Skip to main content

Dengan hanya S$300 juta, saya boleh membeli keseluruhan UMNO - Lee Kuan Yew

Malam kelmarin saya makan malam bersama seorang Professor dari sebuah university di Singapura. Beliau berkata Lee Kuan Yew pernah berkata:
"Dengan hanya S$300 juta, saya boleh membeli keseluruhan UMNO"
Lee Kuan Yew dengan selamba membuat kenyataan demikian secara terbuka untuk media-media Singapura membuat liputan. Malangnya, tiada media Malaysia yang melaporkannya.

Kawan saya menambah, sebab lagi satu yang Lee Kuan Yew berani membuat kenyataan begini adalah kerana beliau yakin 100% bahawa setengah dari UMNO sudah pun berada dalam poket beliau. Ramai perwakilan2 UMNO mungkin tidak sedar mereka telah pun dibeli oleh Singapura.

Kalau tidak, mengapa Khairy Jamaluddin mampu memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO? Ada sesiapa boleh jawab?

Kawan saya menambah, parti yang ditakuti oleh Singapura adalah PAS dan sememangnya dalam majlis-majlis tertutup, kepimpinan Singapura mengakui kehebatan ahli-ahli dan penyokong PAS. Yang lebih mereka takuti adalah kebolehan ahli-ahli dan penyokong PAS melawan godaan wang dan tawaran dunia. Singapura mendapat laporan terus bagaimana wakil-wakil rakyat PAS telah ditawar 3-4 juta tapi mereka masih menolak dan tidak boleh dibeli.

Ada pula kes calon PAS di Johor pada 2004 yang cuba dibeli UMNO bukan sahaja gagal tapi telah ditangkap "red handed". Semua kisah-kisah ini menyeramkan Singapura di dalam menghadapi situasi politik masa depan.

PENGALAMAN PERIBADI

Sewaktu saya menjadi Pegawai Khas PJ Selangor, saya sering bergaul dan bercakap dengan para wartawan dan penganalisa politik. Wartawan-wartawan tersebut termasuk wartawan antarabangsa. Ke semua wartawan antarabangsa memberitahu saya maklumat mereka dapat dari Singapura adalah Terengganu akan jatuh ke BN semula.

Sedangkan maklumat2 yang kami dapat menunjukkan yang sebaliknya. Kesemua maklumat dalam negeri yang kami dapat menunjukkan Terengganu kekal dengan PAS. Di waktu itu, hanya maklumat dari Singapura sahaja yang menyatakan Terengganu akan jatuh kepada BN semula.

Akhirnya, kesemua maklumat dalaman kami terbukti salah dan hanya maklumat Singapura sahaja yang benar. Ini bererti penembusan Singapura dalam struktur kerajaan kita telah begitu mendalam.

AGENDA PERPADUAN/MUZAKARAH MULANYA UNTUK MENYELAMATKAN PAK LAH

Kenyataan kawan saya itu membuat saya terfikir. Bukankah agenda Muzakarah dan Perpaduang pada mulanya untuk menyelamatkan Pak Lah? Siapa Pak Lah? Siapa di belakang Pak Lah? Bukankah dibelakang Pak LAh itu adalah Khairy Jamaluddin?

Siapa KJ ni? Mengikut kawan saya ini, KJ adalah seorang yang amat rapat dengan kepimpinan Singapura terutamanya dengan pentadbiran Temasik Group.

Dan, baik Muzakarah mahupun Perpaduang, kita sering mendengar yang ianya bertujuan untuk bekerjasama dengan Pak Lah dan mempertahankan Pak Lah.

Jika itulah motivasi utamanya, maka jelaslah kepada kita bahawa agenda Muzakarah dan perpaduang adalah agenda mempertahan proksi Singapura dalam kerajaan Malaysia.

SYUUUUUUKUUUUURRRRRR PAS tidak mengorak langkah menjalin hubungan dengan UMNO kerana bukan sahaja PAS akan berakhir sebagai parti sampingan dalam Kerajaan Malaysia, PAS juga akan berakhir sebagai Parti Tunggangan Lee Kuan Yew.

PENUTUP

Kepada sesiapa yang masih meragui tindakan dan usaha bloggers serta mereka yang digelar sebagai “Erdogan”, saya minta supaya berfikirlah semula.

