Skip to main content

Suara hati gua akan Melayu...

Oleh : AdukaTaruna

Ini adalah suara hati gua. Pandai2la lu pilih sendiri tajuk mana yang lu nak sokong. Lama dulu sejak mula menulis 2005 di internet, gua berada dalam silibus basic ini. Yakni Melayu. Bangsa Melayu. Asas yang perlu pada gua dihadamkan oleh setiap orang, termasuk bukan Melayu. Mudah2an di pihak bukan Melayu itu, mereka mengetahui perbezaan antara Islam dan Melayu, antara Melayu dan muslim, antara agama dan penganut.

Rujukan : Setiap genetik melayu adalah lemah.


Dari asas kefahaman inilah, kita perlu menyandarkan sebarang isu dan penyelesaian kepada sistem Allah. Kerana tafsiran sistem yang dicipta oleh otak baka Melayu memudaratkan diri sendiri. Tafsiran sistem yang dicipta oleh baka bangsa hebat sedikit memudaratkan diri sendiri, tetapi banyak memudaratkan pihak lain. Pihak lemah. Inilah asas kepincangan dunia. Dunia tidak pernah aman sejak sistem lain ditakdirkan mengambil alih sistem Allah.


[1]

Seingat gua, sudah 3 kali gua bertekak (berdebat) dengan bos gua. Yang in charge gua as Pak Guard. Dunia guard, dunia car wash dan industri seumpamanya, pada gua di isi oleh golongan yang berIQ lemah. Berpendidikan kurang.

"Belawok saja nak hudud. Bising time pilihanraya jer. Lepas tu senyap."

Ini adalah antara level kefahaman Melayu yang mewakili 60% dari keseluruhan Melayu. Dia tidak tahu pengasingan negeri dan pusat. Dia tidak tahu Hudud dan Qisas telah disign Sultan Kelantan. Melayu yang hanya berada secara kebetulan di dalam mana-mana media perdana ketika itu. Tiada mentaati perintah Allah supaya memiliki sifat orang2 berfikir dan sifat2 orang menyelidik berita.

"Katakan saya merompak bank. Undang2 hudud Kelantan mahu dilaksanakan. Siapa yang perlu menangkap saya terlebih dahulu? Polis atau Majlis Perbandaran atau Pemuda PAS?

"Polis lah."

"Polis di bawah negeri atau persekutuan?"

"Persekutuan."

"Salah. Polis bawah UMNO. Bawah Menteri Keselamatan Dalam Negeri. PDRM telah memberi kenyataan tidak akan memberikan kerjsama ketika Terengganu gubal Hudud dan Qisas dulu. Kalau Pemuda PAS ambil alih tugas PDRM, ini sudah jatuh kepada militan pula. PAS ada ketenteraan sendiri. Itu belum cerita bab mahkamah lagi. Takan nak bicara saya dengan hudud bawah pokok depan masjid Tawang? (rumah bos gua)."

"Mu takyah debe la Rul.. aku askar lamo doh (arghh gua terus taip bahasa luar lah, bukan betul pun gua taip bahasa Klate). Aku service dulu kat Sarawak. Iban2 sana jatuh hukum ikut budaya mereka. Kat rumah panjang. Boleh plak. Takda pun kerajaan nak ganggu."

"Ini bukan masalah gedebe. Ini masalah hujah. Takkan Islam nak tegak ikut stail Iban. Dan sebab Iban itu tidak menentang BN lah, maka, itu semua tidak dihighligtkan. Rahim Tamby Chik, Ketua Menteri Melaka, ikut hukum dia sendiri juga. Hudud tidak, British pun tidak. Rogol budak bawah umur. Boleh jugak. Takda jugak kerajaan nak halang. Yang kena ISA hanya Lim Guan Eng. Sebab bela budak Melayu yang kena rogol tu."

Itu antara isu yang gua bertekak. Banyak yang Melayu tahap bos gua tak tahu. PMBK bayar gaji ikut kalender Islam mati2 dia tak percaya. Gua sentiasa ambil peluang jelaskan setiap kali ada peluang. ketika berita, ketika akhbar. Time dia belasah Anwar sebab takut sumpah, gua tetap professional. Belasah Anwar jugak. Paling pelik takut untuk saman Eskay. Gua akan sentiasa cuba untuk berkata benar pada yang benar, mengikut tafsiran semasa gua yang tahap manusia ini.

Gua sedar, untuk mentaati perintah Allah supaya berakhlak baik, amat sukar pada gua. Dalam pelbagai kemudahan, rahmat, belas kasihan, rotan2 kifarah yang diberikan Allah kepada gua, apa yang boleh gua lahirkan ketaatan dan tunduk kepada semua itu, ialah melalui akidah gua. Gua tidak akan menyekutukan Allah sedaya upaya gua. Untuk itu, gua tidak akan berjuang demi jenama, dan gua tidak akan mati demi tokoh. Tidak ada tokoh dan jenama pun yang boleh diletakkan sebaris akan akidah gua.

