Skip to main content

Wawancara dengan Qarin Ayoh Chik (7)

Oleh : AdukaTaruna

Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5 | Siri 6 | Siri 7

"Aduka. Kenal Recep Tayyip Erdogan?"

"Kenal. Tapi dia tak kenal gua."

"Haha. Erdogan juga adalah agen kami. Kerajaan Alexscan."

"WTF?"

"Ya. Erdogan adalah manusia bukan baka Melayu yang genius. Dia pendiam, tapi bagus."

"......."

"Aduka. Kami tanya anda. Jika anda jual satu produk yang bagus, yang tiada cacat cela, tetapi enggan dibeli kerana nama produk itu sudah dicemari terlalu lama, apa tindakan anda?"

"Tukar nama la. Kacang giler soalan lu."

"Adakah berdosa jika anda tukar nama produk itu?"

"Pler otak lu berdosa."

"Begitu jugalah dalam kes Erdogan. Dia menukar produk nama Islam dalam keadaan masyarakat Turki yang fobia terhadap Islam. Dia keluar dari kelompok politik jumud tradisional dan menubuhkan satu parti baru. Mencilok sistem Islam tanpa label Islam."

"PAS pun buat dah. Alhamdulillah. Negara Kebajikan adalah sistem Islam tanpa label Islam."

"Benar. Tapi tahukah Aduka bahawa sebelum itu ianya mendapat tentangan dan ancaman dosa dari ulama Melayu tradisional dalam PAS?"

"Shit! Bodoh ulama Melayu nih."

"Berbalik kepada Hadi, sekarang kita serahkan kepada Qarin Hadi sendiri untuk menceritakan apa yang berlaku."

"Err... Ana ke?"

"Habes siapa? Takan gua nak suruh Nora Danish."

"Releks la bos. Bekeng sangat la bos nih."

"Hhmmm... begini. Takperlah. Saya ceritakan. Kalau Qarin Hadi tidak setuju, dia boleh bantah."

"Boleh.. Insyaallah. Silakan."

"Semuanya bermula apabila sempadanan semula BN 2004 menjerat mereka pada PRU2008. PAS, PKR dan DAP mencatat kemenangan besar pada beberapa negeri tanpa dijangka. Fokuskan kepada PAS, pada saat itulah, pada malam pengundi PAS berkumpul mengepung bangunan negeri di Kedah, di Perak, di Selangor bagi menghalang dokumen kerajaan hilang, PAS Terengganu menerima tekanan dan bayang2 sendiri. Orang lain menang, tapi PAS Terengganu kalah."

"Biar Islam kalah, asal ulama tak kalah la bro.."

"Jangan memain la bos. Serius la."

"Nak serius apa. Ni kan story khayalan."

"Kemudian, istana Terengganu enggan menerima Idris Jusoh, tetapi memilih Mat Said. Maka UMNO Terengganu terpecah 2 malam itu juga. Pendekkan cerita, berlakulah beberapa perkara.

1. Arahan istana.

2. Mat Said memerlukan PAS seandainya team Mat Said dipecat bagi membentuk kerajaan.

3. PAS memerlukan Mat Said dalam amukan tekanan bayang2 kekalahan ketika negeri lain cemerlang.

4. UMNO wajib pecahkan kepercayaan pengundi bukan Islam kepada PAS. Bukan Islam wajib ditakutkan dari mengenal Islam yang sebenar.

Maka, untuk penyelesaian itu, agenda Kerajaan Perpaduan dikarang dan diusulkan. Bagi mengelakkan damage, WAJIB ianya tidak bermula di Terengganu, tetapi dimulakan di negeri2 BN kalah yang lain. Iaitu di Selangor dan Perak.

Perjumpaan, perbincangan tawaran berlaku di Selangor dan di Perak. Mufti Perak merujuk kepada TGNA bagi tujuan di Perak. Soalan saya kepada Aduka. Jika berjaya dan berlaku Kerajaan Perpaduan di Selangor dan Perak dengan tawaran MB kepada PAS, kerajaan manakah yang bergabung di Terengganu mengikuti langkah PAS Selangor dan PAS Perak?

"UMNO Terengganu dan PAS Terengganu lah."

"Jadi, PAS Terengganu bergabung dengan UMNO dengan mengikuti jejak langkah PAS Selangor dan PAS Perak. So, tidaklah orang marah sangat."

