Skip to main content

Pendapat dari seorang tentera.


Oleh : Askar Setia

Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera.

Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa.

Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain.

Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tujuan tertentu dan suka-suka namun, ia bukan perkara main-main dan harus dihentikan dengan segera.

Justeru, saya amat mengharap agar Saudara dapat memadamkan entri berkenaan' Acuan membentuk polis dan tentera di negara kita?' di blog dan menasihati rakan-rakan yang lain agar tidak menyebarkan gambar berkenaan. ATM bukanlah satu entiti yang boleh dipersenda sedemikain rupa. Kami bersusah payah membanting tulang empat kerat demi keselamatan dan kedaulatan Malaysia.

ATM juga tidak boleh menerima sebarang bentuk penghinaan sedemikian rupa.

Wassalam

-Askar Setia-

Comments

  1. Orang persendakan cara dan module latihan tentera kau marah konon, tapi kalau orang persendakan ISLAM ada ker kau rasa nak marah macam tu? Yang sepatutnya disalahkan adalah orang yang melaksanakan/membiarkan modul bodoh dan tak bertamadun seperti tu. Anggota tentera yang setia sebenarnya adalah mangsa semata-mata.

    ReplyDelete
  2. Pak Din sokong kata-kata Nazaruddin.
    Kalau malu kenapa modul bongok macam tu!

    ReplyDelete
  3. Here here.... relaks semua!

    Sebagai seorang tentera (bukan gua la, gua pejuang gak la dengan cara sendiri bak lagu Sudirman tu..haha) tentu dia rasa sayang..dia sentimental bab cenggini. Tu kita kena paham la. Dia letak 'kesetiaan kepada negara & ATM' mengatasi segalanya, dalam hidupnya sekarang. Patriotik? Pantagonist? U name it!

    Tapi dia tak pikir luar kotak fikiran dia. Kalau la kena batang sendiri? Atau kena tang sapa-sapa orang tersayang i.e. adik dia ker, amacam? Setia letak tepi la masa tu, kan? Boleh pulak? Haha

    Ni contoh, 1 contoh denda atau latihan yang mengarut. Mental boleh kuat dengan macam2 cara lain. Oh! kalau nak rationalise latihan cenggitu apa tak depa tak disuruh tahan, mengangkang & kena toron anu belakang depa tu saja? Eh bagus apa?

    Mental toughness, right? FCvk off kat pegawai ATM yg 'gila' tu! Nama & nombor dia apa, hah? Apa tunggu, repot cepat kat sesiapa berautoriti yg berkenaan i.e. Tribunal, mahkamah tentera. Benda macam ni merosakkan nilai seorang tentera Muslim, Askar Setia. Kena paham tu baru lu boleh tahu letak prioriti mana dulu kena buat!

    ReplyDelete
  4. Perkara sebegini patut didedahkan,bukan untuk memalukan atau menjatuhkan maruah tetapi untuk iktibar kepada pihak yang berkenaan untuk tidak mengulangi kerja2 bodoh lagi bangang serta menjatuhkan martabat ciptaan Tuhan yg dianugerahkan akal.....

    ReplyDelete
  5. Askar Setia tulah yang dok kacau aku buat kerja,, apa yang dia tak fitnah kat sekarang ni,, dia ni memang pengampu UMNO tahap gaban gila...

    Bab isu kena telanjang tu perkara biasa,,, aku pun kena sewaktu medical check-up, pertama sekali waktu nak masuk tentera,, disuruhnya kita telanjang ramai-ramai,, lepas tu di suruhnya batuk,,
    Selepas tu setiap 4 tahun, kena lagi,, dipanggil Full him,, itu pun kalau nasib tak baik berjumpa dgn doktor celaka kena telanjang lagi,,,batuk lagi..
    Itulah alam tentera,, bab tu aku malas nak bongkar,,, sebab apa kena batang idung sendiri...

    ReplyDelete
  6. Salam

    Nazaruddin : Saya setuju kadangkala latihan yang diberikan kadangkala melampaui batas dan 'tidak islamik'. tetapi, dalam sesetengah latihan, terutamanya latihan utk skuad2 elit seperti latihan komando, latihan mental yang melampaui kebiasaan perlu dilakukan utk menyiapkan diri anggota menghadapi sebarang kemungkinan.

    Mountdweller : Saya ingin tegaskan..TIADA modul untuk mem'bogel'kan rekrut semasa latihan. Ia merupakan kes terpencil dalam satu pemgambilan. Tanya anak saudara yang masih berkhidmat dalam tentera, saya yakin jawapan yang sama diberikan.

