Skip to main content

Bar Council : Hak Tanah Melayu Sebelum UMNO.


Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Sebenarnya, dalam kerangka demokrasi, apa yang dilakukan oleh Majlis Peguam itu adalah patut. Dan dalam kerangka demokrasi juga, apa yang dilakukan oleh NGO Islam berdemo atau membantah forum itu juga adalah patut.

Habis apa yang tidak patut?

Yang tidak patut ialah kononnya penemuan bom di hadapan bangunan. Pada hamba ini ialah cara UMNO. Menakutkan dengan cara seperti itu bukan cara Islam. Islam memberi ruang kebebasan kepada bukan Islam untuk mempersoalkan Islam dengan hujah. Banyak kisah-kisah semasa zaman kegemilangan Islam terdahulu yang boleh dilampirkan sebagai rujukan, di mana, bukan Islam dibenarkan mempersoalkan Islam dengan hujah.

Jadi, selain dari berdemo secara aman, menggunakan peranan media milik Islam, baik BR atau BN, akan kepentingan isu ini, NGO Islam juga berhak melakukan yang sama. Yakni forum yang sama.

Sebagai contoh, anjurkan forum ‘Malaysia Sebelum UMNO’ bagi memperlihatkan dan mengingatkan kepada semua bukan Islam apakah realiti yang sedang dilalui oleh mereka pada masa sekarang.

Sila rujuk ini untuk dapatkan gambaran forum ‘Malaysia Sebelum UMNO’.

http://adukataruna.blogspot.com/2008/07/malaysia-sebelum-umno.html


Jadi, dengan itu, diharapkan masyarakat berkenaan terkembali landasan mereka kepada satu realiti yang semakin dilupai. Sekiranya anda mahu mengubah apa yang telah termaktub, maka kami juga berhak mengubahnya juga kepada keadaan :

Hak Tanah Melayu Sebelum UMNO.

: )

Wallahualam.

Comments

  1. saudara aduka,

    sesudah membaca posting sdr, sdr ada mengatakan bhw kontrak sosial haruslah dikekalkan. sy ingin sdr aduka mengulas dr sudut pandang sdr tentang sejauh mana kontrak sosial ini selari dgn ajaran islam kerana islam itu, seperti yg sdr war warkan adalah utk semua. lalu bagaimana pula kontrak sosial menjustifikasikan hak melayu sbg 'tuan' yg haknya dijamin lebih tinggi dr hak-hak kaum minoriti yg lain?

    sdr dilihat sbg seorg yg mempertahankan PAS walau dlm masa yg sama, mengutuk dan mengeji pas bila berdepan dgn isu-isu yg tdk selari dgn ideologi sdr. lalu dlm posting sdr yg terdahulu, sdr mahu kontrak sosial dikekalkan pula? apa sbnrnya pendirian sdr dlm hal ini? jgn hanya menyokong bila sdr berasa selesa dgn persepsi org terhadap sdr.

    kontrak sosial bercanggah dgn slogan PAS. Islam untuk semua.

    -Hamba Allah-

    ReplyDelete
  2. Saudara Aduka Teruna,

    Aku surf blog2 Melayu nie, kadang2 rasa nak termuntah pun ada. Semua serba serbi emosi. Aku baca blog hang, ada ok la sikit. Hang kritikal tapi perlu baca lebih ok?

    Hang kata 'Hak Tanah Melayu Sebelum UMNO'. Jangan sempitkan kepada Tanah Melayu saja.

    Tanah Melayu dah tak wujud. Dulu benar Persekutuan Tanah Melayu wujud, tapi kemudiannya Persekutuan Tanah Melayu bersama2 Singapura, Sabah dan Sarawak kemudiannya membentuk Malaysia sebagai rakan kongsi yang sama rata.

    47% pendapatan negara diperolehi dari hasil Petroleum. 3 buah negeri sahaja yang mengeluarkan petroleum. Dua buah negeri yang mengeluarkan petroleum ini adalah negeri2 di mana Melayu adalah minoriti. 95% duit minyak dirompak oleh orang-orang Tanah Melayu manakala hanya 5% sahaja yang didapati oleh kaum peribumi Sabah dan Sarawak.

