Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Jan 9, 2012

Gua cuba untuk tidak mencela Saiful.

Oleh : AdukaTaruna

Untuk mendapatkan Malaysia Baru, gua sangat gembira Anwar bebas. Tak banyak manusia dalam sejarah Malaysia pasca merdeka bekerja keras, berkorban sebegitu rupa bagi mendapatkan Malaysia Baru. Terlalu besar peranan Anwar.

Tetapi gua cuba tidak sesekali mengutuk Saiful. Gua hanya manusia yang diminta Allah menilai mengikut zahir. Gua bimbang terpaksa mencari Saiful di padang masyar nanti. Kita tidak tahu siapa betul, siapa salah. Kita hanya menilai mengikut keupayaan manusia. Ada yang mengikut sentimen. Ada mengikut jenama. Ada yang mengikut prosedur.

Di dunia, betul dan salah ditentukan manusia berdasarkan teknik. Ada tektik yang ditetapkan Allah. Manusia diwajibkan hanya patuh kepada keputusan teknik. Sebab itu jangan dicela manusia yang didapati bersalah akibat keputusan teknik. Jangan disanjung manusia yang didapati tidak bersalah akibat keputusan teknik.

Rakaman realiti dan saksi sebenar hanya di mahkamah Allah. Gua menanti Anwar memperjuangkan qazaf pula di mahkamah syariah selepas ini.

4 comments:

SysOp said...

Bhai AT..

Gua pon... sedang tunggu Anwar Ibrahim bawak kes tue kepada Tuntutan Qazaf dengan segera...

Janganlah berlengah lagie..

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

lelaki_ini said...

Gua menanti Sam AMK memperjuangkan Qazaf 80 sebatan dalam sistem syariah ala Malaysia, tapi dalam masa yang sama tak menyokong Hudud :-)

Sam sign agreement Polis tanpa pengetahuan pimpinan PKR. Takde tindakan pape ke? Mentang2 Anwar dah bebas, semua buat lupa. Azmin dah campur tangan bab Hassan Ali, boleh la Stopa Ali terjah Sam bab agreement Polis.

Rakyat Pakatan said...

Kepada lelaki_ini yg budiman, ko tengok betul-betul salinan surat tu yg keluar kat muka depan surat khabar! Jelas tertera tulisan 'diserahkan oleh' mamat polis siap tanda tangan lagi. ko tengok pulak perkataan 'diterima oleh' SAM. SAM ni bijak sebab di tak tulis 'dipersetujui oleh'. maksudnya surat tu hanya di terima dan bukan di persetujui bagi pihak PKR!! kalau masih tak faham mai aku terjemahkan dalam bahasa ingeris seperti berikut: 'diterima oleh' - received by. kalau 'dipersetujui oleh' - agreed by. 'terima' tu sama macam ko terima saman yg dihantar oleh posmen, tapi tidak bermaksud ko setuju di saman!!!

lelaki_ini said...

Haha. Bukan isu terima atau tak. Tapi isu tindakan dia di luar musyawarah. Azmin, N. Surendran dan pemimpin lain langsung tak tau.

"Sebagai salah seorang dari pimpinan parti yang sama-sama berunding dengan pegawai tertinggi PDRM Kuala Lumpur, saya menegaskan pendirian KEADILAN bahawa muafakat yang dicapai dalam mesyuarat pada hari Jumaat, 6 Januari 2012 tidak menyentuh syarat-syarat yang diberikan oleh PDRM kemudiannya.

Malah, 10 syarat tersebut hanya dimaklumkan kepada KEADILAN melalui Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin selepas ia diedarkan kepada pihak media melalui satu surat sahaja". -N. Surendran, Naib Pres. PKR


Apa muslihat Polis keluarkan 10 syarat bertarikh 7hb, sehari selepas perjumpaan pada 6hb dengan pimpinan PKR? Dah la tu, surat dikeluarkan atas nama Sam, bukan kepada Azmin selaku Timb. Presiden.

"Zakaria juga menolak dakwaan Azmin dan berkata Shamsul Iskandar Md Akin telah diberikan penerangan sewajarnya hampir 20 minit dan faham serta bersetuju dengan syarat-syarat yang dikemukakan. Malah Shamsul telah menurunkan tandatangan sebagai tanda persetujuan".

Berani ke Sam sangkal dakwaan Ketua Polis KL di atas bahawa dia hanya sign terima dokumen tanpa persetujuan?

By the way, posmen hanya penghantar surat saman. Yang keluar saman ialah Polis. Kalau Polis tu depan mata gua bagi saman by hand dan gua tak setuju dengan saman tu, dah tentu gua lempar ke muka dia balik.

Yang bawa dokumen dan brief Sam tu bukan posmen, tapi Polis sendiri. Takkan dia sign kalau dia tak setuju? Sam bijak? Hahaha.