Skip to main content

Ulasan lewat : Pembaharuan dalam PAS.

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Lu agak2la.. kalau kita semua tidak bergabung dalam satu titik temu secara konsisten, mampukah bunga2 perubahan bercambah dalam PAS? Asbablah.

Memang banyak idealogi yang berada dalam kehendak pembaharuan PAS itu sendiri. Gua mahukan perubahan adalah kerana A, , bloggers lain mahukan perubahan adalah kerana B; ahli2 anak muda pun lain2. Tapi dengan bergabung dalam satu titik temu secara konsisten, alhamdulillah, Allah izinkan asbab itu.

Kemudian, dengan perubahan ini, dapatlah kita dengan matangnya membentangkan A, B dan seterusnya bagi memberifaham dan memberitahu kepada yang lainnya manakah yang terbaik. Wallahualam.

[2]

Begitu juga dengan kehendak demokrasi yang bebas dan adil. PAS mahukan demokrasi bebas sebab A. PKR mahukan demokrasi adil sebab B. DAP mahukan demokrasi bebas sebab C. Hanya UMNO sahaja yang tidak mahu demokrasi bebas dan adil. Najib sendiri mengatakan demokrasi terbuka sukarkan kemenangan. Sukar menang makna sukar rompak khazanah negara. Sukar serahkan kedaulatan dan maruah kepada Lee Kuan Yew.

Kita boleh melihat bagaimana UMNO takutkan gabungan dalam titik bersama, sama seperti Hadi Awang dan kumpulan terengganu takutkan gabungan dalam titik bersama.

Sedar tidak sedar sebenarnya, kita telah berjaya memperbetulkan semula falsafah politik orang Melayu. Yakni pemerintah, kumpulan yang diberi kuasa mengubah polisi harus takut kepada rakyat. Bukan seperti beribu tahun sebelum ini di Tanah Melayu. Rakyat takut pada pengubah polisi.

Ketakutan Hadi Awang telah :

a. Pertama kali membetulkan falsafah Kepimpinan Ulama. Yakni dengan takrifan ulama dan profesional bagi kerusi2. Sebelum ini hanya Fadhil Noor dan Nik Aziz sahaja yang sanggup menjaga akidah dari memilih sebuah falsafah yang menjamin kedudukan pangkat.

Sebelum ini Hadi Awang, Harun Taib, Abu Bakar Chik adalah antara orang yang enggan membetulkan akidah dalam salah faham Kepimpinan Ulama. Kerana pangkat dan survival gaji mereka bergantung kepada akidah sesat ini.

b. Penukaran PJ yang menghapuskan kesesatan Kepimpinan Ulama dan menegakkan Kepimpinan Islam. Serahkan sesuatu itu kepada ahlinya.

Sebelum ini, bertahun dulu, ketika gua menentang arus secara keseorangan, gua maki Hadi Awang dengan artikel ini :

Bukti hipokritnya ulama Hadi Awang dan Mustapha Ali.  45 makian yang berjaya gua dapat dalam fasa awal.

Menyedari Hadi Awang mempunyai ID di TKO, dan membaca setiap malam, gua fight di TKO dengan artikel ini. Ghaib, publish semula. Ghaib, publish semula. Akhirnya, Hadi Awang up Mustapa Ali ke pusat, dan menyerahkan PJ Ganu kepada Kepimpinan Ulama. Harun Taib.


Kini, alhamdulillah, Allah mentakdirkan Hadi Awang tersepit dalam kesesatan yang membantu kerusinya selama ini. PJ negeri2 dilantik oleh Presiden. Terengganu dari Kepimpinan Ulama bertukar kepada Kepimpinan Islam yang menuntut diletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Diserahkan sesuatu bidang itu kepada ahlinya.


PJ Terengganu - Wahid Endut.

[3]

Maka berkatalah Hadi Awang sebenarnya masih tidak mampu melepaskan diri dari Mustapa Ali. Pada gua, ya dan tidak. Pendapat gua, Allah tidak mengurniakan Hadi Awang kemampuan dalam menguruskan rakyat berbilang agama dan bangsa. Allah sekadar mengurniakan Hadi Awang kemampuan untuk menguruskan sebuah sekolah agama yang satu gamanya dan satu bangsanya.

Tetapi, Allah mengizinkan keputusan golongan bodoh yang membentuk kumpulan terbesar dalam satu2 ekosistem, dalam satu2 habibat dengan Hadi Awang menjadi Presiden secara adat kebiasaan Melayu PAS. Yakni ketua meninggal dunia, automatik penolong ketua menjadi ketua. Tidak boleh menentang adat. Pelik dan keji.