Jika wujud keperluan menjatuhkan tokoh seperti Nik Aziz pun, demi laluan sistem Allah, gua akan lakukan. Jika Allah campakkan perasaan tetap, lu kepung gua di Pulau Melaka pun tetap gua buat. Insyallah dan wallahualam.

Dan, alhamdulillah, sedikit sebanyak bos gua dah segan untuk tengok Buletin Utama depan gua. Terutama sekali kalau keluar berita burukkan Pulau Pinang. Dia akur akan ketidak adilan media. Sejak isu mamak degil berniaga sampai letak kerusi atas jalan raya yang dibacking TV3, dia sudah nampak bagaimana media menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

"Judi ada ahalal juga be. Bukan semua haram."

"Pulak? Fatwa Nik Aziz ke?"

"Keputusan no ekor kat Utusan dan akhbar2 Melayu UMNO tu la judi halal. Tiket judi sorok2 kat Kelantan tulah jadi haram."

Senyap.


[2]

Suara hati gua bab Melayu seterusnya ialah bagaimana kita upgrade diri kita demi survival. Tempat kerja gua ada sepasang suami isteri yang ke2-2 mereka bekerja sebagai pengawal keselamatan. Berumur dalam 40 an bagi suami. Dan 50an bagi isteri. Suami bekerja dengan gua, isteri bekerja di Hospital KB. Mereka telah bekerja sebagai guard dalam 3 tahun.

Kedua-dua mereka tidak boleh membaca dan menulis dengan baik. Ligat otak gua fikir. Adakah kemampuan membaca dan menulis mereka disebabkan penyakit atau keciciran pelajaran? Sehinggalah si isteri ditukarkan ke Wad Bersalin yang memerlukan menulis. Gagal di situ dan dibuang kerja kerana didapati tidak mempunyai kelayakan.

Persoalannya, selama 3 tahun, tidakkah Melayu2 ini sedar bahawa Pengawal Keselamatan itu adalah periuk nasi mereka. Dan Pengawal Keselamatan itu adalah survival hidup mereka? Selama 3 tahun, apa yang mereka buat untuk melindungi survival mereka sendiri? Belajarlah menulis dan membaca. Sudah terhantuk baru mengadah? Adakah kegagalan membaca mereka disebabkan penyakit atau pemalas?

Sampaikan gua mengajak si suami bermain terup. Main game jenis colek. Boleh tahan juga IQnya. Walau sekadar bertaraf anti Nik Aziz dan tegar UMNO, tetapi, melalui permainan itu, mustahil kegagalan mereka membaca dan menulis disebabkan penyakit. Penyakit malas kot.

Rakan gua Patani, datang ke Seremban tidak boleh membaca dan menulis Melayu. Bermula dari mengambil order secara tulis Siam. Sekarang sudah mempunyai 2 cawangan tom yam. Guna lesen rakan gua yang tempatan.

Renungkan projek penempatan rakyat termiskin yang kebanyakan UMNO (flat / rumah panjang / etc ). Mereka terus dan terus dalam keadaan miskin tanpa upgrade. Pelbagai jenayah dan genjala sosial lahir dari kawasan seperti itu. Kekal ortodok dan hardcore kepada UMNO. Yang kaya hanya pemimpin UMNO. Yang miskin masih Felda dan kampung2 hutan Melayu. Mungkinkah masalah baka?


[3]

Seperti yang diketahui umum, isteri gua sedang mengandung. Ketika taipan ini, sudah masuk 4 bulan. Memang kena banyak sabar bai.. Allah jer la yang tahu. Mujur gua dah bersedia dari segi mental, pengetahuan dan nasihat dari akak2 dan rakan2 yang sudah melaluinya.

Suara hati bab Melayu untuk tajuk ini ialah sangka2an Melayu tanpa ujian klinikal yang sahih. Tanpa mencari pembolehubah secara ketetapan sunnah Allah yang kekal dan berulang2 (sains). Isteri gua berkawan dengan anak kepada 1 keluarga Melayu. Depan rumah jer.

Masalahnya, pelbagai racun2 mitos yang disumbatkan kepada bini gua, menyebabkan bini gua keliru dan gua pun naik berbulu. Makan pucuk ubi bisa la, minum air tebu bisa la, makan tumbuh2an menjalar susah beranak la. Jangan minum susu dan makan vitamin yang diberikan doktor sebab nanti anak besar dalam perut. Susah nak beranak la. Niamakahai!

