Skip to main content

Cerita panas terbaru (siri 2)

Oleh : AdukaTaruna

Siri 1.

"Gua dah test kat kucing lu."

"Celakak lu. Patutla kucing gua hilang 3 hari."

"Ngeee.... kena ada pengorbanan bos. Tapi kucing bos selamat. Selai bulu pun tak hilang. Kami uji dengan teliti."

Pendek cerita, gua pun setujulah follow jin gua. Jin gua bawak kat base dia. Sampai sana ada satu benda pelik. Ala2 jubah, tapi antara nampak tak nampak jer gua. Dia pakaikan kat gua.

"Weih... kalau tak pakai benda alah ni takper ke? Gua tak kompiden la."

"Mana boleh bos. Asbab ni. Sunnah kena ada asbab, bos. Nabi naik langit pun guna asbab Buraj."

"Ready bos?"

"Ready.."

Jin gua pegang kedua-dua ketiak gua, dan bawak gua terbang.

"Aku... bukanlah superman~.." (lagu indon)

"Bos. Jangan la nyanyi. Dok dediam. Skang ni manusia dah tak nampak bos. Kang kecoh kang kalau diorang dengar suara jer. Jap lagi kita akan masuk kelajuan hampir tahap cahaya. Bos rasa pening sket."

Hantu punya jin. Gua nak nyanyi hilangkan gayat pun dia tak kasi. Gua pejam mata. Maleh tengok yang bukan2. Pendek cerita gua sampai kat satu tempat.

"Kat mana nih jin?"

"Dah kat bumi dah. Skang ni lu kat Kota Bharu waktu malam beberapa hari akan datang."

"Wah... yeker? Weih... bawak la gua kat rumah gua. Gua nak tengok, gua masa depan tengah buat apa skang."

"Tak boleh bos. Bos kena jarak dengan diri sendiri at least 5km. Nanti zarah bos sekarang akan konflik dengan zarah bos masa depan. Kang bos boleh ghaib dalam alam infiniti yang belum ditemui."

"Ala... macam2 lu nih."

"Betul bos. Tak tipu la. Lagi pon gua nak tunjuk kat bos special nih. Kita g stadium. Malam ni ada solat hajat perdana khusus untuk Najib dan Royalty minyak. Ku Li, Anwar Musa dan team bola Kelantan pun ade bos! Jadi makmum."

"Pergh.... gile nih. TGNA imam?"

"Ni yang nak surprise bos nih."


Pendek cerita gua sampai kat stadium malam tuh. Malam masa depan ni beb. Gile ah.. Lu tgk gambar tu. Kat bumbung Grand Stand tu la gua lepak dengan jin gua.

"Weih.. kompom ke diorang tak nampak kite nih. Kang ada yang kena histeria kang nih."

"Tak bos. Jangan kata nampak, kita pun tak boleh pegang apa2 dalam zaman ni. Sebab kita bukan fizikal. Setan pun tak nampak kita beb."

"Tak boleh pegang ke? Aiseh... gua baru nak sakat abanghensem. Nak jentik telinga dia time sujud."

"Dah macam setan la bos nih. Kacau orang solat."

"Ala.. gurau jer. Takan takleh kot.Lagi pun abanghensem tu tak ikut imam. Imam doa royalty, dia doa nak kawin 2."

"Dah la bos. Jap g imam sampai bos. Lu teka siapa?"

"TGNA."

"Salah."

"Daud Iraqi."

"Salah."

"Eleh.. mesti memana Tok Guru sekolah pondok."

"Salah.Ha! Tu bos. Tgk bos!"

"Nash! Nasharuddin Mat Isa! Ahli Parlimen Bachok!" Gua dah macam hilang akal terjerit2 atas bumbung tuh.

"Hahahaha. Belum cukup surprise lagi bos. Lu tengok Nash jap g."

Gua dengan suspen tengok seh... Nash ke depan. Betul2 jubah. Ambil mic dari satu jemaah. Hembus2 testing. Selit mic kat butang dada jubah.

"Hmmm.... hhmmm..." Nash betulkan suara.

Tiba2 macam ada bebola cahaya kelam samar2 kat depan Nash.


"Apa tu?" Tanya gua.


"Tulah setan. Dia tengah kacau Nash. Gua rasa diorang tengah timbulkan bayangan perpaduang la dalam diri Nash.

"Apsal lu tuduh macam tu?"

"Tengoklah.."

"Rapat2 dan luruskan saf." Nash bersuara. Semua standby nak solat.

Bayang2 perpaduang menjelma dalam diri Nash. Jemaah standby nak angkat takbir...