Kejadian yang Allah benarkan berlaku hanya untuk golongan berfikir. Manusia yang bermati2an mempertahankan amanah sedangkan dia tidak layak Allah janjikan sejarah kehinaan. Ianya akan menjadi sirah rujukan umat manusia masa hadapan.

Balik semula kepada Mustapa Ali, pada gua, Mustapa Ali ibarat pedang yang tajam. Tapi malangnya habitat PAS menyerahkan pedang tajam itu dikendalikan oleh manusia sebodoh Hadi Awang. Ianya melukakan pihak sendiri, termasuk owner yang mengendalikan.

Banyak isu yang mendamagekan pihak sendiri hasil kendalian si pedang terhadap owner. Dan lebih banyak gerakan yang menguntungkan pihak sendiri hasil gerakan si pedang terhadap parti. Sejujurnya, jika gua adalah Presiden PAS, gua sendiri melantik Mustapa Ali sebagai SU atau think tank gua. Sebab gua percaya gua yang mengawal Mustapa Ali dan Mustapa Ali pasti tidak boleh mengawal gua.

Jadi, senario terkini yang Allah beri ini, dengan kelibat Mahfuz yang tegas dengan integriti, dibuktikan meletak jawatan dalam pihak sendiri; dengan kelicikan Husam yang digeruni lawan dan kawan, dengan neutral Salahuddin, gua fikir, Mustapa Ali bermanfaat sepenuhnya tepat berada dalam landasan. Mustapa Ali tidak mungkin kawal Hadi Awang yang bodoh itu dengan bebas lagi. Terdapat beberapa penapisan yang perlu diambil kira.

[4]

Pertukaran PJ Selangor juga diberlaku dalam keadaan Hadi tersepit. Ini adalah sejarah yang tidak boleh dinafikan. Jika Hadi tidak tersepit seperti pemilihan lepas, dengan selambanya dia buat sidang media upkan semula idea UG selepas menutupnya dengan menuduh ahli PAS malas membaca. 10 ahli parlimen PAS digelar budak hitam apabila membantah. Kesemua blogger digelar munafik apabila melawan.

Di harapkan dengan pemilihan PJ Selangor yang baru ini, dapatlah PAS Selangor bergerak dengan bijak di celah2 kepelbagaian kefahaman dan kadar intelektual.

Munafik pemerintah tentera Syiria telah merasai sendiri bagaimana khianat dibalas khianat. Dia khianat kepada Israel dengan maklumat, dan Israel khianat dia dengan mencampakkannya ke laut ketika dia larikan diri dari Syiria ke Israel bagi mendapatkan suaka politik.

Nasha telah merasai sendiri bagaimana dia khianat kepada PAS dengan perjumpaan gelap. Dan Allah takdirkan dia dikhianati Terengganu sendiri yang meletakkan Tuan Ibrahim. Dikhabarkan Nasha gembira dalam luka apabila T Ibrahim kalah. Kini Allah takdirkan Hasan Ali pula menjalani sunnah yang sama dan berulang2. Tidakkah golongan manusia yang berfikir itu sedikit dalam satu2 habitat?

Arahan siapa yang membuatkan Nash bertemu UMNO, bukan UMNO bertemu Nash? Dan arahan siapa T Ibrahim U turn bertanding menentang Mat Sabu? Dan arahan siapa yang meminta Nash menarik diri? Sunnah itu berulang2, bukan?

Arahan siapa yang membuatkan Hasan Ali bertemu UMNO, bukan UMNO bertemu Hasan Ali? Dan arahan siapa Hasan Ali digugurkan? Sunnah itu berulang2, bukan?

[5]

PJ N9 juga adalah bunga2 pembaharuan yang diperolehi apabila Hadi tersepit. Gua ucapkan tahniah kerana pada gua ini adalah pemilihan yang tepat. Gua telah gambarkan Taufek sebagai cemerlang dalam N3 bertahun dulu. Gua tahu sebab gua berada dalam kawasannya.

http://adukataruna.blogspot.com/2009/01/adun-paroi-pas-bagus.html Lihat tarikh N3 tersebut. Allah yang mentakdirkan sejarah.

Kali pertama gua berjumpa dengan Taufek ialah ketika Usen TKO menyuruh gua hadir usrah PAS melalui rakannya dari Taman Tasik Jaya. Ketika itu Usen TKO terkejut gua mengkritik Hadi Awang. Dia suruh gua hadir usrah dulu, baru boleh kritik. Macam biasa, gua sahut.

Gua hadir usrah rumah Faiz. Lawyer anak kepada Ustaz Fadhil Noor. Itulah pertama kali gua hadir usrah PAS. Dengan rambut panjang, baju Melayu dan seluar jeans.

