Skip to main content

Ketua Polis Selangor sokong AdukaTaruna.

Oleh : AdukaTaruna

Pergh.. tajuk kemain lagi. Tapi pasal ikut time line, maka, terpaksa la gua guna tajuk macam tuh. Hua3.. walau boleh membuatkan zargus muntah darah bersama 3 helai rambut dan kaca botol oren kampung.

Pada 16 Januari 2010 gua mencatat artikel ini.

Wujudkan segera Bank DNA- AdukaTaruna.


Then, pada hari ini, giliran Ketua Polis Selangor plak bersuara. Baca ni dulu.

Tubuh tabung DNA

PUCHONG 21 Ogos - Bimbang dengan gejala pembuangan bayi yang berterusan, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mencadangkan kerajaan agar mewujudkan tabung sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi setiap kelahiran baru.

Beliau berkata, penggunaan tabung sampel DNA telah terbukti menyelesaikan kes pembuangan bayi, malah menangani pelbagai kes jenayah lain seperti dilaksanakan di negara-negara maju.

Difahamkan antara negara yang mewujudkan tabung sampel DNA untuk semua rakyatnya adalah Amerika Syarikat, United Kingdom, New Zealand dan Denmark.

Menurut Khalid, meskipun pelaksanaan tabung itu mengambil masa yang lama dan melibatkan kos tinggi, namun hanya itu sahaja langkah terbaik mencegah dan menyelesaikan kes pembuangan bayi.

Beliau pada masa sama turut kesal dengan sikap masyarakat yang enggan menyalurkan maklumat sehingga menyukarkan polis mengesan ibu bapa bayi dibuang.

"Sampai bila kita mahu biarkan kejadian yang menyayat hati ini berterusan. Orang ramai pula tidak tampil beri maklumat menyebabkan kes-kes pembuangan bayi berlarutan.

"Sesuatu perlu dilakukan, malah saya yakin jika tabung sampel DNA diwujudkan, si pelaku dapat dikesan dan dibawa ke muka pengadilan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan 'Kempen Balik Kampung, Rumah Selamat' di Pasar Raya IOI di sini hari ini.

Khalid berkata, menerusi kaedah penggunaan tabung sampel DNA selain mampu mengesan ibu bapa biologi bayi, tabung sampel DNA dijangka dapat mencegah semua kategori perbuatan jenayah.

"Ini termasuk boleh memberi rasa takut atau fear factor kepada golongan remaja untuk melakukan jenayah kerana menyedari sampel DNA mereka telah diambil.

"Walaupun kita belum lagi mengamalkan tabung sampel DNA ini seperti di negara-negara lain, namun belum terlambat untuk melaksanakannya," katanya lagi.

Kes buang bayi di negara ini semakin serius apabila ia meningkat mendadak lebih 54 peratus sejak Januari sehingga hari ini berbanding lapan bulan pertama tahun lalu.

Statistik terbaru dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan, terdapat 65 kes buang bayi dilaporkan di seluruh negara sejak awal tahun ini berbanding hanya 42 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Ah.. g mamposlah siapa dulu. Yang penting gua sokong Database DNA diwujudkan. Biar setiap manusia yang berada dalam tanah air kita, DNAnya berdaftar dengan negara.

Apa2 hal, senang nak trace. Ziana Zain? Altantuya? Daftar tetap daftar bhai. Idop Ketua Pulis! Idop Ketua Pulis! Idop Melayu! Eh.. lain macam jer slogan gua nih?

Comments

  1. masaelohnya... tabung DNA bulehkan tangkap sapa2 buang anok secara haramm, tapi bulih ke tegah pembuatan dan penghamilan secara haram??
    umno lagi future gaban beb.. depa dah iktiraf dan nobatkan aktiviti penghamilan haram ni sebagai istimewa dgn sediakan sekolah khas di melaka... tiada syarat DNA bapa diperlukan untuk kemasukan..!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.