Skip to main content

Andai Salahuddin Al-Ayyubi Seorang Badut.


Oleh : AdukaTaruna

Ratusan tahun Melayu tempurungi Islam sebagai hak eksklusif mereka. Dan ratusan tahun juga Melayu menjenamakan Islam mengikut policy mereka. Melayu itu Islam, dan Islam itu Melayu. Sehingga Presiden Parti Islam di Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi bertemu dengan UMNO atas kepentingan Melayu, selain Islam. Bermakna Islam sahaja tidak cukup atau lengkap dari Allah tanpa diiringi agenda Melayu.

Forum ‘Memeluk Islam’.

Ini link yang diberikan bagi menunjukkan satu perbincangan mengenai isu ini :

http://adukataruna.blogspot.com/2008/08/pandangan-peribadi-isu-forum-memeluk.html


Rata-ratanya melatah, emosi yang berpandukan policy jenama, rangka eksklusif Melayu yang ratusan tahun usianya. Atas pengasingan tajuk yang mana akan salahnya forum itu? Adakah secara total atau di atas tajuk-tajuk tertentu?

Adakah forum itu salah secara total atau Islam menganjurkan keadilan atau standard keterbukaan yang universal?

Bunuh dibalas bunuh.
Perang dibalas perang.
Hujah dibalas hujah.
Forum dibalas forum.

Sudah lama kita mempamerkan wajah Islam yang salah.

Dalam kerangka demokrasi yang telah dipilih PAS, forum adalah salah satu elemen demokrasi. Dan demonstrasi juga adalah satu lagi elemen dalam demokrasi. Jadi, di mana kemampuan kita dalam meletakkan pendirian ke atas isu ini? Forum itu tidak salah secara total, hanya secara taktikal.

Memang benar, sebagaimana forum itu, demonstrasi oleh NGO Islam juga di bawah kerangka demokrasi. Tetapi, apa yang ingin diperbetulkan ialah, keupayaan Melayu itu dalam membawa label Islam di bumi Malaysia. Masih dalam tempurung eksklusif Melayu.

Kita mempamerkan Islam itu wajah pengganas beremosi melampau setiap kali isu-isu seperti ini. Mereka datang dengan hujah, Islam sambut dengan perilaku ganas. Kemudian, menyepit diri sendiri, mencekik diri sendiri kononnya jemaah Islam sudah lemas.

Sudah ada suara-suara mahu keluar pakatan, PAS perlu bergerak sendirian, dan sebagainya. Mereka yang sempit sendiri yang menjerut diri sendiri. Sedangkan sebenarnya, inilah peluang besar yang terhidang dalam perjuangan dakwah.

Dewan Ulama misalnya, boleh menjemput Bar Council dalam satu forum 2 hala. Lupakah anda bagaimana ulama-ulama berforum di tokong-tokong dan kuil-kuil sebelum ini? Jadi, anda boleh lihat bagaimana cendikiawan muslim bermutu rendah akan menjerut ruang dan peluang yang terhidang kerana tempurung eksklusif Melayu tadi.

Kesimpulan.

Jadi, adalah diharapkan, Melayu dapat bertenang, dan bergerak terhadap satu-satu isu mengikut kerangka Islam yang universal. Saranan-saranan seperti Forkad untuk dianjurkan forum bersama ulama, intelektual Islam adalah satu saranan yang genius dalam mempamerkan jenama Islam mengikut standard universal.

Ingatlah, PAS memilih demokrasi secara total, tidak setulen Nabi SAW dalam menegakkan Islamic State. Dan dalam wadah demokrasi itu, terdapat banyak peluang-peluang yang membantu ke arah itu. Dan untuk memastikan peluang-peluang itu tidak rosak, secara peribadi, hamba mengsyorkan kepada PAS, tukarlah Presiden anda kepada yang lebih bijak.

Ingatlah wadah demokrasi total. Ingatlah undi puluhan juta berbanding 800 000 ahli. Sekiranya Salahuddin Al-Ayyubi itu seorang badut yang berakhlak mulia, pasti dia tidak ditakdirkan Allah membebaskan Palestine.

Hamba hanya menyokong PAS secara taktikal dalam misi Islamic State.

Wallahualam.

Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.