Skip to main content

Amaran blog ini kepada Lembaga Disiplin PAS.

Oleh : AdukaTaruna

Walau gua kecik, demi prinsip, gua tetap mahu memberi amaran kepada Lembaga Disiplin PAS. Dengan bantuan UMNO (isu kalimah Allah) yang datang 3 hari menjelang Khalid Samad mengadap Lembaga Disiplin (7 Januari), gua mahu Lembaga Disiplin tidak terpengaruh kepada situasi semasa yang berada di luar tajuk.

Dengan bantuan UMNO, dengan keselarian kenyataan Timbalan Presiden (Nash) + Ketua Dewan Ulama (HarunTaib) + Naib Presiden PAS dan Pengerusi Lembaga Disiplin (Tuan Ibrahim) + terbaru, hukum kufur oleh Timbalan Mursyidul Am (Haron Din); Khalid bakal melangkah mengadap lembaga disiplin pada 7 Januari ini di bawah sentimen berbeza. Di bawah tekanan berbeza.

Selain sikap berdiam diri Presiden dan Hasan Ali dalam isu ini, kebetulan semakin aneh apabila Setiausaha Agong PAS memanggil mesyuarat tergempar kepadaAJK Pusat dan lajnah politik PAS termasuk Khalid sendiri dalam isu ini. Dan menjelang mesyuarat tergempar pada malam ini, Haron Din mengeluarkan fatwa kufur.

Dengan ini, gua berharap rakan blogger dan rakyat meningkatkan tekanan dan amaran kepada Lembaga Disiplin PAS supaya tidak terpengaruh atau memanipulasikan keadaan politik semasa, dengan menyelamatkan Hasan Ali dan mengalih hukuman kepada Khalid Samad.

Khalid Samad dalam tajuk nama Allah. Hasan Ali dalam tajuk khianat. Ianya adalah isu berbeza dan memerlukan siasatan berbeza. Gua memberi amaran supaya PAS tidak bergabung dengan UMNO bagi membentuk satu suasana politik bagi menyelamatkan Hasan Ali dalam hal ini.

Comments

  1. Assalamulaikum!Melayu TIDAK PERNAH BERKESEMPATAN BERDAKWAH (secara hikmah kepada bukan Islam) lalu setengah puak yang mengakun Islam mengambil kesempatan mempermainkan nama 'Allah', menerbitkan isu nama Allah).Alangkah bersyukur rasanya di hati seorang Islam jika sekiranya dia dapat mengajar seorang bukan Islam cara menyebut nama 'Allah' dengan dengan penuh tenang dan ikhlas (dalam masa yang sama hatinya mendoakan hidayah ke atas bukan Islam berkenaan). Cuba bayangkan sekiranya dia menyebut dengan berulang kali. Allah itu Maha Kaya. Cuba bertanya kepada diri kita sendiri, pernah berapakalikah seumur hidup kita menyebut nama Allah dengan penuh tenang, ikhlas dan berserah diri? Cara sebutan inilah yang perlu diajar kepada rakyat bukan Islam dalam Malaysia ini semoga mereka LEBIH MENGENALI Allah sebagaimana kita yang masih wajib mencari lebih ilmu tentang Allah dan diri kita sendiri. Apakah Ini menjadi Isu yang besar?Tolong sampaikan kepada sahabat2 lain.

    ReplyDelete
  2. tgk je lah
    sapa kene kambeng itam...hihi

    ReplyDelete
  3. Harun Din siap wat sidang video tue!

    Khalid Samad kena buang dari PAS lagi bagus. (bukan sukarela)
    Dia boleh terus bergerak dan berjuang di atas platform yg lain.
    Buat apa duk dlm PAS, semacam tangan diikat dan mulut ditutup.
    Duk dalam PAS, nak lawan UMNO lagi, nak lawan fraksi Umno lagi, nak lawan kelab pencinta Umno lagi..
    letih beb...kena pukul kiri-kanan !

    Para Bloggers, jangan alihkan isu2 yg penting spt enjin jet hilang, madey bolot 100b, j/k disiplin PAS. bab kalimah ALLAH, bagi puak2 UMNO buat demo pulak.

    Lawan Tetap Lawan

    ReplyDelete
  4. saya x kenal mereka2 yg disebutkan atau digeng kerajaan perpaduan tuh, sy hanya kenal khalid samad walau pun khalid samad x kenal sy. sy kenal khalid samad yang sejak muda telah bersama pas, mereka yg sy x kenal tuh hanya brsama pas setelah brpencen khususnya Tuan Ibrahim, Hassan Ali, Haron Din, mereka ini nampak strong sebab ada gelaran Dato' dipangkal nama, Nasharuddin Md Isa pula dipanggil Ustaz Fadil Nor untuk jadi SUA Pas, kalau tidak hanya layak jadi Ketua Biro Agama UMNO, Mustafa Ali,telah ditolak pengundi, namun berpaut dibawah ketiak presiden dan menjadi tongkat president lalu mencetuskan kerejaan Perpaduan, Maka wujudlah "Forum Perdana" (Jawatankuasa Disiplin PAS) seperti berikut:
    Penaung: TGHH
    Penasihat: NMI
    Urusetia:MA
    Pengerusi Forum: TITM
    Ahli Forum: Haron Din, Hasan Ali,
    Tajuk: Khalid Samad - kemana dan dimana!
    Pencatat forum: Khairuddin Osman dan Roslan SMS.
    Tarikh: 7 Jan 2010
    masa dan tempat: sila ikuti siaran,
    Keputusan: Tunggu PRU 13, PAS kemana dan dimana?
    Post Mortem: sebab PAS kecundang adanya kerajaang Perpaduang
    penutup : aku bersamamu khalid samad - Ahli bawah PAS

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.