Skip to main content

Syabas... syabas...

Ismail Hashim   
PETALING JAYA, 10 Jan: Kesediaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat tiga gereja petang tadi menimbulkan rasa terharu pihak gereja.

Perasaan terharu itu dinyatakan oleh Pegawai Penyambut Tamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta dekat sini, Calvin Jacob yang juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan itu kerana sudi mengunjungi mereka.

Menurut Calvin, Datuk Nik Abdul Aziz telah meluahkan rasa simpati di atas apa yang telah berlaku ke atas gereja itu yang dibaling dengan bom buatan sendiri pada minggu lalu.

“Saya telah mempelawa beliau masuk ke dalam gereja untuk melawat namun kerana ketika itu pengunjung gereja sedang melakukan kegiatan mingguan mereka, beliau menolak dengan baik.

“Jika cuaca tidak hujan saya bercadang untuk membawa beliau meninjau di sekeliling gereja, tetapi saya sempat maklumkan kepadanya tentang keadaan gereja yang tidak mengalami apa-apa kerosakan lantaran bom yang dilontar itu tidak meletup,” jelas Calvin lagi.

Sebelum itu, Tuan Guru telah mengunjungi Gereja St Francis Xavier di Jalan Gasing juga dekat sini untuk meninjau dan menyampaikan rasa simpatinya terhadap kejadian tidak bermoral pihak tertentu yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Gambar: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang berkata sesuatu kepada dua Penyambut Tetamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta, Petaling Jaya ketika lawatannya petang tadi. Calvin Jacob (dua dari kanan).
Terdahulu, sebelum ke Petaling Jaya, Nik Aziz telah ke Gereja Metro Tabernacle di Taman Melawati yang dibakar. Di situ, beliau telah memberikan sumbangan peribadi beliau kepada wakil gereja.

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa mengunjungi gereja yang sama bagi melahirkan rasa simpati PAS kepada tindakan membakar gereja itu.
Sehingga kini sudah tujuh kes gereja cuba dibakar selepas Mahkamah Tinggi memutuskan akhbar Kristian The Herald boleh menggunakan perkataan Allah dalam laporannya.
PAS mengambil sikap, Kristian berhak menggunakan perkataan Allah itu kerana semua agama samawi sememangnya menggunakan Allah sebagai tuhan namun Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pro kepadanya membantah dan mula membuat kenyataan dan perhimpunan panas membantahnya.
Beberapa NGO pro Umno pula semacam mengambil sikap mengapi-apikan orang Islam dalam isu ini.

Comments

  1. nkorang tau tak apa jasa dan sumbangan gereja Jalan Gasing tu? nkorang tanya la bebudak UM...

    tahun 90-an berapa ramai bebudak UM yg kena murtad dalam gereja tu..masa tu siap nak bina gereja khas utk org Melayu..tp lepas kena gasak dgn bebudak U area KL, Selangor lingkup projek tu tak jadi...

    masa tu aku siang malam kerja keras pertahankan akidah siswi2 UM yg kena pukau dgn 'holy water' dan diusung ke gereja Jalan Gasing..sampai aku kena buang universiti tau...aku lebih dulu rasa perjuangan dari nkorang....

    hari ini terimalah pembalasan Tuhan ke atas dosa yg telah bertimbun dalam gereja tu...pembakar gereja tu sepatutnya dijulang sebagai wira agama....

    yg Nik Aziz sibuk melawat gereja tu apasal? seolah2 macam org Melayu Islam pulak yg punya angkara..kalau bukan kita yg buat ape nak sibuk terhegeh2 pegi lawat?

    ada ke Nik Aziz melawat surau yg kena baling batu dan kena kencing tu? ada ke Paderi gereja datang sama2 tengok surau tu?

    awal 90-an masjid di Johor dan Perak kena campak bangkai dan darah babi..ada sesape kisah? mana Nik Aziz masa tu? tapi bila gereja kena........

    kita manjakan sangat org bukan Islam ni..sampai dia pijak kepale kita...huhuhu

    ReplyDelete
  2. oiiii MaLin.... wa nak tanya lu.... apasal sekarang ni mudah sangat orang Islam ni murtad.... adakah sebab ramai pendakwah agama lain dok dakwah atau pun memang kita snediri cetek ilmu agama sampai mudah murtad?....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  3. oii...yan
    ng budak UM tu pi murtad pasai apa, puak kristian mestilah nak dakwah agama dia..yang tu biasala..ni yang cerita bakar gereja ni lain..tak boleh camtu...salah tu .Yang kita ada TV dan Radio tak guna untuk dakwah tapi dok kerja tunjuk gambar hantu,khurafat...silap kita juga .Ni Umno punya perangai.