    Hanz Newman : Komen saudara langsung tidak mencerminkan tahap mentaliti yang sebenar. Mungkin anda bukan tentera dan tolong hentikan komen-komen mengikut perasaan tanpa disokong dengan bukti. Saya yakin, kes tersebut tidak melibatkan pegawai kerana ETIKA pegawai tidak akan membenarkan perkara tersebut berlaku. Saya yakin, ia dilakukan oleh jurulatih yang berpangkat Sarjan- PW I & II. Mungkin anda belum pernah menjalani latihan ketenteraan, jadi, hentikan andaian liar saudara mengenai latihan yang kami lalui. We are trained to kill, not to dress and do cat walkin'.

    Rahmat : Perkara tersebut perlu dihentikan kerana ia langsung tidak mencerminkan ATM secara keseluruhannya. Saya yakin perkara tersebut telah sampai ke pihak tertinggi ATM dan tindakan telah tatatertib telah dikenakan kepada yang terlibat.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Manjung Mari :

    Salam Saudara Mohd Desa. Kamu dakwa saya sebagai pencacai UMNO? Kamu silap..tiada satu pun artikel saya didalam blog saya mengenai perjuangan mana-mana parti politik. TIADA LANGSUNG!! Jadi bagaimana kamu kata Askar Setia merupakan blog pengampu UMNO? BUKTIKAN...

    Kamu tahu bezakan antara latihan dan pemeriksaan kesihatan? Gambar berkenaan merupakan latihan. Dalam pemeriksaan kesihatan lagi2 yang nak masuk tentera, fullhim mmg akan dibogelkan..tetapi, untuk TUJUAN PEMERIKSAAN KESIHATAN. bukan untuk dijatuhkan maruah.

    Mohd Desa, semua orang akan tahu siapa anda dan latar belakang dan kes saudara semasa berkhidmat dahulu. Memang benar, kebanyakkan bekas tentera yang menjadi tali barut untuk menjatuhkan kredibiliti ATM adalah MEREKA-MEREKA YANG BERMASALAH SEMASA BERKHIDMAT DAHULU.

    Jangan segala apa yang berlaku di atas muka bumi ini hendak dipolitikkan. Haiwan-haiwan politik seperti saudara tidak akan survive lama. percayalah. Kini, kamu mencari rezeki juga di tempat ramai bekas tentera terutamanya TLDM.

    Kita bebas untuk memilih mana-mana parti yang disokong, tp, janganlah sampai mahu menghasut, menyebarkan berita palsu dan memfitnah sesama Islam kerana parti yang disokong. ATM jaga kamu dengan baik, tp, jangan sampai kamu dilabelkan seperti melepaskan ANJING YANG TERSEPIT. Hj Imran tidak akan dapat menolong kamu di Padang Mahsyar nanti.

    www.askarsetia.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Kepada Saudara Aduka Taruna

    Jika saudara masih berkeras dan ghairah untuk memalukan Angkatan Tentera Malaysia dengan cara tersebut, saya tidak boleh halang.

    Apa yang saya sampaikan tidak kena mengena langsung dengan mana-mana kepentingan parti politik. Saya sayangkan ATM dan akan terus berbuat sesuatu walaupun sebesar zarah demi nama baik ATM.

    ReplyDelete
  10. Bhai Askar Setia dan semua kengkawan...

    Waktu gua dalam servis dulu (satu agensi yang dibawah kuasa YDP Agong") rasanyer hanya group gua jer yang tak kena aper-aper tindakan macam nih...

    Tapi group yang lain (ader 5 semuanya) semua terlibat dan kena macam nih.... Nak buat camana...

    Itu masa gua masih berada dalam servis lar... hahaha... tahun 90'an dulu...

    Cuma dulu, kini dan selamanyer gua tak setuju ader benda macam nih... ini bukan nak melatih... ini nak mendera dan memalukan jer...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  11. sadly enough, gotta agree w Askar Setia.....ini bkn modul, ini hanyalah penderaan yg diamalkan oleh mereka2 yg masih hidup matinya dgn sistem regimental...dunno abt elite squads...they have to comment abt what really going on...tp for me, i know masa sy training dulu kemungkinan kadet lelaki pernah melalui kisah 'dibogelkan' oleh senior2 mereka...i emphasize mungkin, psl sy pun dh ingat2 lupa cerita2 lama yg kengkawan mengadu tu...