    Kalau kemaruk sangat nak bercakap psal Tanah Melayu, sila bubarkan Malaysia. Bagi balik hasil 95% duit petroleum balik kepada Sabah dan Sarawak. Duit itu la yang digunakan untuk membina KLCC, KL Sepang, Putrajaya, Lebuhraya2 di 'Tanah Melayu' itu.

    Duit orang2 Iban, Bidayuh, Malanau, Kadazan, Murut, Bajau digunakan untuk membayar gaji orang Melayu pemalas yang bekerja di sektor awam di Tanah Malaya.

    Hang masih nak bercakap mengenai Ketuanan Melayu? Sila lah datang ke Sarawak dan Sabah untuk bercakap mengenainya. Sila lihat bagaimana kaum peribumi Sabah dan Sarawak menerima 'saranan bijak' itu.

    Ingatlah wahai Aduka Teruna, Tanah Melayu sudah tidak wujud lagi. Persekutuan Tanah Melayu sudah tidak ada. Kalau kemaruk sangat nak bercakap mengenai hak Tanah Melayu, sila bubarkan Malaysia.

    Inilah realiti yang sebenar2nya Aduka Teruna.

    ReplyDelete
  3. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

    Pertama sekali terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan dengan hamba. Sebenarnya hamba idealogi hamba sudah diterangkan dalam artikel Malaysia Sebelum UMNO.

    Hamba mengakui ada kelemahan akan Kontrak Sosial. Tetapi persoalannya, siapakah yang paling berhak atau paling sesuai memperbaikinya?

    Keadaan sekarang sangat kucar-kacir. Pada hamba suasana kelas pertama perlu diwujudkan dahulu. Kemudian barulah diopen perbincangan antara intelektual kita akan kontrak sosial ini.

    Untuk mendapatkan suasana kelas pertama, UMNO-BN perlu ditumbangkan dahulu.

    Setelah UMNO-BN ditumbangkan, kita akan memasuki proses kematangan Malaysia Baru. Masih belum stabil.

    Kemudian, barulah perlahan-lahan menyemak semula isu taboo bagi masyarakat kita ini. Semua ini sekiranya bergerak melalui demokrasi lah.

    Sekiranya melalui cara separa demokrasi, separa ketenteraan, taktikal ini sedikit berbeza.

    Jadi, pendirian hamba terhadap kontrak sisial sama seperti pendirian hamba terhadap kesemua parti politik.

    Yakni bersetuju atau tidak bersetuju pada tempoh-tempoh tertentu (tidak secara kekal), dan secara pengasingan tajuk (selektif bukan kolektif).

    Kata lainnya, dalam isu kontrak sosial ini, ketika saat ini, detik ini, kontrak sosial perlu dipertahankan di atas pelbagai faktor.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. sekali lg, mengenai forum memeluk islam. dimana pendirian sdr? dr posting sdr, sy melihat sdr seperti setuju dgn forum ini, dlm kerangka demokrasi yg diamalkan sekrg, yg menurut sdr, terpaksa diharungi oleh PAS juga. kerana inilah wadah yg mereka pilih.

    skrg, sy hendak bertanya,apa pula pendapat peribadi sdr aduka bila umat islam didepani dgn anasir-anasir yg cuba menggugat kestabilan akidah umat islam melalui forum seperi yg dianjurkan Bar Council?

    sdr sentiasa mempunyai pandangan peribadi sdr sendiri mengenai isu-isu yg hangat diperkatakan. mengapa pula kali ini sdr berlindung disebalik slogan demokrasi?

    -Hamba Allah-

    ReplyDelete
  5. Menjawab alhadee.

    Oleh : AdukaTaruna

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

    Pertama sekali terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan dengan hamba.

    Mungkin penggunaan istilah Tanah Melayu itu adalah silap pada hamba. Tetapi, maksud hamba ialah keadaan asal tanah ini sebelum dijajah kali pertama.

    Dalam Islam tanah dikategorikan dalam pelbagai jenis. Ada tanah yang asalnya adalah milik bukan Islam, kemudiannya mereka membayar ufti tanda tunduk kepada kuasa Islam, ada tanah milik asal Islam yang menganut secara sukarela dan sebagainya (nama dalam bahasa Arab hamba lupa)

    Hamba bukanlah mempertahankan Kontrak Sosial secara total atau kekal. Hanya bersifat sementara dan terpilih sahaja. Malah idealogi peribadi hamba ialah ketuanan Islam yang melangkaui batas warna kulit.