Kebanyakan mitos Melayunya adalah dari sumber tumbuhan. Pada pendapat gua, jika makanan itu memudaratkan, sudah pasti lebih banyak dari sumber haiwan. Tak pula gua dengar darinya makan paru lembu bisa, makan hati lembu tak bleh. Pada pendapat gua lagi, setiap makanan yang diambil secara berlebihan akan mendatangkan sampingan. Makanlah vitamin sekali pun. Tapi kalau dah tahap sekilo sekali makan, mudarat juga. Melainkan jika terdapat kajian. Seperti rokok, teh dan kopi, dadah dan sebagainya. Maka, atas dasar kedhaifan kita, lebih selamat mematuhi penemuan semasa, sehinggalah dibatalkan oleh penemuan terbaru masa akan datang. Allah tidak mengubah sunnahNya.

Gua pesan pada isteri gua, bandingkan adik-beradik gua dengan adik-beradik si penyampai mitos. Bukanlah mahu poyo, kerana kuasa mutlaknya pada Allah juga. Tapi, perbandingannya, adik-beradik si penyampai mitos adalah lemah. 3 darinya ada lelah. Alhamdulillah, adik beradik gua, dalam bahasa poyonya, jenis rebus tak empuk.


[4]

Dari kefahaman asas bahawa baka kita adalah lemah lah kita boleh bergerak ke landasan yang tepat dalam setiap perkara. Insyaallah. Dari sinilah kita merujuk kepada sistem Allah, bukan sistem Minangkabau atau Pepatih Pundek. Dari sinilah kita upgrade baka melalui perkahwinan campur. Dari sinilah kita upgarde baja (pemakanan). Dari sinilah kita upgrade survival. Dari sinilah kita upgrade pendidikan.

Gua ada abang sepupu bernama Amanullah. Beza umur dalam 5 tahun. Ketika dia dewasa dan boleh dikira mempunyai lesen bercinta, majoriti aweknya adalah Cina. Putus Cina A, ngorat Cina B. Sehinggalah dia berkawan dengan Cina yang gua panggil Kak Ting Ting. Amanullah berjuang gila2 mengharungi cabaran keluarga Kak Ting Ting dalam usahanya. Pernah one man show berdepan dengan family Kak Ting Ting. Juga cabaran dari masyarat Melayu yang berijtihad Amanullah adalah bodoh kerana bersusah payah sebegitu, membahayakan nyawanya, sedangkan ramai gadis Melayu yang lebih mudah.

Kini Kak Ting Ting sudah bertudung labuh. Ketika anak pertama Amanullah dengan Kak Ting Ting lahir, gua mengatakan kepada anak itu, don't be a Malay, don't be a Chinese. But be a muslim. Depan kaum keluarga gua yang Melayu. Hanya Allah, gua dan Amanullah sahaja yang faham. Wallahualam.

Comments

  1. bro.... melayu n9 dari jenis mana bro.... pasal bola pun siap bakar bendera lagi..... apparaaaa...

    ReplyDelete
  2. Yg tgk kat stadium tu Melayu Hutan jer bro... Felda2 tuh.. kalau duduk senawang pun, asal Felda Palong. Ngeee..

    ReplyDelete
  3. -bab2 mitos,khurafat,khayalan,tahyul mahyul mmg org melayu champion..bru mngandung dah ade mcm2 ijtihad org melayu sumbat dlm pemikiran, lu tgu bile dah brsalin n mase tempoh brpantang (bg lu, time tu 'pantang sentuh' la)..

    -sblm brsalin, rmai mngatakan ubat2 or vitamin doktor xyah mkn,simpan dlm peti..sohai btul!..alasan:tkut baby besar dlm perut n nti susah nk branak,so baby tu elok kecik je dlm perut nti bile dah kuar bru mkn blik ubat2 tu sume..

    -pergh,tepuk dahi wa bile dgr analisis doktor2 tak brtauliah tu sume..setiap vitamin yg diberi oleh doktor sume tu mmpunyai asas yg kukuh utk tumbesaran baby dlm perut,dan ubat2 tu bknnya dibuat di chow kit tp mlalui proses yg teliti..ade research center , ade dilakukan kaedah 'double-blind statistical study',ade repot dlm 'peer-reviewed medical journal',ade medical findings nyer dan brbagai2 lg utk mngesahkn vitamin2 tu sume..pling snang kalo lu nk tmbah ilmu bab2 baby n vitamin ni cari je dlm pakcik google dan kebanyakan dlm bhasa inggeris..slain dr tu bg makan mkanan yg seimbang(sayuran,buahan dan ikan) setiap hari mlah tmbahkan kuantiti skit sbb ade 2 perut nk diisi..kesannye nti bile dah brsalin, lu sndri puashati tgk hasil eksperimen lu,hehehe..anak org lain bole kena kuning bile shari 2 dilahirkn,anak ko elok je kat umah,sbb ape? bdan dah kuat,sgala bntuk vitamin dah standby dlm bdn baby utk lwan bakteria yg kat luar..dan byk lg kesan yg ko bole nmpak,jika time mngandung ni ko jg pemakanan istri ko dgn btul..biar susah skang ni(utk jaga pmkanan sms mngandung),tp senang pas brsalin nti bile anak ko sihat..

