Skip to main content

Cerita Pak Guard Terlampau (3)

Oleh : AdukaTaruna

Siri 1 | Siri 2 | Siri 3

Malam 2.

Pendek cerita malam 2 pun tiba.Lepas IO datang jengok apa yang patut, tiba masa macam hari pertama. Yakni tido. Tido dalam kete member gua. Kira2 setengah jam sebelum tu, gua dah siap spray kete member gua dengan Ridset yang mampu menghapuskan nyamuk termasuk yang tersembunyi. Tutup tingkap. Biar mampos semua. Kalau boleh dengan seltan-seltan tersebut sekali.

"Yol... tak hilang ke bau wangi keter kawe?"

"Pale otak lu, kete lu bau wangi. Kete lu bau rokok, lu tau tak. Wangi lagi Ridset nih."

Lepas baca apa yang patut, buka 4 tingkap sket, gua pun membuta. Kete park depan pos pengawal. Dengan sepucuk lampu kalimantang kelip2 macam gampang.

Dalam kul 3 pagi cam tu, antara tido dengan tidak, gua terdengar bunyi benda himpap bumbung kereta. Terus gua tersedar. Celik mata. Tapi tak tegak badan lagi. Gua fikir, yang gua mimpi ke bunyi betul2. Siyes ni bai. Tak tipu nih.

Gua jeling member gua, sah tido macam mampos macam Azmir Azhari. Baru gua nak tegak badan, terdengar bunyi seolah2 bumbung kereta (besi) yang kemik, melantun semula kepada keadaan asal. Hambik lu. Ayat gua dah macam ayat kejuruteraan dah. Nak kasi lu paham.

"Bup!" Bunyi dari atas bumbung.

Gua kejut member gua, buka kunci, terus keluar tengok keadaan. Member punya menggelupur keluar. Dia punya soalan kalah pegawai JSJK yang siasat gua.

Apa yang menyeramkan bertukar menjadi berbulu ialah, kereta member gua kemek atau lekuk dalam sebesar samah. Apa benda samah tu? Lu pepandai la cari sendiri. Kat Kelantan ni satu2nya negeri yang Honda keluar model special. Tak dijual di negara lain. Yakni Honda Samah.

"Weih.. Nal... bumbung lu ni memang kemek ke?"

"Dia pun kompius. Tak tau nak jawab."

Time tu gua dah tak takut dah bai. Gua rasa berbulu. Nak kata buah pauh jatuh, gua park jauh dooh kata orang sini dari pokok pauh tu. Sama ada 2 jer. Ada orang dajal gua dengan baling sesuatu, atau kerja2 makhluk ciptaan Allah yang lain dimensi nih. Nate nih, jangan sampai gua tepon Qarin Ayah Chik.

Sampai pagi, sampai cerah gua dah tak tido dah. Tengah pikir malam esok plak. Apa gua nak buat. Bila syif pagi bersama KP sampai, member gua story.

"Mu tu... tido buas sangat."

Pundek ni.... mementang la gua tak pernah naik kapal terbang.. dia tak caya plak. ak gua kol IO sama ada boleh atau tidak bawak member untuk perkara ni, gua dah boleh agak dah jawapannya.

Gua ingat nak ajak Pak Din datang. Hua3.... mana tau boleh tersesat masuk dalam kamera Pak Din, nak gak gua nak tengok nate yang kemekkan kete. Tapi jawapannya mesti tak boleh. Tak boleh bawak bomoh. Tak boleh besarkan perkara2 macam ni. Hahaha. Gila.. orang nak tengok melalui sains la. Kot dapat.

"Mu tak boleh tulis report macam tu.. mu ni ngarutlah."

KP tak kasi gua tulis report. Report bertulis setiap 2 jam. Dia suruh gua tulis keadaan seperti biasa. Dah tu, sampai bila ilmu nak berkembang kalau setiap pertemuan enggan dicatitkan kerana bertembung dengan kebiasaan. Maybe hari ni mengarut. Tapi dengan catatan, ianya akan diselesaikan atau dijawab oleh generasi akan datang.

Tapi gua diam la. Gua berada dalam dunia Pak Guard. Wahahaha. Kena releks... kang mau kena buang kerja kang. Takan nak jadi pengurus Nora Danish plak gua. Nate punya Man U..

(bersambung ikut suka..)

Comments

  1. elok la tu, lu jadi pengurus Nora danish.. wa harap cerita lu lagi best nanti...

    sementara lu jadi penidor kurang selamat ni, kalu lu dah tak tahan kena kacau..lu tepon Mastika la..elok sangat crita2 camni masuk Mastika...wakaka

    lu dah masuk paper, nora danish tak baca pon crita lu, lu try plak masuk Mastika..mana nak tau kan...

    wakaka..

    ReplyDelete
  2. lawak natang hanjing aku dok baca mu nyer eksperiyen...sekali baca cam cite bercakap ngan jin..seram bulu roma...2 kali baca cam cite x file la pulak...

    wakakakakakakakakakaak..adeih,tergeliat urat belikat gua...

    yg jatuh atas kete mu tu taik bintang kot??...panggil mulder ngan scully datang siasat...jgn panggil bomoh,menipu ja bomoh kat malaysia nih..abih kuat tiup asap kemenyan je la..

    ReplyDelete
  3. mu jgn panggil la pak din... kan antu dia nak jumpa pompuan seksi je... tapi klu mu rasa seksi apa salahnya kakaka

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...