Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Video attitude Anwar dan Azmin di UTTV

Gua sebenarnya takda masalah kalau rempuh Dataran Merdeka pun, walau tak setuju secara tajuk. At least ramai gak yang rasa air kimia dan gas pedih mata. Ramai yang akan membuka mata. Tapi dengan penipuan pimpinan politik, gua tak kompromi. Jangan buat statement penipu. Berani bertanggungjawab jika memang itu ijtihad yang diambil. Maruah gua akan bangkit melawan kalau berdepan dengan pemimpin play safe dan penipu. <p><p>   </p></p> Video streaming by Ustream

Azmin dan Anwar.. jangan jadi seorang penipu.

Oleh : AdukaTaruna [1] Gua dengar sendiri Azmin berkata begini : "Adakah kita bersedia untuk masuk ke Dataran Merdeka?" Disahut oleh ribuan peserta intelek dan mentaliti tahap biasa. "Adakah kita bersedia untuk masuk ke Dataran Merdeka?" Disahut oleh ribuan peserta intelek dan mentaliti tahap biasa. Azmin dan gua percaya arahan Anwar telah mengembeleng peserta untuk ingkar keputusan BERSIH 3.0 untuk hanya serapat mungkin dari Dataran Merdeka. Cuma gua takda bukti dalam bentuk rakaman. Dan gua hanya mempertaruhkan kredebiliti gua dalam penyampaian. Masa tu gua baru bangun nak blah dari kepadatan manusia. Lokasinya bawah flyover LRT antara Dataran Merdeka dan bangunan DBKL. [2] Gua setuju rempuh masuk kalau ianya dilakukan dari awal. Dari dalam keadaan kerajaan yang mahu berperang. Tetapi apabila wujud kelonggaran dari kerajaan, berbanding demo2 sebelum ini, bermula dari tengah malam itu sendiri rakyat sudah berhimpun secara aman, maka, ianya patut be

Gambar peserta demo tendang polis trafik.

Catatan gua : BERSIH 3.0

Oleh : AdukaTaruna [1] Mula2 plan nak naik keteapi. Tidur dengan memember kat mana2 kaki lima. Tapi tiket keteapi habes. Boleh naik lompat dan bayar denda. Sekali lagi tapi, member gua si kacak dagu lekuk tawar travel dengan dia. Gua setuju. [2] Bertolak jam 12.01 malam, 27 hb. Di jangka sampai 8-9 pagi 27 hb. Sampai Gua Musang jam 3 pagi. Oleh kerana siang tu kami bekerja dan belum rehat lagi, kami ambil keputusan tido dalam sejam. Bangun2, ngam2 sejam. Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Sungguh hebat kami. [3] Lepas settle apa yang patut, bertolak ke Kuala Lumpur. Jam 12 tengah hari sampai Ampang. Sepanjang perjalanan berderu sms dan panggilan masuk. Ye.. ye.. gua sampai dah. Nanti kita buat acara hasutan bersama-sama. Tidur merempat bersama-sama. [4] Gua terlewat gile2 ke Masjid Negara. Tapak hasutan bersama rakan2. Jam 10 malam baru bermula. Ada wakil Gerakan Mahasiswa Pantai Timur, Anas Abdul Wahab, Abu Nawas, Pyan Habib, pokcik2 dan mokcik2, Benz Ali, Hardev antara yang g

BERSIH 3.0 : Gua dah masuk KL. Yeyeh!

Jangan bagitau bini gua. Gua di rumah Zahida Rafik.

Video perkataan Kelantan yang gua tak faham.

2000 polis diarah memakai uniform DBKL 28 April ini.

