Ismail Hashim |
PETALING JAYA, 10 Jan: Kesediaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat tiga gereja petang tadi menimbulkan rasa terharu pihak gereja. Perasaan terharu itu dinyatakan oleh Pegawai Penyambut Tamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta dekat sini, Calvin Jacob yang juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan itu kerana sudi mengunjungi mereka. Menurut Calvin, Datuk Nik Abdul Aziz telah meluahkan rasa simpati di atas apa yang telah berlaku ke atas gereja itu yang dibaling dengan bom buatan sendiri pada minggu lalu. “Saya telah mempelawa beliau masuk ke dalam gereja untuk melawat namun kerana ketika itu pengunjung gereja sedang melakukan kegiatan mingguan mereka, beliau menolak dengan baik. “Jika cuaca tidak hujan saya bercadang untuk membawa beliau meninjau di sekeliling gereja, tetapi saya sempat maklumkan kepadanya tentang keadaan gereja yang tidak mengalami apa-apa kerosakan lantaran bom yang dilontar itu tidak meletup,” jelas Calvin lagi. Sebelum itu, Tuan Guru telah mengunjungi Gereja St Francis Xavier di Jalan Gasing juga dekat sini untuk meninjau dan menyampaikan rasa simpatinya terhadap kejadian tidak bermoral pihak tertentu yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Gambar: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang berkata sesuatu kepada dua Penyambut Tetamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta, Petaling Jaya ketika lawatannya petang tadi. Calvin Jacob (dua dari kanan). Terdahulu, sebelum ke Petaling Jaya, Nik Aziz telah ke Gereja Metro Tabernacle di Taman Melawati yang dibakar. Di situ, beliau telah memberikan sumbangan peribadi beliau kepada wakil gereja. Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa mengunjungi gereja yang sama bagi melahirkan rasa simpati PAS kepada tindakan membakar gereja itu. Sehingga kini sudah tujuh kes gereja cuba dibakar selepas Mahkamah Tinggi memutuskan akhbar Kristian The Herald boleh menggunakan perkataan Allah dalam laporannya. PAS mengambil sikap, Kristian berhak menggunakan perkataan Allah itu kerana semua agama samawi sememangnya menggunakan Allah sebagai tuhan namun Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pro kepadanya membantah dan mula membuat kenyataan dan perhimpunan panas membantahnya. Beberapa NGO pro Umno pula semacam mengambil sikap mengapi-apikan orang Islam dalam isu ini. |
Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar
nkorang tau tak apa jasa dan sumbangan gereja Jalan Gasing tu? nkorang tanya la bebudak UM...
ReplyDeletetahun 90-an berapa ramai bebudak UM yg kena murtad dalam gereja tu..masa tu siap nak bina gereja khas utk org Melayu..tp lepas kena gasak dgn bebudak U area KL, Selangor lingkup projek tu tak jadi...
masa tu aku siang malam kerja keras pertahankan akidah siswi2 UM yg kena pukau dgn 'holy water' dan diusung ke gereja Jalan Gasing..sampai aku kena buang universiti tau...aku lebih dulu rasa perjuangan dari nkorang....
hari ini terimalah pembalasan Tuhan ke atas dosa yg telah bertimbun dalam gereja tu...pembakar gereja tu sepatutnya dijulang sebagai wira agama....
yg Nik Aziz sibuk melawat gereja tu apasal? seolah2 macam org Melayu Islam pulak yg punya angkara..kalau bukan kita yg buat ape nak sibuk terhegeh2 pegi lawat?
ada ke Nik Aziz melawat surau yg kena baling batu dan kena kencing tu? ada ke Paderi gereja datang sama2 tengok surau tu?
awal 90-an masjid di Johor dan Perak kena campak bangkai dan darah babi..ada sesape kisah? mana Nik Aziz masa tu? tapi bila gereja kena........
kita manjakan sangat org bukan Islam ni..sampai dia pijak kepale kita...huhuhu
oiiii MaLin.... wa nak tanya lu.... apasal sekarang ni mudah sangat orang Islam ni murtad.... adakah sebab ramai pendakwah agama lain dok dakwah atau pun memang kita snediri cetek ilmu agama sampai mudah murtad?....
