Oleh : AdukaTaruna
Satu tumbukan berat dilepaskan Tuah. Satu tumbukan yang mempunyai isi tertentu. Tanpa menukar langkah, Jebat memalingkan badannya ke kiri. Tangan kirinya menyambut lembut tumbukan itu. Lengan Tuah digenggam kejap. Isi berat tidak terlihat yang terkandung dalam tumbukan Tuah itu terus menghentam batang pokok di belakang. Patah dan menyerpih.
Tuah tenang. Merenung mata Jebat yang berlinangan air mata.
“Demi Melayu, Melaka dan sultan, aku tetap menjunjungnya, Jebat”, Tuah separuh berbisik.
Tangan kiri Tuah laju cuba mencengkam leher Jebat. Jebat tahu cengkaman itu hanya separuh berat dari tadi. Kerana, jika abangnya itu melepaskan serangan berat, dia tidak akan bersuara sepatah pun. Kawalan nafas amat diperlukan untuk itu.
Jebat mengatur nafasnya. Jebat menahan menggunakan siku kanannya. Tindak balas antara mereka berdua amat pantas. Sukar dilihat dari jauh. Isi yang tidak terlihat antara keduanya menghasilkan lantunan di antara mereka. Mereka terpisah ke belakang. Hening. Sunyi. Matahari memancar terik seolah-olah turut sama menyertai pertarungan itu.
Beberapa ratus rantai di sebelah timur kelihatan ribuan tentera Melaka pimpinan Panglima Tuah kusyuk melihat pertarungan yang bersejarah itu. Antara sahabat sehidup semati yang bertembung pendapat dan fahaman mereka.
Berapa ratus rantai di sebelah barat pula kelihatan ribuan Tentera Muslim pimpinan Jebat. Mulut setiap mereka bergerak-gerak melafazkan zikir. Sebak, penuh pengharapan dan menanti arahan.
Matahari mula meninggi.
“Tidak kekandaku Tuah. Hamba merasakan sudah perlu kita mengikut Islam sepenuhnya. Untuk apa undang-undang Islam itu ditulis sekiranya tidak dipatuhi?” Jebat menatap wajah Tuah.
“Adindaku, Jebat… kita harus tahu di mana bumi kita berpijak. Pantang Melayu mengingkari arahan Sultannya. Sudahlah adinda.. Kanda tidak akan menukar fikiran. Kanda akan turuti arahan istana. Lambang ketaatan dan maruah anak Melayu.” Lembut suara Tuah yang pendiam itu memujuk Jebat yang sudah dianggap adiknya.
“Kekandaku Tuah… kita dijadikan Allah untuk tunduk dan taat kepadaNya. Tiada yang lebih tinggi dari Allah…”
“Hamba tidak ingkar kepada Allah. Solat, zakat hamba, hamba pelihara. Tetapi hamba tidak sesekali akan derhaka kepada Sultan.” Tuah memotong Jebat. Kali ini agak keras sedikit.
Jebat merenung mata abangnya Tuah sayu. Matanya mula berkaca. Tangannya cuba mencapai tangan Tuah.
“Sudahlah adinda Jebat. Tidak guna kita bertengkar akan hal ini. Anggap sahaja ini adalah hal peribadi kanda. Biar mati kanda dihina, namun derhaka tidak sesekali.” Tuah mengendurkan suaranya sambil menepis tangan Jebat.
Tuah berlalu meninggalkan Jebat yang termenung keseorangan. Jebat merenung ke langit. Kemilau bintang yang cantik bertebaran itu tidak mampu meredakan hatinya. Bungkam. Jebat menarik nafas sedalamnya, memejam mata dan melepaskannya. Berat.
“Ya Allah, tuhan sekalian alam yang maha pengasih. Tunjukilah kami. Kurniakanlah sedikit kekuatan pada kami dalam menjalani ujianMu ini. Hanya Engkau yang maha mengetahui terhadap apa yang telah Engkau takdirkan..” Hati Jebat merintih seraya mengalir cecair panas turun melalui pipinya.
“Ah! Untuk apa susah-susah Lekiu. Dah banyak yang kamu beri. Malu pula rasanya sebab hamba tidak pernah membalasnya.” Kata Datuk Bendahara Tun Mutahir.
“Ala tuan. Janganlah kata begitu. Sudah memang budaya kami memberi hadiah kepada mereka yang banyak berjasa kepada kami.” Lidah pelat Lekiu pantas menjawab Datuk Bendahara.
“Hahaha. Berjasa apanya, Lekiu.”
“Eh tuan. Mungkin tuan tidak perasan. Jasa tuan mengekalkan keamanan tempat ini, kebagusan pentadbiran pihak tuan membuatkan perniagaan kami amat bagus.”
“Hahaha. Ada-ada saja kamu ni Lekiu. Kuda apa yang kamu berikan ini? Sangat cantik. Lebih besar dari kuda yang ada di jajahan ini.”
“Owh tuan. Ini kuda dari tempat kami. Kuda pertaruhan. Di tempat kami, ada sejenis permainan. Kuda siapa yang menang berlumba, dia akan dapat banyak duit.”