Oleh : AdukaTaruna Malam tadi, lepas bertekak dengan member yang anti BERSIH di studio UTTV, gua chow. Tak join memember minum. Gua nak tido awal sebab nak tahajut tgk bola. Gua tengok bola di Family Kopitiam. Taman Bendahara. Dekat dengan UMK. Sampai2, sedang cari port, gua nampak SB yang dah jadi macam member dah. Dia la yang ambil intelligent gua dulu. Gua tegur dan bersalaman. Dia pun sound : "Kau buat apa tak tido lagi ni Ka? Benti2 la politik ni." "Baru keluar rumah ni bro. Nak tgk bola. Tak g KL ke? Tak kena bertugas kat KL ke?" "Ada apa?" "BERSIH la." "Kau ni tak sudah-sudah la. Tak payah g la Ka. Polis nanti pakai baju DBKL kat sana." Sebelum dia minta gua off record, gua sengeh dan chow duduk meja lain. Angka 2000 tu gua tambah. SB tu tak cakap pun berapa.

Video bertekak di studio dengan UMNO anti BERSIH

Untuk sampai ke video bertekak tu panjang sikit la. Lepas iklan dari ustream dan lagu 'Ubah' dari DAP. Kemudian masalah teknikal plak. Takda suara. Pada minit yang ke 21 baru ada suara. Tapi apa pun satu perdebatan yang baik. <p>   </p> Video streaming by Ustream

Mahasiswa perlu keluarkan senarai gambar dan nama mereka yang berkhemah.

Oleh : AdukaTaruna Banyak komplen masuk ke gegendang telinga gua la. Pasal attitude sesetengah pihak yang turut sama berkampung khemah kat situ. Memang takda hal la pada gua kalau banyak2 ragam attitude yang bersama mahasiswa. Gua pun ucapkan terima kasih kepada mereka. Tapi gua rasa better lu orang keluarkan senarai dan gambar siapa yang mewakili mahasiswa. Pasal apa, sebenarnya khemah tu bermula dengan demo mahasiswa. Lepas demo tukar jadi khemah, yang homeless, aktivis pelbagai fikrah, budak2 Fahmi Reza pun join sekali. Takda masalah nak join dan sokong tu. Cuma gua nak rakyat dapat bezakan mana dia mahasiswa, mana dia aktivis yang menyokong mahasiswa. Gua takda masalah nak beza. Gua takda masalah nak asingkan tajuk. Tapi rakyat. Unit Amal pun bermasalah nak asingkan tajuk dalam hal ni, gua rasa rakyat lagi hancuss. Gua tak nak gerakan mahasiswa tu ditenggelamkan oleh benda2 remeh, tetapi pada zaman kualiti intelek masyarakat masih rendah ini, benda remeh itulah yang diutam

PULAPOL edar kad jemputan makan kepada peserta BERSIH.

Kuala Lumpur - PULAPOL hari ini akan mengedarkan kad jemputan makan kepada peserta BERSIH 3.0 yang mahu menikmati makanan tengah hari pada 28 April. Tetapi terdapat syarat yang ditetapkan bagi makan di situ. 1. Naik Black Maria ke PULAPOL dan pulang jalan kaki selepas makan. 2. Puji polis dan nafi keganasan polis dalam internet. 3. Makan sampai kenyang atau sampai harga RM15 atau yang mana dulu. Agensi Berita FAKAP

Tionaseng.. salah counter attack la plak..

Gua nak dapatkan maklumat untuk bahan berita Buletin 9 UTTV. Pasal tiket ke KL yang dah habes dijual. Sekali salah kuanter la plak. Ini semua salah UMNO. Ngaaa...

Gua rasa nak terajang jer Mat Saleh nih.

Gua jumpa Mat Saleh ni kat airport Pengkalan Chepa. Lain yang gua suruh buat, lain yang dia buat. Rasa nak terajang dia ke tengah jalan pun ada. Hua3.. Cerita selanjutnya di Buletin 9 UTTV, jam 9 malam ni.

Anak Muhyiddin sumbang suara dalam lagu UBAH Malaysia?

Aduh mak... Ir Nizar pula ditangkap basah.

Ir Nizar hari ini ditangkap basah dalam khemah dengan Mat Sabu. Pergh.. ada macam blogger UMNO tak gua. Lain cerita takda. Seks, seks, seks. Ngeee....

Himpunan Gergasi Warga Internet : Kongsikan idea anda selama 10 minit.