    Tetapi, untuk menuju ke arah itu tidak boleh secara membuta-tuli tanpa analisa bijak seperti PAS Terengganu. Kita bergerak melalui demokrasi secara total, bukan setulen Nabi SAW.

    Sebab itu, hamba mengambil pendekatan yakni mengingatkan bukan Islam akan realiti selepas UMNO dan sebelum UMNO; dalam masa yang sama mempertahankan hak mereka (forum itu) dalam kerangka demokrasi.

    Ketika saat ini, Kontrak Sosial perlu dipertahankan dahulu. Kita berjuang melalui demokrasi di mana undi Melayu bodoh amat diperlukan. Suasana bangsa Melayu masih jakun. UMNO-BN perlu ditumbangkan dahulu bagi mendapat satu permulaan kepada suasana kelas pertama.

    Kemudian, barulah kita fight dalam hujah dan dalam peperangan idealogi tanpa melibatkan emosi jakun, undang-undang bacul, provokasi kuno dan sebagainya.

    Insyaallah, suatu hari nanti, Islam itu dinikmati oleh semua bangsa di Malaysia setelah selama ini ditempurungkan bangsa Melayu.

    : )

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  6. Menjawab hamba Allah.

    Pada saya, Islam tidak boleh memukul orang yang berhujah hanya kerana malasnya berlawan dengan hujah.

    Sebagaimana bagusnya usaha mereka mempersoalkan Islam hujah, maka, Islam perlu bersaing dengan gentleman secara bagus juga mempertahankan Islam dalam hujah.

    Kata lainnya, Islam menganjurkan :

    1. Perang dibalas perang.

    2. Bunuh dibalas bunuh.

    3. Hujah dibalas hujah.

    4. Forum dibalas forum.

    Bagaimanapun, jangan jadikan idealogi peribadi hamba sebagai rujukan terakhir. Timbang dengan blog yang lain atau rujuk kepada orang yang lebih arif.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  7. saudara Aduka Teruna,

    Saya boleh faham maksud 'taktikal' yang saudara maksudkan itu. Cukup jelas.

    Cuma dalam pertimbangan taktikal saudara itu nampaknya meminggirkan sesetengah negeri yang ibarat api dalam sekam.

    Sekarang ini di Sabah dan Sarawak, perasaan tidak puas hati amat ketara dikalangan orang2 biasa.

    Anwar sekrg amat peka dengan kegelisahan dikalangan orang2 Sabah dan Sarawak.

    Bagaimana lah mereka tidak puas hati. Negeri banyak minyak tapi cuma dapat 5% sahaja. Kemudian kenaikan harga minyak menyebabkan rakyat dinegeri pengeluar minyak merana lebih lagi.

    Datang pula orang2 seperti saudara yang mencadangkan agar satu forum balasan dengan tajuk 'Hak Tanah Melayu sebelum UMNO'.

    Bagaimana agaknya nanti kalau ada anak2 Sabah dan Sarawak menganjurkan forum 'Hak Tanah Sabah dan Sarawak sebelum Malaysia' sebagai balasan?

    Bolehla nanti diungkitkan bagaimana 95% hasil petroleum dirompak untuk diberikan kepada Melayu di Tanah Malaya. Boleh diungkitkan janji2 manis pemimpin2 Tanah Melayu untuk memujuk Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia.

    Untuk menyakitkan hati lagi, bolehlah dibuat perbandingan Singapura yang keluar dari Malaysia, bagaimana nasib Sabah dan Sarawak dibawah orang Melayu Tanah Malaya berbanding dengan kemajuan Singapura.

    Jangan terkejut hasil dari forum itu adalah cadangan supaya Sabah dan Sarawak keluar sahaja dari Malaysia dan membentuk Republik Borneo yang sekular dan mengamalkan hak sama rata.

    Nak cadangkan apa selepas itu saudara Aduka Teruna? Nak buat forum mengatakan orang2 Iban, Bidayuh, Penan, Kadazan, Murut bukan kaum peribumi dan tidak berhak bersuara dan Melayu mempunyai lebih banyak hak dari mereka?

