Skip to main content

Cerita Pak Guard Yang Telampau (4)

Oleh : AdukaTaruna

Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4

KP tak kasi gua tulis report. Report bertulis setiap 2 jam. Dia suruh gua tulis keadaan seperti biasa. Dah tu, sampai bila ilmu nak berkembang kalau setiap pertemuan enggan dicatitkan kerana bertembung dengan kebiasaan. Maybe hari ni mengarut. Tapi dengan catatan, ianya akan diselesaikan atau dijawab oleh generasi akan datang.

Tapi gua diam la. Gua berada dalam dunia Pak Guard. Wahahaha. Kena releks... kang mau kena buang kerja kang. Takan nak jadi pengurus Nora Danish plak gua. Nate punya Man U..


Kesemua kami, untuk permulaan di situ, 5 orang. Ada 2 shift. Pukul 8 pagi sampai 8 malam. Pukul 8 malam sampai 8 pagi. Kerja 12. 8 jam normal, 4 jam OT. Untuk 2-3 minggu di hadapan, di tarikh ketika itu, akan dibuat 3 shift. Cane eja syif aa...? Ah... belasah jer la. Skang ni dah 3 shift la. Gua dengan member, dah tentu kerja malam. Sebab memang mintak malam. Kalau mintak siang, baik gua kerja tempat lama bai.

Selepas ada KP (Ketua Pengawal), tiba masa perlantikan PKP (Penolong ketua Pengawal). Sekor bro dilantik. Baru kerja jugak sebagai jaga dalam sebulan. Pemerhatian gua, sektor2 Jaga, dan mungkin Rela, Pertahanan Awam, pengakap, dan seumpamanya, diminati atau diisi oleh golongan poyo. Agah atau berlagak bila pakai uniform. Kalau Rela, dia punya action lebih dari polis. Kalau guard, baru pegang cota, dia punya action dah macam pegang AK47 dah. Kalau pemangku Ketua Pemuda WP plak, dia punya action, dah macam Ketua Balai Polis Dang Wangi dah. Wakakaka.


Ni yang berlaku kepada PKP. Bila dia pegang jawatan, habis semua salah Jaga bawahan dia report. Gua tak pakai uniform pun telefon IO. Telefon ni bai. Pundek. Wahahaha. Pada hal, IO yang bagi lesen shift malam tak perlu uniform. Kalau pakai lebih baik. Apa dia ingat dia askar Wataniah, gua goyang? Hua3... tapi gua releks la.... Sebab betullah tu. Kan ke lebih molek kalau pakai uniform.

Kemudian, ada sekor budak umo 20 pun satu kerja dengan gua. Tengok dari kasut hitam yang dia guna, gua dapat teka, dia dari golongan susah. Dia shift pagi. Patner dengan PKP. Selalu datang lewat. Masuk pukul 8, sampai 8.30. Mengamuk la brother yang baru dapat pangkat tu. Siap minta IO tukar.

"Cani Nal. Lu ganti dia dulu pagi sehari dua ni. Biar budak tu malam dengan gua. Gua korek prob dia."

Gua suruh member gua ganti shift pagi kejap. Budak tu shift malam dengan gua. Gua pun apa lagi. Guna hikmat Astro Makcik Temah, korek rahsia la. Apa masalah budak sekor nih. pasal, kalau kena tukar ke Hospital, jauh bai dari rumah dia. Kesian la plak gua.

1. Dia anak sulong dari 7 beradik. Adik last umor 9 bulan.
2. Pagi dia kena settle bab persekolahan adik2 dia.
3. Ada kalanya motor kena kongsi dengan ayah dia. Ayah dia kerja kat tempat buat batik. Selalunya dia hantar ayah dia dulu, baru ke tempat kerja.

Pernah sekali budak sekor ni kena tiaw dengan PKP depan semua jaga (ketika pertukaran shift) pasal kasut dan rambut yang tidak menepati peraturan konvensyen jaga2 sedunia di PBB 1983. Dia tiaw dalam bahasa Kelantan la. Guya faham sket2 jer. Pukul anak, sindir menantu. Kuang3.... Sebab rambut gua pun memang IO sendiri sound. Kasut hitam gua plak, kasut sport Admiral. Heh.. sound budak boleh la. Sound la gua. Gua ada ni.. pro punya. Pasal memang salah gua pun...

"Tunggu pinjame la be.."

Budak bermaksud, kena tunggu, advance gaji, baru boleh gunting rambut dan beli kasut hitam lain.

"Oloh...oloh...oloh... 5 riyal jah.."

