Oleh : Askar Setia
Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera.
Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa.
Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain.
Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tujuan tertentu dan suka-suka namun, ia bukan perkara main-main dan harus dihentikan dengan segera.
Justeru, saya amat mengharap agar Saudara dapat memadamkan entri berkenaan' Acuan membentuk polis dan tentera di negara kita?' di blog dan menasihati rakan-rakan yang lain agar tidak menyebarkan gambar berkenaan. ATM bukanlah satu entiti yang boleh dipersenda sedemikain rupa. Kami bersusah payah membanting tulang empat kerat demi keselamatan dan kedaulatan Malaysia.
ATM juga tidak boleh menerima sebarang bentuk penghinaan sedemikian rupa.
Wassalam
-Askar Setia-
Orang persendakan cara dan module latihan tentera kau marah konon, tapi kalau orang persendakan ISLAM ada ker kau rasa nak marah macam tu? Yang sepatutnya disalahkan adalah orang yang melaksanakan/membiarkan modul bodoh dan tak bertamadun seperti tu. Anggota tentera yang setia sebenarnya adalah mangsa semata-mata.
ReplyDeletePak Din sokong kata-kata Nazaruddin.
ReplyDeleteKalau malu kenapa modul bongok macam tu!
Here here.... relaks semua!
ReplyDeleteSebagai seorang tentera (bukan gua la, gua pejuang gak la dengan cara sendiri bak lagu Sudirman tu..haha) tentu dia rasa sayang..dia sentimental bab cenggini. Tu kita kena paham la. Dia letak 'kesetiaan kepada negara & ATM' mengatasi segalanya, dalam hidupnya sekarang. Patriotik? Pantagonist? U name it!
Tapi dia tak pikir luar kotak fikiran dia. Kalau la kena batang sendiri? Atau kena tang sapa-sapa orang tersayang i.e. adik dia ker, amacam? Setia letak tepi la masa tu, kan? Boleh pulak? Haha
Ni contoh, 1 contoh denda atau latihan yang mengarut. Mental boleh kuat dengan macam2 cara lain. Oh! kalau nak rationalise latihan cenggitu apa tak depa tak disuruh tahan, mengangkang & kena toron anu belakang depa tu saja? Eh bagus apa?
Mental toughness, right? FCvk off kat pegawai ATM yg 'gila' tu! Nama & nombor dia apa, hah? Apa tunggu, repot cepat kat sesiapa berautoriti yg berkenaan i.e. Tribunal, mahkamah tentera. Benda macam ni merosakkan nilai seorang tentera Muslim, Askar Setia. Kena paham tu baru lu boleh tahu letak prioriti mana dulu kena buat!
Perkara sebegini patut didedahkan,bukan untuk memalukan atau menjatuhkan maruah tetapi untuk iktibar kepada pihak yang berkenaan untuk tidak mengulangi kerja2 bodoh lagi bangang serta menjatuhkan martabat ciptaan Tuhan yg dianugerahkan akal.....
ReplyDeleteAskar Setia tulah yang dok kacau aku buat kerja,, apa yang dia tak fitnah kat sekarang ni,, dia ni memang pengampu UMNO tahap gaban gila...
ReplyDeleteBab isu kena telanjang tu perkara biasa,,, aku pun kena sewaktu medical check-up, pertama sekali waktu nak masuk tentera,, disuruhnya kita telanjang ramai-ramai,, lepas tu di suruhnya batuk,,
Selepas tu setiap 4 tahun, kena lagi,, dipanggil Full him,, itu pun kalau nasib tak baik berjumpa dgn doktor celaka kena telanjang lagi,,,batuk lagi..
Itulah alam tentera,, bab tu aku malas nak bongkar,,, sebab apa kena batang idung sendiri...
Salam
ReplyDeleteNazaruddin : Saya setuju kadangkala latihan yang diberikan kadangkala melampaui batas dan 'tidak islamik'. tetapi, dalam sesetengah latihan, terutamanya latihan utk skuad2 elit seperti latihan komando, latihan mental yang melampaui kebiasaan perlu dilakukan utk menyiapkan diri anggota menghadapi sebarang kemungkinan.
Mountdweller : Saya ingin tegaskan..TIADA modul untuk mem'bogel'kan rekrut semasa latihan. Ia merupakan kes terpencil dalam satu pemgambilan. Tanya anak saudara yang masih berkhidmat dalam tentera, saya yakin jawapan yang sama diberikan.
