Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

May 3, 2011

Anwar perlu bersumpah demi harapan rakyat

Oleh : Lelaki Ini

Gua tak nak story dari sudut agama. Dah banyak diulas para ulama’ dan mufti. Gua nak kongsi dari sudut politik pula. Yang semestinya ada hubungan dengan agama. Gua nak kongsi sikit pemerhatian gua.

Sebelum PRU 1999

1. Anwar dituduh zina dan liwat. Melayu tak kisah pemimpin rasuah, arak. Tapi cukup berbulu dengan skandal seks. Apatah lagi liwat.

2. Tuduhan zina dan liwat tiada video. Hanya tilam yang diusung.

3. Anwar bersumpah dengan nama Allah di hadapan ulama’ yang sangat dihormati ramai, Dr. Haron Din dan Almarhum Ustaz Ishak Baharom ( bekas mufti S’gor ) menafikan tuduhan zina dan liwat, disamping meneruskan prosedur undang-undang melalui mahkamah.

4. Dikuatkan lagi dengan karektor Anwar, individu UMNO paling bersih. Bekas Presiden ABIM. Imej Islamik. Ada agenda Islamisasi dalam kerajaan. Pernah jadi imam dan khatib. Isteri dan anak-anak berperibadi tinggi dan berpelajaran.

5. Poster mata lebam di sana sini. Rakyat melihat dan menilai. Ramai yang simpati. PRU 1999, BN hilang Kelantan dan Terengganu. Ahli Parlimen BA meningkat.


Selepas PRU 2008

1. Anwar dituduh zina dan liwat lagi.

2. Tuduhan liwat beserta sumpah laknat pendakwa. Tuduhan zina beserta video dan sumpah laknat pendakwa. Tapi Anwar enggan bersumpah menafikan.

3. Diburukkan lagi dengan karektor Anwar yang tak sebersih 1999. Dalam PKR sendiri, kredibilitinya dah tercalar. Isu 16 Sept, lompat parti, pemilihan 2010. Serangan isu nasional oleh media BN. Serangan dari bekas-bekas pemimpin PKR. Wujud puak racist PERKASA, JMM etc. menambah cela.

4. VCD, klip video dan foto statik di sana sini. Anak-anak muda PLKN dan BTN dipertontonkan. Rakyat melihat dan menilai. Rakyat Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau dah bersuara. Itu sebelum video sex release. PRU akan datang, apa nasib Pakatan Rakyat?

Dua senario yang berbeza. Jelas, senario kedua lebih genting. Sepatutnya Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat lain perlu sedar hal ini.

“ Kenapa pulak Anwar kena bersumpah? Sumpah bukan pengukur sebenar kebenaran tuduhan zina. Sepatutnya Eskay la yang kena bawak 4 saksi. Sumpah Anwar bukan penamat kes ini ”.

Betul. Gua tak nafikan. Prosedur di Mahkamah Syariah tetap kena jalan untuk mencari kebenaran dan mendidik masyarakat. Nak rejam, nak Qazaf, kena naik court. Bawak kes ke court satu hal. Persepsi pengundi pulak satu hal, yang perlu dititikberatkan sekarang ni. Kerosakan dah berlaku. Proses mahkamah makan masa, keputusan belum tentu. So paling cepat, paling berkesan, dan tak salah dari sudut agama, ialah BERSUMPAH. Masa berjalan, media main isu siang malam, rakyat makin ramai keliru, Anwar masih begitu. Anwar kena bertindak demi persepsi pengundi.

“ Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya Anwar Ibrahim bersumpah menafikan tuduhan Shazryl Eskay terhadap diri saya pada tarikh sekian, masa sekian, di masjid sekian. Sehubungan dengan itu, saya menggesa Mahkamah Syariah mengeluarkan perintah kepada pihak pendakwa agar mengemukakan laporan berkaitan tuduhan ke atas saya. Sebagai rakyat M’sia beragama Islam, saya menuntut agar kes ini dibicarakan melalui saluran yang betul dan sah demi memastikan keadilan dan kebenaran dapat ditegakkan melalui institusi perundangan negara ”.

Dengan lafaz ini, gua nampak Anwar dapat mengalihkan beban kes kepada Mahkamah Syariah. Kes tak gugur, tapi beban kes telah dialihkan dengan sumpah penafian kepada Mahkamah Syariah. Dari sini rakyat dapat menilai sendiri tahap komitmen Mahkamah Syariah berhubung kes ni.