Kelantan umum perkara baru lagi : Saguhati Kesedihan.

[1] Kerajaan Kelantan hari ini mengumumkan satu lagi perkara baru dalam dasar pentadbirannya. Saguhati Kesedihan sebanyak RM10 000 bakal diberikan kerajaan negeri kepada waris mangsa pembunuhan di mana pembunuh tersebut adalah orang tidak siuman. Selama ini, waris mangsa tidak dapat berbuat apa-apa terhadap pembunuh yang tidak siuman. Ada isteri kehilangan suami, ada anak kehilangan ayah. Tetapi, melalui dasar ini, kerajaan negeri akan memberi Saguhati Kesedihan sebanyak RM 10 000. Kerat jari, lepas 2-3 tahun, idea TGNA ni mesti ditiru punya. It's ok. Tiru demi rakyat, tak mengapa, malah digalakkan dan dipuji. Maklumat lanjut di Buletin 9 UTTV, 9 malam ini. Di www.uttv.biz di ruangan LIVE. [2] Di atas tu maklumat secara rasmi. Tapi blog gua ni kan blog tak rasmi. So, ada la berita yang tak rasmi. Ngaaa.. Gua nak bersuara di sini yang gua kecewa dengan nasi bungkus yang disediakan oleh kerajaan negeri Kelantan untuk sidang media tu. Sebab dalam tu ada sebiji telu

Pekerja Indonesia berlakon orang asal bantah kerajaan Kelantan?

Oleh : AdukaTaruna Semalam gua kena cover isu pekerja Rohm Wako yang didakwa dibuang atas tuduhan melancarkan mogok melalui facebook. Baru nak keluar rumah, DAP Melayu sms. Ajak minum kat Puspakom. Sampai Puspakom, gua kol dia tak dapat. Cet! Gua ke Rohm Wako. Seperti yang diramal, gua tak boleh masuk. Salesman tak bleh masuk. Smart sangat ke gua sampai kena tuduh salesman ni? Wartawan? Tunggu kiamat la Pak Guard tu kasi gua masuk. Gua terus chow menuju Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Jabatan Tenaga Kerja. Baru masuk area bandar, maklumat masuk, 200 orang asal sedang berdemo luar SUK. Gua terus ke sana. Ramai gak. Ada la dalam 200-300. Brader gempal rambut panjang tu wajib ada. Kata memember dia SB. Gua tengok kameraman RTM sedang ajar beberapa orang asal membuat kenyataan visual. Gua berdiri belakang orang asal tu sambil rakam kamera RTM sedang rakam si pembuat kenyataan. Malam semalam gua rasa keluar gua keluar RTM kot. Ntah gua dah lama tak tengok TV. Gua sempat intervi

Isteri saya tak kasi saya hadir BERSIH 3.0 - Ustaz Azhar Idrus

Bini tak kasi adalah alasan Ibrahim Ali. Alasan Ostadd Azhar Idrus gua tak tahu, dan nak juga tahu. Ada sesiapa tahu alasan Ostad Azhar tak turun BERSIH? Maybe gua ketinggalan bas. Kepada Ostad Azhar Idrus, kalau berani, meh la turun BERSIH 3.0. Sembang kencang tak guna jugak. Tak sunnah kalau dakwah hanya melalui air liur dan microphone. Muhammad saw tak buat begitu.

Kepada mamak Utusan yang main sentimen Sultan Melayu

Lu tu mamak bro. Kalau lu mamak pun, dengan muka tak malu sayang kepada sistem Kesultanan Melayu, gua ni melayu, lagiiiiiii la sayang berkali-kali dari lu. Dapat sahaja Malaysia Baru, gualah orang pertama yang akan memperkukuhkan sistem Kesultanan Melayu nih. lebih dari lu yang mamak tu. Hidup Kesultanan Melayu! Hidup!

