menang lagi...PR belum ambil alih lagi...sudah mau tarik diri ?...

    ayoyoyooo... Pintu belum masuk lagi dah kata nak keluar...padahal masih duk kat luar lagi..

    dia ada 3 Fasa kesah PR ni.. satu Fasa sdg berjuang dan menang bhgn sepruh PRU12... Fasa kedua utk tarikh Anwar ambil alih Permatang pauh dan Fasa ketiga..bila PR ambil alih pemerintahan negara..

    Wa tgok ah, TGHH talak sinang ohhh... apa cerita ni.... dia tak suka anwar menang ohhh..

    Kalu ye pun, tunggu UMNO kalah dulu... biar PR ambil pemerintahan dulu..masa tu lihat dan nilailah..kalu PR dah menyeleweng ..larilah masuk dan PAKAT dgn UMNO balik...

    tu je bukan susah...

    ni awal2 lagi dah declare kemungkinan nk keluar PR a...apa niat ni... FASA kedua belum jalan lg dah buat declarations..

    Ada niat tersembunyi ni...

    Wa bimbang ahhh...kalu TGHH keluar PR..wa bimbang utk Trganu saja ohhh..Klantan...Perak, Kedah dan Selangor...tak ikut maaaaaa..

    wa bimbang dia saja ..sbb dia di hasut olh org2 PAS yg Kalah..yg takda peluang nk pegang jwtn tinggi.... lebih baik pakai BACK DOOR....join UMNO awal2... dpt senator kut..

    Tu je...

    Tunggulah FASA KEtiga... masa tu...PAS dah pun masuk pintu...tengok lah sekeliling...kalu rasa rumah tak molek...nak keluar..keluarlah...

    ni belum masuk pintu dah istihar nak keluar...padahal masih diluar..

    ada niat tersembunyi ni...

    Baling batu, sembunyi tangan...tunggulah MUKTAMAR kelak..kita tukar presiden ...kita bagi MUALAFF pulaklah...kalau melalak masa FASA KETIGA...wa respek.. sbb lojik... ni FASAL satu pun belum stabil lagi dah declare ?..

    letihlah berjuang dibwh PAS Trganu ni... peluru tembus badan... kena cota lagi...tetiba pemimpin nak konar ke belakang...fikir kepentingan diri pulak...astagfirullah...

    lain kali declare awal2 senang yg kena peluru tu...yg kena cota tu berfikir banyak kali...tak susah nak bersusah payah tahan peluru utk PAS... lebih baik suruh PEMIMPIN PAS sendiri yg tahan badan utk peluru tu...dan minta PEMIMPIN2 PAS lain duduk di depan masa FRU cota2 kan pengikut...mudah sikit...PEMIMPIN kena dulu..baru pengikut...


    apa punya pemikiran...Majulah kedepan sikit wahai pemimpin PAS...bukan kebelakang... pendirian sentiasa berubah2... heran sungguh..KELANTAN takkan ikut 100% saranan TGHH..tgoklah...syok sendiri lah kelak...

    ReplyDelete
  2. Terus menulis Aduka saya sangat setuju dengan pandangan Saudara tentang latah PAS ngan Umno ni.

    ReplyDelete
  3. Hidup PAS!!!
    Hidup PAS!!!


    ALLAHUAKBAR!
    ALLAHUAKBAR!
    ALLAHUAKBAR!
    ALLAHUAKBAR!
    ALLAHUAKBAR!

    ReplyDelete
  4. salam,

    Ana rasa, tulisan sdr aduka ni ada benarnya. Namun yg demikian, meminta presiden mengundur diri sekarang bukanlah satu langkah yg bijak. Not the smartest move. Jika Presiden mengundur diri sekarang, setelah pula PAS diasak dgn berbagai2 ujian, mehnah dan isu-isu panas, ianya hanya akan memporak perandakan jemaah PAS itu sendiri.

    Saudara begitu teruja hendakkan TGHA berundur dari post nya skarang ini, tanpa memikirkan kesan jangka pendek dan jangka panjang nya. PAS dalaman sedang bergolak, dgn wujudnya golongan2 yang bersuara-suara sumbang, dan yg penting para pengundi serta penyokong PAS juga sedar akan hal ini. Jika tuan presiden mengundur diri, maka UMNO-BN lah yg akan bertempik bersorak.

    Bagi ana, seluruh jemaah PAS harus bersatu hati dan mengubat sedikit sebanyak penyakit yang melanda PAS akhir2 ini. Namun, jika kudis sudah melarat, mungkin tidak ada cara lain selain dr memotong. Tapi even a doctor knows that amputating a certain body parts required the patient to met several criteria which is the patient must be healthy. Nak potong anggota badan pun, badan itu mesti sehat. Kalau tak, akan menyebabkan seluruh tubuh badan itu pulak yg bermasalah.

