Skip to main content

Agak2 gua ubah arah tu, sah la gua kena bayar.

Oleh : AdukaTaruna

Seingat gua, tak pernah berlindung menjadi baik. Menggunakan perkataan ala2 ulama dalam penulisan gua misalnya. Meletakkan gambar gua yang berjubah misalnya. Bukan gua kata orang yang berbuat demikian adalah tidak baik. Tapi gua sedar diri gua. Gua tidak mahu hipokrit sedaya gua.

Nickname gua diban di TKO beberapa kali. Setiap kali register, gua tetap guna nick AdukaTaruna, sampai AdukaTaruna5 kalau tak silap gua. Gua tidak akan bersikap seperti ulama dan ustaz2 di dalam TKO. Yang mempunyai lebih dari 1 nick. 1 untuk imej ustaz yang baik tutur katanya, 1 untuk maki-hamun. Gua bekas mod. Gua tahu keadaan itu. Tai gua? Gua maki ke, gua tiba2 taip sambil pegang tasbih ke, tu lah gua seadanya. Sokonglah gua ikut tajuk.

Gua tahu kelemahan gua. Tapi alhamdulillah gua sedar diri punya. Tak macam itu Hadi ma.. lemah yang tak sedar diri. Gua gunakan kelemahan gua yang gua sedar itu untuk menampung kelemahan lain. Contohnya :

Dalam perjalanan balik dari perjumpaan blogger dengan kerajaan kelantan, gua pernah jumpa dompet Cina. Ceritanya di sini. Gua tahu gua lemah dengan wang sebab hidup gua susah. Dan gua juga tahu gua lemah untuk jadi jahat apabila berada dalam pemerhatian orang. So, sebelum syaitan berjaya menghasut gua merembat duit Cina tu, gua cepat2 maklumkan kepada Jeming Hase dan Topeng Perak yang gua jumpa dompet. Sekaligus tekanan buat gua untuk tidak jahat.

Gua adalah jenis menentang mana yang salah pada pertimbangan gua. Tak semestinya pertimbangan gua itu gua rasakan betul setiap masa. Mungkin di masa hadapan gua dapati gua salah. Ini telah dibuktikan dalam beberapa fikrah gua yang lampau. Mujur gua mempunyai rakan2 yang tidak ada doktrin wala'. Gua tegak dan still di sini akibat dari rakan2 yang bersikap tepat pada gua. Thank a lot my friends.

Begitu juga dengan sikap terbaru gua dengan Anwar Ibrahim. Gua tidak menentang dia pasal manifesto dia kepada gua dan rakyat. Malah jasa dia kepada pembaharuan politik negara besar. Lebih besar dari Hadi Awang yang hanya boneka cuci kaki kepada urusan kemenangan Fadhil Nor dan Anwar Ibrahim. Gua menentang Anwar Ibrahim pada tajuk yang kecil, tetapi pada gua sangat besar impaknya untuk tajuk pengurusan persepsi pengundi.

Kita masuk tajuk lain jap.

Tadi, gua ke Balai Islam Lundang. Anwar Ibrahim di sana. Gua dapat maklumat malam tadi. Mana sempat gua nak cari orang tukang pegang handycam. Rakan2 sedia gua di Kelantan kebanyakannya terikat kepada tatacara Parti Islam SeMalaysia. Mustahil gua akan mengaitkan mereka dengan gerakan gua.

Rekod menunjukkan Anwar adalah fighter yang tidak akan lari dari wartawan. Tidak seperti Hadi Awang. Muka jer gedebe, tapi penakut. Gua tak fitnah. Saksi pihak gua ada. Tanya C++. Saksi pihak Rusila lebih ramai. Cuma tidak tahulah mereka mengaku atau tidak. Gua memang bersedia kalau Anwar tepis soalan gua. Sama2la kita tengok nanti. Wallahualam

Tetapi, alhamdulillah, gua mendapat layanan professional dari rakan2 PAS Kelantan, walau diorang tahu niat gua yang nak bertanya soalan kepada Anwar. Nampaknya mereka faham hak demokrasi gua. Ini sudah cantet. Gua boleh masuk dalam. Gua disyorkan duduk berdekatan dengan mic. Wah... ada sesi dialog rupanya. Cantet.

TGNA n Anwar masuk dan naik ke pentas. Gua perati muka dgn video kabur 95% sama. Kalau video warna HD  maybe 5% sahaja sama, maybe meningkat kepada 99% sama. Kegemukan badan dan muka memang tak sama. Kurus cengkung melengkung. Diet ke apa Anwar nih?

TGNA berucap merasmikan seminar Maqasyid Syar'iyyah. Suara macam biasa. Perlahan. Cool. Tenang dan jernih. Sejuk jer hati dengar. Sesuaila duduk penjaga dasar. Kalau duduk sebagai Presiden macam ni punya sopan, memang gua terajang. Nak pandu lorong laju, nak duduk seat Recaro, nak pakai racing suit, kereta hebat, racing type, tapi nak masuk gear 4 kena tanya Abu Bakar Chik. Tekan clutch kena tanya menantu. Argh.. bila kalah, cakap rela kalah asal memandu diredhai Allah. Nak cakap bull shit kang masuk neraka plak.

