Skip to main content

Kaizen BERSIH 3.0

Oleh : AdukaTaruna

Dulu gua pernah keluarkan cadangan untuk kaizen BERSIH 2.0. Boleh rujuk di sini. Antaranya yang gua rasa cadangan Kaizen itu diambil kira ialah :

1. Pengerusi BERSIH. Gua suruh tukar ganti supaya musuh terpaksa berbelanja dan membuat senjata baru. Tetapi ok la tu ada Pengerusi Bersama. A Samad Said. Tergelak gua tengok UMNO koyak gambar A Samad Said untuk tuduh dia sokong LGBT. Kalau letak Marina Mahathir as Pengerusi ERSIH lagi best.

2. Bunyi2an. Alhamdulillah. Ramai yang bawa alat bunyi2an.

3. Unit Medic. Pun gua tengok ada.

Cuma pembolehubah cadangan Kaizen BERSIH 2.0 ialah sekatan menggila kerajaan terhadap BERSIH masa masa itu. Manakala BERSIH 3.0 pada gua diberikan pendekatan yang berbeza. Lebih longgar. Peserta BERSIH 3.0 berkumpul secara aman sejak malam itu. Sampai pagi, sampai tengah hari. Sampai Zuhur. Aman. Masuk sahaja team Anwar dan Azmin, semuanya hancur.

Bayangkan betapa damagenya BN bila BERSIH 3.0 tiba-tiba aman. Nak hujah apa lagi BN gua pun tak tahu. Pasal tu gua ada rasa marah. Tapi bila fikir ada kebaikan bila dibahaskan, gua tolak untuk letupkan isu Anwar dan Azmin arah peserta masuk Dataran Merdeka, walau krew UTTV sendiri ada video bukti tu. Dan Eddy nak bagi video sudut lain.

Akhirnya Ameno World ambil. Dan letup. Blogger UMNO ambil hujah tu. Jeming kata tu hujah dari UMNO. Bukan. Tu hujah dari kami sendiri. Azmin dan Anwar nafi. Bila dia nafi jer, memang inilah dia bangsat. Pemimpin macam ini lah yang akan mencari alasan, nafi, kambing hitam, sabotaj orang esok bila dia berkuasa.

Berdasarkan kejadian, gua ingin mencadangkan kaizen bagi BERSIH yang akan datang.

1. Isytihar haramkan peserta BERSIH memakai topeng atau pelindung muka (kecuali purdah wanita). Termasuk topeng penapis nafas tu. Ramai  ejen sabotaj yang memakai pelindung muka. Dengan muka yang terdedah, mudah identiti yang melakukan keganasan, baik polis, baik peserta sendiri diupload.

2. Konsep berarak. Bukan konsep pegun. Konsep duduk bantah adalah konsep pegun. Manusia yang berkumpul sesak dan padat. Yang datang makin padat. Bahaya buat kanak-kanak atau sesuatu terjadi. Persen mati terpijak adalah tinggi.

So, gua cadang konsep berarak. Sampai masa timming, pimpinan harus arahkan kelompok manusia bergerak ke satu destinasi sebelum bersurai. Bila manusia berarak, jarak antara manusia jauh sikit sebab memerlukan ruang untuk kaki berjalan. Bila konsep pegun, manusia berhimpit2. Sampaikan pada gua 1 meter boleh isi 3 orang.

3. Unit Amal mesti ada buah isyarat dan kata laluan la gua ingat. Macam kongsi gelap jugak. Sebelum huru-hara tu, perhatikan mana2 Unit Amal yang pelik sikit, lu jual la buah lu. Tak bleh jawab, tangkap sambil jerit Unit Amal palsu. 6-7 orang Unit Amal tangkap sekor-dua Unit Amal, dan tiba2 ada polis plak tolong yang 2-3 ekor tu, kompom yang tu Unit Amal palsu la. Melayu-Cina-India boleh tolong jadikan tahanan itu sebagai citizen arrest.

4. Bawa air kencing dalam plastik. Agak2 pimpinan politik memandai-mandai bagi arahan yang bertentangan dengan dasar utama yang diputuskan sebelum itu jer, lu baling. Time ni la lu nak baling. Time dia jadi menteri lu nak baling?

Comments

  1. -lgsatu AT, wa harap sgt kalo diadakan BERSIH 4.0 , jgn la sape2 baik peserta or unit amal, yg terhegeh2 nk tepuk tgn, nk sorak, nk bersalam, or ape2 saje perbuatan yg menunjukkan rasa selesa ngan polis..

    -wa paling benci bila brhadapan dgn situasi cmtu rase cm nk ludah muka sorang2, korang duk sorak2 ngan polis konon2 polis ni bertimbangrasa, baik, perikemanusian..tolong buat bodo or wat tak tau je bile polis tu berada dimana2, biar polis tahu selagi mane umno perentah, polis tetap mnjadi tunganggan umno..

    -wa ingat hnya polis di malaysia yg berani masuk ketengah2 himpunan bratus ribu org dgn muka selamba, sebab diorang tau rakyat malaysia ni penyayang, lepas kena balun cukup2, kena terajang mcm anjing kurap, kena tumbuk smpai lunyai, org malaysia tetap anggap yg slah hnyalah umno,polis tak salah, diorang hnya ikut arahan..pegi lancau!!!

    ReplyDelete
  2. yang gua paling bengang, boleh pulak lebih dari 10 org unit amal buat hadang nak bagi laluan kt karpal singh lalu dengan kerusi roda. kah3. tak payah nak layan sgt pimpinan tak kisah cina india melayu. lu nak jadi pemimpin, bersedia bersesak dgn rakyat, walopun lu datang merangkak.

    yang no. 4 memang gua setuju. Lebih elok bawak taik dalam tisu pun lagi sedap nak lumur kat muka mamat yang buat taik.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...