"Ku dihalaman rindu......." Sound system satu stadium bergema dengan alunan suara Nash. Dengan gua, dengan jemaah satu stadium terbalik pengsan.


Tamat.

Comments

  1. hahaha..... watak wa pun ada ka...... tapi biasanya wa pegi solat hajat pun tak sempat nak solat.... wa lepak luar stadium jer sambil makan kopok n minum air kat gerai luar nun..... appara la ni aduka.... imaginasi lu ni jauh sangat.....hahaha

    -abanghensem

    ReplyDelete
  2. laa.. aku ingat aduka al jahal wal munafiqun jadi tok imam...

    apakah agaknya bila ADULA AL JAHAL MUANFIQUN JADI IMAM...

    rasa2nya dia akan baca surah katak kot...

    ReplyDelete
  3. Ana doakan antumna yg mengutuk Sahibus Samahah Al Ulama' Hj. Al Ustadz Nasharuddin bin Hj. Mat Isa agar dimandulkan selama 7 keturunan....

    ...antumna tu dah berapa hari dlm PAS berbanding beliau?

    ..berapa banyak jasa antumna dlm PAS berbanding beliau?

    di Mahsyar kelak, jangan terhegeh hegeh merayu mohon syafa'at dia sebagai ulama' harakah Islamiyah. pegi la mohon syafa'at Anwar Ibrahim dan Karpal Singh tu!!!!


    Yg menjalankan amanah,


    ..........
    Presiden
    Gabungan Ulama' Pencinta UMNO (GUPU)

    ReplyDelete
  4. itu aje story kau?
    hasan ali punya budak!
    penat je aku copy paste,print dan baca.
    kapt_SHITqaqi betul la kau ni..nyampah!!

    -penembak burung unta-

    ReplyDelete
  5. Ku di halaman rindu lak perginya. Merapu2 je pepagi ni.

    ReplyDelete
  6. siyol nkau bro... mati mati aku ingat pengalaman mcm dlm buku Berdialog Dengan JIn - Muhammad Isa Dawud tu. Tapi memang lojik untuk lepas ke lapis alam yang lain. Dimensi alam berbeza boleh dimasuki dengan pengetahun yg mencukupi. Aku masih ingat JIn dalam buku tu kata zarah atom Jin (dimensi api) bergerak lebih laju berbanding zarah atom dunia kita (dimensi fizikal/tanah), sebab tuh diorg lebih dekat dengan dimensi Cahaya lapis alam malakut.

    http://mencatatmasa.blogspot.com/2009/12/aduka-taruna-si-sewel.html

    ReplyDelete
  7. hahahaha... aduka, cerita hang betui2 buat aku gelakkk gila.. lawak tul hang aduka... baguih2... hang telah meletakkan suprise dalam cerita hang... aku ingatkan pasai apa.. sekali baca sampai abisss twisted ending tu.. hebat2... lawak gile..

    ReplyDelete
  8. aduhai...

    ustaz nasha dah jadi nash...

    naper tak suruh jer ustaz rock akhil hai 'rawa' jadi imam..? lepas tu boleh terus buat konsert waheeda...

    ReplyDelete
  9. Tuan Presiden GUPU...

    Maaf, doa Tuan tidak boleh dimakbulkan kerana kalau dah mandul, macam mana nak dapat lagi 6 keturunan...

    ReplyDelete
  10. bhai Anon 4.05,

    lu jgn derhaka dan melawan.
    walak aje bhaiii......
    Presiden background ulamak tu...
    mesti falsafah kepimpinan ulamak.
    lu nak kena panah petir ke?!

    -penembak burung unta-

    ReplyDelete
  11. loya ler gue ust nash...
    dah tuhan tunjukkan terpaksa masuk hopital tanpa dikesan sakit apa2.
    maknanya biar kamu duduk dlm hospital lama drp menyemak dlm parti tanpa menyumbang apa2 kcuali merangkak ke dlm kelambu musuh.

    ReplyDelete
  12. masa aku mrsm..ada budak hilang selipar..pastu dia bengang, dia jerit.. sapa yg rembat selipar aku, aku doa 7 keturunan mandul.. masa tu, aku ingt dia paling bangng pernah aku jumpa, rupanya, spesies ni wujud lg..

    -xsuka kopi janda

    ReplyDelete
  13. masa aku mrsm..ada budak hilang selipar..pastu dia bengang, dia jerit.. sapa yg rembat selipar aku, aku doa 7 keturunan mandul.. masa tu, aku ingt dia paling bangng pernah aku jumpa, rupanya, spesies ni wujud lg..

    -xsuka kopi janda

    ReplyDelete
  14. haha presiden GUPU terus letak jawatan la tu..maluuuuuuu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.