Hanz Newman : Komen saudara langsung tidak mencerminkan tahap mentaliti yang sebenar. Mungkin anda bukan tentera dan tolong hentikan komen-komen mengikut perasaan tanpa disokong dengan bukti. Saya yakin, kes tersebut tidak melibatkan pegawai kerana ETIKA pegawai tidak akan membenarkan perkara tersebut berlaku. Saya yakin, ia dilakukan oleh jurulatih yang berpangkat Sarjan- PW I & II. Mungkin anda belum pernah menjalani latihan ketenteraan, jadi, hentikan andaian liar saudara mengenai latihan yang kami lalui. We are trained to kill, not to dress and do cat walkin'.
Rahmat : Perkara tersebut perlu dihentikan kerana ia langsung tidak mencerminkan ATM secara keseluruhannya. Saya yakin perkara tersebut telah sampai ke pihak tertinggi ATM dan tindakan telah tatatertib telah dikenakan kepada yang terlibat.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteManjung Mari :
ReplyDeleteSalam Saudara Mohd Desa. Kamu dakwa saya sebagai pencacai UMNO? Kamu silap..tiada satu pun artikel saya didalam blog saya mengenai perjuangan mana-mana parti politik. TIADA LANGSUNG!! Jadi bagaimana kamu kata Askar Setia merupakan blog pengampu UMNO? BUKTIKAN...
Kamu tahu bezakan antara latihan dan pemeriksaan kesihatan? Gambar berkenaan merupakan latihan. Dalam pemeriksaan kesihatan lagi2 yang nak masuk tentera, fullhim mmg akan dibogelkan..tetapi, untuk TUJUAN PEMERIKSAAN KESIHATAN. bukan untuk dijatuhkan maruah.
Mohd Desa, semua orang akan tahu siapa anda dan latar belakang dan kes saudara semasa berkhidmat dahulu. Memang benar, kebanyakkan bekas tentera yang menjadi tali barut untuk menjatuhkan kredibiliti ATM adalah MEREKA-MEREKA YANG BERMASALAH SEMASA BERKHIDMAT DAHULU.
Jangan segala apa yang berlaku di atas muka bumi ini hendak dipolitikkan. Haiwan-haiwan politik seperti saudara tidak akan survive lama. percayalah. Kini, kamu mencari rezeki juga di tempat ramai bekas tentera terutamanya TLDM.
Kita bebas untuk memilih mana-mana parti yang disokong, tp, janganlah sampai mahu menghasut, menyebarkan berita palsu dan memfitnah sesama Islam kerana parti yang disokong. ATM jaga kamu dengan baik, tp, jangan sampai kamu dilabelkan seperti melepaskan ANJING YANG TERSEPIT. Hj Imran tidak akan dapat menolong kamu di Padang Mahsyar nanti.
www.askarsetia.blogspot.com
Kepada Saudara Aduka Taruna
ReplyDeleteJika saudara masih berkeras dan ghairah untuk memalukan Angkatan Tentera Malaysia dengan cara tersebut, saya tidak boleh halang.
Apa yang saya sampaikan tidak kena mengena langsung dengan mana-mana kepentingan parti politik. Saya sayangkan ATM dan akan terus berbuat sesuatu walaupun sebesar zarah demi nama baik ATM.
Bhai Askar Setia dan semua kengkawan...
ReplyDeleteWaktu gua dalam servis dulu (satu agensi yang dibawah kuasa YDP Agong") rasanyer hanya group gua jer yang tak kena aper-aper tindakan macam nih...
Tapi group yang lain (ader 5 semuanya) semua terlibat dan kena macam nih.... Nak buat camana...
Itu masa gua masih berada dalam servis lar... hahaha... tahun 90'an dulu...
Cuma dulu, kini dan selamanyer gua tak setuju ader benda macam nih... ini bukan nak melatih... ini nak mendera dan memalukan jer...
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
sadly enough, gotta agree w Askar Setia.....ini bkn modul, ini hanyalah penderaan yg diamalkan oleh mereka2 yg masih hidup matinya dgn sistem regimental...dunno abt elite squads...they have to comment abt what really going on...tp for me, i know masa sy training dulu kemungkinan kadet lelaki pernah melalui kisah 'dibogelkan' oleh senior2 mereka...i emphasize mungkin, psl sy pun dh ingat2 lupa cerita2 lama yg kengkawan mengadu tu...