ReplyDelete-abanghensem
oii...yan
ReplyDeleteng budak UM tu pi murtad pasai apa, puak kristian mestilah nak dakwah agama dia..yang tu biasala..ni yang cerita bakar gereja ni lain..tak boleh camtu...salah tu .Yang kita ada TV dan Radio tak guna untuk dakwah tapi dok kerja tunjuk gambar hantu,khurafat...silap kita juga .Ni Umno punya perangai.
puak2 kristian ni penakut sebenarnya
ReplyDeletekonon berani la, bila gereja kena cuit skit masing2 kecut
jamilah
ReplyDeletetu yang wa nampak.... kita melenting bila ada orang Islam murtad.... sedangkan kita bila orang tabligh pegi surau kampung kita.... kita pulau... bila ada orang mintak derma masjid datang kita halau.... bila ada ceramah agama kita belah camtu jer..... tak nak dengar.... bila anak² kita pegang microfon join idola kecil kita melompat gembira.... pastu bila ada orang muslim murtad kita melalak dok salahkan agama lain.....
-abanghensem
abangtakhensem..kita kena bertindak serampang dua mata..giatkan dakwah Islam dan halang penyebaran dakyah agama lain....
ReplyDeletedalam Perlembagaan Malaysia dah sebut tentang larangan agama lain menyebarkan dakwah kepada Muslim, so apasal missionaries ni langgar perlembagaan?
Umno gagal dalam menggiatkan dakwah, sebab tu kena lingkupkan Umno..Pas memerintah (tanpa DAP dan PKR) boleh perkasakan dakwah....
sementara nak tunggu Pas perintah, pertahankan akidah Muslim dan halang dakyah agama lain dari meracuni ummat...itu semua pihak kena buat..
pengeboman gereja Jalan Gasing hanyalah amaran awal setelah gereja tu memurtadkan beribu2 siswi UM selama bertahun2 dulu....
takbiir!
maLin, bukan jemaah Rusila kan?
ReplyDeleteOrang kristian cerdik. Dia nampak orang melayu mudah dipengaruhi. Buktinya banyak kumpulan ajaran sesat di kalangan melayu. Penggunaan Allah adalah salah satu usaha untuk menarik melayu memeluk agama itu. Tapi patutkah kita menyalahkan pendakwah kristian? Dah memang tugas dia macam tu. patut salahkan diri sendiri kerana gagal mendidik anak bangsa mengenal Allah yang Esa.
ReplyDeletehadoiiyyaaiii..ape la bebal sangat nkorang ni....
ReplyDeletebegini la..biar Cikgu MaLin bagi perumpamaan mudah ya!
virus H1N1 adalah merbahaya..kita kena ambil 2 langkah serampang 2 mata iaitu memperkuatkan imun tubuh dan mencegah/menghalang dari dijangkiti...
kuatkan imun tubuh:
-makan banyak buah2 segar
-makan kurma dan kismis
-makan sayuran segar
-minum banyak air kosong
mencegah/menghalang dari jangkitan:
-pakai topeng
-jauhi tumpuan org ramai
-duduk di rumah
-jauhi pesakit selsema
kalau macam ni punya penerangan pun tak paham, baik pegi gantung diri kat pokok petai la..huhuhuhu
oiii MaLin....
ReplyDeletewa nak tanay lu..... apa pendekatan dakwah lu selama ni..... dah berapa orang lu dapat memuslimkan orang bukan Islam?.... lu jangan cakap jer.....
kalau setakat melalui platform politik jer lu tak payah cakap besar la..... orang cam lu ni sama la ngan sesetengah pemimpin PAS sekarang.... bila orang tak sokong kita marah kat rakyat..... bila orang sokong kita bongkak cakap besar....kononnya kita ni hebat... pastu bila kita kalah plak kita kata pihak lawan jahat.... bukan kita yang lemah..... apa perasaan lu kalau ada masjid yang pernah mengIslamkan ramai orang bukan Islam di bakar?..... wa harap lu jawab cam orang cerdik..... straight to da point la jawapan tu.... tak payah panjang²....
-abanghensem
relax abangtakhensem..bawak bertenang....
