Jam 2.30 petang, jenazah telah disembahyangkan, namun belum ada tanda-tanda yang Abah akan tiba dari Taiping. Dimana saja kelibatku berada, pasti tetamu akan bertanya "bila lagi Mat Sah akan sampai? ". Aku hanya mengangkat bahu sambil memberi senyuman nipis.
Akhirnya, jam 3.15 petang, Abah dengan diiringi beberapa orang polis berpakaian biasa, berjalan masuk ke halaman rumah. Ketika Abah menjejakkan kaki ke ruang tamu ditempat dimana jenazah nenek di letakkan, suasana menjadi senyap seketika. Semua yang hadir memberi ruang untuk Abah mendekati nenek yang ditutupi kain batik berwarna hijau.Abah duduk berteleku disebelah jenazah, perlahan-lahan beliau tunduk dan mencium pipi sejuk nenek. Abah mencium pipi kiri dan kanan... itulah ciuman terakhir dari Abah untuk nenek... Ku perhatikan Abah agak lama melekapkan hidungnya di pipi itu. Mungkin selama ini Abah tidak pernah terfikir, penahanan dibawah ISA akan menyebabkan beliau dan ibu kandung kesayangannya terus menerus terpisah hingga ke akhir nyawa... Ahh... terlalu zalim ISA ini ku rasakan...
Sebaik saja mengangkat wajahnya setelah mencium pipi nenek, ku lihat Abah menyapu matanya yang merah dan berair beberapa kali. Aku sendiri tidak dapat menahan rasa sebak melihat Abah berbuat demikian. Aku amat memahami, tentunya kerinduan Abah terhadap nenek tidak pernah terubat kerana selama tujuh tahun di kurung di Kem Kamunting, peluang untuk Abah bertemu nenek amat terbatas sekali. Pastinya Abah amat terkilan, cita-citanya untuk menjaga nenek ketika nenek tua dan sakit, tidak kesampaian...
Abah tidak lama berada disisi jenazah nenek. Sebaik saja mayat dimasukkan kedalam keranda untuk dibawa ke kereta jenazah, sepantas kilat, sekumpulan polis berpakaian biasa mengepung abah untuk dibawa kedalam kenderaan khas dan terus bertolak ke tanah perkuburan keluarga Tok Mat di Segambut. Aku sendiri tidak sempat untuk bersalam ataupun bertanya khabar. Abah begitu cepat hilang dari pandangan...Menyaksikan peristiwa itu, semua yang berada disekeliling jenazah nenek, turut merembeskan airmata. Masing-masing tak tertahan untuk meluahkan sebak didada. Tok Mat cuba menenteramkan Abah dengan kata-kata yang baik.
Al Fatihah...Aku memandu sendiri ditemani Suhaib ke Segambut. Abah telah lama tiba disana dan beliau dibenarkan keluar dari Van untuk sama-sama membantu pengkebumian itu. Kesemua polis berpakaian biasa turut berada dikawasan sekitar lahad yang digali untuk menyimpan tubuh arwah nenek.
Sumber - Merah Hitam - Penulis Blog Merah Hitam adalah anak kepada Saudara Mat Sah, mangsa tahanan ISA yang setakat hari ini telah masuk 8 tahun penahannya dibawah akta zalim ini.
Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat. Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier. Tun M sebenarnya hanya m...
Penulis blog Merah Hitam adalah kak Laila isteri kepada Mat Sah.Anak kepada Mat Sah dan Kak Laila iaitu Suhaib belum jadi Blogger lagi.Fakta tu lu kena betulkan aduka.
ReplyDeleteIUS
Aduka Copy n paste tu... terkeliru dengan bahasa yang kak laila gunakan dalam blog tu... Abah merujuk pada suaminya yang ditahan ISA dan nenek merujuk kepada arwah ibu mertuanya...
ReplyDeletehaa..lain kali masukkan posting yg camni banyak2. baru oghang nak baca. ini posting macam hampeh giler yg layak di bakulsampahkan jek.!!
ReplyDeletedalam c&p pung nko masih silap aduka. memang nko ni samdol bin bingai!!!
*&^&^%$%$#$@**!@!!!
AT teruskan muqabalah kamu tu (kot diterima oleh UMNO?)...
ReplyDelete& post lg entry cenggini lain kali (setuju dgn indiana_jones)..hehe
TAPI tak setuju kutuk kamu samdol bin bingai..hehe.
sdeyh seyh...ANTI ISA.
ReplyDeleteAlFatihah - Semoga roh keluarga mereka yang dizalimi akan dirahmati oleh Allah SWT.
ReplyDeletePara SB yang selama ini bertugas membabi buta menerima arahan pemimpin Umno/Bn insaflah kerana banyak rakan-rakan yang masa bertugasnya begitu agresif tetapi akhirnya bila pencen tinggi sikit dari sampah dipandang dan dilayan oleh masyarakat tempatan.
Untuk saesuap nasi dimana-mana boleh dapat!