    ReplyDelete
  4. puak2 kristian ni penakut sebenarnya

    konon berani la, bila gereja kena cuit skit masing2 kecut

    ReplyDelete
  5. jamilah

    tu yang wa nampak.... kita melenting bila ada orang Islam murtad.... sedangkan kita bila orang tabligh pegi surau kampung kita.... kita pulau... bila ada orang mintak derma masjid datang kita halau.... bila ada ceramah agama kita belah camtu jer..... tak nak dengar.... bila anak² kita pegang microfon join idola kecil kita melompat gembira.... pastu bila ada orang muslim murtad kita melalak dok salahkan agama lain.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  6. abangtakhensem..kita kena bertindak serampang dua mata..giatkan dakwah Islam dan halang penyebaran dakyah agama lain....

    dalam Perlembagaan Malaysia dah sebut tentang larangan agama lain menyebarkan dakwah kepada Muslim, so apasal missionaries ni langgar perlembagaan?

    Umno gagal dalam menggiatkan dakwah, sebab tu kena lingkupkan Umno..Pas memerintah (tanpa DAP dan PKR) boleh perkasakan dakwah....

    sementara nak tunggu Pas perintah, pertahankan akidah Muslim dan halang dakyah agama lain dari meracuni ummat...itu semua pihak kena buat..

    pengeboman gereja Jalan Gasing hanyalah amaran awal setelah gereja tu memurtadkan beribu2 siswi UM selama bertahun2 dulu....

    takbiir!

    ReplyDelete
  7. Orang kristian cerdik. Dia nampak orang melayu mudah dipengaruhi. Buktinya banyak kumpulan ajaran sesat di kalangan melayu. Penggunaan Allah adalah salah satu usaha untuk menarik melayu memeluk agama itu. Tapi patutkah kita menyalahkan pendakwah kristian? Dah memang tugas dia macam tu. patut salahkan diri sendiri kerana gagal mendidik anak bangsa mengenal Allah yang Esa.

    ReplyDelete
  8. hadoiiyyaaiii..ape la bebal sangat nkorang ni....

    begini la..biar Cikgu MaLin bagi perumpamaan mudah ya!

    virus H1N1 adalah merbahaya..kita kena ambil 2 langkah serampang 2 mata iaitu memperkuatkan imun tubuh dan mencegah/menghalang dari dijangkiti...

    kuatkan imun tubuh:
    -makan banyak buah2 segar
    -makan kurma dan kismis
    -makan sayuran segar
    -minum banyak air kosong

    mencegah/menghalang dari jangkitan:
    -pakai topeng
    -jauhi tumpuan org ramai
    -duduk di rumah
    -jauhi pesakit selsema

    kalau macam ni punya penerangan pun tak paham, baik pegi gantung diri kat pokok petai la..huhuhuhu

    ReplyDelete
  9. oiii MaLin....

    wa nak tanay lu..... apa pendekatan dakwah lu selama ni..... dah berapa orang lu dapat memuslimkan orang bukan Islam?.... lu jangan cakap jer.....

    kalau setakat melalui platform politik jer lu tak payah cakap besar la..... orang cam lu ni sama la ngan sesetengah pemimpin PAS sekarang.... bila orang tak sokong kita marah kat rakyat..... bila orang sokong kita bongkak cakap besar....kononnya kita ni hebat... pastu bila kita kalah plak kita kata pihak lawan jahat.... bukan kita yang lemah..... apa perasaan lu kalau ada masjid yang pernah mengIslamkan ramai orang bukan Islam di bakar?..... wa harap lu jawab cam orang cerdik..... straight to da point la jawapan tu.... tak payah panjang²....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  10. relax abangtakhensem..bawak bertenang....

    aku tak pernah Islamkan sesiapa setakat ni, tapi adakah sebab tu aku tak boleh bersuara? Aduka tak pernah menjadi ahli Pas, adakah sebab tu dia tak boleh bersuara?

    tp aku tetap berjasa kepada ummat..berapa ramai siswi UM berjaya aku selamatkan dari dimurtadkan paderi gereja Jalan Gasing... aku usung mereka ke Darul Syifa', Bangi..nkorang jangan jeles, Ustaz Harun Din rapat dgn aku beb...