Pendidikan percuma hanya untuk IPTA

Oleh : AdukaTaruna Pendidikan dan perubatan antara hak rakyat yang harus dinikmati secara percuma. Tetapi wujud satu lompong kemusnahan apabila pecuma ini ditafsir secara total. Bayangkan kerajaan harus membayar perubatan secara percuma tanpa mengira swasta ataupun milik kerajaan sendiri. Maka wujudlah perubatan-perubatan bagai cendawan yang tumbuh. Dan wujud pula pesakit-pesakit upahan. Bertujuan claim bayaran dari kerajaan. Mamak Cakra Alam siap buat hospital lagi. Pesakit2 pula dari kalangan kaum kerabat blogger Ikut Suka Aku. Tiap2 minggu sakit. Tiap2 hari claim. Mau gilo negara nih. Begitu juga kalau pendidikan percuma ditafsorkan secara total. Maka, siapa yang kaya? Jika sebelum ini mereka kaya dengan duit yang dipaksakan bayar dari anak-anak Malaysia, kini mereka lebih mudah. Direct, terus dan cepat dari kerajaan. So, gua berpendapat, selagi tidak ada mekanisme yang boleh menyekat apa yang gua khuatirkan, maka, gua HANYA SETUJU PENDIDIKAN PERCUMA HANYA PENDIDIKAN D

Tidak mustahil MB Perak adalah DAP Melayu - Dr Tan Seng Giaw

PERKASA kerah 700 000 dalam 20 bas sekat BERSIH

KUALA LUMPUR — Perkasa bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini melancarkan “perang” terhadap Himpunan Bersih dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada kerana “apa sahaja boleh berlaku.” Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menegaskan perhimpunan anti-Bersih yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini. “Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara, jika himpunan Bersih tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan. “Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak,” katanya pada pelancaran perhimpunan Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini. Dalam ucapan di hadapan pertubuhan NGO termasuk kalangan Cina dan India, Ibrahim berkata Himpunan Bersih diadakan kerana gera

Molokov Cocktail dirampas bersama baju BERSIH

KUALA LUMPUR - Polis menemui tiga bungkusan berisi barang-barang berbahaya termasuk bom molotov cocktail, parang dan mercun bola di tiga lokasi di ibu negara semalam, yang dijangka digunakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk mengadakan perhimpunan haram pada Sabtu ini. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, semua barang tersebut ditemui disembunyikan dalam pokok hiasan di hadapan Restoran The Ship di pusat beli-belah Kompleks Pertama, di bawah tangga Wisma Bumi Raya dan dalam semak di air pancut belakang Pusat Beli-belah Sogo di sini. Beliau berkata, polis bertindak membuat pemeriksaan di tiga lokasi terletak kira-kira 150 meter antara satu sama lain itu setelah dihubungi oleh orang awam yang berasa syak apabila melihat tiga lelaki menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna perak berkeadaan mencurigakan meletakkan sesuatu di situ. "Pada pukul 4.30 pagi semalam, dua ahli perniagaan yang sedang menggunakan tandas awa

Tangkapan pertama BERSIH 3.0

Kuala Terengganu,6 April 2012 - Menjelang Himpunan Gergasi BERSIH dan anti Lynas pada 28 April ini, negara menyaksikan 4 orang ditangkap. Mereka terdiri dari seorang wanita dan 3 lelaki dari 25 hingga 33 tahun. Seorang wanita ditangkap ketika membersihkan lantai di Wisma UMNO Kuala Terengganu, di atas tuduhan mempromosi BERSIH. Aishah Seman, 33 tahun ketika ditemui berkata : "Akak kerja dengan syarikat cleaner jer dik. Vest kuning ni vest syarikat. Papan tanda amaran lantai basah ni syarikat yang bekalkan. Bukan akak saja-saja suka pakaikuning ni." Seorang pemuda, Amirul Senin, 25 pula ditangkap ketika melakukan kerja-kerja mengecat kedai telekomunikasi. Menurut Amirah Senin, kakak kepada Amirul, adiknya itu bekerja dengan syarikat telekomunikasi Digi. "Kami sekeluarga tengah pening nih. Tak tahu nak cakap macamana." Dalam perkembangan yang berlainan, 2 lelaki pasangan kembar, Jean Francoise dan Jon Marwan di tangkap di sekitar Gambang dan Gebeng petang ta

Cerita sebenar Husam VS Aziz Desa.

