Skip to main content

Catatan gua di Kelantan (2)

Oleh : AdukaTaruna

Siri 1
Siri 2

So, terpaksa gua ikut kaedah manual. Asal jalan tu mati ke simpang 3 jer, gua benti tanya. Haha. Org rumah gua la tanya. Takan gua plak. Gua driver. Yg kedua, gua loghat Spanish, pakcik Kelantan mana faham.

Jalan punya jalan, gua jumpa Bachok ma... terus teringat Nasha. Wuih.... Ni kalau ditakdirkan beliau melintas jalan, memang sah gua langgar dalam kedudukan gear 5 dan gear undur bagi langgar secara bumber belakang plak.

Jalan punya jalan, gua sampai di Pasir Puteh. Gua nampak sekumpulan bebudak merempit. Kalau kat Seremban diorang merempit guna motor, tapi kat Pasir Puteh diorang merempit guna kuda. Pergh... ni dah kes sunnah dah nih..

Masuk jer Besut, tetiba jalan jadi jem. Wolaa........ melampau la. Jalan kampung camni pun jem. Tak sampai suku ni perjalanan gua. Hari dah nak tengahari. Nak benti makan, gua on diet. Gua sound org rumah gua, kalau dia lapar, kite benti sekali zuhur lah. Dia roger jer. Jalan depan sikit, rupa2nya ada pasar kat situ. Pasar tani ke pasar apa ntah. Gile ramai. Dah macam Chow Kit time malam raye plak.

Ikut jalan pantai.

Sebab dah niat nak berjalan cuci mata, gua follow signboard Kuala Terengganu (jalan pantai). Jalan Terengganu ni, asal mati ke simpang 3 jer, mesti dia buat bulatan. Lampu isyarat takder. Tapi cun woo Terengganu. Kalau ikut jalan pantai la. Jalan tak pantai gua tak tahu.

Jalan lurus, upgarde berbanding Kelantan. Yerla... kalau dah nama jalan persekutuan kan.... sampai Paka, gua benti kat satu Petronas. Isi minyak merangkap Zuhur dan Asar skali. Tanya bini gua dia nak makan ke tak, dia cakap dia kenyang lagi.

Mazhab mengarut Syafie kite sapu bawah karpet.

Masuk surau kecik Petronas, gua kesian kat bini gua. Terkial-kial nak tanggal tudung nak hambek wuduk.

"Tak payah." Gua sound bini gua. Blurr dia kejap. hahaha.

"Wuduk yang basuh hanya muka dan tangan jer. Tu pasal tayamum muka n tangan jer yang guna. Tang kepala n kaki sapu jer."

"Sapu caner?"

"Sapu jer kepala tu guna tangan. Tudung kepala tak payah tanggal. Menyusahkan dan mengarut Syafie nih. Islam praktikal ma..."

Bini gua wala' jer kat gua. Ngee...

"Kaki pun sapu jer. Malah boleh sapu kat kasut jer kalau perlu untuk tidak tanggal kasut. Tapi kalau syg tak selesa, sapu guna air. Basuh dapat, sapu pun dapat." Gua ceramah lagi. Bini gua wala' lagi.

"Telekong putih tak payah pakai. Asal baju kurung ni tutup aurat, solat jer guna baju kurung ni. Kalau kat masjid, nak jemaah dengan Melayu Syafie lain, kita follow diorang la. Tak nak fitnah n ganggu khusyuk diorang solat."

Lepas kitorang solat, kitorang pun blah sambung perjalanan.....

bersambung...........

Comments

  1. Oooo... rupa-rupanya dah masuk ladang langsat sebelum jumpa Kuala Terengganu.

    ReplyDelete
  2. hahaha...

    wa rasa ada tak kena jer ngan mazhab lu ni aduka....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  3. hahaha...

    wa rasa ada tak kena jer ngan mazhab lu ni aduka....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  4. Salam
    Ko ikut mazhab apa bro?

    Pening aku pk dan cari ni...

    Something wrong ni...

    ReplyDelete
  5. apa yg tak kena tu abangtakhensem?

    kalau berani cakaplah..sampaikan pd kawan baik nko tu.

    berkata benar walaupun pahit..atau nko takut hilang kawan spt Aduka tu?

    ReplyDelete
  6. lu solat macam mana pulak bro?ada beza tak dgn Melayu Syafie lain?


    "syg"...peewiitt.

    ReplyDelete
  7. maka terjawablah mengapa blog duka perah berwarna pink....huhuhuhu

    Wa rase, lebih elok lu semayang pakai niat je bro...lu suh orang umah lu bace dalam ati je...lagi mantop!

    Wa tahu, lu punya mazhab musti boleh main d*b*r dengan bini...halal beb! Wa agak la...

