Skip to main content

Husam Kelantan lebih kemetot dari keturunan Lee Kuan Yew (2).

Artikel asal : Klik sini.

Pembetulan pembaca gua.

Oleh : Nizam Mahmud


Dari RM 30 000 itu, Melayu Kelantan hanya mendapat RM 2500 kerana dari 29 premis, hanya 3 sahaja pekerja Melayu, kerana syarat utama bekerja adalah fasih Mandarin. Kita bandingkan dengan RM9000 yang dijana Melayu Kelantan sehari walaupun buruk dan miskin.

1. RM9000/sehari compare dengan RM30k/sehari tue untung atau jualan?

Nie kita bercakap psal bilangan orang Melayu yang dapat manfaat.

2. Kata la setiap kedai buruk ada seorang pembantu dan seorang tokei. Jadi penjanaan ekonomi 9 buah kedai buruk akan pergi pada 18 orang Melayu.

3. Kedai moden pulak. Satu kedai Melayu ada 3 orang pembantu kerja dgn dia. Keseluruhan 9 kedai bukan Melayu cuma ada 3 orang Melayu kerja dgn dia psal nak Bahasa Mandarin. Maka jumlah orang Melayu yang dapat manfaat adalah 3+3+1 (tokei kedai) = 7.

4. Peluang pekerjaan kedai buruk = 18, peluang pekerjaan kedai moden = 7. Tak sampai setengan pon.

Dari segi pendapat pulak.

5. Dari segi pendapatan, 3 Melayu sebagai pekerja boleh dapat RM2500/sehari? Takkan la purata gaji sehari seorang adalah RM833.33/sehari? Kalau kerja ikut gaji hari 6 hari seminggu, gaji seorang dah 26 hari X RM833.33 = RM21,658 sebulan???? Aku pun nak apply keje kat kedai moden. Tak yah la aku intai peluang pg middle east.

Kalau pembantu kedai, kata la gaji RM800 seorang. Kerja 6 hari seminggu. Jadi manfaat pada mereka cuma RM800/26=RM30.77/sehari.

Hakikatnya, kalau setakat jadi kuli (Nota: Bukan Tengku Razaleigh), tak kan sama sampai bila2 dgn Tokei.

6. 10 buah kedai moden dgn satu jer kedai Melayu. Semuanya menjana RM30k sehari maknanya kedai Melayu menjana RM3k sehari (purata). Berapa pulangan pada Melayu? RM3k (tokei kedai Melayu + 3 pekerja Melayu) + (3 pekerja Melayu di kedai bukan Melayu dgn gaji RM30.77/sehari) = RM3,000 + (3 X RM30.77) = RM3,000 + RM92.31 = RM3,092.31.

7.Kedai buruk beri RM9,000 pada Melayu. Kedai moden beri RM3,092.31 pada Melayu. Dari segi peluang pekerjaan, kedai buruk beri 18 peluang pekerjaan pada Melayu manakala kedai moden beri pekerjaan pada 7 orang Melayu. Average pendapatan Melayu sehari kalau dibandingkan RM9000/18 = RM500/sehari (kedai buruk). Kedai moden lak RM3,092.31/7=RM441.80.

Melayu malas yang mula fikir "owh, beza RM60 jer! tak banyak tue!", sila baca seterusnya.

7. Kalau lu nak, dan member2 yg suka baca blog lu nie dapat tangkap, leh bincang pulak purchasing power. Harga makanan kat Kelantan lagi murah, harga transport dgn sewa rumah pun aku rasa lagi murah. Jadi RM1 untuk di kawasan kedai moden tidak sama dengan RM1 di kedai buruk. Kalau harga minum kopi di kawasan kedai moden RM2 secawan. Tapi dekat kawasan kedai buruk RM2 boleh beli dua cawan kopi, maknanya dengan duit yg sama boleh belanja kawan lagi tue. Orang Melayu kerja kat kedai Moden tak kan mampu sewa rumah dekat2 dgn kedai dia kerja psal mahal. Jadi tinggal jauh2 & kos transport jadi mahal. Walaupun tinggal jauh tapi sewa masih lagi mahal.

Jadi dapat simpan sebulan, kata la Melayu di Kedai buruk adalah 20% dari pendapatan. Melayu di Kedai moden pulak cuma 10% dari pendapatan psal kos hidup mahal. Melayu Kedai buruk = 20% X RM500 = RM100. Melayu Kedai moden = 10% X RM441.80 = RM44.18.

Kena ada buat statistik orang Melayu ikut negeri simpan secara average berapa kat bank. Hehehe.

Hehehe. Dah jadi macam blog aku lak pulak. Tapi aku suka betul kalau nombor2 nie. Lu produce lagi banyak2 entri pakai nombor bro.

Comments

  1. Kali ini aku yang buat silap. Baru teringat.

    Purata simpanan pendapatan orang Melayu yang dijana oleh Kedai buruk & kedai moden adalah RM100 (kedai buruk) & RM44.18 (kedai moden).

    Tu jumlah utk sehari.

    Kalau sebulan lagi lah banyak.

    ReplyDelete
  2. Kita ada statistik ker tentang pendapatan Melayu yang detail sikit? Cth ikut negeri, ikut umur, ikut tahap pendidikan.

    Patutnya NGO Melayu compile la statistik yg lengkap.

    Nak harap Perkasa? Nak harap Dewan Perniagaan Melayu? Nak harap UMNO? Nak harap PKR? Nak harap Hadi Awang?

    Jangan lak tiba2 DAP keluar statistik lengkap psal masyarakat Melayu Pulau Pinang.

    Kita gak yang malu.

    ReplyDelete
  3. kalo dah seme tkleh harap,apa kata kita harap kan AT?ke guane?keh3

    ReplyDelete
  4. Rapidshare, Hotfile, Megaupload PREMIUM termurah!!!!!

    http://rapidsharepremium-murah.blogspot.com/

    " we have experience almost a year selling premium account "

    0122453958 >> deal paling cepat dan pntas

    cara2 pembayran ade dalam blog di ats.
    LPS PAYMENT , TERUS DPT.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...