Anwar bukan setakat ketua keluarga atau ketua rumah panjang. Tapi Anwar adalah ketua sebuah pakatan parti-parti politik yang bakal membentuk Kerajaan Persekutuan. Bakal ketua negara tu bai..

Jika amanah membela keluarga Muslim yang kufur akibat kemiskinan terletak pada bahu Pakatan Rakyat apabila memerintah kelak, maka Anwar wajib mempertahankan karektornya.

Jika amanah mengembalikan bantuan Sekolah Agama Rakyat yang serba dhaif terletak pada bahu Pakatan Rakyat apabila memerintah kelak, maka Anwar wajib mempertahankan karektornya.

Jika amanah menguruskan kewangan negara dengan bijak dan berhemah agar kekayaan negara dapat dinikmati semua lapisan rakyat terletak pada bahu Pakatan Rakyat apabila memerintah kelak, maka Anwar wajib mempertahankan karektornya.

Demi sebuah Malaysia Baru, Anwar bukan sahaja perlu bersih, tapi perlu kelihatan bersih. Maka sumpah penafian adalah tindakan yang terpantas dan paling berkesan buat masa ini, demi menghapuskan kekeliruan dan mengembalikan kepercayaan jutaan pengundi. Anwar perlu bersumpah demi harapan rakyat yang mahu Pakatan Rakyat menggantikan BN melalui pengundi-pengundi atas pagar yang sedang memerhati dan mengikuti isu ini.

Wallahua'lam.



Oleh : AdukaTaruna

Katakan Anuar sumpah. then ada dtg lagi tuduhan, juga sumpah, apa Anuar kena buat?

Nafi la sekali lagi dengan nama Allah. Dan mohon bawa ke mahkamah. Tak luak pun. Malah sejak berpuluh tahun benda yang sama. Tiada masalah. Tiada perbezaan ulama muncul.

1.0 UMNO dakwa siap sumpah TGNA terima rasuah dalam bentuk tajaan Haji. 

1.1 "Wallahi, tajaan Haji bukan rasuah. Saya nafikan. Sila dakwa saya di mahkamah jika anda benar."

Adakah bidaah? Adakah UMNO akan stop? UMNO teruskan lagi.


2.0 UMNO dakwa projek PKINK wujud unsur rasuah. Siap sumpah lagi.

2.1 "Wallahi, saya nafikan projek PKINK wujud unsur rasuah. Sila dakwa saya di mahkamah jika anda benar."

Adakah bidaah? Adakah UMNO akan stop? UMNO teruskan lagi.


3.0 UMNO dakwa ADUN Melor berzina dalam keretapi. Siap sumpah lagi.

3.1 "Wallahi, saya nafikan tuduhan itu. Sila dakwa saya di mahkamah syariah jika anda benar."

Adakah bidaah? Adakah UMNO akan stop? UMNO teruskan lagi.

Kesimpulannya, Anwar memang pundek. Mudah dan tepat.

9 comments:

Zahrita said...

woit duka lu betul2 otak melayu...lu salah konsep... lu baca ayat 11 Surah An-Nur. Sepatutnya lu gunakan kesempatan ni untuk menghebahkan kehebatan solusi dr pencipta lu..takdo mana2 otak dlm dunia ni walau dicantumkan seluruh makhluk yang pernah wujud dr dulu hingga sekrg blh dtg dgn penyelesaian begini.... yg lu bangga2kan sumpah...lu dapat dari mana wahyu tu...hilang akal la lu... lu bagi kat wa statistik yg kata kalo sumpah je blh cool kpla org2 yg super bangang tu...jangan nak sembang la... dlam masalah lain blh la lu nak berfantasi... dalam permasalahan zina jelas dah ada penyelesaianya... Muhammad SAW ada kisah ke persepsi org nak kata dia cipta ayat2 dan amalkan nepotisme dan lindungi kroni.. takdo nya dia nak layan... lagi satu kehebatan peristiwa ni ialah tempat filter bagi org2 yg yakin dgn peciptanya dan tempat menyahkan munafik2.

Rahimi said...

anwar ada pukulan TKO kepada mereka utk kes ni..bersabar lah..chilll...

Yugimudo said...

Ni rasenye dah jadi isu lapuk tp ak akan kupas gak secara ilmiah

"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat)." (An-Nuur : 11)

Ni dalil yg disyorkan. Datang sebulan selepas sebulan Aisyah dituduh zina. Selebih ayat An-Nuur menceritakan pasal tuduhan zina, 4 org saksi, jgn menipu dan sebagainya.

