Sahabat

Papan Notis Utama

1. Hubungi gua di sini.

2. Wa lancarkan enovel sulong wa RM10 sahaja. Akaun Maybank no 155014038030 Then, emailkan ke Calling2 Gua butir-butir bayaran anda. Kalau calling2 gua tu tak berfungsi, lu email jer la kat adukataruna2008@gmail.com

Insyaallah. Dalam masa 24 jam, wa akan reply terus e-novel anda beserta passwordnya. Dan anda boleh ulas, bantai, kritik, debat, cadangan, karya tersebut di link ini.





KLIK PADA BANNER





banner-duniaherba-486×60.gif


Studio AT

Photobucket

Fight PAS, fight! Bukan berundur menjadi anjing!


Oleh : AdukaTaruna

Heran wa. Kenapa masih mempunyai keinginan mengambil langkah ke belakang? Sampai bila mahu selesa menjadi anjing yang menyalak bukit. Baru kes konsert Ela dan Caburator Dung sudah kelam kabut. Bagaimana mahu meyakini rakyat Malaysia dalam memacu Malaysia di dunia jahiliyah-dajal ini?

Lu orang ingat, dengan lu orang berada di luar pemerintahan, lu boleh ubah pendekatan konsert Ela dan Caburator Dung? Jangan mimpi la ostad2. Lu hanya menyalak dan menyalak jer beb. Peduli apa diorang. Konsert bogel ke, konsert berahi ke, peduli apa!

So, mana lebih baik? Lu mempunyai kuasa tekanan dalam pemerintahan (BR) ini atau kembali menjadi anjing seperti dulu? Fight ma! Fight! Lu sekarang di tajuk pemerintah. Bukan di tajuk pembangkang. Baru 100 hari lu fight, dah timbul satu keinginan, alangkah selesanya kembali menjadi anjing.

Dominasi tanpa seruan rasmi.

Biar orang tak berstatus jer yang bersuara macam ni. Somebody dan ahli PAS hanya perlu faham-faham sendiri. Tidak perlu seruan secara rasmi dari kepimpinan. Lu orang perlu miliki sifat penakluk. Fight prinsip Islam, dakwah Islam dalam Barisan Rakyat. Dengan hikmah.

Hikmah tidak bermakna lembut gemalai setiap masa. Hikmah juga tidak bermakna keras melantun sepanjang hari.

Asingkan mengikut tajuk. Suarakan mengikut tajuk. Contoh. Ketua Pemuda PAS ketika lalu bersuara dan memberi amaran kepada US dalam hal DSAI. Walau kelihatan senada dengan UMNO, tetapi tidak bermakna menuduh DSAI agen US. Yang jelas, nampak elemen teraju melalui tindakan itu.

Lagi contoh. Ketegasan terbaru TGHH. Tidak perlu ditafsirkan cukuplah berada dalam Barisan Rakyat, sebaliknya ianya satu elemen teraju. Fight ma, fight! Pengimbang yang sangat berkuasa dalam pemerintahan.

Jangan takut akan kestabilan Barisan Rakyat.

Barisan Rakyat berada dalam tajuk yang eksklusif. Komponennya perlu mencapai standard demokrasi kelas pertama. Sebagai pemerintah dalam menantian. DAP tidak setuju dengan prinsip PAS dalam satu-satu tajuk. Silakan. Bersuaralah dengan hujah. Tapi perlu tumbangkan hujah dengan hujah. Ini Barisan Rakyat ma. Bukan Barisan Nasional.

PAS tidak setuju dengan DAP dalam satu-satu tajuk. Silakan. Fight dalam kaedah perlembagaan yang dibenarkan. Tidak perlu ugut akan Barisan Rakyat. Fight dalam satu standard demokrasi kelas pertama. Ini bukan Barisan Nasional ma
.

Tidak perlu retorik Negara Islam buat situasi sekarang. Bergerak dengan senyap.

Kes Hishamudin Rais.

Lu silap, lu kena belasah. Standard la beb. Demokrasi. Biar negara mencapai standard dunia pertama. Silap jer terus ditekan sehingga meletak jawatan. Bila suasana ini dikecapi, akhirnya yang tinggal memegang amanah adalah orang yang betul-betul amanah dan berkebolehan.