Lekiu menyerahkan tali kuda kepada Datuk Bendahara. Jinak. Cantik dan sasa. Kuda jantan yang berwarna merah kecoklatan itu menggoyang-goyangkan tengkuknya. Rambut yang tumbuh disepanjang tengkuk kuda itu berombak. Sungguh meriangkan hati sesiapa yang melihatnya.
“Ooh… macam laga ayam di sini la.”
“Ya tuan. Seperti itu lah. Kalau tuan bawa ini kuda ke tempat kami, saya yakin tuan mesti menang banyak wang.”
“Hahahaha. Kamu ni Lekiu. Eh, susahkah mahu membela kuda ini? Sama macam kuda sinikah caranya?”
“Jangan bimbanglah tuan. Saya akan jagakan. Pekerja saya akan jagakan kuda ini untuk tuan. Bila tuan mahu kuda ini, tuan hanya perlu ambil di kedai saya. Tuan kan sibuk. Buat apa saya mahu berikan hadiah yang menyusahkan tuan. Jika tuan susah, saya pun susah. Hehe.” Lekiu tersengeh menampakkan barisan gigi yang mula menguning.
“Hahaha kamu Lekiu. Memang bijak. Sangat-sangat memahami budaya Melayu. Mari jemput ke rumah. Ada makan-makan sedikit.”
“Malula saya tuan kata begitu. Kami peniaga Portugis cari makan saja, tuan. Kami perlu menghormati tuan rumah. Sudah memang budaya kami begitu. Tapi pasal makan memang kami tidak tolak tuan. Hehe.” Lekiu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Hahahaha. Lekiu… Lekiu. Mari-mari. Jemput ke rumah saya.”
Mereka berlalu menuju ke kediaman Datuk Bendahara dengan deraian gelak ketawa. Di kejauhan, kelihatan puluhan anak muda sibuk memunggah barangan dari tongkang yang baru tiba. Suasana perlabuhan itu sungguh sibuk. Agak bingit dengan suara manusia yang memekik mengarahkan para pekerja itu dan ini.
Langit laut Melaka mempamerkan keindahan petangnya. Angin yang lembut menghayun perlahan pokok-pokok sekitarnya.
bersambung.....
4 maklum balas:
bro,
kalau teori lu camtuh.Kompom ronnie Lui ditangkap tak lama lagik
Kene ingat polis malaysia mmg di iktiraf power.Bkn power cam CSI.Tapi kebolehan infiltrate dlm mana2 organisasi.
Ape yg berlaku dlm underworld mmg dlm tangan polis jek.Prob nyer nak bertindak ke idak.
Prob kes ni 1st : Masa kejadian n motif mangsa utk berada di tempat kejadian sgt memusykilkan.
kasi setel ni dulu
Wa nak cabar sket teori lu tuh :
1. Asal Ronnie Liu bunuh Teo lps Teo disoalsiasat? Smua info dah ade dlm fail SPRM ma.. Spatut bunuh sblm soalsiasat, baru btol. So pasni Ronnie Liu kena kautim dgn SPRM plak ke?
2. Bangunan SPRM tu mesti penuh dgn CCTV. Kalo btol Ronnie t'libat & smua CCTV tu b'fungsi, wa yakin 1 hari je Polis dah leh trace & tahan dia utk siasatan. Bkn susah sgt pun. Tp kalo dah sminggu Polis msh x tgkap dia, mean dia x t'libat. Unless diorang dah kautim.
3. Kerosakan pd sluar & tali pinggang perlu disiasat. Samada sluar t'koyak @ dipotong. Samada tali pinggang t'putus @ dikerat.
Wa nampak gini lak :
Teo jatuh dr tgkat 14 ke tgkat 5. 9 tgkat beb, lbh kurg 30 m tinggi. Tp kepala dia elok je bentuknya. Cuma darah ngalir sket kat pale. Lu org google la gambo2 org bunuh diri terjun bangunan. X de yg x b'sepai kepale.
So kalo btol Ronnie Liu yg bunuh tnpa melibatkan p'sekongkolan mana2 pemimpin BN & agensi kerajaan, dgn mudahnya Jabatan Forensik leh sahkan yg Teo bkn mati kerana jatuh sbb x de kesan remuk, patah & pecah pd tulang & organ dia.
Wallahu a'lam.
Tan was called in by the MACC as part of the investigation into the alleged misuse of public funds by state executive councillor Ean Yong Hian Wah.
Tan, who is also a businessman, had last year supplied flags worth RM2,400 for Ean Yong's constituency of Seri Kembangan.
“They asked whether I supplied flags. I said yes but then I was forced to admit that I did not supply the flags,” said Tan.
-------
Brader,
Kongsi gelap main ka nak seleweng RM2,400?
Mungkin juga TBH dibunuh kerana dedahkan bahawa boss nya si Ean menyeleweng RM2,400.
Logik ka? Ciput sangat ker gangster sekarang ni?
Hang tengok cerita Hong Kong banyak sangat da.
wa nak layan CSI la dulu.... nak study skit pasal crime scene....
-abanghensem
Post a Comment