Skip to main content

Wujudkan segera Bank DNA.

Van putih sambar budak

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Hadzlihady Hassan
anbia@hmetro.com.my

AMPANG: Belum selesai kes penculikan Nurin Jazlin Jazimin, 8, dan Sharlinie Mohd Nashar, 5, seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menjadi mangsa, kelmarin.

Nenek mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam apabila cucunya, murid tahun enam, dalam perjalanan ke kedai runcit berhampiran rumahnya di Taman Dagang di sini.

Menurutnya, ketika berjalan kaki bersendirian, sebuah van dinaiki seorang lelaki menghampiri cucunya sebelum berhenti.

“Lelaki tempatan berambut panjang dan memakai kemeja-T putih terus keluar dari van dan menghampiri cucu saya.

“Dia memeluk lalu menangkap cucu saya dari belakang. Akibat terkejut dengan tindakan itu, cucu saya meronta dan cuba melepaskan diri,” katanya.


Gua dengan ini menggesa kerajaan mewujudkan satu Bank DNA atau satu sistem database DNA. Mungkin di bawah Jabatan Pendaftaran Negara dan di bawah Jabatan Imigresen. Banyak kebaikan dan penyelesaian masalah yang diperolehi dengan sistem ini. terutama kes yang gua quotekan.


Lapisan kulit, rambut, etc yang melekat ketika pergelutan dengan budak itu boleh mendedahkan DNA penyerang, walaupun bercampur aduk dengan DNA kaum keluarga. Dan dari senarai DNA yang diperolehi, kita boleh mengetahui yang mana DNA manusia yang dikenali mangsa dan yang mana DNA suspek.


Dan melalui pendaftaran DNA dari Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen, kita boleh dapatkan identiti penyerang. Begitu juga kes bunuh, kes rompak dan sebagainya.


Contoh kes 1.

Katakan abanghensem membunuh Parpu Kari. Sebagai pembunuh profesional dan genius, abanghensem membakar Parpu Kari dalam keadaan bogel di satu tempat jauh dari kawasan kenalan Parpu Kari.


Kehilangan Parpu Kari dilaporkan keluarga. Namun, polis tiada klu di mana dan apa yang terjadi pada Parpu Kari. So, polis meletakkan Parpu Kari dalam list orang hilang. Jumlahnya puluh ribu. Dari sini, apa yang polis dapat buat ialah dapatkan identiti manusia terakhir yang bersama Parpu Kari. Kalau identiti manusia terakhir itu berjaya didapati, maka, kes akan selesai, tapi kalau identiti abanghensem tidak dikenali? Kes buntu.



Setahun kemudian, seorang menemui mayat terbakar. Tapi tiada identiti. Mustahil polis mahu mengadakan ujian dengan puluh ribu keluarga lis orang hilang? Jadi, selagi identiti mayat tidak dapat disahkan siapa, polis tidak tahu dari mana dia mahu memulakan siasatan.


Identiti mangsa adalah penting untuk langkah pertama. Kerana itulah, polis Malaysia pernah mengiklankan jenis pakaian mangsa kepada media untuk dapatkan identiti mangsa melalui pengecaman kenalan terhadap pakaian. Ini satu teknik kuno.


Jika Malaysia mempunyai database DNA, kita boleh menyelesaikan pelbagai kes dan masalah jenayah. Kita boleh ketahui siapa pembunuh sebenar Norita, siapa perogol gadis bawah umur Melayu Melaka, etc.


Gua harap wakil BR di parlimen dapat bawa usul ni di parlimen Malaysia. Setiap manusia yang berada di Malaysia sama ada melalui kelahiran, kedatangan, perlu didaftarkan DNA mereka.

Comments

  1. aku tak boleh bayang macam mana bangkai Parpu Kari rentung dalam keadaan bogel...

    mungkin ada macam babi hutan rentung sebab terperangkap dalam kebakaran hutan...aduuhhh sadis!