    Sila kan saudara Aduka. Mungkin kita boleh saksikan perang saudara pula selepas ini. Mungkin kita boleh saksikan wujudnya puak pemisah ataupon pejuang kemerdekaan di Sabah dan Sarawak menentang kolonolisma Tanah Melayu.

    Saudara juga berkata 'Ada tanah yang asalnya adalah milik bukan Islam, kemudiannya mereka membayar ufti tanda tunduk kepada kuasa Islam'

    Mintak maaf la banyak2 saudara. Sabah dan Sarawak tidak tergolong dalam kategori itu.

    Sila baca sejarah penubuhan Malaysia. Sila baca perjanjian 20 Sabah dan Sarawak. Ingatlah bahawa Malaysia tidak wujud sebelum 1963. Sabah dan Sarawak dan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu bergabung membentuk Malaysia atas dasar perinsip sama rata.

    Baca lagi tentang apa yang dijanjikan dan dipersetujui diantara pemimpin Persekutuan Tanah Melayu dan pemimpin Sabah dan Sarawak pada masa itu.

    Kami bukan tergolong dalam golongan yang 'mebayar ufti tanda tunduk' kepada sesiapa pun.

    Jika Melayu dari Tanah Melaya sudah tidak mahu berpegang kepada perjanjian, sila bubarkan Malaysia. Sedangkan Nabi pegang janji dlm perjanjian Hudaibiyah walaupon ramai sahabat berpendapat perjanjian itu berat sebelah.

    Tapi nampaknya saudara telah mengikut jejak langkah Hadi Awang. Serban jer besar, konon nak ikut Nabi. Betul ker? Ataupun ikut Abu Jahal. Abu Jahal pon pakai serban so tak heran la.

    Orang-orang pro PAS tidak boleh diharap memegang janji.

    Sokong Sekularime. Asingkan agama dari politik.

    ReplyDelete
  8. Saudara alhadee,

    Apa yang terjadi kini adalah kesan dari sekular, yakni pengasingan agama dengan politik.

    Pengkhianatan atau kezalaiman terhadap bumiputera sabah / sarwak tiada kaitan dengan polici Islamic State.

    Dalam tajuk forum Tanah Melayu sebelum UMNO itu, hanyalah satu istilah. Dan sekiranya forum itu berlaku, maka, hendaklah turut sama memperjuangkan hak bumiputera Sabah sebelum dikhianati UMNO.

    Namun, itu bukan masalah pokok sekiranya forum dianjurkan dalam kerangka Islam yang universal. Islam memberi keadilan semua mengikut neraca Islam. Hadi yang bodoh analisa hanyalah secebis kekotoran yang minima yang tidak akan membawa kezaliman tahap melampau seperti UMNO (merujuk kes penganiayaan borneo)

    Tidak wujud satu peperangan saudara sekiranya semuanya bergerak mengikut rangka demokrasi. Malah, selama kobodohan bumiputra sabah / sarawak sendiri dalam menerima penganiayaan UMNO, tidak muncul elemen pemberontakan senjata.

    Inikan pula sekiranya semua pihak membincangkan nasib sejagat secara demokrasi. Islam menjamin hak semua. Bukan muslim mempunyai hak terhadap babi, apatah lagi bumipetera Sabah terhadap hak hasil petrolium?

    Kesingkatan memahami idealogi negara Islam ini hamba akui sedikit sebanyak hasil kebangangan Hadi Awang dalam memimpin PAS. Ini hamba akui secara peribadi.

    Tetapi, terimalah, hasil kebangangan Hadi Awang hanyalah setitik hitam berbanding hasil hasil keburukan pemisahan agama dalam politik.

    Islam itu universal yang melangkaui kebangangan tipikal ulama PAS Terangganu. Percayalah.

    Bumiputera Sabah / Sarawak tetap berhak terhadap haknya di dalam Islam, walau apa warna kulitnya, agama mereka, bahasa dan tulisan mereka.

    Islam Untuk Semua.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  9. saudara Aduka Teruna,

    Slogan dengan action adalah dua perkara berbeza.

    Seperti slogan PAS for all tetapi yang bukan Islam tak boleh menjadi ahli walau fanatik bagaimanapun mereka kepada Ulama.

