Skip to main content

Surat permohonan terbuka untuk bertemu Presiden PAS.

Oleh : AdukaTaruna



Aduka Taruna,
Blogger dan Koordinator 
'Projek Langgar Hadi',
dan Kumpulan PAS Reform

_______________________________________________________________________________


Kepada:

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS merangkap
Ahli Parlimen Marang.

Salinan kepada : 
Songkok Puteh (Webmaster Tranungkite.net)
Admin Terengganukini


Tuan Guru,
JEMPUTAN / CABARAN KE MAJLIS PROJEK LANGGAR HADI 2010.

Dengan nama Allah, semoga Tuan Guru Presiden dirahmati Allah s.w.t.

Untuk makluman Tuan Presiden, kami telah merancang satu program bernama Projek Langgar Hadi 2010 sejak beberapa bulan yang lalu. Walau nama program itu agak keterlaluan, tetapi, konsepnya hanyalah satu wacana ilmiah atau pertemuan hati ke hati atau setara dengannya. Di antara Tuan Presiden bersama blogger aliran PAS Reform; di atas pelbagai tajuk yang berbangkit sejak kebelakangan ini.

2. Untuk makluman Tuan Guru Presiden juga, dengan disaksikan Allah dan seterusnya disaksikan oleh pembaca internet, Songkok Puteh, webmaster dari Tranungkite.net telah berjanji dan bersedia menjadi 'orang tengah' projek ini dapat dijayakan.

3. Selain itu, pihak dari Terengganukini juga berjanji akan mengaturkan tempat dan alatan untuk program yang dimaksudkan. Sekiranya Tuan Guru bersedia memenuhi permintaan/ permohonan kami ini, sila maklumkan kepada kami bila tarikh yang sesuai dan nama tempat yang dicadangkan. 

InsyaAllah kami akan berurusan pula dengan 2 pihak di atas bagi tujuan program serta mengumpulkan blogger-blogger di bawah PAS Reform untuk bersemuka dengan Tuan Guru. InsyaAllah, kami memberi peluang kepada Tuan Presiden menjawab sendiri segala kekusutan yang berlaku, yang dilontarkan dalam blog kami masing-masing.

4. Demi menempatkan sistem Islam yang kami panggil 'cilok' dalam wadah demokrasi rumit suasana Malaysia, semoga kita boleh bersemuka. Semoga Tuan Guru boleh menjawab persoalan-persoalan kami kelak. Semoga segala kekusutan di antara kita akan terlerai.

Wallahu 'alam.

Sekian, terima kasih.

-------------
Yang benar,

ADUKA TARUNA

Comments

  1. Ingatkan projek langgar hadi dah tamat..selepas engko kena tangkap... rupanya masih ada....


    menarik nih... :)

    ReplyDelete
  2. Wow. Cayalah AT. Bravo. Langgar jangan tak langgar.

    ReplyDelete
  3. ayat kene tukar bro.:
    1. perbahasan dll tukar pertemuan hati ke hati
    2. memenuhi cabaran tukar memenuhi permintaan/ permohonan
    3. perkataan cilok dibuang

    reason kena tukar: orang tua. tak paham bahasa baru. TAKUT

    ReplyDelete
  4. salam bro,

    hahaha... memang klazzz... TGHH confirm masuk perangkap , tingat plak kisah orang yahudi bertanya pada nabi & nabi tak jawab (atas sesuatu sbb )pastu abih di bodohnya nabi di public... inikan pula TGHH yg tak perfect kakakaka... terima salah tak terima pon salah lebih2 nak bertemu blogger yg slalu blasah dia & co kekeke.. jd lauk la lu hadi... lu punye niat pon nak tengholekkn dia pasti citer TGHH dimanipulet walaupon benar... wa cadangkn lpas ni lu cipta sejarah sbb lu kemaruk nak buat sejarah jumpa najib plak mest sampai kiamat akan dikenang hahahaha..........

    ReplyDelete
  5. orang yahudi tanya nabi dengan niat jahat bro. diorang ni nak jumpa atas dasar kebenaran, kan awal2 lagi dah bgtau kalau hasil pertemuan berpihak kat TGHH diorang akur dan rela dibelassah. jangan buat statement yang menampakkan ketidakcerdikan diri la.

    aduka muyka lu keluar dalam Kosmo pakai spek. gua kurang percaya la. lu tak sehensem tu

    ReplyDelete
  6. sesibuk mana pun aku, sesengkek mana pun aku... akan aku pastikan kehadiranku ke rusila mahupun rusia...

    ReplyDelete
  7. 2 saye-
    tak kisah la niat jht ke baik ka tapi gua tebaca mamat ni tulis
    "Pada gua, gua perlu cabut Hadi. Bila Hadi berjaya dicabut, maka semua masalah tercabut dengan sendiri..."
    dan ayat2 yg len dlm N3 mamat ni..
    so otomatikli dh ada 1 menset dlm kapla... lu pon bole pk la... maknanya pd gua la yg x cerdik ni apa TGHH ckp pon X bole d terima atau d pusing ke tmpt len mcm org yahudi tu walaupon dtgkn kebenaran...

    ayat d bawah ni plak sebagai pemanis jeee utk berjumpa sebelum TGHH dbogelkn hahaha...( hehe gua tau lu mesti bukan kaki pancing sbb x geti maksud mengumpan )

    "kan awal2 lagi dah bgtau kalau hasil pertemuan berpihak kat TGHH diorang akur dan rela dibelassah"

    pepon lantak korang parti politik ni bukan ugama pd gua...gu sibuk saje kakaka....

    ReplyDelete
  8. salam AT.

    teruskan usaha anda itu, gerombolan UG dh kecut perut dan dok meracau mencari2 alasan... muakakaa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.