Skip to main content

Debat gua pasal UG.


Oleh : AdukaTaruna


Apa plak kena mengena debat 12 malam dengan solat subuh ni? Sejam dua dah la. Sambungla esok2 plak. Subuh kol berapa? Pagi tu Ahad. Lu boleh rest sket ma.

Tapi kalau lu tak nak gak, mana boleh gua paksa ma. So, gua hanya layan searchforamysearch jer nanti. Insyaallah.

Tajuknya gua umum sket sket. Apa sahaja sekitar UG. Ayat gua bersihkan nanti dalam debat.



Tak boleh ma. Gua kerja. Pukul 12 tu cantet la tu. Yang student dah takda kelas. Yang kerja dah takda kerja. Pukul 12 malam ni wak albanjari jer kerja. Haha.

So, lu tak payah la. Lu tido awal. Sebab lu nak solat nanti. Kacau lu solat kang tak pasal2 gua tak dapat syafaat ulama plak nanti. Ngeee....


Adeh.... gua, walau memang tidak berakhlak untuk disebutkan, tapi gua cakap jujur la. Student2 pondok ni gua pandang rendah jer. Bab intelek la. Bab istiqomah ke, bab akhlak ke, majority bagus.

Tapi bab intelek, bab daya tahan dari dibuli, memang gua pandang rendah la. Tgk la lu punya hujah tu. Penetapan pembolehubah dan falsafah yang jauh panggang dari api. Takper gua turun level la. Gua kasi penjelasan sket. Siap buat dalam warna berlainan lagi ni. Cam ajar bebudak tadika.


1.

Kete kancil lu masukkan dalam tajuk kemampuan kewangan. Kemudian lu bandingkan dengan sesak jalan raya.

Jadi, tajuk kemampuan kewangan (tajuk A) dibandingkan dengan tajuk jalan raya sesak (tajuk B)



2.

UG gua masukkan dalam tajuk penyelesai masalah politik. Kemudian gua bandingkan dengan penambah masalah politik.

Jadi, tajuk masalah politik (tajuk A) dibandingkan dengan tajuk masalah politik (tajuk A)


Ha... nampak tak? Hehe. Kelakar gak gua. Walau kelihatan bongkak, setakat saat gua tulis ni, ulama stendet Hadi dan Tantawi tu cikai jer kalau nak bertekak dengan gua. Bodoh beb. Cuma dia ada title jer dan kebetulan berada dalam kelompok Melayu. Itu sahaja. Kalau kat kelompok bangsa maju lain, Hadi tu sampah sarap jer.

Jadi. Lu tgk balik bantahan lu tentang tajuk. Kemudian disokong oleh al_madd yang nak debat dengan gua nih. So, lu dapat gambaran awal tak stendet puak2 ulama ni melalui stendet lu?

Ayat takbur gua ni diguna sebelum debat la. Nanti dalam debat gua try bersihkan ayat untuk mudahkan stendet awal ekstrak hujah gua.


Nak ajar Nik Aziz.

Gua paling berbulu habis puak2 yang nak ajar Nik Aziz. Diberi macam2 hadis dan dalil halalkan UG. Bangang giler.

Mustahil Nik Aziz tak tahu akan halal haram UG tu. Tapi dia berada dalam satu stendet lebih tinggi dari lu orang. Dan kenapa Nik Aziz bantah? Kenapa Nik Aziz tak bantah UG guna dalil dan hadis?

Sebab problem UG bukan berada dalam tajuk halal haram. Tapi jauh lebih dasyat dari tu. Punya bangang puak2 ulama ni beb. Terutama Tantawi. Siyes gua cakap.

Musa pun jumpa Firaun, katanya.

Adusss.... takpalah. Nanti debat, gua tulis guna stendet bawah, guna kaedah warna, guna nota kaki, guna ayat bersih.

Jadi cikgu tadika pun, cikgu tadika la.......


Comments

  1. UG selesai masalah atau tambah masalah.

    Masalah siapa? masalah apa.

    Kalau cerdik sangat kena tau bila berdebat pendebat mesti beri definisi tajuk baru argue.

    Ini tulis masalah je. Masalah apa? Kalau aku kata selesai masalah Hadi nak dengar DAP punya demand pun boleh jugak, tapi itu masalah Hadi.

    Yang masalah dalam tajuk ni masalah apa dan siapa.

    Sohai punya taruna.

    ReplyDelete
  2. UG penyelesai masalah politik Hadi nak jumpa DAP. Dia menyampah kat DAP.

    Jadi betul la UG penyelesai masalah.

    Yea aku menang sebab Taruna sohai tak tau susun tajuk.

    ReplyDelete
  3. man

    UG penyelesai masalah apa pun tak tahu ke pondok? masalah kuih karipap hangus kot. nak jugak suruh at letak nota kaki. kah khak

    ReplyDelete
  4. Nak debat kena la letak tajuk betul-betul spesifik supaya nanti takde la pihak mengona sana sini

    tajuk open senang la si Taruna sohai ni nak mengona aku tau sangat taktik dia ni

    ReplyDelete
  5. kita debat kat UO amacam??saya baik dengan mod2 di sana..confirm x kena delete..

    btw..subuh kat tempat saya pukul 4.30...

    ReplyDelete
  6. AT.. politik ni dalam pikiran gua mcm ABC, nak sedap tambah ape pun jadi, ble tambah coklat kacang tanah ke apae je.. tapi kalau tambah tahi kucing kat daqlam tu wpun sikit,wpun cantik bau tetap hancur... mcm tu la parti2 politik.. gabung pi la tapi jgn dgn umno yang dah terbau tahinya sejak dulu.. "andika dara"

    ReplyDelete
  7. yg kau pi layan budak budak pasal apa, dia bukan ahli PAS, bukan siapa-siapa, kang dah kena main dgn yahudi, wakakaakaa,

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.