    -mase tempoh brpntang,jgn skali2 hnya bg bini lu mkn nasi puteh,lada hitam n ikan kering je,konon nk jg bdan,ceh!ni yg wa pling mnyampah!!..time2 ni la si istri perlukan tenaga stelah brhempas pulas meneran nk kuarkan hasil buatan lu,dan memerlukn seckupnya vitamin utk memudahkan susu kuar/memperbykkan susu,so lu bg bini lu mkn byk2, (ikan,ayam or daging)..rasenye kalo lu wat checkup kat klinik/hospital krajaan ,diorang ade bekalkn buku kaler pink,kat situ pun ade gak kaedah pemakan yg btul..

    p/s:yg satu ni mmg wa x jpa lg mane2 kajian cume ade testimoni je (anak aku),nti bile dah msuk bulan ke 7,lu kurangkn 'siram air dlm pasu',msuk bulan 8 ke atas'stop trus siram air dlm pasu',kalo nk 'berkebun' xpe,hari2 pun bole lg byk lg bgus supaya bini lu mudah utk brsalin..kesan die nti rambut/kpala anak lu akan bersih/cantik takde kerak2 puteh mase die dilahirkn..kalo x,susah lu nk ilangkn kerak tu,siap kena cari myak kelapa la,kena berubat la..elok susah skang ,snang kemudian..adios!!

    ReplyDelete
  4. TQ bro zargus. 1 jer gua tak paham.

    Apa siram air dlm pasu? Berkebun gua faham la. Hua3... email gua la beb.

    ReplyDelete
  5. mitos jd mitos sebab reasoning yg agak munasarawak tapi bila dikaitkan dgn saintifik @ medical evidence mungkin ada sebab makanan tsb dipantangkan...
    cth makan benda menjalar susah beranak? mungkin bkn sbb benda tu menjalar yg wat susah beranak tapi ada bahan2 dlm makanan tersebut yg membuat susah beranak...
    susah beranak ni pun kena faham apa masalahnya..pemberanak ist time ke,pemberanak amatur ke,,atau pemberanak pro cam den...haha
    darah tinggi,semput@lelah, kencing manis adalah sakit pinjaman pada ibu2 ngandung(selalu panyakit ni gone lps bersalin..)...lagi 'jalan' yg tak fleksibel,prnafasan yg tak stabil adalah antara penyebab susah beranak...
    kesimpulan den makanan memang memainkan peranan tapi reasoning bia la muna'izzah fadhil noor sket... ;)

    ReplyDelete
  6. oppsss...typo..patutnya >> reasoning yg tak munasarawak...hokay..

    **en zargus...testimoni anda siram pokok tak siram pokok tsb diragui...berapa kali test?

    ReplyDelete
  7. Ape-ape pun first baby memang challenging la. Wife gua bersalin kali pertama anak kembar secara normal, memang terseksa gua tengok.

    Kalau boleh, lu dok sekali dalam labor room ( bilik bersalin ), lagi bagus. Rasai sendiri bagaimana ibu melahirkan lu dan isteri melahirkan zuriat lu. Lihat sendiri bagaimana anak lu dikeluarkan dari perut, penuh darah dan tangisan, supaya lu hargai dan pelihara amanah Allah ni. Mereka kain putih, ibubapa yang mencorakkan. Anak-anak adalah klon ibubapa. Anak-anak adalah cermin ibubapa.

    Once anak lu lahir, lu mesti akan rasa lain bro. Sepertimana lu selesai lafaz akad nikah kali pertama. Rasa semacam aura masuk dalam tubuh. Kuasa Allah.

    Wife lu banyakkan minum susu, ikan dan madu. Anak lu tengah nak tumbuh tulang, kena banyak kalsium dan protein.

    Jangan buat kerja berat, nanti rahim jatuh. Lu mesti nak anak lagi, so jaga rahim tu.

    Kena rajin baca Qur’an dan buat latihan Math. Ni ada kajian saintifik, lu jangan kata mitos Pepatih plak.

    Dan jangan buat wife lu bersedih. Jaga emosi dia yang tak menentu dan sukar dijangka. Lu korbankan la perasaan lu sket.

    To Zargus, nak berkebun time 8 bulan tu pun kena ada teknik yang sesuai. Lu kasik ajar si Aduka ni sket. Hehe.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.