    Walaupun yang bukan Islam itu jujur, tidak rasuah dan menentang penyelewengan dan kezaliman. Masih tidak boleh jadi ahli hatta ahli biasa.

    Tapi Hasan Ali yang lidah bercabang boleh jadi pesuruhjaya negeri la pulak. Pembohong dan penipu Hadi Awang dan Nasa boleh memegang dua jawatan tertinggi dalam PAS.

    Sekrg PAS for all dah masuk bakul sampah. Sekarang nak bergesel2 bahu dengan UMNO demi kepentingan Melayu dan Islam.

    Nampak tak slogan vs action?

    Action dulu la saudara. Air liur cukup murah bagi politikus.

    Sekularisme bukannya satu konsep terhad. Bukan semua sama saudara. Sosialis Demokrat dan komunisme sama2 sekular tapi sangat2 bermusuhan.

    Tapi memang saya akui kebodohan Bumiputera Sabah/Sarawak. Sabah ada cuba memberontak melalui PBS. Sarawak ada cuba memberontak melalui Ming Court. Tapi kedua2 pemberontakan telah dibantu untuk dipadamkan oleh mereka yang memegang kuasa di Kuala Lumpur.

    Tapi tunggu sahaja episod yang seterusnya.

    Cuma ingin saya katakan, PAS hati2 sahaja lah. Berjuanglah atas dasar Melayu. Bila tibanya masa kedua2 nya akan dihalau untuk berebut sesama sendiri siapa yg akan menjadi ketua Pembangkang di Parlimen.

    ReplyDelete
  10. komen saudara al hadee ni boleh tahan, ada yg saya setuju, ada yg tak.. tapi di akhir perenggan, saudara mengatakan ..

    Cuma ingin saya katakan, PAS hati2 sahaja lah. Berjuanglah atas dasar Melayu.

    atas dasar melayu?
    tsk tsk tsk....

    saudara mungkin bergelumang dengan fahaman sekularisme, orientalisme, dan apa apa lagi isme seperti yang saudara bangga banggakan.

    semua isme isme itu mungkin boleh, mungkin tidak digunapakai jiak bijak memuat turunnya kedalam acuan dan kerangka 'Islam'.

    tetapi mengajak kepada perjuangan yang berdasarkan melayu? hehe..

    i rest my case =)

    ReplyDelete
  11. nyle,

    Bila PAS dengan UMNO duduk berbincang mengenai perkongsian kuasa di Selangor sehari selepas keputusan pilihanraya, lansung tak menyentuh atas dasar Melayu?

    Itulah saya katakan secara sarkastik kepada PAS, sila lah berjuang atas dasar Melayu walaupun sambil malu2 kucing. Sila lah kemukakan kontrak sosial dan apa2 kontrak sekalipon.

    Nanti kedua2 UMNO dan PAS akan kami hantar untuk berebut sesama sendiri siapa yang akan menjadi ketua pembangkang di Parlimen, Insya Allah.

    Semoga Malaysia bersih dari pengaruh Ulama-ulama jahat macam Hadi Awang dan Nasa dan bersih dari parti jahat macam PAS.

    ReplyDelete
  12. saudara Aduka Teruna,

    S : Slogan dengan action adalah dua perkara berbeza.

    J : Benar, sebab itulah hamba memilih berhadapan dengan makian puak PAS dalam menyatakan keburukan PAS.

    Ahli PAS rendah nilai intelek mereka. Serendah IQ Presiden PAS, Hadi Awang. Lain yang dikatakan, lain pula tindakan mereka. Tetapi hanyalah 0.0001% sahaja perkara itu berlaku.

    Cuma kerana label Islam, membuatkan 0.0001% itu dilihat besar.

    Jika dibandingkan dengan PKR, kita boleh melihat nilai integrity mereka jauh lebih lemah. Calon boleh dibeli, lompat masuk UMNO adalah perkara tidak menghairankan.

    S : Walaupun yang bukan Islam itu jujur, tidak rasuah dan menentang penyelewengan dan kezaliman. Masih tidak boleh jadi ahli hatta ahli biasa.

    Seperti slogan PAS for all tetapi yang bukan Islam tak boleh menjadi ahli walau fanatik bagaimanapun mereka kepada Ulama.

