Oleh : AdukaTaruna
Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5
Hahaha. Memang gua penakut, memang gua lemah... tapi bab ajar manusia2 elite pundek, ni, memang gua redah. Memang gua garang...
Pendek cerita, malam tu, gua masuk kerja, member gua bisik dengan gua. Yang PKP bawak tangkal. Ada dalam beg. Dia tunjuk tadi.
"Tangkal apa Nal?"
"pele meghe..."
"Ha?"
"Kemaluan memerang."
Automatik gua nak gelak. Tapi kang dia dengar plak. Tak tau plak gua jin Melayu takut dengan kemaluan memerang. Pes time gua dengar. Wakakakaka. Kalau kemaluan Ikut Suka Aku, logik gak pontianak takut.
"Ada lagi tangkal."
"Apa?"
"Keris kecik."
Ah... sudah... jangan jin lawan jin sudah. Mampos gua jadi mangsa. Kena kunci sensorang nih. Start pukul 1, gua kunci jam sensorang sambil buat muka ketat + garang. Mudah2an hantu takot dengan gua. Muahahaha. Jika sebelum ni, tak bawak cota, kali ni bawa cota. Kalau hantu buat kelakar, gua baling sebelum lari.
Gua bersumpah atas nama Allah, masa gua kunci anak yang ke4, gua dengar suara berdehem kat belakang gua (gua kena 2 hari berturut2). Gua toleh, takda orang. Gua buat muka garang sambil keluarkan cota gua. Cota kayu bai.. bukan cota daging. Gua niat, kalau gua nampak, memang gua libas. Tapi lepas libas, lari tetap lari. Hahaha.
Alhamdulillah, tiada apa yang berlaku, settle semua kunci, set alarm kat enpon pukul 5, gua membuto dalam kete.
"Tido dalam kete la bro.. nyamuk tido kat pos. Kang pukul 3, gua kejut la."
"Takpa la.. takpa..."
Haha.. jual mahal yer... Tersedar pukul 3 lebih, tengok PKP tengah tido atas kusi, kepala atas meja. Heh... kompom tak kunci jam.
Gua langkau cerita sket sebab malam ni projek jahat gua. Sape nak ikut, dialu2kan. Tapi sila bawa kamera video. Ngee....
Budak umo 20 yang selalu datang lewat tu, akhirnya berjaya ditukarkan ke Maidin. Masuk pulak anak bos syarikat. Bukan bos besar la.. tapi besar sket dari IO. Gua pun tak tahu carta organisasinya. Tapi base on member gua ni la.
Anak bos, biasalah... manja sket. Datang lewat gak. Pakai cincin 3 butir kat tangan. Bulan pertama (Oktober) time giliran dia kena malam, tak nak. Guna kuasa bapak. Habes jadual kena rombak semula. Dengan gua2 sekali terlibat.
Sekali nak cuti 2 hari sebab nak tengok Red Warrior, kena rombak lagi jadual. Sebab anak bapak, KP rekod cuti sehari jer walau dia cuti 2 hari. Lepas cuti 2 hari, ghaib plak setengah hari. Sebab nak tengok perarakan Piala Malaysia. Lagi sekali gua kena getah.
3 hari lalu dia lewat 20 minit. Gua habes 8 pagi. 8.20 tak datang. Siapa nak ganti? Pundek. Gua chow tanpa ada penganti. Pergi kat kunci terdekat, clocking satu kali supaya ada rekod rasmi, tulis buku rekod tinggalkan pos tanpa penganti pada 8.20. Apa2 hal berlaku, gua ada bukti. Gua sign, member sign. Gua tulis no tepon gua. Apa kes tak puas hati, kol gua. Tapi kol dan tiaw member gua. Gua datang awal petang tu nak settle, dia dah blah.
Walau hanya bertugas as jaga, tapi atas inisiatif sendiri, pasal bertugas malam, member gua yang mentenen lampu. Asal hujan jer, mesti short dan gelap. Kali ini, sebab jadual anak manja bos kena shift malam, gua suruh member gua tak mentenen. Biar gelap. Gua dengan member kunci jam dalam gelap takpa. Dah lali.
Then, beli simkad baru bagi mengelakkan gangguan panggilan tidak diingini. Download suara pontianak kat youtube. Ambil suara jer. Convert ke MIDI. Tranfer dalam memori card. Setkan panggilan kepada nada dering pontianak. Off kan vibrate. Offkan tone sms. Maksimumkan volume. Balut depan enpon dengan kad bagi mengelakkan bercahaya ketika panggilan. Balut lagi dengan plastik bagi kalis hujan. Letak atas pokok berdekatan pos. Siap.
Malam ni, kat pos depan pun ada hantu, kat kunci area gelanggang takraw tu pun ada hantu. Muahahaha. Silap2 hantu asal pun lari sebab dia pun tak pernah dengar pontinak gelak mengada2 camtuh.
(bersambung ikut suka..)
salam saudara aduka. minta saudara linkkab blog saya http://propasblog.blogspot.com/ dalam blog aduka terima kasih
ReplyDeletemeghe?.... bbeghe la....
ReplyDeletelayan..
ReplyDeleteminta link kan blog saya..tq