Skip to main content

Nizar ikut bodoh Herman Samsudeen.


Oleh : AdukaTaruna




Quote:
Umno Perak hari ini mendesak Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya segera membuktikan tuduhan bahawa Umno terlibat mengubahsuai gambar yang memaparkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu.

"Umno Perak meminta Nizar segera menunjukkan bukti penglibatan Umno dalam mengubahsuai gambar itu, atau beliau bersedia diheret ke mahkamah jika enggan atau gagal berbuat demikian," kata setiausaha badan perhubungan Umno Perak Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Beliau berkata sebuah akhbar Jumaat lepas melaporkan kenyataan pemimpin PAS itu yang menuduh Umno menukarkan wajahnya yang sedang menyembelih lembu kepada wajah Guan Eng.

"Secara jelas, Nizar yang juga bekas menteri besar Perak dan ADUN Pasir Panjang telah menamakan parti Umno sebagai pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak beretika itu," katanya dalam satu kenyataan.

Khusairi berkata perbuatan menunding jari kepada Umno dalam isu itu adalah sangat mengelirukan dan merupakan satu tuduhan yang berat terhadap sebuah parti politik berperlembagaan, berperaturan dan bermaruah.

Beliau berkata pembangkang nampaknya sudah ketandusan modal untuk mengheret Umno dalam polemik sehinggakan sanggup menuduh parti itu melakukan sesuatu tidak beretika yang lumrah dilakukan oleh "cyber-trooper" di dalam internet.

- Bernama

Hah... jawab bro... jawab.

4.3 juta pengundi baru berada dalam ruang internet nih. Majoriti mereka menilai isu tanpa doktrin satu-satu party. So, soalan gua ialah, apsal lu layan isu backfire tahap sampah begini?

Mana lu nak buktikan itu datangnya dari ahli UMNO? Walau lu dengan gua yakin itu memang dari UMNO, tapi as leader bukan tahap Jamil Kucing, lu kena datang dengan fakta. 7 juta pengundi baru bukan didoktrin untuk menjadi ayam suap macam ahli PAS.

Memang bodoh! Lu bukan level kaki internet tahap Jamil Kucing. Bergaduh pasal isu bapok, isu mulut celupar, tarik-tarik rambut. Isu yang lu perlu perjuangkan bukannya isu bergaduh, conteng-menconteng, tuduh-menuduh gambar stupid seperti ini.

Lepas ni, lu as bekas MB Perak, dan pilihan ramai juga as PM Malaysia, hidangkan kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai isu pemilik akaun facebuk conteng wajah Nik Aziz dalam tandas rumah dia. Lu tuduh pemilik fesbuk UMNO yang buat.

Lepas tu UMNO dan media dia fire lu habis2an. Bongok! Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutan lainn lah. Dia menjadi ketua dikalangan ahli low IQ. Ketua harus lebih cerdik dari ahli. Jika ketua level murah dan bodoh, maka ahli lebih murah dan bodoh dari ketua.

Kita lihat sejarah isu yang dibawa untuk masyarakat oleh KETUA PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN.

http://adukataruna.blogspot.com/2010/09/khahkk-ptuih-gua-ludah-mat-sabu.html

Ini adalah fakta yang dirakam timeline. Jika lu tak mahu bijak rebut pengundi, bubarkan PAS, dan tubuhkan NGO yang berjuang bukan melalui undi. Masuk Hizbut Tahrir ramai2.

Jika kamu menganggap pengundi PAS bukan ahli hanya mengacau, tukang sorak, suruh ulama kamu berhenti menjilat lendir pengundi setiap kali pilihanraya.

Comments

  1. Salam Tuan Aduka
    "yang lumrah dilakukan oleh "cyber-trooper" di dalam internet" upahan siapa agaknya?

    Nizar, sayangnya salah terjun lubuk! Lubuk bukan tarafnya.

    Kolam renangnya bukannya Lubuk Kotor tetapi "Lautan Dalam" tempat menggapai.

    Betul Aduka, saya sangka Nizar ni cerdik tetapi tindakannya mencerminkan sebaliknya.

    ReplyDelete
  2. Nizar silap kita kena kutuk sebab dia adalah pemimpin. Pemimpin kalau silap boleh meruntuhkan satu tamadun.

    Gua pun silap gak. Patut gak kena kutuk. Tapi implikasi kerosakan berskala kecil.

    Apa pun jasa Nizar jauh lebih banyak dari kesilapan bongoknya yang satu ini. Pro..

    btw, yang nak bertunang tu si Along ke si Ayah Along? Hua3....

    ReplyDelete
  3. dari awal reformasi lagi,ni lah benda nya yg gua selalu angin,mudah sangat pemimpin melatah dengan isu yg ntahapapantah.saje je bagi bola tanggung.padahal kalu diam je udah,takda sape kesah pon.superimpose ni benda pelik sgt ke?ada kurang martabat ke kalau tak diendah kan?kepala lutut.ni herman la punya akal ni.elok jadi ketua pemuda estet pundut je herman nih.aishh...karate gak budak herman ni karang.aishh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.