    J : Yang ini sudah berada di luar paksi isu yang kita bincangkan. Bukan Islam dalam PAS diterima idea mereka dalam tajuk-tajuk tertentu. Malah dilantik dalam pentadbiran walau bukan ahli PAS. (rujuk PAS Kelantan)

    Akan tetapi hak memilih pemimpin dalam PAS bagi bukan Islam (keahlian PAS bagi non muslim) sedang dikaji sekarang.

    Walau apa pun keputusannya, anda boleh melihat sebuah keterbukaan PAS dalam menerima idea-idea baru, namun, keputusan terakhir ialah pada Majlis Syura Ulama. (ketepikan dahulu kebodohan beberapa ulama di dalamnya)

    S : Tapi Hasan Ali yang lidah bercabang boleh jadi pesuruhjaya negeri la pulak. Pembohong dan penipu Hadi Awang dan Nasa boleh memegang dua jawatan tertinggi dalam PAS.

    Sekrg PAS for all dah masuk bakul sampah. Sekarang nak bergesel2 bahu dengan UMNO demi kepentingan Melayu dan Islam.

    J : Itulah yang hamba katakana. Dalam 50 tahun lebih kewujudan PAS, inilah boleh dikatakan kali pertama kejahanaman imej PAS berlaku dengan teruk. Di bawah pimpinan Hadi Awang, imej PAS banyak rosak. Sila rujuk artikel PAS Parti Islam Atau Parti Hadi Awang.

    S : Nampak tak slogan vs action?

    J : Yup. Memang jelas. Sebab itu hamba bersendirian fight elemen jahanam oleh ulama Hadi Awang ini habis-habisan.

    Namun, ianya tidak membabitkan policy Islamic State, cuma membabitkan soal taktikal oleh orang bodoh sahaja.

    S : Action dulu la saudara. Air liur cukup murah bagi politikus.

    J : Salah. Hujah dulu baru tindakan. Bukan tindakan dulu baru hujah. Jika tidak jadilah seperti Hadi Awang dan PAS Terengganu.

    Sudah diterlajak, habis semua nas dan hadis dikaut memperisaii tindakan itu. Tidak timbul meminta maaf, sebaliknya mempergunakan nas demi kebodohan diri sendiri.

    Inilah konsep parlimen. Sidang dan bahas dahulu (air liur) baru dikanunkan (action).

    S : Sekularisme bukannya satu konsep terhad. Bukan semua sama saudara. Sosialis Demokrat dan komunisme sama2 sekular tapi sangat2 bermusuhan.

    J : Idealogi hamba lebih kepada Islam walau hamba kurang akhlak sebagai muslim. Kerana kehidupan bukan hanya di dunia sebaliknya yang lebih diutamakan ialah alam yang kekal Abadan abada kelak.

    S : Tapi memang saya akui kebodohan Bumiputera Sabah/Sarawak. Sabah ada cuba memberontak melalui PBS. Sarawak ada cuba memberontak melalui Ming Court.

    Tapi kedua2 pemberontakan telah dibantu untuk dipadamkan oleh mereka yang memegang kuasa di Kuala Lumpur.

    J : Sama juga bila Islamic State. Ketenteraan / penguatkuasaan di bawah kuasa pusat. Jika diberi kepada negeri, ianya dinamakan militant (tanpa persetujuan pusat) atau autonomi (dengan persetujuan pusat).

    So, bergeraklah dalam demokrasi walau apa idealogi anda. Namun, suasana kelas pertama perlu disediakan dahulu. Jalannya hanya satu. Yakni UMNO-BN ditewaskan.

    S : Tapi tunggu sahaja episod yang seterusnya.

    Cuma ingin saya katakan, PAS hati2 sahaja lah. Berjuanglah atas dasar Melayu. Bila tibanya masa kedua2 nya akan dihalau untuk berebut sesama sendiri siapa yg akan menjadi ketua Pembangkang di Parlimen.

    J : Hamba tetap selektif dan tidak secara total (bergantung kepada taktikal). Sekiranya keadaan sesuai, selepas UMNO tewas (tidak boleh membentuk kerajaan pusat), dan PKR, DAP menggugat kepentingan Islam (melalui demokrasi), maka, hamba akan fight supaya PAS bergabung dengan UMNO (juga melalui demokrasi).

