Skip to main content

Anwar perlu bersumpah demi harapan rakyat (2)

Oleh : Lelaki Ini (Pemuda PAS Johor)

Dari sudut agama dan politik, ada yang berpendapat Anwar perlu bersumpah, ada yang tidak.

Sudut Agama


1. Anwar perlu bersumpah

- Dr. Juanda Jaya
- Dr. Asri Zainal Abidin
- Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman

2. Anwar tak perlu bersumpah

- Haji Abdul Hadi Awang
- Tuan Ibrahim Tuan Man
- Ustaz Harussani Zakaria

3. Kesimpulan

Anwar ada pilihan. Anwar boleh bersumpah mahupun tidak. Anwar berhak memilih dengan berpegang pada mana-mana hujah yang dikemukakan.

Sudut Politik


1. Anwar perlu bersumpah


2. Anwar tak perlu bersumpah

- Kita masih menanti hujah yang mengatakan Anwar tak perlu bersumpah.

3. Kesimpulan

Selagi tiada hujah konkrit yang membenarkan Anwar untuk mengecualikan diri dari tindakan bersumpah demi kepentingan politik Pakatan Rakyat, maka Anwar perlu bersumpah.

Gua highlight sekali lagi, dalam sub-tajuk ini, gua hanya berpandangan dari sudut politik. Sementara hujah agama dah dijelaskan panjang lebar oleh pihak-pihak di atas.

Persoalan Qazaf


Kepada yang nak sangat Qazaf sebat 80 kali, korang tau tak Qazaf versi Malaysia macam mana? Menurut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, pesalah Qazaf hanya dikenakan denda RM 5,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya. Mana Qazaf sebat 80 kali?

Qazaf sebat 80 kali tu ikut Hudud. Dan sejak bila pulak Kerajaan Malaysia laksanakan Hudud? Realistik la beb.

Dari memekak ‘nak Qazaf nak Qazaf’, baik minta Hudud dilaksanakan. Qazaf terkandung dalam Hudud. Nak anak, tapi ibu ditinggalkan. Nak Qazaf, tapi tolak Hudud. Demi Anwar Ibrahim beb. Hehe.

Sejarah Kes Qazaf di Malaysia

Rujuk kes liwat Saiful 2008. Ia telah dirujuk ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. Pada 2010, menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir kemuka bantahan. Hakim terima bantahan dan tolak permohohan Qazaf oleh Anwar.

Anwar kata walaupun cukup jelas fitnah liwat tersebut, pendakwa sebagai pegawai rendah JAWI tak berani mendakwa. Lastly Anwar akan merayu terhadap keputusan tu, walaupun tak terlalu mengharap.

Semua tahu bai. Keadilan jenis apa yang boleh diharapkan ke atas Mahkamah Malaysia terhadap musuh politik BN. Tahanan ISA yang menang kes RM 2.5 juta dulu tu pun akhirnya tewas.

Kesimpulan


Dari AMK memekak nak Qazaf sebat 80 kali, baik suruh Anwar bersumpah demi memulihkan kekeliruan rakyat dan mengembalikan sokongan pengundi. So jentera parti dah boleh fokus pada isu kebajikan rakyat dan negara yang jauh lebih penting. Bila rakyat dah sokong, PRU BN tumbang, haa pinda la hukum Qazaf dan sistem perundangan mana yang patut ikut Qur’an. Then heret la pendakwa-pendakwa yang terlibat ke muka pengadilan. Itu pun kalau PKR ikhlas la nak tegakkan perundangan Islam, tapi kalau takat nak lepaskan tengkuk boss, gua tak tau la.

1998 Anwar bersumpah, semua setuju, takbiiir!
2011 Anwar takut bersumpah, semua setuju, walaaa’…

Lafaz pertahankan diri semudah “Wallahi, tuduhan itu palsu“ pun Anwar tak berani, gua tak tau la nak kata apa. Masa jadi pembangkang pun tak berani tegur ketua yang silap, apatah lagi bila dah memerintah nanti. Serupa UMNO bai..