    ReplyDelete
  11. Oo..ptut ko mti2 tntang kristian..ye la ikut ftwa haron din..kah5

    ReplyDelete
  12. Salam
    Dalam hal ni, aku memilih tak setuju ngn MaLin.

    Islam pun tegah kita bakar, apatah lagi runtuh rumah ibadat penganut agama lain.

    ReplyDelete
  13. btul ke air holy day 2
    leh murtad kn org?i
    hv doubt in it.klo
    air 2ad power camtu
    dh lame europ smua
    b'agama kristian.
    ak rs sikap kt,kt bodoh
    kt salahkn org bijak.
    tp klo murtad dsbbkn
    klemahan pusat zakat,
    lelaki opurtunis...i2 ak
    pcaya.klo smpai klua
    hukum melacur klo darurat
    2dbolehkn i2 parah sgt r.org msia
    x byr zakat ke?klo zamn dlu
    ppuan hilang dara,lelaki
    bf lak hilang,die rs ms dpn gelap,ttb ad org kristiian pujuk
    n ckp elok2, i2logik klo leh
    mnyebbkn murtad.but now
    it's 2010.i dont think unvirgin
    girl really give a shit.holyday
    water can cause something,i
    really have doubt.nak jaga
    makanan halal kt negara
    majoriti muslim pon tkial2,
    lg nk pk psl ekonomi muslim
    msia

    ReplyDelete
  14. plus mlayu igt
    bakar gereja 2 hebat sgt r.
    mcm 13mei igt mngamuk 2
    power r.igt kuat mcm jebat si pussy r?
    bullock!!ilmiah dbalas ilmiah.
    provoke dbls provoke.igt org lain
    xleh mngamuk?

    ReplyDelete
  15. mlayu (Islam) skang ni mudah sgt nak dimurtadkan. yang aqidahnya tak jelas pun dah ramai. cuba tgk brape ramai anak2 mlayu (Islam) yang clubbing? brape ramai yang teguk arak? brape ramai yang bersekedudukan? jangan la salahkan agama lain. sumer agama ada pendakwah diorang. yang kita ni jaga lah aqidah leklok. dia patut dijulang sbagai wira agama? agama mana yang suruh ke arah keganasan???

    ReplyDelete
  16. tahun 2001, ada forum "Is Malaysia an Islamic state? " di gereja jalan gasing.Audein terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

    Ahli panelnya terdiri daripada PAS : Ustaz hadi Awang (Tak datang dan digantikan oleh Hassan Ali),wakil dari JAKIM dan Lim Kit Siang (DAP)

    Aku pelik dan hampa jugalah, waktu itu sepatutnya ustaz Hadi yang patut datang dan terangkan konsep negara islam.bukannya hassan ali!Hassan ali bukannya dia faqih dalam bidang tu.

    Habis, haru biru jadinya forum itu.Nak harapkan JAKIM?huh...

    sampaikan adalah 2-3 loyar yang terpaksa defend hujah yang dikeluarkan oleh PAS dan JAKIM.memang menjatuhkan imej umat islam betul.

    sampaikan lepas program aku tanya penganjur (gereja) kenapa ustaz hadi tak datang.

    Diorang cakap, last minute, ustaz hadi cancel.kata ada urusan penting yang lain.

    - orang yang hadiri forum tersebut -

    ReplyDelete
  17. oiiiii MaLin ... tu wa cakap lu ni gebang jer lebih.... kalau puak gereja tu tak buat kegiatan dakwah tu adakah lu sibuk ngan kerja dahwah?.... lu cakap serampang dua mata tapi lu sendiri tak buat....lu tak mencegah tapi lu berubat jer.... tu wa cakap lu ni sama ngan sesetengah pemimpin PAS..... belagak hebat..... lu tak jawab soalan wa lagi.... apa perasaan lu kalau ada masjid yang pernah mengIslamkan ramai orang bukan Islam di bakar?.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  18. marah betoi abanghensem.....

    ReplyDelete
  19. marah la..... sambil menghentak meja..... abis barang atas meja melantun.....

    -abanghensem

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.