Bila sebut belasah, jangan jadi bengap mentafsirkannya dengan tajuk meretakkan Barisan Rakyat. Ini bukan Barisan Nasional yang jumud. Kamon la ostad2 PAS dan ahli2 PAS. Fight ma. Fight! Bukan kembali menjadi anjing!

Wuf! Wuf!

2 maklum balas:

Anonymous said...

banyak gak komen ko yang aku baca.. tapi sepanjang aku meneliti perbahasan ko, aku dapat lihat pandangan ko selari dengan pandanagn aku.. teruskan memberi pandangan.

http://unitamalsabah.multiply.com/

Fikri Soleh said...

saya tak pasti la ko ni anjing ke apa (suka dgn istilah anjing). Istilah suka meng'anjing'kan pihak lain adalah satu perbuatan yg biadap dan pendustaan yang tidak boleh dimaafkan, apatah lagi kepada golongan ulama. Kritikan pedas bukan dgn pengistilahan anjing kepada sesama Islam. Ini ibarat perbuatan manusia tidak berakal dan munafik. Fikirlah, jgn jadi 'keldai' (menurut nafsu) ...

fikri soleh .aka. HERBOS

Siri Lahanat Jebat!

Siri Lahanat Jebat! (1-6)

Oleh : AdukaTaruna

Satu tumbukan berat dilepaskan Tuah. Satu tumbukan yang mempunyai isi tertentu. Tanpa menukar langkah, Jebat memalingkan badannya ke kiri. Tangan kirinya menyambut lembut tumbukan itu. Lengan Tuah digenggam kejap. Isi berat tidak terlihat yang terkandung dalam tumbukan Tuah itu terus menghentam batang pokok di belakang. Patah dan menyerpih.

Tuah tenang. Merenung mata Jebat yang berlinangan air mata.

“Demi Melayu, Melaka dan sultan, aku tetap menjunjungnya, Jebat”, Tuah separuh berbisik.

Tangan kiri Tuah laju cuba mencengkam leher Jebat. Jebat tahu cengkaman itu hanya separuh berat dari tadi. Kerana, jika abangnya itu melepaskan serangan berat, dia tidak akan bersuara sepatah pun. Kawalan nafas amat diperlukan untuk itu.

Jebat mengatur nafasnya. Jebat menahan menggunakan siku kanannya. Tindak balas antara mereka berdua amat pantas. Sukar dilihat dari jauh. Isi yang tidak terlihat antara keduanya menghasilkan lantunan di antara mereka. Mereka terpisah ke belakang. Hening. Sunyi. Matahari memancar terik seolah-olah turut sama menyertai pertarungan itu.

Beberapa ratus rantai di sebelah timur kelihatan ribuan tentera Melaka pimpinan Panglima Tuah kusyuk melihat pertarungan yang bersejarah itu. Antara sahabat sehidup semati yang bertembung pendapat dan fahaman mereka.

Berapa ratus rantai di sebelah barat pula kelihatan ribuan Tentera Muslim pimpinan Jebat. Mulut setiap mereka bergerak-gerak melafazkan zikir. Sebak, penuh pengharapan dan menanti arahan.

Matahari mula meninggi.

“Tidak kekandaku Tuah. Hamba merasakan sudah perlu kita mengikut Islam sepenuhnya. Untuk apa undang-undang Islam itu ditulis sekiranya tidak dipatuhi?” Jebat menatap wajah Tuah.

“Adindaku, Jebat… kita harus tahu di mana bumi kita berpijak. Pantang Melayu mengingkari arahan Sultannya. Sudahlah adinda.. Kanda tidak akan menukar fikiran. Kanda akan turuti arahan istana. Lambang ketaatan dan maruah anak Melayu.” Lembut suara Tuah yang pendiam itu memujuk Jebat yang sudah dianggap adiknya.

“Kekandaku Tuah… kita dijadikan Allah untuk tunduk dan taat kepadaNya. Tiada yang lebih tinggi dari Allah…”

“Hamba tidak ingkar kepada Allah. Solat, zakat hamba, hamba pelihara. Tetapi hamba tidak sesekali akan derhaka kepada Sultan.” Tuah memotong Jebat. Kali ini agak keras sedikit.

Jebat merenung mata abangnya Tuah sayu. Matanya mula berkaca. Tangannya cuba mencapai tangan Tuah.

