|
|
SEOUL 19 Mei - Syarikat Korea Selatan, LG Display hari ini mengumumkan bahawa ia telah berjaya mencipta televisyen paparan kristal cecair (LCD) lebih nipis daripada sebatang pensil dan paling nipis di dunia.
Panel televisyen berukuran 42 dan 47 inci itu menggunakan sistem pencahayaan belakang diod pancaran cahaya (LED) yang membolehkan ia direka senipis 5.9mm, demikian menurut LG Display dalam kenyataannya.
Pengeluar televisyen LCD kedua terbesar dunia itu berkata, produk terbarunya itu hanya seberat 6.1 kilogram dan 7.3 kilogram, iaitu separuh daripada berat televisyen konvensional.
"Paparannya dapat menghasilkan warna seperti semula jadi dengan ketepuan sehingga 80 peratus," demikian menurut kenyataan itu.
Televisyen terbaru itu juga dikatakan dapat menghilangkan kesan pergerakan samar dan mempunyai resolusi definisi tinggi.
Naib Presiden Eksekutifnya, Chung In-jae berkata, produk terbaru menunjukkan teknologi terkini yang digunakan LG membolehkan rekaan televisyen ternipis direalisasikan.
LG Display dan pesaing tempatannya, Samsung, kini mendahului dunia dalam pengeluaran skrin panel rata di pasaran global dan sedang bersaing untuk menghasilkan panel lebih nipis untuk televisyen berdefinisi tinggi. - AFP
Selamat Ulang tahun yang pertama, semoga terus aktif dengan maklumat terkini dan panas.
ReplyDeletePerg, mesti mudah gile rosak.. huahua... kene tumbuk sekali ngan budak duka gerenti tebelah dua beb... huhu
ReplyDeleteSeb baik cite psl TV je. Bkn leh caye dak AT ni. Kang ade je kat hujung tu nyelit bab politik, haha.
ReplyDeleteLAWA PULAK MODEL KOREA TU. TAK NAK BELI TV BELI MODELNYA BOLEH TAK??...
ReplyDeleteiklan ni,
ReplyDeleteada masyuk ke bro?hahaha
apala sangat TV tu... kita kan ada angkasawan.... ciptaan Malaysia Boleh Blah!!!... anytime dia boleh cipta TV dari nasib lemak ngan roti canai yang penah dia kaji kat angkasa nuu.... hammpeehhhhh
ReplyDelete" rakyat perlu pakar perubatan... scientist..... bukan angkassawan"
- wak labu kundoq -