Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Jan 4, 2010

Amaran blog ini kepada Lembaga Disiplin PAS.

Oleh : AdukaTaruna

Walau gua kecik, demi prinsip, gua tetap mahu memberi amaran kepada Lembaga Disiplin PAS. Dengan bantuan UMNO (isu kalimah Allah) yang datang 3 hari menjelang Khalid Samad mengadap Lembaga Disiplin (7 Januari), gua mahu Lembaga Disiplin tidak terpengaruh kepada situasi semasa yang berada di luar tajuk.

Dengan bantuan UMNO, dengan keselarian kenyataan Timbalan Presiden (Nash) + Ketua Dewan Ulama (HarunTaib) + Naib Presiden PAS dan Pengerusi Lembaga Disiplin (Tuan Ibrahim) + terbaru, hukum kufur oleh Timbalan Mursyidul Am (Haron Din); Khalid bakal melangkah mengadap lembaga disiplin pada 7 Januari ini di bawah sentimen berbeza. Di bawah tekanan berbeza.

Selain sikap berdiam diri Presiden dan Hasan Ali dalam isu ini, kebetulan semakin aneh apabila Setiausaha Agong PAS memanggil mesyuarat tergempar kepadaAJK Pusat dan lajnah politik PAS termasuk Khalid sendiri dalam isu ini. Dan menjelang mesyuarat tergempar pada malam ini, Haron Din mengeluarkan fatwa kufur.

Dengan ini, gua berharap rakan blogger dan rakyat meningkatkan tekanan dan amaran kepada Lembaga Disiplin PAS supaya tidak terpengaruh atau memanipulasikan keadaan politik semasa, dengan menyelamatkan Hasan Ali dan mengalih hukuman kepada Khalid Samad.

Khalid Samad dalam tajuk nama Allah. Hasan Ali dalam tajuk khianat. Ianya adalah isu berbeza dan memerlukan siasatan berbeza. Gua memberi amaran supaya PAS tidak bergabung dengan UMNO bagi membentuk satu suasana politik bagi menyelamatkan Hasan Ali dalam hal ini.

5 comments:

PAPA said...

Assalamulaikum!Melayu TIDAK PERNAH BERKESEMPATAN BERDAKWAH (secara hikmah kepada bukan Islam) lalu setengah puak yang mengakun Islam mengambil kesempatan mempermainkan nama 'Allah', menerbitkan isu nama Allah).Alangkah bersyukur rasanya di hati seorang Islam jika sekiranya dia dapat mengajar seorang bukan Islam cara menyebut nama 'Allah' dengan dengan penuh tenang dan ikhlas (dalam masa yang sama hatinya mendoakan hidayah ke atas bukan Islam berkenaan). Cuba bayangkan sekiranya dia menyebut dengan berulang kali. Allah itu Maha Kaya. Cuba bertanya kepada diri kita sendiri, pernah berapakalikah seumur hidup kita menyebut nama Allah dengan penuh tenang, ikhlas dan berserah diri? Cara sebutan inilah yang perlu diajar kepada rakyat bukan Islam dalam Malaysia ini semoga mereka LEBIH MENGENALI Allah sebagaimana kita yang masih wajib mencari lebih ilmu tentang Allah dan diri kita sendiri. Apakah Ini menjadi Isu yang besar?Tolong sampaikan kepada sahabat2 lain.

uma said...

tgk je lah
sapa kene kambeng itam...hihi

FaridShah said...

Harun Din siap wat sidang video tue!

Khalid Samad kena buang dari PAS lagi bagus. (bukan sukarela)
Dia boleh terus bergerak dan berjuang di atas platform yg lain.
Buat apa duk dlm PAS, semacam tangan diikat dan mulut ditutup.
Duk dalam PAS, nak lawan UMNO lagi, nak lawan fraksi Umno lagi, nak lawan kelab pencinta Umno lagi..
letih beb...kena pukul kiri-kanan !

Para Bloggers, jangan alihkan isu2 yg penting spt enjin jet hilang, madey bolot 100b, j/k disiplin PAS. bab kalimah ALLAH, bagi puak2 UMNO buat demo pulak.

Lawan Tetap Lawan

Anonymous said...

saya x kenal mereka2 yg disebutkan atau digeng kerajaan perpaduan tuh, sy hanya kenal khalid samad walau pun khalid samad x kenal sy. sy kenal khalid samad yang sejak muda telah bersama pas, mereka yg sy x kenal tuh hanya brsama pas setelah brpencen khususnya Tuan Ibrahim, Hassan Ali, Haron Din, mereka ini nampak strong sebab ada gelaran Dato' dipangkal nama, Nasharuddin Md Isa pula dipanggil Ustaz Fadil Nor untuk jadi SUA Pas, kalau tidak hanya layak jadi Ketua Biro Agama UMNO, Mustafa Ali,telah ditolak pengundi, namun berpaut dibawah ketiak presiden dan menjadi tongkat president lalu mencetuskan kerejaan Perpaduan, Maka wujudlah "Forum Perdana" (Jawatankuasa Disiplin PAS) seperti berikut:
Penaung: TGHH
Penasihat: NMI
Urusetia:MA
Pengerusi Forum: TITM
Ahli Forum: Haron Din, Hasan Ali,
Tajuk: Khalid Samad - kemana dan dimana!
Pencatat forum: Khairuddin Osman dan Roslan SMS.
Tarikh: 7 Jan 2010
masa dan tempat: sila ikuti siaran,
Keputusan: Tunggu PRU 13, PAS kemana dan dimana?
Post Mortem: sebab PAS kecundang adanya kerajaang Perpaduang
penutup : aku bersamamu khalid samad - Ahli bawah PAS

Unknown said...

餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 關島蜜月 花蓮民宿 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 水晶 長灘島 長灘島旅遊 長灘島景點 長灘島機加酒 長灘島必買 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體