Skip to main content

Kaizen BERSIH 2.0

Oleh : AdukaTaruna

Gua di sini menyeneraikan beberapa kaizen yang mungkin boleh dipertimbangkan bagi pihak penganjur, dan bagi pihak peserta.

Pihak penganjur.

[1]

Tukar gantikan Pengerusi BERSIH setiap siri. Ianya akan membuatkan pihak musuh2 demokrasi terpaksa berbelanja untuk menukar senjata. Sebarang penukaran senjata bakal mencipta lompong2 lucu. Dan ditegaskan cadangan kami, BERSIH perlu dibuat setiap tahun bagi menghambat SPR bersama tarikh PRU.

BERSIH 1.0 diarahkan PR.
BERSIH 2.0 diarahkan NGO di mana Ambiga sebagai pengerusi.
BERSIH 3.0 dicadangkan diarahkan mahasiswa, tetapi pengerusinya Marina Mahathir.

Jika Marina Mahathir menggantikan Ambiga, gua nak baca Awang Selamat tuduh Anwar kudakan Marina Mahathir. Atau Marina Mahathir kudakan PAS.

[2]

Tidak merasmikan port berkumpul secara khusus. Cuma minta peserta berjalan2 di atas jalan raya sekitar pusat kepada Kuala Lumpur. Mereka akan bergabung secara sendiri dan automatik nanti. PDRM tidak ada lokasi target untuk membuat sekatan. Untuk merencanakan halangan pengangkutan awam.

[3]

Disebalik penjualan baju rasmi, penganjur perlu tegaskan pemakaian pengikat kepala BERSIH. Baju sukar dibawa masuk. Tetapi pengikat kepala mudah.

BERSIH 2.0 menyaksikan kekurangan seri apabila tiada keseragaman dari pakaian. Boleh diatasi seandainya semua memakai pengikat kepala yang sama, walau warna kulit berbeza, warna pakaian berbeza dan stail rambut yang berbeza.

[4]

Pemimpin PR dan BERSIH tidak boleh hadir secara berkumpulan. Ini kerja bangang. PDRM boleh menahan pemimpin PR dengan 'sekali jala' di KL Central. Mujur Mat Sabu cerdik. Hadir berasingan.

[5]

Pemimpin perlu memakai pelindung siku dan lutut dalam pakaian mereka. Ini kerana PDRM menggunakan kaedah jatuh dan ikat. Mat Sabu yang menunggang motor dilanggar pajero polis dari belakang. Jatuh dan ikat.

Kecuali Khairy yang mengalami SOP yang aneh; ramai pemimpin PR dan BERSIH mengalami SOP yang sama. Terkam, jatuhkan dan ikat guna cable.

So, apabila dijatuhkan, pasti otak kita mengarahkan lutut / tangan atau siku untuk menampung kejatuhan. Di sinilah kecederaan berlaku. Kalau nak lagi safety, guna kavler macam Datuk T.


Pihak peserta.

[1]

Jangan berkumpul di stesen pengangkutan awam sehingga membentuk kelompok. Berjalan2 dan bersiar2 di laluan pejalan kaki jalan raya sementara menanti gelombang terbentuk.

[2]

Jika sukar membawa baju BERSIH, pastikan membawa pengikat kepala BERSIH walau apa cara. Terlalu banyak dan mudah untuk di bawa tanpa dijumpai PDRM. Keseragaman adalah psikologi yang sangat baik.

[3]

Pastikan berwuduk menjelang waktu solat. Dan jangan bersolat di masjid jika boleh. Tinggalkan masjid tempat selamat untuk wanita. Lelaki jangan provok PDRM bagi mengambil tindakan terhadap masjid. Lihat Sinar Harian. Bagaimana peserta BERSIH bersolat di celah2 pokok bunga, ruang pejalan kaki. Ambil wuduk guna air mineral.

[4]

Sepanjang gua menghadiri demo di Malaysia, rakyat Malaysia tertinggal satu unit psikologi selain keseragaman pakaian. Yakni bunyi. Gua harap, peserta demo akan datang boleh menyeludup masuk alat2 bunyi seperti perlawanan bola sepak.