Tapi berbeza dengan gua, kali pertama Taufek jumpa gua bukan di situ. Tapi di kampung. Ayah dia dengan abah gua kawan rapat. Nama pun sama2 Ghani. Gua kecik lagi, dia dah remaja. Gua tak kenal dia, tapi dia kenal gua, adik-beradik gua, mak-abah gua, termasuk perangai gua kat kampung. So, maybe sebab tu, kalau seandainya dia salah esok2, gua tak bleh kritik sgt. Sebab perangai gua dalam poket dia. Hua3..

Sebelum PJ bagi negeri2 dilantik dan dikekalkan, gua menerima permintaan dari PAS N9 untuk menekan Hadi Awang atau melobi atau berkempen bagi Taufek. Lihat tarikh pada print screen email. Alhamdulillah, jika pembaharuan itu menekan kekaratan, kerjanya lebih mudah. Gua tak sempat buat apa2 kecuali sibuk dengan agenda kapitalis. Allah anugerahkan N9 dengan PJ yang setakat ini memang cemerlang dan rasional dalam menghadapi puak2 PAS N9 yang berbalah dalam cawan.



Comments

  1. Dulu PAS Negeri area Selatan, PJ semua dah taraf datuk. Orang kata dah langgar tembok. Langgar tembok mungkin sebab dah 'rabun'. Dah la 'rabun', orang belakang mula tolak menolak. Orang belakang menolak sebab dirempuh rakyat dan akar umbi yang berpusu-pusu nak kan perubahan melangkah ke depan ( dinamik ). Bukan statik atau melangkah ke belakang.

    Hari ni PAS Melaka dan PAS Negeri Sembilan beruntung dapat PJ orang muda, segar, cergas, berpengalaman dan berminda hebat. Malangnya, PAS Johor yang tertinggal train. PJ lama masih kekal.

    Adakah PAS Pusat yang bermesyuarat menentukan PJ menilai Dr. Mahfodz berdasarkan jumlah taklifannya di Pusat? ( AJK PAS Pusat, Ahli Majlis Syura PAS Pusat, Naib Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat ).

    Jika cemerlang di Pusat, tak semestinya berjaya di Negeri. Gua tak boleh nak ukur tahap prestasinya di Pusat sebab gua tak bekerja bersamanya di sana. Tapi gua bekerja bersamanya di Johor, sama seperti pengalaman gua bersama Suhaizan. Tak tau la kalau dia excellent di Pusat tapi sebaliknya di Negeri.

    Berdasarkan situasi politik semasa dan tuntutan rakyat di Johor, gua rasa dah sampai masa Dr. Mahfodz bermastautin di Pusat secara total. Tinggalkan Johor kepada generasi baru yang dah masuk gear 3 tapi masih tak boleh memotong kenderaan di depan.

    Cer bariskan PJ PAS Johor dengan Pengerusi DAP Johor ( PKR Johor gua malas komen. Serba serabut. Chua Jui Meng pun lantikan terus Anwar ). Tengok Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau ( ADUN Skudai ). Hebat dalam sidang DUN. Aktif di lapangan bersama rakyat. Takde border antara pemimpin dengan grass root. Gua boleh bertepuk tampar dengan dia.

    Sebenarnya akar umbi prefer Hj. Dzulkefly Ahmad ( TPJ ) gantikan seat Dr. Mahfodz. Hj. Dzul, bekas Pengarah PRK DUN Tenang dan bekas Naib Ketua DPPNJ ni calon paling sesuai untuk lead PAS Johor. Malangnya, lantikan PJ bukan hasil undian ahli PAS negeri.

    Bro.
    Bak kata mak lu, pilih la ketua darjah yang rapat dengan murid, bukan yang rapat dengan pengawas dan guru. Malangnya, ketua darjah dilantik oleh guru. Murid langsung tak berhak memilih ketua mereka. Dan PAS adalah parti politik, bukan kelas 6 Anggur. Haha.

    "Pendapat gua, Allah tidak mengurniakan Hadi Awang kemampuan dalam menguruskan rakyat berbilang agama dan bangsa. Allah sekadar mengurniakan Hadi Awang kemampuan untuk menguruskan sebuah sekolah agama yang satu agamanya dan satu bangsanya" – AdukaTaruna

    Gua setuju kalau quote di atas, nama Hadi digantikan dengan Dr. Mahfodz. Dia pun ada ma'ahad tahfiz sendiri di Kundang Ulu, Muar. Hadi dengan Dr. Mahfodz banyak persamaan. Bezanya Dr. Mahfodz tak menipu dan skandal UG macam Hadi.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  2. Sebab TGHH ada riak...releks...ukan riak = sombong tamak gitu ... ni riak muka/ body language dia macam ada riak riang ria hari raya...OK dia mau perubahan/change, so TGHH deserve 2nd chance from us all, right? Just do it right this time OR get lost! Dia boleh blah kalau buat perangai lama.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...