    ini sebenarnya tidak menggambarkan ATM yg sebenar,sbb ianya KES TERPENCIL (quote Askar Setia).tanya sj bdk2 askar sekarang, sedangkan nk bg front support sepuluh sbg hukuman pun jurulatih bley dikenakan tindakan disebabkan amalan report kpd mak ayah (yg berpangkat bsr2 tuh), so nk bogelkan? ceh, jgn hrp la....

    but anyway, mmg ada amalan ATM yg masih mempunyai pengaruh penjajah dan x islamik, tp we're gradually changing.kalo dulu ade bar hidang arak, skang bar kt wardroom tu hanya hidang tea n coffee...kalo dulu kadet didera sampai 5-6 pg,muntah sendiri dan kawan2 terpalit dr hujung rambut sampai hujung kaki, berendam dlm lubang kumbahan...skang tidak lg...kalo dulu bley suka hati balik ke mess/kpl dlm keadaan mabuk, skang kalo kantoi bley kene hukum...

    change takes time, n for ATM it's definitely pushing on.Mungkin kita bley sama2 berdoa utk perubahan berlaku tanpa compromise kekuatan dan integriti ATM itu sendiri sbg benteng pertahanan negara....

    ex-SISKA

    ReplyDelete
  12. Kepada yang bukan daripada kalangan ATM, anda tak layak langsung bagi komen. Hanya yang pernah melalui latihan ketenteraan saja yang tahu keberkesanan latihan ATM.

    ReplyDelete
  13. Salam

    Biasa terjadi semasa latihan rekrut.
    Ada alasan kenapa rekrut2 ini di perlakukan demikian. Dalam tempoh beberapa bulan dalam latihan inilah salah satu keadah untuk men'transformasi'kan seorang awam untuk menjadi seorang tentera.
    Silapnya ialah perkaraa ni didedahkan secara terbuka kepada umum .
    Ada banyak kes2 yang lebih terok pernah di buat kepada meraka tetapi tidak pernah didedahkan. Kecanggihan teknologi mendedahkan perlakuan demikian kepada khalayak.

    ReplyDelete
  14. apa juga bentuk latihan untuk tentera samada semasa rekrut atau latihan kemahiran selepas itu tidak wajar didedahkan kepada masyarakat awam. latihan tentera meliputi pelbagai aspek dari segi fizikal dan mental. latihan juga akan membentuk SEMANGAT SERIAKAWAN yang tinggi yang merupakan perkara terpenting dalam tentera. kesilapan yg berlaku ini apabila ada pihak yg tidak bertanggungjawab telah mendedahkan kepada umum kehidupan tentera yg mungkin asing bagi orang awam.

    ReplyDelete
  15. Apa pun objektif, misi & visi ATM takkan la corak latihan mental tak boleh terarah kepada syariat Islam? matlamat tak menghalalkan yang haram, siot!

    Semua benda mesti tak melanggar etika & akhlaq Islam, boleh kan? jangan kerana tu adat kebiasaan ketenteraan kita nak 'halal'kan ia berterusan. Nonsense!

    Tentera Islam mesti sentiasa dalam nialai hidup Islam supaya matinya mereka (terkorban) adalah syahid. Bukan mati katak, sesat gitu.

    Sebab gua sayang tentera kita, just as lu olang sembang di atas, tu pasal kita mahu aktiviti yang tak selari anjuran Islam dalam latihan khas tentera orang Islam kita mesti dibuang terus.

    ReplyDelete
  16. Aku tenetra dh 18 tahun service xder pun pernah kene mcm tu..yg cakap semuanya bukan dikalangan tentera..hentam jer..aku bersyukur jd tentera..tenteralah yg menjadikan aku Islam sebenar walaupun awalnya dipaksa dalam beribadat..tuan2 tanya budak2 muda kebanyakkan kt luar tu, bila kali terakhir dia sembahyang berjemaah, baca yasin, tahlil, Qimulail..

    ReplyDelete
  17. haha.pkirla ckit sodara2..benda ni dibuat scara tertutup sbb ini adalah slah 1 latihan..andai kata suatu hari nanti anda d culik oleh musuh..perjanjian yg d tetapkn oleh musuh pula spt jika kamu tidak menganut agama laen selain agama islam anda akan ditelanjangkan..adaka anda akan pilih utk anut agama laen..itu adalah contoh..atm pula bila d tawan oleh musuh xkn tkut d telanjang dh nk bg maklumat kt musuh..semua yg anggota kselamatan buat utk menghadapi ancaman dr musuh negara..senang citer nk tau sbbnya masukla atm..btw aq bkn askar tp aq paham tujuannya..dunia2 mcm ragam otak mnusia..yg aq pasti admin blog ni lh yg pling bodoh

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.