    Apapun caranya, selagi dalam rangka demokrasi, hamba akan fight melalui idea dan menulisan untuk membentuk Islamic State. Dimaki adalah lumrah bagi mereka yang berlainan taktikal. Namun, matlamat tetap satu.

    Dan untuk itu, Presiden PAS yang bodoh sekarang perlu ditukar ganti sebelum memusnahkan peluang-peluang dalam taktikal demokrasi.
    Hadi Awang terlalu bangang untuk ini.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  13. sy mengikuti komen saudara al hadee dlm blog RC. memilih untuk memberi komen diruangan ini. saudara mengkritik akan tindak tanduk protest lebih 300 org islam dihadapan bar council sebagai 'mini talibans'

    sdr, tindakan memilih utk mengadakan forum tertutup bukanlah bermaksud menutup ruang-ruang perbincangan, cuma demi untuk menjaga sensitiviti umat islam dan bukan islam dimalaysia yang belum lg begitu open minded atau terbuka seperti masyarakat kristian yg didedapi ahmad deedat (spt contoh yg sdr bawakan).

    tindakan protest untuk mengelakkan hal-hal buruk dan perpecahan adalah terbaik memandangan bar council yg sudah diberi amaran tidak mengendahkan permintaan para NGO yg meminta utk menghentikan forum tersebut.

    disini, kita harus faham bahawa "we cannot expect a sustainable peace on purely our own terms". tindakan bar council yg membelakangkan sensitiviti, pandangan dan faktor2 ketegangn lain adalah dilihat kurang bijak. percubaan untuk mencari titik kesamaan, walaupun dgn niat yang baik (meskipun samar-samar) masih tidak bijak jika ianya tidak mencapai tahap keselesaan kesemua pihak yang terlibat (atau dibincangkan).

    secara peribadi, sy setuju jika lebih bnyk forum seperti ini diadakan. tetapi, cara dan masa adalah tidak kena. kerana masyarakat, rata-rata adalah berminda tertutup kelas ketiga, tidak seperti masyarakat kristian dibarat spt cth yg saudara bawakan.

    bila berhadapan dgn msrykt kelas tertutup begini, berkeras dgn ideologi kita adalah tindakan yg bodoh. kita tak bisa mengandaikan bahawa org lain akan bisa bekerja dan menerima ideologi kita! jika kesefahaman yg menjadi motif kepada perbincangan, pertama kitalah yg harus memiliki asas kefahaman setingkat atau beberapa tingkat lebih tinggi drpd target sasaran, betapa pun tak logik atau bodohnya atau tidak rasionalnya pihak yg satu lagi itu. dan tindakan dan respon kita, haruslah bisa selari dgn level of understanding mereka.

    ini sebahagian dari cabaran mendepani pihak yg level of thinking and level of sensitivity beberapa tingkat lebih rendah.

    bar council dibarisi oleh mereka yg educated, i bet my dollars most of them were schooled overseas. it is no wonder to them, or most of them, open forum like these are nothing. however, bear in mind, there are other people who you shud be thinking about.

    kita harus faham jurang dan menghargai perbezaan2 yg wujud, supaya tindak tanduk adalah lebih efektif. mencari wadah, topik, tempat dan masa adalah cabaran-cabaran taktikal dan strategi, apatah lg bila hidup dicelah-celah rumpun bangsa dan agama yg pelbagai.

    ReplyDelete
  14. nyle,

    Saya baru saja membaca komen saudara. Terima Kasih.

    Dan maaf kerana memberikan komen agak lambat.

    Saya faham apa yang diperkatakan oleh saudara, cuma satu sahaja persoalannya; sampai bila?

    Saya sekular, saya akui, tetapi membaca sejarah Nabi saya dapati bahawa keterbukaan merupakan kunci kekuatan Islam.

    Islam bertambah kuat apabila Nabi diberikan peluang untuk berhujah dengan orang bukan Islam. Sehinggakan pada satu ketika, orang-orang bukan Islam dapati bahawa apabila mereka memberikan peluang kepada Nabi, mereka semakin kalah.