Skarang kite lihat yg ini

“Kemudian sesiapa yang membantahmu mengenainya sesudah kamu beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.” (Ali Imran : 61)

Video seks xde 4 orang saksi dan pelaku video boleh dipertikaikan. Anwar ada advantage utk bersumpah Muhabalah supaya rakyat boleh backing die.

“Sumpah kamu wajib berada di atas apa yang diminta oleh lawan kamu (yang membuat tuduhan).” (Riwayat Muslim)

“Sumpah bergantung kepada niat orang yang meminta sumpah.” (Riwayat Muslim)

Whats the point? Dalam rangka agama, Anwar ada pilihan: bersumpah atau tak. Dari dalil diatas dan hadis, Anwar harus bersumpah, xde paksaan. Cuma dari strategi politik, kalo pakatan masih lg nk jatuhkan kerajaan, bersumpah boleh meredakan sedikit ketegangan dan boleh pula jadi sumber utama utk menafikan kes video. Adakah PKR hanya wujud utk lindungi Anwar atau utk jaga kepentingan rakyat.

Cuba fikir point tersebut:
Kalo Anwar bersumpah, katakan esok, masih lagi ker korang ckp Anwar xperlu bersumpah? Mst korang akan divert dan cakap Anwar dah bersumpah dan tutup isu ni. Korang pun dh tk perlu 50-50 dalam isu ni. Ulama pun tk perlu 50-50. Lain lar korang taksub, sumpah atau tk, Anwar tk bersalah. Itu ak tk pasti lar apa solusinya. Ak tk ckp Anwar salah atau tk. Tuduhan ni mmg xvalid tp tuduhan still tuduhan. Kalo kite amik ringan tuduhan ni, maksudnye semua tuduhan kite boleh pertikaikan

Zahrita said...

bro modo..lu salah apply la asbabun nuzul ayat tu... takdo kaitan dgn permasalahan zina la...
http://khalifahhimpass.blogspot.com/2011/05/al-quran-surah-ali-imran-361-64-sumpah.html

Zahrita said...

bro modo lu jgn sembarang je.... buat research sikit... wat komen semula yang releven.. http://www.facebook.com/note.php?note_id=173884875962607

Yugimudo said...

Ak tk kata Ali Imran:61 khas utk kes zina. Kes zina mmg pki peraturan dalam surah An-Nuur. Cuma nk bgtau Anwar boleh brsumpah utk bersungguh2 menafikan dakwaan. Bkn nya dia haram bersumpah. Kalo die nak jaga kepentingan rakyat (dalam menggantikan kerajaan yg baru) die boleh brsumpah menafikan tuduhan. Rakyat yg dh jd 90-10 UMNO boleh kembali jadi 50-50 balik.

Zahrita, ayat Ali Imran:61 turun utk permaslahan pendapat dlm beragama. Tp dgn turun ayat ni, kite dpt satu cara utk menangkis tuduhan atau mempertahankan kebenaran. Atau Zahrita ada ayat or hadis lain yg mngharamkan sumpah bersungguh2 ni? Ak tk apply ayat ni utk masalah zina, ak apply ayat ni sbgi salah satu jalan utk tarik balik kepercayaan rakyat

Black said...

Anwar memang pundek..kah..kah..kah.. Tepat sekali..
Kepundekkan beliau berselindung oleh jubah-jubah ahli ibadah yg bangang..serta kepetahannya spinning story mengelak fakta ...ditambah oleh kedunguan penyokong yg taksub tak ketahuan punca.

Zahrita said...

bro modo.. ayat Ali Imran tu kalo guna kat tak sependapat kita skrg ni sesuaila ...wa kata masalah fitnah/tuduhan zina ni penyelesaianya jelas, lengkap..ikut apa yg pencipta kita suruh macm kat Surah An-Nur. Duka dgn lu dan gang2 kata guna sumpah ikut wahyu sape tahh. So kita sumpah laknat jom...

dausz said...

assalamualaikum..

minta mencelah... sebenarnya ayat Quran & Hadis diturunkan Allah kepada seluruh umat manusia & ia adalah selengkap2nya..

setiap ayat quran adalah ciptaan Allah SWT... setiap ayat, huruf, makna merangkumi seluruh kegiatan manusia dari segi ekonomi, permasalahan, sains dll.

sebabnya Al-Quran adalah mukjizat paling besar & no.1 di atas. Al-Quran adalah King of Mukjizat..

jadi xbolehlah kata ayat Quran yg dipetik tu tak ada kaitan dgn permasalahan zina.