ReplyDeleteaku tak pernah Islamkan sesiapa setakat ni, tapi adakah sebab tu aku tak boleh bersuara? Aduka tak pernah menjadi ahli Pas, adakah sebab tu dia tak boleh bersuara?
tp aku tetap berjasa kepada ummat..berapa ramai siswi UM berjaya aku selamatkan dari dimurtadkan paderi gereja Jalan Gasing... aku usung mereka ke Darul Syifa', Bangi..nkorang jangan jeles, Ustaz Harun Din rapat dgn aku beb...
Oo..ptut ko mti2 tntang kristian..ye la ikut ftwa haron din..kah5
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteDalam hal ni, aku memilih tak setuju ngn MaLin.
Islam pun tegah kita bakar, apatah lagi runtuh rumah ibadat penganut agama lain.
btul ke air holy day 2
ReplyDeleteleh murtad kn org?i
hv doubt in it.klo
air 2ad power camtu
dh lame europ smua
b'agama kristian.
ak rs sikap kt,kt bodoh
kt salahkn org bijak.
tp klo murtad dsbbkn
klemahan pusat zakat,
lelaki opurtunis...i2 ak
pcaya.klo smpai klua
hukum melacur klo darurat
2dbolehkn i2 parah sgt r.org msia
x byr zakat ke?klo zamn dlu
ppuan hilang dara,lelaki
bf lak hilang,die rs ms dpn gelap,ttb ad org kristiian pujuk
n ckp elok2, i2logik klo leh
mnyebbkn murtad.but now
it's 2010.i dont think unvirgin
girl really give a shit.holyday
water can cause something,i
really have doubt.nak jaga
makanan halal kt negara
majoriti muslim pon tkial2,
lg nk pk psl ekonomi muslim
msia
plus mlayu igt
ReplyDeletebakar gereja 2 hebat sgt r.
mcm 13mei igt mngamuk 2
power r.igt kuat mcm jebat si pussy r?
bullock!!ilmiah dbalas ilmiah.
provoke dbls provoke.igt org lain
xleh mngamuk?
mlayu (Islam) skang ni mudah sgt nak dimurtadkan. yang aqidahnya tak jelas pun dah ramai. cuba tgk brape ramai anak2 mlayu (Islam) yang clubbing? brape ramai yang teguk arak? brape ramai yang bersekedudukan? jangan la salahkan agama lain. sumer agama ada pendakwah diorang. yang kita ni jaga lah aqidah leklok. dia patut dijulang sbagai wira agama? agama mana yang suruh ke arah keganasan???
ReplyDeletetahun 2001, ada forum "Is Malaysia an Islamic state? " di gereja jalan gasing.Audein terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
ReplyDeleteAhli panelnya terdiri daripada PAS : Ustaz hadi Awang (Tak datang dan digantikan oleh Hassan Ali),wakil dari JAKIM dan Lim Kit Siang (DAP)
Aku pelik dan hampa jugalah, waktu itu sepatutnya ustaz Hadi yang patut datang dan terangkan konsep negara islam.bukannya hassan ali!Hassan ali bukannya dia faqih dalam bidang tu.
Habis, haru biru jadinya forum itu.Nak harapkan JAKIM?huh...
sampaikan adalah 2-3 loyar yang terpaksa defend hujah yang dikeluarkan oleh PAS dan JAKIM.memang menjatuhkan imej umat islam betul.
sampaikan lepas program aku tanya penganjur (gereja) kenapa ustaz hadi tak datang.
Diorang cakap, last minute, ustaz hadi cancel.kata ada urusan penting yang lain.
- orang yang hadiri forum tersebut -
oiiiii MaLin ... tu wa cakap lu ni gebang jer lebih.... kalau puak gereja tu tak buat kegiatan dakwah tu adakah lu sibuk ngan kerja dahwah?.... lu cakap serampang dua mata tapi lu sendiri tak buat....lu tak mencegah tapi lu berubat jer.... tu wa cakap lu ni sama ngan sesetengah pemimpin PAS..... belagak hebat..... lu tak jawab soalan wa lagi.... apa perasaan lu kalau ada masjid yang pernah mengIslamkan ramai orang bukan Islam di bakar?.....
ReplyDelete-abanghensem
marah betoi abanghensem.....
ReplyDeletemarah la..... sambil menghentak meja..... abis barang atas meja melantun.....
ReplyDelete-abanghensem