    Dari situlah titik tolak kepada peristiwa orang Mekah cuba untuk menutup keterbukaan itu dengan cara kotor.

    Tapi Nabi telah diarahkan untuk berhijrah ke Madinah sebab di situlah adanya keterbukaan bagi Nabi bercakap dan berhujah.

    Di Madinah itu terdapat kaum-kaum Yahudi dengan pendita2 mereka yang sangat bijak yang mendalami ilmu taurat tetapi Nabi tetap menang.

    Pernahkah orang Islam di Madinah pada masa itu meminta agar pendita2 Yahudi tidak boleh mempersoalkan Islam?

    Tidak pernah sama sekali.

    Malah open engagement, Nabi berhujah dengan hujah2 akal dan hujah2 agama dengan Pendita Yahudi dengan penduduk Madinah yang majoriti nya adalah bukan Islam sebagai penonton.

    Tetapi Nabi tetap menang. Makin ramai yang masuk Islam dan paling kurang pun menyebelahi Islam. Malah ada pendita dan tokoh2 Yahudi yang masuk Islam.

    Hari ini, cuba kita tanyakan, adakah apa yang dilakukan oleh PAS, UMNO dan PEMBELA itu sama seperti apa yang Nabi buat dahulu?

    Mungkin sebab itulah Ahmad Deedat boleh menyebabkan pendita Kristian masuk Islam tetapi golongan Taliban Malaysia bukan sahaja gagal tetapi orang Islam pula yang makin ramai nak keluar.

    Keterbukaan yang ada dalam sekularisma sama sekali tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Yang paling banyak membuat bidaah adalah golongan UMNO, PAS, PEMBELA dan lain2.

    Fikir-fikirkan lah. Jika ragu2 dengan apa yang saya katakan, silalah buat rujukan sendiri kepada sejarah Nabi. Jika saya tersilap, sila nyatakan secara terbuka.

    ReplyDelete
  15. bro,

    nak tanya sikit, bro2 semua ni Islam dgn cara mana? warisan/baka je kan? so x peliklah kalau kita semua ni xde roh Islam yang sebenar. Islam ada Tuan dia. So kena cari balik jalan/kaedah terima syahadatain dari Tuan dia. Barulah segala kerja buat/ucapan ada kaitan dgn Islam secara rohnya. Cari balik tambatan yang mengikat kita semua. Yakni tambatan Allah dan RAsul. sape2 yang berjuang di dalam thoifah ( kumpulan/group) mana2 pun selagi x di tambat diri dengan tambatan syhadatain sebenar, maka nampak janggal dan bersalahanlah dgn hukum Allah dan sunnah Rasul.x kire lah anda sekular ke,PAs ke, umno ke, PKR ke...neraca timbangan sebenarnya adalah neraca yang di sediakan Allah dan Rasul.Selagi x ikut Islam yang Nabi bawa, selagi tulah xde titik temu dalam segala kerja buat kita. waalahuaklam.

    ReplyDelete
  16. kesimpulan yg sy lihat..pas tidak mungkin nk jadi kan malaysia ni kununnya negara islam yg pas ingin kan..

    1.belum dapat memerintah Pas telah di lihat bercangah pendapat sesama sendiri.
    2.dlm kepimpinan pas tiada kata sepakat,seolah2..pas kelantan lain pas terengganu lain.
    3.dalam pas sendiri kita dapat lihat dlm puak2 pas,mereka dok berbalah siapa lebih PAS.
    4.belum dapat memerintah negara,perebutan kuasa sudah kelihatan.
    5.selepas masuk PR pas di lihat tiada pendirian,akur dengan dap dan keadilan.

    jadi di situ di mana perlunya kami untuk mengudi PAS?apa yg di katakan di dlm umno sudah ujud di dalam pas..tu belum memrintah negara lagi..jika sudah memerintah...apa akan jadi????

    oleh itu,sebelum angan2 lebih mengunnung..bersih kan pas dulu..kembalikan kalibriti PAS di mata rakyat.bukti kan perjaungan pas kerana allah taala.
    insyaallah kami akan undi PAS.

    jika tidak...apa bezanya???dgn UMNO/BN..tetapi Bn telah terbukti mebawa kemajuan malaysia dan kemakmuran rakyat..APA BEZANYA???

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.