"Bos, apakah manfaat yang diperolehi UMNO, wakil Dajal dari kebodohan PAS ketika itu?"

"Hhmm..."

"Dajal berjaya membunuh idealogi, jenama dan wangi2an Islam selama sekurang2nya 3 generasi. Generasi pengundi, generasi bakal pengundi dan generasi pertama selepas generasi bakal pengundi. Kerana mereka belajar dari sejarah yang ditinggalkan. Ianya sama seperti Erdogan membunuh putik2 wangi Islam di Turki jika dia turut bodoh seperti ulama baka Melayu."

"Aduka.."

"Hhmmm..."

"Lim Kit Siang boleh pergi ke mana-mana tempat. Dia boleh bertanding dari Penang hingga ke Johor. Dia tidak boleh dijerat. Setuju atau tidak?"

"Setuju."

"Anwar Ibrahim juga demikian. Dia boleh keluar dari Permatang Pauh jika UMNO melonggokkan kem tentera di sana. Setuju atau tidak?"

"Setuju."

"Nik Aziz boleh bertanding walau di Tak Bai, Thailand. Setuju atau tidak?"

"Setuju."

"Mana-mana manusia pro kerajaan Alexscan seperti Ahmad Neejad, Erdogan, tidak boleh dijerat dalam satu lubuk. Dajal tidak dapat menggunakan taktikal itu. Tapi, bagaimana dengan Hadi Awang?"

"Shit! Memang ahli PAS adalah bodoh seumur hidup."

"Aduka. Saya mahu tanya akidah Aduka. Dalam pertembungan antara Allah dengan Hadi Awang dalam kes seperti ini, Aduka pilih mana? Tanya akidah Aduka."

"Gua pilih Hadi Awang selagi Hadi Awang tidak meninggalkan solat dan puasa."

"Ayark!!"

Jin gua terbalik pitam. Ceh. Ifrit kunun. Bergurau pun tak bleh.

"Turki telah lama berada dalam suasana sekular, Aduka. Ianya lebih sukar dari Malaysia. Turki sudah lama mempunyai hubungan diplomatik, ekonomi, sukan dan sebagainya dengan negara haram Israel. Tapi bagaimana cara mahu memberitahu rakyat Turki bahawa Israel adalah jahat?"

"Hhmmm..."

"Sukarkan?"

"Tapi lihatlah bagai Erdogan bentangkan plan kepada kami beberapa ketika yang lepas."

"Bagaimana?"

"Dia menganjurkan satu perjalanan amal dan kebajikan atas nama Negara Turki. Misi keamanan dan bantuan ke Gaza. Turut dijemput adalah paderi2 Kristian. Menggunakan kapal yang bernama seorang aktivis USA yang mati dibunuh tentera Israel. Aduka boleh lihat siapa sasaran audien Erdogan?"

"Boleh la.. apa lu ingat gua Tok Siak Rusila ke lembab sangat."

"Cuba Aduka sebutkan sasaran Erdogan."

"Ak'alaa.... Mamat jin nih. Dia ajar gua ikut level Tadika Kemas ke apa?

1. Rakyat Turki.
2. Masyarakat muslim.
3. Masyarakat Kristian.
4. Rakyat USA.

"Pandai... lihat hasilnya bagaimana? Bagaimana Erdogan berjaya membuktikan kejahatan Israel pada audien sasaran."

"Erdogan bukan Melayu. Buleh la."

"Bukan begitu, Aduka. Maksud kami, sedarlah diri sendiri itu penting demi perjuangan di jalan Allah. Jika sedar diri lemah dan bodoh, maka, demi Allah Tuhan sekalian alam, undur dan serahkan sesuatu itu kepada ahlinya. Aduka kenal Fadhil Noor?"

"Kenal la. Satu kelas dengan gua. Dulu gua pengawas. Gua selalu tulis nama dia sebab dia selalu datang lewat."

"Bos!"

Comments

  1. gua tak tau ini satira politik modern ka atau cerita merapu tak berhaluan.. tapi gua pikir ini adalah pemikiran kreatif yg disampaikan dgn cara yg amat kreatif.. halus dan berpengajaran!
    syabas aduka.. lu kena didik hadi baik-baik!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.