    ReplyDelete
  8. typo, pernah: bukan perah. perah benda lain...tu yang duka buat memalam...huhuhu

    ReplyDelete
  9. kah kah kah . . . kah kah kah . . .

    kah kah kah . . . kah kah kah . . .

    kepala bana apa UMNO ddesperate sangat nih, dah gila bayang ka apa?
    kepana salahuddin yang terpaksa ke depan? mana pergi ketua penerangan yang maha lembab? apa? pesuruhjaya pas selangor yang memegang kad keahlian seumur hidup UMNO? tak, tak perlu, dia sudah lari


    kah kah kah . . . kah kah kah . . .

    kah kah kah . . . kah kah kah . . .


    kesian PAS , dikata terlalu bodoh nanti marah, penyokong anwar, tidak wala', hasang ai hasang ali


    kah kah kah . . . kah kah kah . . .

    kah kah kah . . . kah kah kah . . .

    ReplyDelete
  10. Rame beno fanatik Mazhab ni, tapi yang aku heran bab bagin zakat ikut mazhab lain le pulak.
    Pada aku semua mazhab okey asal memudahkan. Tapi kalo takut fitnah ko ikut le tempat tu.

    ReplyDelete
  11. yang ak taw klo lap
    je kaki 2,klo negara ad
    musim sjuk.kire darurat.
    lap ksut xleh,yang boley
    klo ko pkai stokin yg dbuat
    dr kulit,2lap stokin.n
    msti amk wuduk b4 klua
    rumh.telekung mmg xwjib,
    yg wjib tutup aurat,
    mmndgkn aurt wnita lg
    byk,klo xpkai tlekung,
    tkut ad yg tdedah ms solat,
    islam 2mudah tp bukn utk
    doemudah2 kn.

    ReplyDelete
  12. hahaha, gua mmg garu kpla dgn lu duka.. Woit, bila ag nk tayang gmbo bini? hahaha, senyap2 lu sebat awek Klate ye.. Dh la org PC tu. Nti dptla lu slalu g berjemaah kt Pulau Melaka slalu ye. hehe

    ReplyDelete
  13. "Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu:

    1. basuhlah muka kamu,

    2. dan kedua belah tangan kamu meliputi siku,

    3. dan sapulah sebahagian dari kepala kamu,

    4. dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali;

    dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib;

    dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau Dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu Yang bersih, iaitu:

    1. sapulah muka kamu dan

    2.kedua belah tangan kamu Dengan tanah - debu itu.

    Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

    (al Maidah, 6)

    ReplyDelete
  14. salam,

    bro dari mana lu dapat basuh kepala jadi basuh tudung kepala ni bro?

    sapu kaki tu kalau pakai khuf, pakai kasut tak menepati syarat.

    kalau lu ada dalil, lambak kt sini pon ok.

    yelah lu tak risau ke kalau ibadat tak diterima kerana wudhu' tak sah?

    wa nasehat ajer...

    ReplyDelete
  15. yap. setuju, kasi bahan mentah. benda baik jangan disorok. kalau lu takde bahan mentah kasi 3rd party pun takpe. sesekali taqlid buta he he.

    ReplyDelete
  16. cantek gak...
    klu blog nie maki pimpinan
    sambil2 tu
    share ilmu fekah yg ada
    dan dipakai dan dipegang oleh masing2

    bab basuh kasut tu wa ada dengar gak..ada yg kata stokin pon leh

    wa ada pakai pandangan ni
    tp diguna pakai semasa wa berijtihad je.haha

    cume bab sapu tudung wa belum dengar lg laaa...
    mungkin air disapu ditudung meresap di pale kot.
    mungkin AT dan kita semua leh share ilmu fekah
    yg dipakai

    wa menerima dan mguna pakai semua pandangan yg ada
    cume dipakai mgikut ijtihad semasa wa...haha

    ReplyDelete
  17. gua pakai utk gua jer bro. Sajer jer share dgn lu orang sambil bakar sikit2. hahaha.

    bab terima gua bulatkan kepada Allah. Bukan Syafie atau Hanafi yang terima ibadah gua. Pergi mampos sama diorang.

    Janji gua tak langgar bahan mentah cukup. Kuang3....

    ReplyDelete
  18. ces, kedekut ilmu.
    ape pun 2 je syarat segala ibadah di terima: ikut sunnah dan ikhlas. so yang ulama buat tu walau berbeza antara satu sama lain tetap bersandarkan sunnah. ada kala nabi buat gini adakala nabi wat gitu. yang ikhlas terpulanglah ada si pelaku.

    ReplyDelete
  19. Bahan mentah pun lu langgar bro! Lu perasan lu tak langgar.. tapi lu terang2 langgar bahan mentah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.