    ReplyDelete
  2. Ntahlah, MP kita baik dari kerajaan mahupun pembangkang kurang cakna kes ini. Tak de dengar mana2 puak yang buat demo mendesak kerajaan segera selesaikan kes culik dan cabul kanak2 ni. Cadangan bank DNA itu memang patut diadakan, disamping ditubuhkan pasukan ala2 CSI tu. Jaki sungguh, cctv dah ada, tapi masih belum dapat tangkap pembunuh Nurin.

    ReplyDelete
  3. - bahaya bro wa rase jika di bank dna ditubuhkan..mslahnye nk letak bwah sape bank nie?..jbtan imegresen?..rekod kemsukan altantuya pun bole dihilangkn, jbtan pndaftaran?, brapa ribu ic dikeluarkan di sabah khususnye ditawau dan diedarkn dikalangan rkyat asing agar mngundi bn?, bwah sprm?..bwah polis raja di malaysia?..pergh!!, lg serun n gerun beb..

    -wa tak nafikan kpentingan bank nie utk mmprcepatkn proses sisatan, tp utk keadaan / suasana di mlaysia skang nie, tkut di slahguna n diselewengkn..lu bole bygkan jika parpukari kate malin meliwat dia?..dna malin die selek kt bntot n lubang pusat die,tak ke sian kat malin tue jika die x brsalah..

    -cume wat prmulaan, wa rase bank dna bole kumpul n amik dna2 dr bekas bnduan yg mnjalani hukuman berat,tp yg pasti jgn diletakkan dbawah agensi2 yg mmg dah nmpak korup..mayb bole hired makmal2 bebas dr luar negara utk simpan..

    -zargus-

    ReplyDelete
  4. bro zargus..

    bank DNA bukan bentuk material DNA sebenar. Tapi grafik DNA. Dah rakam dalam database, sample DNA perlu dimusnahkan.

    Then, nanti, jika ada kes, just dapatkan sample DNA kes tu, dan cari dalam database. DNA bentuk grafik.

    AdukaTaruna

    ReplyDelete
  5. mngikut ilmu biologi swaktu skolah mnegah ak,bukn senang nak wat maping DNA.sdgkn wat drawing bangunan,bngunan pon runtuh...wat kereta tngkap pon xleh quality control.lupakn jela cita2 korg

    ReplyDelete
  6. "Jika Malaysia mempunyai database DNA,.."

    Database DNA...OK
    Malaysia?......KO

    tgk la contoh yg sedia-ada..!

    p/s: cap jari kat kapak besi dah dpt ke belum ? kes apa cerita ?

    ReplyDelete
  7. bro zargus..

    bank DNA bukan bentuk material DNA sebenar. Tapi grafik DNA. Dah rakam dalam database, sample DNA perlu dimusnahkan.

    Then, nanti, jika ada kes, just dapatkan sample DNA kes tu, dan cari dalam database. DNA bentuk grafik.

    AdukaTaruna


    gua setuju ngan zargus. gua rasa at nih silap paham kot. cth nya mcm parpukari rogol penembak babi. pastuh parpukari letak rambut c malin kat celah ketiak penembak babi. pastuh polis kaji rambut tuh dan banding dgn grafik DNA malin kat database. jeng jeng jeng! dapat padanan sama, 99% kebarangkalian yg merogol penembak babi adalah malin. kesian malin..

    bnyk pros n cos bab DNA nih. bak kata pengomen kat atas, mungkin mulakan dgn database pesalah yg pernah dipenjarakan atau mana2 yg pernah ditangkap tp tak disabitkan. sbb bnyk jenayah adalah dilakukan oleh mereka yg pernah melakukan jenayah2 kecil yg lain. cth: perompak bank mungkin pernah jadik peragut atau pencuri kecil-kecilan. penculik budak mungkin pernah terlibat dgn kes dadah atau pukul orang.

    mcm ala2 CSI ma. ada AFIS (automated fringerprinting identification system).

    http://en.wikipedia.org/wiki/Automated_Fingerprint_Identification_System

    ReplyDelete
  8. Bukanlah DNA itu penentu utama kesahihan pesalah. Tapi lebih kepada membantu polis memulakan siasatan.