Wallahua’lam.

Comments

  1. hehe...betul ke tuh 3 orang je yang nasihat anwar jangan bersumpah? aduka aduka....3 orang tuh aje???? betull 3 jee????
    dalam nak bagi maklumat yang adil..jangan bias aduka...
    wat la home work lebih sket...compare lagi ramai suruh sumpah ke ramai yang larang...
    tu la akibat agresif sangat nak langgar..

    masih menanti hujah yang mengatakan anwar tak perlu bersumpah?? betul tak de lagi hujah tu?? yakin?? positif??hehe
    skang ni maklumat kat hujung jari je aduka... :) gudluck bro... slamat melanggar..

    ReplyDelete
  2. Biasakla..Duka..Tetap la penyokong dgn pemimpin..Lu kecoh plak..Lu dgn penjaga dasar lu pun apa kurengnya..kalau hati dah cinta..Cinta atas dasar politik..Sama lah kalau lu dah meluat Hadi..sampai kesudah la lu meluat..tapi meluat lu ada sebab..lu boleh justify..tak salah..hujah lawannya hujah..
    Sumpah pun lawan la dgn sumpah..

    ReplyDelete
  3. Penjaga dasar lu pun ada suruh mamat kening bertanduk tu bersumpah waktu kes liwat Saiful tu dulu..Now, dia buat-buat pekak je.. Anwar dianiaya la...camera tak fokus kat muka la..ada saja..
    Buatla solat hajat lagi..Buat doa laknat..laknat pada puak munafiqin..tak kira sapa..kalau brani la..

    ReplyDelete
  4. Bro, selepas timbang dari segi kesan pada budaya dan kefahaman "keagamaan", rasanya banyak benda buruk timbul kalau Anwar bersumpah. Tapi, dari segi politik sebenarnya barangkali lebih buruk utk jangka pendek dan panjang. Bayangkan senario ni "Anwar bersumpah balas dgn ayat laknat atas dirinya, kemudian pihak pekembar@sekembar bodoh plankan 3 aksiden dlm tempoh 2 bulan kepada Anwar dan keluarganya (contoh rumah terbakar, anak isteri dilanggar kereta, Anwar sendiri koma dibelasah "org2 tidak dikenali" atau seumpamanya, bro bayangkan apa yg akan keluar drp media kroni Pekembar@sekembardgnbodoh tajuk2 besar "Anwar dimakan sumpah" "Petunjuk Allah, Anwar terima bala sumpahnya" "Anwar terima akibat sumpah laknat"....

    ReplyDelete
  5. Arghh, macam bebudak ler kalau dah bersumpah pun boleh 'main-main', kan? Tak payah ada mahkamah, hakim la rupa tu (main sumpah saja buang kes?). Polis pun senang kerja. Pemimpin Melayu kita sekarang ni sebab banyak sangat tengok Hindustan kut, la depa dah pandai main wayang dlm dunia politik negara. Khasnya UM?NO. Desperado!

    Apa pun kena siasat dulu. Baru adil. Jangan emo & hukum terus. Implikasinya besar angkat sumpah ni. Serius, lu tanya Tanggang, kalau lu tak caya wa. Tu pasal wa ingat DSAI tak payah sumpah balas la tu mamat Ass-kay. Pegi mampus@ bo layan sama provokasi UM?NO, agen & proksi.

    Wa sebenarnya, as many others, sedih dgn cinemagraphy/ jalan cerita "filem lucah DSAI" oleh Datuk T (Tengkorak lu la) Dah la cerita macam sial..tak clear. Tergantung. Rugi wa tengok. Buang masa, karan, bagai. Sapa pengarahnya? Mamat yang baru masuk UM?NO tu ker? Macam dah tak ada cerita lain nak buat. Suruh dia stay tuned buat filem cerita hantu lawak bodoh saja la.