Oleh : AdukaTaruna Jika TGNA tak maksum, apatah lagi Husam. Tapi antara Husam dan Aziz Desa, gua rasa banyak lagi tak maksumnya Aziz Desa. Antara gua dengan Aziz Desa plak, gua rasa sama jer. Tulang sum-sum, hantu kum-kum. [1] Aziz Desa dibawa masuk KTC oleh Zarina. Walaupun Aziz Desa adalah orang Sanusi Junid. Baguslah. Hak KTC mana bleh politik Kelantan masuk campur. pengasingan tajuk, kan tu. Tetapi, Aziz Desa masuk ketika era bengap pengurusan KTC. Dan Aziz Desa dalam mode berkobar-kobar untuk melakukan perubahan. Biasalah, budak baru kerja tempat baru. Semua manusia begitu. Malangnya, akibat mode teruja Aziz Desa, dia tidak bermula dari kerja-kerja yang terbiar dalam pengurusan sebelumnya. Dia terus lompat kepada perolehan. Contoh bab hutang. Pengurusan sebelum Aziz Desa ntah bagi atau tidak Invoice, surat perjanjian, tempoh bayaran, etc. Sehingga sebuah organisasi bank pun boleh tak bayar kepada KTC. So, lu boleh bayangkan betapa bongoknya pengurusan sebelum Aziz Desa.

BERSIH 3.0 : Panduan hujah untuk anda.

Oleh :  AdukaTaruna Gua keluarkan panduan hujah untuk lu orang untuk sesama rakan2 kedai kopi; atau mana2 pimpinan yang terpaksa berhujah apatah lagi dalam satu2 rancangan TV secara live. Live atau rakaman adalah pembolehubah. Rakaman adalah perangkap. Live adalah peluang. Teknik penting panel debat / talk show secara LIVE. Jika anda adalah seorang panel debat atau talk show, live; seandainya anda rasa hujah lawan memerlukan masa, sedangkan masa anda untuk bercakap adalah pendek; anda harus selalu memulakan hujah dengan atau seumpama ini : "Jawapan ini adalah jawapan yang panjang. Masa yang diperuntukan adalah musuh kepada saya. Jawapan detail akan ditulis semula dalam Blog / FB / Twitter saya. Untuk ini, saya menjawab begini : Bla bla bla.." Jadi, anda menggantung jawapan anda kepada audien hutan akan satu lagi 'rujukan' lain yang lebih sempurna. Memang tidak banyak, tetapi ada sedetik audien hutan akan terima hakikat satu2 hujah itu ada detailnya lagi.

Sidang media berdarah : Shahril Samad umum sertai PAS.

Johor Bharu, 1 April – Ahli parlimen Johor Bharu, Datuk Shahril Samad hari ini mengumumkan keluar UMNO dan menyertai PAS bersama lebih 2000 kekuatan ahli. Perkara yang menggemparkan itu mendatangkan keributan dan huru-hara ketika sesi sidang akhbar yang dipercayai dilakukan oleh ahli UMNO yang ingin menggagalkan sidang akhbar tersebut. 4 orang cedera termasuk seorang wartawan. Mereka dikejarkan ke hospital. Dalam sidang media itu, dimana akhirnya disuraikan oleh pihak polis, Shahril Samad berkata : “Tiada jalan lagi memperjuangkan agenda negara di dalam kerajaan sedia ada. Jangan lontar batu dari luar bagi membetulkan keadaan sudah tidak terpakai. Penyelesaian yang tepat ialah tukar dan bersama membina negara tercinta dengan idea dan kematangan." Difahamkan Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan keperluan meletakkan Shahril Samad sebagai Menteri Besar Johor tidak kira parti mana yang menang terbanyak seandainya Barisan Nasional berjaya ditumbangkan di