    Kes rambut malin boleh dicabar dengan alibi dia pada tarikh kematian.

    Tapi at least database DNA, boleh mengenalpasti mayat. Identiti mayat dalam kes contoh bumblebee.

    So, dah dapat identiti mayat adalah parpu kari, baru boleh mulakan siastan dengan maklumat dari kenalan parpu kari.

    kalau takda database DNA, mayat parpu kari kekal sebagai x file kerana kegagalan mengenalpasti identiti.

    ReplyDelete
  9. betul..betul..

    tapi gua punya pendirian lebih kepada bank DNA patut di hadkan untuk simpan database bekas penjenayah atau mana2 pesalah yg pernah ditangkap atau disabitkan. ini merujuk kepada situasi kehakiman dan perundangan yg masih tahap goyah di Malaysia.

    utk at punya komen bab identiti mayat, kita boleh wujudkan database untuk 'Missing person'. so anytime ada body yg dibakar atau kena bom C4 sampai takleh dikesan, rujuk semula pada Missing Person database. Maybe some of the case, tak leh nak identify, tp, kalau ditimbang2 semula, kebaikan mengenal pasti mangsa, adalah kurang daripada keburukan daripada salah guna DNA publik.

    well, as they said.. "you cant save them all".

    eventually, akan ada kes yg went cold. *sigh*

    tapi, satu lg perspektif, yg menyalah gunakan kuasa nih, hanya melibatkan org2 yg berkepentingan. berapa bnyk pula kes yg melibatkan mereka ini jika dibandingkan jenayah2 harian? kalau nak jadikan alasan takut bank DNA ni disalahgunakan oleh yg mereka yg berkepentingan dan berkuasa, pun alasan yg lemah. sbb setiap hari, kes rogol, kes bunuh, kes ragut ada jek berlaku, dan kes2 sebegini, dimonopoli penjenayah bukan politik.

    hurm... sleep on it la.

    ReplyDelete
  10. agak2la Lu punya susur galur DNA at last ada sama dgn makhluk dlm teori darwin tak? huhuhu

    4yr info, penyaksian muslim yg tidak fasik adalah diterima pakai , DNA terdedah kpd penipuan manusia yg fasik. sbb itu hukum dan peraturan islam yg digariskan oleh Allah tidak pernah berubah, hukum dan peraturan manusia selalu berubah2 mengikut nafsu pemerintah yg fasik. mcm mana nih? kata nak islamic state? - hidup biar sedap beb :)

    ReplyDelete
  11. betul gak malin ckp tuh..

    bagi wa peraturan 4 saksi yang tak fasik tuh tdr masalah.Tapi keperluan mengembangkan lagi penafsiran dlm 4 saksi tuh.

    Pendapat wa.

    Ctk kes zina bervideo

    Seorang pakar video yg tak fasiq pon patut diterima jd saksi utk mengesahkan video.Sbb dgn pengesahan content video sendiri mencukupkan syarat 4 org saksi nampak depan mata bahawa penetration berlaku.

    begitu juga dgn kes rompakan dan sbgnya.

    Sama cam DNA, kesaksian pakar DNA yang tak fasiq utk menerangkan tentang bukit DNA juga patut diterima.

    bagi kes nih wa lebih pd bumbelbee..lagi pon DNA bukan syarat complete utk identify org.Cap jari..bentuk gigi etc.

    After all..rules and tech nih tdr masalah digunakan selagi tak melanggar hak asasi awam

    ReplyDelete
  12. xstuju pnubuhan bank dna, semua ada kaitan dgn yahudi pnya agenda..
    actually, yahudi nak cari salahsilah Nabi Muhammad melalui dna, dimana Imam Mahadi di jangka akan keluar samaada di MAlaysia atau Indonesia. Thats why, ite tngok bnyak para alim ulama terutama di Indonesia kena bunuh, disabit kesalahan itu ini, kenapa?? sebabnya alim ulama tersebut dikatakan berkemungkinan adalah imam mahadi. jadi mereka nk hapuskan dulu.. Allahualam

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.