“Sudahlah adinda Jebat. Tidak guna kita bertengkar akan hal ini. Anggap sahaja ini adalah hal peribadi kanda. Biar mati kanda dihina, namun derhaka tidak sesekali.” Tuah mengendurkan suaranya sambil menepis tangan Jebat.

Tuah berlalu meninggalkan Jebat yang termenung keseorangan. Jebat merenung ke langit. Kemilau bintang yang cantik bertebaran itu tidak mampu meredakan hatinya. Bungkam. Jebat menarik nafas sedalamnya, memejam mata dan melepaskannya. Berat.

“Ya Allah, tuhan sekalian alam yang maha pengasih. Tunjukilah kami. Kurniakanlah sedikit kekuatan pada kami dalam menjalani ujianMu ini. Hanya Engkau yang maha mengetahui terhadap apa yang telah Engkau takdirkan..” Hati Jebat merintih seraya mengalir cecair panas turun melalui pipinya.


“Ah! Untuk apa susah-susah Lekiu. Dah banyak yang kamu beri. Malu pula rasanya sebab hamba tidak pernah membalasnya.” Kata Datuk Bendahara Tun Mutahir.

“Ala tuan. Janganlah kata begitu. Sudah memang budaya kami memberi hadiah kepada mereka yang banyak berjasa kepada kami.” Lidah pelat Lekiu pantas menjawab Datuk Bendahara.

“Hahaha. Berjasa apanya, Lekiu.”

“Eh tuan. Mungkin tuan tidak perasan. Jasa tuan mengekalkan keamanan tempat ini, kebagusan pentadbiran pihak tuan membuatkan perniagaan kami amat bagus.”

“Hahaha. Ada-ada saja kamu ni Lekiu. Kuda apa yang kamu berikan ini? Sangat cantik. Lebih besar dari kuda yang ada di jajahan ini.”

“Owh tuan. Ini kuda dari tempat kami. Kuda pertaruhan. Di tempat kami, ada sejenis permainan. Kuda siapa yang menang berlumba, dia akan dapat banyak duit.”

Lekiu menyerahkan tali kuda kepada Datuk Bendahara. Jinak. Cantik dan sasa. Kuda jantan yang berwarna merah kecoklatan itu menggoyang-goyangkan tengkuknya. Rambut yang tumbuh disepanjang tengkuk kuda itu berombak. Sungguh meriangkan hati sesiapa yang melihatnya.

“Ooh… macam laga ayam di sini la.”

“Ya tuan. Seperti itu lah. Kalau tuan bawa ini kuda ke tempat kami, saya yakin tuan mesti menang banyak wang.”

“Hahahaha. Kamu ni Lekiu. Eh, susahkah mahu membela kuda ini? Sama macam kuda sinikah caranya?”

“Jangan bimbanglah tuan. Saya akan jagakan. Pekerja saya akan jagakan kuda ini untuk tuan. Bila tuan mahu kuda ini, tuan hanya perlu ambil di kedai saya. Tuan kan sibuk. Buat apa saya mahu berikan hadiah yang menyusahkan tuan. Jika tuan susah, saya pun susah. Hehe.” Lekiu tersengeh menampakkan barisan gigi yang mula menguning.

“Hahaha kamu Lekiu. Memang bijak. Sangat-sangat memahami budaya Melayu. Mari jemput ke rumah. Ada makan-makan sedikit.”

“Malula saya tuan kata begitu. Kami peniaga Portugis cari makan saja, tuan. Kami perlu menghormati tuan rumah. Sudah memang budaya kami begitu. Tapi pasal makan memang kami tidak tolak tuan. Hehe.” Lekiu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Hahahaha. Lekiu… Lekiu. Mari-mari. Jemput ke rumah saya.”

Mereka berlalu menuju ke kediaman Datuk Bendahara dengan deraian gelak ketawa. Di kejauhan, kelihatan puluhan anak muda sibuk memunggah barangan dari tongkang yang baru tiba. Suasana perlabuhan itu sungguh sibuk. Agak bingit dengan suara manusia yang memekik mengarahkan para pekerja itu dan ini.

Langit laut Melaka mempamerkan keindahan petangnya. Angin yang lembut menghayun perlahan pokok-pokok sekitarnya.


bersambung.....