Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

May 29, 2009

Sebab kukuh PAS perlu bekerjasama dengan UMNO.

Jam 2.30 petang, jenazah telah disembahyangkan, namun belum ada tanda-tanda yang Abah akan tiba dari Taiping. Dimana saja kelibatku berada, pasti tetamu akan bertanya "bila lagi Mat Sah akan sampai? ". Aku hanya mengangkat bahu sambil memberi senyuman nipis.

Akhirnya, jam 3.15 petang, Abah dengan diiringi beberapa orang polis berpakaian biasa, berjalan masuk ke halaman rumah. Ketika Abah menjejakkan kaki ke ruang tamu ditempat dimana jenazah nenek di letakkan, suasana menjadi senyap seketika. Semua yang hadir memberi ruang untuk Abah mendekati nenek yang ditutupi kain batik berwarna hijau.

Abah duduk berteleku disebelah jenazah, perlahan-lahan beliau tunduk dan mencium pipi sejuk nenek. Abah mencium pipi kiri dan kanan... itulah ciuman terakhir dari Abah untuk nenek... Ku perhatikan Abah agak lama melekapkan hidungnya di pipi itu. Mungkin selama ini Abah tidak pernah terfikir, penahanan dibawah ISA akan menyebabkan beliau dan ibu kandung kesayangannya terus menerus terpisah hingga ke akhir nyawa... Ahh... terlalu zalim ISA ini ku rasakan...

Sebaik saja mengangkat wajahnya setelah mencium pipi nenek, ku lihat Abah menyapu matanya yang merah dan berair beberapa kali. Aku sendiri tidak dapat menahan rasa sebak melihat Abah berbuat demikian. Aku amat memahami, tentunya kerinduan Abah terhadap nenek tidak pernah terubat kerana selama tujuh tahun di kurung di Kem Kamunting, peluang untuk Abah bertemu nenek amat terbatas sekali. Pastinya Abah amat terkilan, cita-citanya untuk menjaga nenek ketika nenek tua dan sakit, tidak kesampaian...

Abah tidak lama berada disisi jenazah nenek. Sebaik saja mayat dimasukkan kedalam keranda untuk dibawa ke kereta jenazah, sepantas kilat, sekumpulan polis berpakaian biasa mengepung abah untuk dibawa kedalam kenderaan khas dan terus bertolak ke tanah perkuburan keluarga Tok Mat di Segambut. Aku sendiri tidak sempat untuk bersalam ataupun bertanya khabar. Abah begitu cepat hilang dari pandangan...

Al Fatihah...

Sumber -
Merah Hitam - Penulis Blog Merah Hitam adalah anak kepada Saudara Mat Sah, mangsa tahanan ISA yang setakat hari ini telah masuk 8 tahun penahannya dibawah akta zalim ini.

6 comments:

Anonymous said...

Penulis blog Merah Hitam adalah kak Laila isteri kepada Mat Sah.Anak kepada Mat Sah dan Kak Laila iaitu Suhaib belum jadi Blogger lagi.Fakta tu lu kena betulkan aduka.


IUS

Berg said...

Aduka Copy n paste tu... terkeliru dengan bahasa yang kak laila gunakan dalam blog tu... Abah merujuk pada suaminya yang ditahan ISA dan nenek merujuk kepada arwah ibu mertuanya...

indiana_jones said...

haa..lain kali masukkan posting yg camni banyak2. baru oghang nak baca. ini posting macam hampeh giler yg layak di bakulsampahkan jek.!!

dalam c&p pung nko masih silap aduka. memang nko ni samdol bin bingai!!!

*&^&^%$%$#$@**!@!!!

Hanz_Azdi said...

AT teruskan muqabalah kamu tu (kot diterima oleh UMNO?)...
& post lg entry cenggini lain kali (setuju dgn indiana_jones)..hehe

TAPI tak setuju kutuk kamu samdol bin bingai..hehe.

ekramhakim~ said...

sdeyh seyh...ANTI ISA.

Seladang said...

AlFatihah - Semoga roh keluarga mereka yang dizalimi akan dirahmati oleh Allah SWT.

Para SB yang selama ini bertugas membabi buta menerima arahan pemimpin Umno/Bn insaflah kerana banyak rakan-rakan yang masa bertugasnya begitu agresif tetapi akhirnya bila pencen tinggi sikit dari sampah dipandang dan dilayan oleh masyarakat tempatan.

Untuk saesuap nasi dimana-mana boleh dapat!