Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

May 20, 2009

Televisyen ternipis di dunia.



Seorang promoter mempamerkan duit syiling bersebelahan dengan panel televisyen terbaru LCD keluaran LG Display yang merupakan panel televisyen paling nipis di dunia semasa pameran di Seoul, semalam. - AFP


SEOUL 19 Mei - Syarikat Korea Selatan, LG Display hari ini mengumumkan bahawa ia telah berjaya mencipta televisyen paparan kristal cecair (LCD) lebih nipis daripada sebatang pensil dan paling nipis di dunia.

Panel televisyen berukuran 42 dan 47 inci itu menggunakan sistem pencahayaan belakang diod pancaran cahaya (LED) yang membolehkan ia direka senipis 5.9mm, demikian menurut LG Display dalam kenyataannya.

Pengeluar televisyen LCD kedua terbesar dunia itu berkata, produk terbarunya itu hanya seberat 6.1 kilogram dan 7.3 kilogram, iaitu separuh daripada berat televisyen konvensional.

"Paparannya dapat menghasilkan warna seperti semula jadi dengan ketepuan sehingga 80 peratus," demikian menurut kenyataan itu.

Televisyen terbaru itu juga dikatakan dapat menghilangkan kesan pergerakan samar dan mempunyai resolusi definisi tinggi.

Naib Presiden Eksekutifnya, Chung In-jae berkata, produk terbaru menunjukkan teknologi terkini yang digunakan LG membolehkan rekaan televisyen ternipis direalisasikan.

LG Display dan pesaing tempatannya, Samsung, kini mendahului dunia dalam pengeluaran skrin panel rata di pasaran global dan sedang bersaing untuk menghasilkan panel lebih nipis untuk televisyen berdefinisi tinggi. - AFP

6 comments:

Anonymous said...

Selamat Ulang tahun yang pertama, semoga terus aktif dengan maklumat terkini dan panas.

Berg said...

Perg, mesti mudah gile rosak.. huahua... kene tumbuk sekali ngan budak duka gerenti tebelah dua beb... huhu

lelaki_ini said...

Seb baik cite psl TV je. Bkn leh caye dak AT ni. Kang ade je kat hujung tu nyelit bab politik, haha.

Anonymous said...

LAWA PULAK MODEL KOREA TU. TAK NAK BELI TV BELI MODELNYA BOLEH TAK??...

uma said...

iklan ni,
ada masyuk ke bro?hahaha

Anonymous said...

apala sangat TV tu... kita kan ada angkasawan.... ciptaan Malaysia Boleh Blah!!!... anytime dia boleh cipta TV dari nasib lemak ngan roti canai yang penah dia kaji kat angkasa nuu.... hammpeehhhhh

" rakyat perlu pakar perubatan... scientist..... bukan angkassawan"

- wak labu kundoq -