Skip to main content

Adun Paroi (PAS) bagus..

Oleh : AdukaTaruna

Dah 2 kali dah. So, wa catitla dalam blog wa nih. Kali pertama sekeluarga naik kancil. Tanya wa kat mana Pusat Khidmat Adun Paroi. Bro Taufik. Rumah kaler oren kat Taman Tasik Jaya.

“Tapi tak tahu la pakcik, dia ada ke tak. Harap-harap dia ada la.” Wa pancing.

“Eh… bagus dia nih. Ramai yg kata dia bagus. Sonang bona jumpo. Kotok yo pintu tu, toruih masuk. Tak payah eppoimen2 do.” Pacik tu jelaskan kat wa. Wa angguk jer la.

Kali kedua pasangan naik wira. Siap datang balik kat wa tu. Puji bro Taufik.

“Senang lak ai jumpa dia.. Meja dia kat tepi pintu jer. Jengok kepala dah nampak dah.”

Wa sengeh jer la. Bagi wa, benda ni macam psychology la. Macam orang demam ringan la. Jumpa doctor, tengok jer muka doctor, dah 50% sembuh dah tu. Doktor tu cakap2, bagi nasihat dah 20% lagi sembuh. Usik2 skit, terus sihat dah.

Psychology kepala otak dia yang sembuhkan penyakit tuh sebenarnya. (eden koba dalam bab asbab ni. Kang ado pulak ostad2 jumud koba den sesat lak kang.) Macam orang asli la. Demam kunyah daun sekian. Bila saintis uji, bahan aktif dalam tu tak bertindak langsung. Sebenarnya psychology kepala otak dia yang sembuhkan demam ringan dia tuh.

So, macam citer bro Taufik, dia hanya lakukan, bagi nasihat yang betul, sedaya upaya dia, dengan apa kuasa yang dia ada sahaja. Yang penting, secara puratanya, dia sentiasa bersedia berkhidmat untuk rakyat, pada waktu dia bertugas, dan selalunya, juga pada waktu dia tidak bertugas.

Comments

  1. saikoloji satu hal..bab daun kayu hutan tu,,betul la daun2 tu penawar penyakit...
    ..kalo men saikoloji je,,mau mati kena racun silap2 makan daun..

    -->>senang2,,ekau gi la tulun bro taufik tu apa yg patut...dio sms akak tadi suh gitau lu...hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...