TGNA ucap tak lama beb. Lepas ucap, duduk pun tidak. Bercakap sesuatu kepada Anwar. Anwar kelihatan blurr. Anwar hulur tongkat, TGNA pun blah. Berlari beberapa lelaki mendapatkan TGNA sebab dikhuatiri TGNA ikut tangga depan pentas yang agak curam. Tapi TGNA faham la keadaan dia, jenis sedar diri punya ma. TGNA ikut tangga tepi pentas. Mungkin TGNA ada program lain atau agak keletihan.

Pendek cerita, penyudahnya, sesi dialog takda. La... ni mic ni? Sidang media pun takda. Dah tu kena langgar gak ke ni? Siapa nak pegang kamera? Takan gua tanya buta macam tu, dan report jawapan Anwar dalam bentuk tulisan. Mampos lu orang tak percaya. Nak langgar ke tak nak langgar? Gua bab2 Anwar ni, takda keghairahan sangat la (sembang lebat la lu aduka).

Tepon bunyi..

"Weih... mari lepak dengan gua."

"Lu kat mana?"

"Sebelah bilik makan VIP. Ada orang nak kenal lu."

Gua pun ke sebelah bilik makan VIP.

"Ni gua perkenalkan lu dengan anak kepada... (gua bagitau dalam fesbuk gua kat ruangan komen. Pepandai la lu cari. Haha)

Sambung balik N3 nih.

Bila gua balik, tgk tenet, gua dapati ada banyak pulak sahabat dari UMNO. Bila gua check email, ada pulak yang ajak gua join Gerakan Anti Anwar. Kalau betul UMNO yang offer, jangan memalu la bagitau lu sapa.. setakat email camtu, gua nak print screen pun segan.

So... atas kesedaran kelemahan diri gua, gua terus publickan, bahawa, seandainya tiba2 gua masuk UMNO tu, dalam keadaan UMNO masih rosak ni (melainkan sehingga UMNO pulih setahap TGNA membubarkan PAS), maka, tepek artikel ini ke dahi gua. Sah.. gua dah kena beli la tuh.

Maka lawanlah gua sedaya upaya lu orang semua.

Wallahualam.

p/s : Argh.. isu seks lagi. lepas ni try citer bab lain plak.

Comments

  1. nak lebih menyakinkan.. lu SUMPAH LAKNAT!!
    dan lu perlu keluar dari medium blogg dan internet, kerana terbukti medium nih mybbkan lu jadi sasaran popular umno..
    sebelum lu jadi mangsa dan jadi keluarga laknat spt Anwwar baik lu blah!!
    ok ka pakai idea lu nih.. wargh wargh

    ReplyDelete
  2. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap dengan pendiriannya bahawa mengumpat dan mendedahkan keburukan seseorang bagi tujuan memilih pemimpin adalah dibenarkan dalam Islam.

    http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=12818%3Adedah-keburukan-calon-dibenarkan-bukannya-mengumpat&catid=1%3Autama&Itemid=50

    and this:

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

    ReplyDelete
  3. gua tau lew lu sokong ikut tajuk..
    yg tu memang gua suspek denggi lah kat lu beb, gua tau beb.. lu mude, gua pun darah mude lagi.. gua ase kalu di letakkan kek sebelah tangan kiri lu emas sebeso gunung datok, ringgit mesia sebanyak yg bank negara ade.. belum pasti lagi lu akan mampos mase tu kan ? tapi yg pasti lu mesti kire2.. lu nak pindah ke planet lain lah.. tak pun ke planet hollywood..
    pasal lu langgar haji hadi.. gua memang suspek denggi lu gak.. pertanyaan2 maut oleh olang2 mude adakalanye menyebabkan nampak bahawe ulama yg benar2 mempunyai ilmu sabar dan berkasih syg itu tidak ramai sebenarnye.. yg ramai hanyelah ular dalam semak beb.. kahkahkah
    lu kene henjut kat rusila.. gua suspek denggi lu.. ini lah erti sebuah perjuangan yg memerlukan 1 bentuk pengorbanan.. tahniah pade lu beb..

    ReplyDelete
  4. Suka ati bro ar nk masuk @ undi apa2 parti. Masuk DAP ker, SUPP ker, SNAP ker lantak ar. Hak demokrasi. Tp selagi idea dan hujah adalah berlandaskan fakta atau teori yg disandarkan dgn pemikiran, sy akang sokong. Bukan wala' cuma Malaysia perlukan seramai mgkin rakyat yg jenis pemikir. Apa2 hal, kalo PKR menang ker, PAS menang ker, still akan jadi kerajaan. Still rakyat akan tk puas ati dgn kerajaan. Dh lumrah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.