“Ulamak” yang kamu sokong rupanya membawa kamu menjadi hamba pada PAP dan Singapura.

Tulang Besi

Comments

  1. Kalau benar apa yang dinyatakan, tidak patut UMNO sahaja yang dipersalahkan dalam hal ini kerana Singapura sendiri yang licik mengambil peluang.
    Kita pun tahu apa motif singapura sejak sekian lama. Tetapi, kalau benar PAS sukar dijual beli, patutnya bergerak bersama UMNO untuk mempertahankan negara, tetapi sebaliknya yang berlaku.

    ReplyDelete
  2. apa-apa pun bro kita ni memang dah lama kena jual tampa disedari...

    ReplyDelete
  3. dei kawan,ini politik la...
    cr paling mudah gne sentimen.
    klo gne sentimen mlayu,
    matlamat menghalalkn cara.
    cth mnipu xpe demi mlayu.
    klo gne islam,mnipu ttp xboleh,
    wlau dlm ape kes skali.
    negara lain smua pn ad pmbngkang.
    klo PAS jd krajaan,n ad yg
    teraniaya,prlunye pmbnkang
    yg bela rkyat...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. kalau macam tu.. orang malaysia pun boleh kata.. saya boleh beli ahli parlimen singapura dengan harga USD500juta.. hehehehe

    ReplyDelete
  6. -umno mcm anjing yg gilekan tulang..sape2 yg bagi tulang terbaik, meleleh air liur duk brgesek kat kaki tuan die..time tue ilang ketuanan melayu, ilang deb, ilang sgala2nye bile dpt tulang..hehehe..

    -geng2 perpaduang nk sgt brgomol ngan bngsa umno cmni?..hah!, pegi la sorang2 jgn diheretkan skali ngan PAS..fakap!!

    ReplyDelete
  7. stendet mn2 negara demokrasi,
    yg bkuase bukn ahli politik,
    yg bkuase kapitalis.
    klo xpenah tukar parti,menjadi2 la
    mangkuk2 jamban ahli politik ni dgn kapitalis.

    tp paling jijik bile lee kuan yew ad hati nk cakap psl demokrasi.
    klo nk ckp psl bebas rasuah or negara effisyen boleh la.

    klo dgn USD 500juta boley beli ahli parlimen singapura..diorg pon mampu berhibur cara msia.cth nye persembahan jet tanpe enjin.kapal selam xboleh selam dsb...
    or drama hindi,polis letup orang asing.tngkap penculik xdapat,tp jubur 1org dberi pnuh perhatian..
    susidi gula xmampu,tp buat team formula 1.
    lg pon kbnkn ahli parlimen diorg bukn bngse melayu.genetik maaa

    ReplyDelete
  8. http://www.youtube.com/user/Fr33DoMFighT3Rz#p/u

    http://www.wakeupproject.com


    layan tgk bro bila lu ada masa... wa nak lu ulas satu hari nanti...

    wa nak tau kepala hotak lu nak pikir mcm mana...wakaka

    tq!

    ReplyDelete
  9. Bangsa yang bangsat akan sesat dan melarat. Tak percaya tunggulah...Lee Kuan Yew tahu tahsianya...silalah baca saya punya akai http://gedungakal.blogspot.com/2010/02/bangsa-yang-bangsat-dan-sesat.html

    ReplyDelete
  10. Wah..ni kes sudah berat...

    Singapura boleh mengetahui rahsia dalaman kerajaan Malaysia.





    ______________________________

    Informasi Perniagaan - http://nabieel.com/blog

    ReplyDelete
  11. Hehehe..

    Propaganda yg tak sudah2...Retorik utk diri sendiri jer ke..

    ReplyDelete
  12. dia x sedar diri tu..dahla singapore malaysia bg free je..apa ko ingt ko leh beli bangsa melayu lak?pg jahanam la ko lee kuan yew..ko mmg bangsa laknat..

    ReplyDelete
  13. apa buktinya lee kuan yew berkata demikian. yang ada cuma seorang professor pernah berkata yang lee kuan yew pernah berkata. nenek aku pun boleh bagi bukti macam tuh. dok jadi tunggangan DAP tak takut pulak. mana tulang belakang PAS? tulang besi ka tulang babi?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.