    Wa senang ja, kut DSAI teruk perangai sampai main betina@makan luar ..okay ada bukti terang-terang clear punya wa boleh terima dia jahat....Ya, DSAI pun manusia jadi leh jadi dia ada nakal sikit, nak kata dia jahat, okay la tu. Amacam Najib, Muhyidin, Hishamudin tu semua? Baik? Boleh simpan la lu punya baik. Depa lagi aku tak caya. Potong anu lu la AT kalau lu caya depa tu 10% (tak payah cerr 100%, 200%) lebih baik drp DSAI bab maksiat seks ni.

    ReplyDelete
  6. 3 orang ke 10 orang ke, itu hanya nombor. Hujah berkualiti seorang boleh patahkan hujah sampah 10 orang.

    Cabaran gua, kemukakan hujah dari sudut politik, yang mengatakan Anwar tak perlu bersumpah.

    Status video tu tajuk lain. Pengundi bodoh yang dominan tau ke menilai kualiti video?

    PAS bersuara. Persatuan Peguam berhujah. Persatuan Ulama' berbahas. ABIM siap buat seminar. Siapa yang celik dengan hujah dan penjelasan-penjelasan ni? Adakah input ini sampai ke pengundi pedalaman yang 24 jam bersama RTM dan Media Prima?

    Adakah Pakatan Rakyat setakat berharap semua lapisan pengundi dapat maklumat, faham dan bijak menilai sesuatu isu berdasarkan hujah-hujah yang hanya terdapat dalam internet, tanpa menggerakkan jentera penerangan turun padang?

    Hentikan la syok sendiri bai.

    Sasaran kita adalah golongan pengundi yang dominan. Golongan yang sumber maklumatnya terhad. Golongan atas pagar. Golongan yang kurang cerdik tapi cukup menitikberatkan isu moral. Mereka ini golongan dominan. Penyokong PR tidak dominan.

    Berapa banyak jentera penerangan PKR, PAS mahupun DAP yang dah turun ke grass root memastikan setiap tangan pengundi menerima risalah penerangan berhubung isu ini? Itu belum masuk bab nak menjelas dan memahamkan mereka.

    Tamat bab mencelikkan intelektual pengundi yang dominan.

    Sekarang, KEROSAKAN ( DAMAGE ) dah berlaku. Gua dah sebut, prosedur mahkamah tetap kena teruskan. Dan sumpah penafian tetap kena buat. Bodoh la kalau bergantung semata-mata pada institusi kehakiman yang dikawal BN untuk membersihkan nama dan tegakkan kebenaran.

    Anwar tak payah sumpah laknat atau mubahalah la bro. Setakat menafikan tuduhan Eskay "Wallahi, tuduhan itu palsu" pun dah cukup.

    Kalau nak fikir risiko sabotaj, jangan masuk politik, duduk rumah. Bila masa yang BN tak pernah sabotaj PR? Soalnya, sejauh mana kebijaksanaan kita dalam menguruskan sabotaj atau risiko. Anwar kan cakap, kalau takut dengan risiko jangan bicara soal perjuangan. Sumpah penafian pun takut. Pengikut pulak wala', hahaha.

    Gua pernah sebut dulu ( link di bawah ), betapa pentingnya sesebuah kerajaan, parti atau pemimpin membangunkan intelek rakyat atau ahli, supaya bijak berfikir dan menilai. Tidak taksub membabi buta pada status dan jenama.

    http://adukataruna.blogspot.com/2010/12/kenapa-allah-tidak-sunnahkan-demokrasi.html

    Beberapa minggu lepas, gua dan rakan-rakan dari PAS Kawasan telah mengadakan culaan dan soal selidik di kalangan pengundi muda dan golongan pertengahan, di dua kawasan Parlimen. Keputusan semakin negatif sejak Anwar enggan menafikan sumpah Eskay. Paling ketara responden Melayu. Golongan dominan.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.