ReplyDeleteini sebenarnya tidak menggambarkan ATM yg sebenar,sbb ianya KES TERPENCIL (quote Askar Setia).tanya sj bdk2 askar sekarang, sedangkan nk bg front support sepuluh sbg hukuman pun jurulatih bley dikenakan tindakan disebabkan amalan report kpd mak ayah (yg berpangkat bsr2 tuh), so nk bogelkan? ceh, jgn hrp la....
but anyway, mmg ada amalan ATM yg masih mempunyai pengaruh penjajah dan x islamik, tp we're gradually changing.kalo dulu ade bar hidang arak, skang bar kt wardroom tu hanya hidang tea n coffee...kalo dulu kadet didera sampai 5-6 pg,muntah sendiri dan kawan2 terpalit dr hujung rambut sampai hujung kaki, berendam dlm lubang kumbahan...skang tidak lg...kalo dulu bley suka hati balik ke mess/kpl dlm keadaan mabuk, skang kalo kantoi bley kene hukum...
change takes time, n for ATM it's definitely pushing on.Mungkin kita bley sama2 berdoa utk perubahan berlaku tanpa compromise kekuatan dan integriti ATM itu sendiri sbg benteng pertahanan negara....
ex-SISKA
Kepada yang bukan daripada kalangan ATM, anda tak layak langsung bagi komen. Hanya yang pernah melalui latihan ketenteraan saja yang tahu keberkesanan latihan ATM.
ReplyDeletenk like komen En Azlan....
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteBiasa terjadi semasa latihan rekrut.
Ada alasan kenapa rekrut2 ini di perlakukan demikian. Dalam tempoh beberapa bulan dalam latihan inilah salah satu keadah untuk men'transformasi'kan seorang awam untuk menjadi seorang tentera.
Silapnya ialah perkaraa ni didedahkan secara terbuka kepada umum .
Ada banyak kes2 yang lebih terok pernah di buat kepada meraka tetapi tidak pernah didedahkan. Kecanggihan teknologi mendedahkan perlakuan demikian kepada khalayak.
apa juga bentuk latihan untuk tentera samada semasa rekrut atau latihan kemahiran selepas itu tidak wajar didedahkan kepada masyarakat awam. latihan tentera meliputi pelbagai aspek dari segi fizikal dan mental. latihan juga akan membentuk SEMANGAT SERIAKAWAN yang tinggi yang merupakan perkara terpenting dalam tentera. kesilapan yg berlaku ini apabila ada pihak yg tidak bertanggungjawab telah mendedahkan kepada umum kehidupan tentera yg mungkin asing bagi orang awam.
ReplyDeleteApa pun objektif, misi & visi ATM takkan la corak latihan mental tak boleh terarah kepada syariat Islam? matlamat tak menghalalkan yang haram, siot!
ReplyDeleteSemua benda mesti tak melanggar etika & akhlaq Islam, boleh kan? jangan kerana tu adat kebiasaan ketenteraan kita nak 'halal'kan ia berterusan. Nonsense!
Tentera Islam mesti sentiasa dalam nialai hidup Islam supaya matinya mereka (terkorban) adalah syahid. Bukan mati katak, sesat gitu.
Sebab gua sayang tentera kita, just as lu olang sembang di atas, tu pasal kita mahu aktiviti yang tak selari anjuran Islam dalam latihan khas tentera orang Islam kita mesti dibuang terus.
Aku tenetra dh 18 tahun service xder pun pernah kene mcm tu..yg cakap semuanya bukan dikalangan tentera..hentam jer..aku bersyukur jd tentera..tenteralah yg menjadikan aku Islam sebenar walaupun awalnya dipaksa dalam beribadat..tuan2 tanya budak2 muda kebanyakkan kt luar tu, bila kali terakhir dia sembahyang berjemaah, baca yasin, tahlil, Qimulail..
ReplyDeletehaha.pkirla ckit sodara2..benda ni dibuat scara tertutup sbb ini adalah slah 1 latihan..andai kata suatu hari nanti anda d culik oleh musuh..perjanjian yg d tetapkn oleh musuh pula spt jika kamu tidak menganut agama laen selain agama islam anda akan ditelanjangkan..adaka anda akan pilih utk anut agama laen..itu adalah contoh..atm pula bila d tawan oleh musuh xkn tkut d telanjang dh nk bg maklumat kt musuh..semua yg anggota kselamatan buat utk menghadapi ancaman dr musuh negara..senang citer nk tau sbbnya masukla atm..btw aq bkn askar tp aq paham tujuannya..dunia2 mcm ragam otak mnusia..yg aq pasti admin blog ni lh yg pling bodoh
ReplyDelete餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 關島蜜月 花蓮民宿 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 水晶 長灘島 長灘島旅遊 長灘島景點 長灘島機加酒 長灘島必買 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體
ReplyDelete