Skip to main content

Gua cuba untuk tidak mencela Saiful.

Oleh : AdukaTaruna

Untuk mendapatkan Malaysia Baru, gua sangat gembira Anwar bebas. Tak banyak manusia dalam sejarah Malaysia pasca merdeka bekerja keras, berkorban sebegitu rupa bagi mendapatkan Malaysia Baru. Terlalu besar peranan Anwar.

Tetapi gua cuba tidak sesekali mengutuk Saiful. Gua hanya manusia yang diminta Allah menilai mengikut zahir. Gua bimbang terpaksa mencari Saiful di padang masyar nanti. Kita tidak tahu siapa betul, siapa salah. Kita hanya menilai mengikut keupayaan manusia. Ada yang mengikut sentimen. Ada mengikut jenama. Ada yang mengikut prosedur.

Di dunia, betul dan salah ditentukan manusia berdasarkan teknik. Ada tektik yang ditetapkan Allah. Manusia diwajibkan hanya patuh kepada keputusan teknik. Sebab itu jangan dicela manusia yang didapati bersalah akibat keputusan teknik. Jangan disanjung manusia yang didapati tidak bersalah akibat keputusan teknik.

Rakaman realiti dan saksi sebenar hanya di mahkamah Allah. Gua menanti Anwar memperjuangkan qazaf pula di mahkamah syariah selepas ini.

Comments

  1. Bhai AT..

    Gua pon... sedang tunggu Anwar Ibrahim bawak kes tue kepada Tuntutan Qazaf dengan segera...

    Janganlah berlengah lagie..

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  2. Gua menanti Sam AMK memperjuangkan Qazaf 80 sebatan dalam sistem syariah ala Malaysia, tapi dalam masa yang sama tak menyokong Hudud :-)

    Sam sign agreement Polis tanpa pengetahuan pimpinan PKR. Takde tindakan pape ke? Mentang2 Anwar dah bebas, semua buat lupa. Azmin dah campur tangan bab Hassan Ali, boleh la Stopa Ali terjah Sam bab agreement Polis.

    ReplyDelete
  3. Kepada lelaki_ini yg budiman, ko tengok betul-betul salinan surat tu yg keluar kat muka depan surat khabar! Jelas tertera tulisan 'diserahkan oleh' mamat polis siap tanda tangan lagi. ko tengok pulak perkataan 'diterima oleh' SAM. SAM ni bijak sebab di tak tulis 'dipersetujui oleh'. maksudnya surat tu hanya di terima dan bukan di persetujui bagi pihak PKR!! kalau masih tak faham mai aku terjemahkan dalam bahasa ingeris seperti berikut: 'diterima oleh' - received by. kalau 'dipersetujui oleh' - agreed by. 'terima' tu sama macam ko terima saman yg dihantar oleh posmen, tapi tidak bermaksud ko setuju di saman!!!

    ReplyDelete
  4. Haha. Bukan isu terima atau tak. Tapi isu tindakan dia di luar musyawarah. Azmin, N. Surendran dan pemimpin lain langsung tak tau.

    "Sebagai salah seorang dari pimpinan parti yang sama-sama berunding dengan pegawai tertinggi PDRM Kuala Lumpur, saya menegaskan pendirian KEADILAN bahawa muafakat yang dicapai dalam mesyuarat pada hari Jumaat, 6 Januari 2012 tidak menyentuh syarat-syarat yang diberikan oleh PDRM kemudiannya.

    Malah, 10 syarat tersebut hanya dimaklumkan kepada KEADILAN melalui Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin selepas ia diedarkan kepada pihak media melalui satu surat sahaja". -N. Surendran, Naib Pres. PKR


    Apa muslihat Polis keluarkan 10 syarat bertarikh 7hb, sehari selepas perjumpaan pada 6hb dengan pimpinan PKR? Dah la tu, surat dikeluarkan atas nama Sam, bukan kepada Azmin selaku Timb. Presiden.

    "Zakaria juga menolak dakwaan Azmin dan berkata Shamsul Iskandar Md Akin telah diberikan penerangan sewajarnya hampir 20 minit dan faham serta bersetuju dengan syarat-syarat yang dikemukakan. Malah Shamsul telah menurunkan tandatangan sebagai tanda persetujuan".

    Berani ke Sam sangkal dakwaan Ketua Polis KL di atas bahawa dia hanya sign terima dokumen tanpa persetujuan?

    By the way, posmen hanya penghantar surat saman. Yang keluar saman ialah Polis. Kalau Polis tu depan mata gua bagi saman by hand dan gua tak setuju dengan saman tu, dah tentu gua lempar ke muka dia balik.

    Yang bawa dokumen dan brief Sam tu bukan posmen, tapi Polis sendiri. Takkan dia sign kalau dia tak setuju? Sam bijak? Hahaha.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.