Alatan bunyi sebegitu ramai boleh didengari sejauh 5km. Ianya memudahkan peserta lain mengesan lokasi yang sedang berkumpul. Meriah dan membakar semangat.

[5]

Garam sudah menjadi sebab2 ditahan. Gantikan garam dengan paket kecil ENO. Dan sorokkannya dengan baik. Sebab, kalau dah ditulis, pasti ENO pula menjadi bahan haram.

[6]

Jika himpunan di sekat FRU, barisan hadapan harus merapati FRU sehampir mungkin. Jangan melebihi jarak 30 meter. Ianya adalah jarak lontaran manusia bagi objek seberat bom asap. Lontarkan kembali bom asap itu kepada FRU. Jika berhampiran sungai, lontarkan ke dalam sungai.

[7]

Unit Amal harus ada unit medic berbasikal. Bagi memberi bantuan kecemasan pertama. Tetapkan satu standard bahasa tangan yang menunjukkan tahap kesakitan. Contoh angkat dan geleng2kan tangan seperti pemain bola liga dunia buat ketika mengalami kesakitan yang amat sangat. (Time sakit mana boleh jerit minta tolong).

Jika bahasa ini dipelajari dan difahami oleh peserta, maka, asbabnya bantuan dan perhatian boleh diberikan secepat mungkin.

[8]

Daftarkan nama rakan yang ditahan ke JUHAM. Barisan peguam PAS. Maklumat rujuk sini :

http://www.facebook.com/pages/Jabatan-Undang-Undang-Hak-Asasi-Manusia/146990755327193?sk=info

Jangan takut / melawan ketika ditahan. Polis zaman Najib bagi kita makan. Jadi, marilah bersama-sama ditahan dan ditangkap. Ada kita kisah?

[9]

Ada nampak Nik Abduh?


Comments

  1. 1. Sebenarnya gua tak faham kenapa ada pemimpin utama PR sengaja hulur leher di KL Sentral. Nampak terlalu bodoh. Kecuali jika ada taktik yang di luar jangkauan otak gua. Atau sengaja serah diri bagi mengelakkan air asid dan gas canister di jalanan?

    2. Pagi Sabtu gua n geng dah start survey banyak jalan-jalan utama dan laluan alternatif. Gua tengok pepagi lagi dah ada beberapa demonstrator hulur leher kat Polis dengan berpakaian kuning, berserban, berpakaian logo PAS. Adoiyai.. Lu masuk KL susah payah, tetiba senang-senang hulur leher kat Polis sebelum demo bermula.

    3. Tentang bunyian, gua cadang pakai wisel. Bayangkan ribuan demonstrator termasuk kanak-kanak meniup wisel. Mau berdesing satu KL.

    4. Gua cadang supaya Bersih tukar warna rasmi dari kuning kepada warna Jalur Gemilang. Merah, biru, kuning dan putih. Selain sebagai tanda sokongan kepada perubahan negara, ia juga menyulitkan Polis dalam pemilihan penahanan. Dalam tempoh 2 minggu sebelum demo, kita nak tengok berapa juta rakyat Malaysia yang ditahan kerana berbaju merah, biru, kuning dan putih, mungkin termasuk orang awam, ahli UMNO, Perkasa dan Pekida.

    ReplyDelete
  2. "Pemimpin PR dan BERSIH tidak boleh hadir secara berkumpulan. Ini kerja bangang. PDRM boleh menahan pemimpin PR dengan 'sekali jala' di KL Central. Mujur Mat Sabu cerdik. Hadir berasingan."

    sebab diarang hulur leher kt KL central kerana diarang cerdik.. bkn bodoh.. sbb tak mau terlibat dgn kekecohan yang boleh membahayakan diarang... diarang ni cuma anjurkan je.. so barisan depan adalah peserta bukan penganjur... tu pada pendapat aku ler... sbb yang kene teruk2 peserta.. diarang senang2 je serah diri..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...