    Renung-renungkan lah...

    ReplyDelete
  5. Undur sekarang adalah pilihan terbaik yang ada buat masa ini.

    Hamba tidak percaya pembentukan kerajaan baru 16 September oleh DSAI, tetapi lebih percaya kepada proses PRU13.

    Jadi, sekiranya Hadi Awang undur awal, Presiden baru mempunyai masa yang panjang untuk memulihkan keadaan dan road show seluruh negara.

    Jika ditangguhkan, keadaan suntuk menjelang PRU akan membawa kecelakaan.

    Dan kejahahanaman imej PAS berkadar terus dengan berapa lama Hadi Awang enggan melepaskan jawatan demi Islam.

    AdukaTaruna

    ReplyDelete
  6. sekiranya kerajaan yg ada sekarang kekal sehingga PRU13, yg akan sengsara adalah rakyat shj. politik kita adalah politik untuk rakyat. bukan politik untuk parti politik.

    peralihan kuasa pada september ini alah penting. mengapa? ini adalah untuk membela nasib rakyat (wpun kelihatan bg sesetgh pihak adalah agenda tamak kuasa anwar). tapi sy percaya, jika UMNO BN tumbang, rakyat akan punya harapan untuk pemulihan sistem-sistem asas dlm kehidupan, spt ekonomi, pendidikan, ruang lingkup perundangan, sosialisasi dlm masyarakat etc.

    yang paling penting adalah, peralihan kuasa bakal memberi peluang kepada PAS untuk meluaskan skop dakwah dan lebih bebas bergerak. kita perlukan pakatan rakyat untuk ini.

    dalam masa yg sama, TGHA harus kekal lagi untuk menjamin perpaduan dalaman PAS tidak goyah. kerana UMNO BN masih lg mempunyai jarum yg masih mampu menusuk hati jutaan umat melayu diceruk-ceruk kampung dengan hanya mensensasikan satu-satu isu. jika TGHA berundur, UMNO BN akan menggunakan isu ini utk memecahkan lagi undi2 melayu dan bukan islam. percayalah..

    ingat. spt yg saudara katakan sblm ini, PAS fight dalam wadah demokrasi yg tidak tulin. malang bagi kita kerana demokrasi yang digunapakai adalah demokrasi yg memenangkan perkauman, memenangkan ketidakadilan.

    begini maksud sy. UMNO BN sudah begitu sebati dlm diri orang melayu. undi perkauman ini adalah undi yang memenangkan UMNO. lihat saja betapa isu UITM disensasikan sebegitu rupa. isu Bar Council di api2kan. siapa yg untung? Aakah PR untung? UMNO memiliki jentera yang halus senhingga ke akar umbi. maksudnya, UMNO mampu mempengaruhi makcik pakcik dihulu kampung sana kerana strategi politik kotor mereka yg sangat ampuh. dan mensensasikan isu-isu berat sebelah adalah kelebihan UMNO yg sudah lama mengamalkan demokrasi jahat.

    inilah fokus kita iaitu menumbangkan UMNO BN. setelah mereka tumbang, dan PAS punya laluan besar utk mendekati rakyat, masa itulah jika TGHA hendak berundur, silakan. waktu itu mungkin parti dalam pakatan agak goyah kerana perkongsian kuasa, tapi jika TGHA meletak jwtn pada masa itu, tidak akan menjadi isu yg boleh disensasikan lagi. kerana UMNO BN sudah berkubur.

    bersabarlah. ingat lah.. fokus kita adalah menumbangkan BN UMNO utk kesejahteraan rakyat. jika UMNO BN tumbang, dan penggantinya pakatan rakyat tidak menunaikan janji-janji mereka, maka kita tetap akan bangkit membantah.

    inilah yang harus difahami oleh ahli dan penyokong PAS.jgn bertindak terburu2. beri masa dan laluan pada pimpinan mengatur rentak dan strategi mereka. PAS bukan cuma TGHA seorang. Tapi PAS adalah wadah bagi kita semua.

    hamba

    ReplyDelete
  7. walau mcm mana pun..

    Hj Hadi, Mustafa dan nasharudin mat isa TURUN SEBELUM hujung tahun ni..

    Mrk tiada ketokohan langsung

    jauh menyimpang..

    Pemimpin..adalah org yg memandang anak buah dibwh dan memandang kedepan utk merancang...

    Mereka, pandang depan saja dan langsung tk pandang bwh...

    SILA TURUN SEGERA

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.