Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Apr 1, 2010

Surat permohonan terbuka untuk bertemu Presiden PAS.

Oleh : AdukaTaruna



Aduka Taruna,
Blogger dan Koordinator 
'Projek Langgar Hadi',
dan Kumpulan PAS Reform

_______________________________________________________________________________


Kepada:

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS merangkap
Ahli Parlimen Marang.

Salinan kepada : 
Songkok Puteh (Webmaster Tranungkite.net)
Admin Terengganukini


Tuan Guru,
JEMPUTAN / CABARAN KE MAJLIS PROJEK LANGGAR HADI 2010.

Dengan nama Allah, semoga Tuan Guru Presiden dirahmati Allah s.w.t.

Untuk makluman Tuan Presiden, kami telah merancang satu program bernama Projek Langgar Hadi 2010 sejak beberapa bulan yang lalu. Walau nama program itu agak keterlaluan, tetapi, konsepnya hanyalah satu wacana ilmiah atau pertemuan hati ke hati atau setara dengannya. Di antara Tuan Presiden bersama blogger aliran PAS Reform; di atas pelbagai tajuk yang berbangkit sejak kebelakangan ini.

2. Untuk makluman Tuan Guru Presiden juga, dengan disaksikan Allah dan seterusnya disaksikan oleh pembaca internet, Songkok Puteh, webmaster dari Tranungkite.net telah berjanji dan bersedia menjadi 'orang tengah' projek ini dapat dijayakan.

3. Selain itu, pihak dari Terengganukini juga berjanji akan mengaturkan tempat dan alatan untuk program yang dimaksudkan. Sekiranya Tuan Guru bersedia memenuhi permintaan/ permohonan kami ini, sila maklumkan kepada kami bila tarikh yang sesuai dan nama tempat yang dicadangkan. 

InsyaAllah kami akan berurusan pula dengan 2 pihak di atas bagi tujuan program serta mengumpulkan blogger-blogger di bawah PAS Reform untuk bersemuka dengan Tuan Guru. InsyaAllah, kami memberi peluang kepada Tuan Presiden menjawab sendiri segala kekusutan yang berlaku, yang dilontarkan dalam blog kami masing-masing.

4. Demi menempatkan sistem Islam yang kami panggil 'cilok' dalam wadah demokrasi rumit suasana Malaysia, semoga kita boleh bersemuka. Semoga Tuan Guru boleh menjawab persoalan-persoalan kami kelak. Semoga segala kekusutan di antara kita akan terlerai.

Wallahu 'alam.

Sekian, terima kasih.

-------------
Yang benar,

ADUKA TARUNA

11 comments:

sp4n4r said...

Ingatkan projek langgar hadi dah tamat..selepas engko kena tangkap... rupanya masih ada....


menarik nih... :)

Reformis Jalanan said...

Wow. Cayalah AT. Bravo. Langgar jangan tak langgar.

saye said...

ayat kene tukar bro.:
1. perbahasan dll tukar pertemuan hati ke hati
2. memenuhi cabaran tukar memenuhi permintaan/ permohonan
3. perkataan cilok dibuang

reason kena tukar: orang tua. tak paham bahasa baru. TAKUT

AdukaTaruna said...

roger bro saye... gua dah tukar

saja sibuk said...

salam bro,

hahaha... memang klazzz... TGHH confirm masuk perangkap , tingat plak kisah orang yahudi bertanya pada nabi & nabi tak jawab (atas sesuatu sbb )pastu abih di bodohnya nabi di public... inikan pula TGHH yg tak perfect kakakaka... terima salah tak terima pon salah lebih2 nak bertemu blogger yg slalu blasah dia & co kekeke.. jd lauk la lu hadi... lu punye niat pon nak tengholekkn dia pasti citer TGHH dimanipulet walaupon benar... wa cadangkn lpas ni lu cipta sejarah sbb lu kemaruk nak buat sejarah jumpa najib plak mest sampai kiamat akan dikenang hahahaha..........

saye said...

orang yahudi tanya nabi dengan niat jahat bro. diorang ni nak jumpa atas dasar kebenaran, kan awal2 lagi dah bgtau kalau hasil pertemuan berpihak kat TGHH diorang akur dan rela dibelassah. jangan buat statement yang menampakkan ketidakcerdikan diri la.

aduka muyka lu keluar dalam Kosmo pakai spek. gua kurang percaya la. lu tak sehensem tu

Edyes said...

sesibuk mana pun aku, sesengkek mana pun aku... akan aku pastikan kehadiranku ke rusila mahupun rusia...

saja sibuk said...

2 saye-
tak kisah la niat jht ke baik ka tapi gua tebaca mamat ni tulis
"Pada gua, gua perlu cabut Hadi. Bila Hadi berjaya dicabut, maka semua masalah tercabut dengan sendiri..."
dan ayat2 yg len dlm N3 mamat ni..
so otomatikli dh ada 1 menset dlm kapla... lu pon bole pk la... maknanya pd gua la yg x cerdik ni apa TGHH ckp pon X bole d terima atau d pusing ke tmpt len mcm org yahudi tu walaupon dtgkn kebenaran...

ayat d bawah ni plak sebagai pemanis jeee utk berjumpa sebelum TGHH dbogelkn hahaha...( hehe gua tau lu mesti bukan kaki pancing sbb x geti maksud mengumpan )

"kan awal2 lagi dah bgtau kalau hasil pertemuan berpihak kat TGHH diorang akur dan rela dibelassah"

pepon lantak korang parti politik ni bukan ugama pd gua...gu sibuk saje kakaka....

perunding said...

bro aduka, lu dah dapat sponsor ke???

omar said...

salam AT.

teruskan usaha anda itu, gerombolan UG dh kecut perut dan dok meracau mencari2 alasan... muakakaa.

Unknown said...

餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 關島蜜月 花蓮民宿 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 水晶 長灘島 長灘島旅遊 長灘島景點 長灘島機加酒 長灘島必買 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體