Pendek cerita, satu hari lain, pihak hospital mengarahkan syarikat melakukan kunci jam. Clocking kot dalam omputehnya. Ada 7 anak kunci yang perlu dikunci setiap 2 jam. Bermula shift malam. Shift gua la. Shift siang masa tu belum wajib lagi.

" Kita start kunci pukul 8 malam, 10, 12, 2, 4 dan 6 pagi. 6 kali kunci. Jangan tak kunci pulak. Potong gaji nuh.." PKP arah. Tapi mata pandang member gua. Budak KP senyap jer kompius. Dah PKP lagi berumur dari KP. Hahaha.

"Jap... waktu kunci jam ni, arahan syarikat, atau kita boleh ubah ikut kesesuaian kita kat sini?" Gua tanya PKP.

"Arahan syarikat." PKP jawab.

"Gua cadangkan, start pukul 9 malam. Ambil angka ganjil. Takan time masuk pukul 8, pukul 8 dah nak kunci jam? Mana nak parking kereta lagi, sign report lagi, nak check barang2 serahan lagi."

"Kalau pukul 9, 11, 1, 3, 5... eh.. baru 5 kali kunci. Tak boleh." PKP sound gua sambil tangan buat aksi mengira.

"Habes kunci pukul 5 arahan syarikat atau arahan PKP? Kalau habes kunci pukul 7, cukup 6 kunci. Takda masalah rasanya. Pertukaran shift pukul 8."

Hambek lu. Bodoh, tapi nak pegang jawatan. Alasan macam Hadi. Dah ahli suruh, kita perlu pikul amanah. Amanah bertimbun plak tuh. Fakap! Matematik mudah pun gagal. Berubah muka brother PKP tu bai. Haha.

"Kita start pukul 9 la. Sebab kat hospital memang start sejam lepas pertukaran shift." baru KP berani bersuara.

Pendek cerita lagi, di hari lain, selepas beberapa hari percubaan untuk 3 shift; KP kena ada siang. PKP kena ada malam. 3 yang lain, kena shift. KP dan PKP kena 12 jam. Member gua masuk 4pm - 12pm. Dia bersama KP sampai pukul 8 malam. Dan bersama PKP bermula 8 malam. Seterusnya PKP kena dengan gua start 12 malam sampai 8 pagi. Kunci jam pukul 1, 3, 5 dan 7. Heh.... Siap lu! Askar Wataniah baru dapat pangkat yeeeeeeee.......

"Kita kunci gilir2 la bro. Lu nak ambil pukul berapa? Kalau lu ambil pukul 1, gua ambil pukul 3."

"Eh... kunci kena berdua la.."

"Alah... kunci jam pun kena berdua... tak payah jadi lelaki la.... Huiiii... malu gua ni kalau bini gua tahu gua kunci jam kena teman."

Senyap. Pandang KP minta back up. KP dah dasar budak2. Blurrr...

"Esok malam start tu bro... gua ikut lu la. Lu nak ambil pukul berapa. Kita gilir. Satu jaga pos, satu kunci. Lepas tu tukar plak."

Hahaha. Memang gua penakut, memang gua lemah... tapi bab ajar manusia2 elite pundek, ni, memang gua redah. Memang gua garang...

(bersambung ikut suka..)

Comments

  1. Bro...
    Kunci tu lu buka satu dulu pergi duplicate...., lepas tu senanng ... lu kunci dalam post tempat lu lepak pun boleh....

    Gua bukan nak ajar lu menipu.... ini untuk kemudahan...

    ReplyDelete
  2. 1. Setiap kunci tu ada nombor2 berbeza kat hujung 'lekuk' tu. no tu akan tercetak setiap kali kita kunci. Teknologi jepon. Gua tak pasti bleh duplicate ke tak kat sini.

    2. Lagi pun gua, gua tolak falsafah duplicate kunci, bro. Takpo.. no hal punya. Setakat kunci kat kawasan seram, setakat hari ni, tak jadi hal. Tunggu cerita siri 5. wakakaka.

    tq byk bro.

    ReplyDelete
  3. apokobondo la lu ni .... citer bab kunci plak....

    ReplyDelete
  4. apa susah2? lu tengok apa brand,mesti AMANO punya, lu tengok berapa point dan apa nombor kunci + kunci K untuk buka dan tutup jam,lu pergi beli duplicate dekat kedai-kedai office equiment,mesti ada jual punya.Satu kunci kalau disini about RM25.00. Setel! lu duduk dlm pos saja lu kunci... apa macam??

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...