Skip to main content

Nizar la Zambry la PAS la UMNO la.

'Kalau menang belah dia tidak apa'

IPOH 23 Mei - Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) hari ini membidas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Beliau berkata, mereka sepatutnya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan tidak menimbulkan masalah apabila keputusan itu tidak memihak kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

''Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang belah dia tidak apa tetapi apabila kalah hendak bangkang," katanya ketika dihubungi semasa berada di Mekah, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selama tiga hari mulai Selasa hingga Khamis depan bagi mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.

Ketika ditanya hukum perbuatan mogok lapar dalam Islam, Harussani berkata: ''Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya,".

Zambry pula semasa diminta mengulas rancangan pembangkang itu berkata, biarlah rakyat menilai sendiri sikap mereka.

Hidup Kepimpinan Ulama. PAS perlu sokong kenyataan Mufti ni beb. Sebab PAS memperjuangkan Kepimpinan Ulama. Bangang punya falsafah.

Gua dah cakap dah. Berbuih sabun mulut gua. Sekali kena patuk, kita terus belajar la. Najib punya cara kita patut dah leh baca.

1. ADUN Perak lompat ke PKR. Anwar kemain bangga. Kemudian 3 ekor ADUN BR lompat BN siap yang melompat tadi sekali masuk BN semula.

Semua ini bertujuan memperlihatkan 'sama rata' kepada rakyat. Terutama genetik Melayu yang bodoh ni. So, patut dah faham dah.

2. Kemudian kes sama gak mahkamah tinggi. Bila hakim mahkamah tinggi menangkan Nizar, patut semua jangan gembira. Kena mainkan isu tidak gembira. Ada mahkamah rayuan, tetap tidak percaya kepada institusi kehakiman.

Gua ingat gua sorang jer blogger yang tak puji hakim mahkamah tinggi. Sebab gua percaya skrip ni dah rancang awal. Skrip 'sama rata' oleh Najib melalui pelajaran ADUN BN lompat PKR sekejap dulu.

Ini bukti 1 apa yang gua cakap.

Ini bukti 2 apa yang gua rasa.

Member gua siap telefon gua ni time Nizar diisytihar menang. Gua cakap ini semua dalam skrip. Mahkamah Rayuan ada. Dia pun cakapla gua jumud sangat terhadap hakim. Suka pukul rata. Bla bla bla.

Skang apa cerita? BR tak boleh mainkan isu kehakiman kerana skrip dah menangkan Nizar sekali. Macam si bangsat Anwar dalam kes lompat-melompat la.

Kalau lu orang manjang kena kencing jer, apatah lagi la ulama jenis bodoh2 alang ni. Apatah lagi mereka nak pimpin kita pada situasi peralihan kuasa pusat. Memang kompom kena tipu punya.

Gua percaya sesungguh hati, kalau Ostad Fadhil ada, sebaik sahaja Nizar diisytihar menang, Ostad akan keluarkan kenyataan meminta seluruh rakyat fokus kepada mahkamah rayuan. Kita bimbang semua ini telah dirancang mereka.


Comments

  1. bro..wa nak tya lu sket ni..wa nampak isu di perak sejak dri dulu lagi lu mcm x berapa berminat nak bagi pandangan..naper tu beb?..asyik copy paste berita dri org je..

    ReplyDelete
  2. Aduka ko punya pendapat sama dgn aku. Awai2 lagi ako dah smell fishy, tapi PR hepi semacam dgn keputusan Mahkamah Tingi. Ini sumua reverse psyco, ujung2 tunjuk ameno keluar sbg the winner takde kesalahan, bersih sebersih salju di bersih kan mahkamah boleh jual beli. Lepih nih nak harap Zombri bubar adun. Heheh mimpi siang ari lah. Sangat lawak org pelahap kuasa nak turun tahta.

    ReplyDelete
  3. byk blog yg ramal bende ni... ko je yg jumud dgn blog2 picisan dlm list ko tu aku tgk...

    ReplyDelete
  4. gua memang x suka Yb2 lompat ni, tak kira la BN atau PR..tak bermoral..tp gua lg x leh terima YB boleh kena beli... macam binatang lak leh beli2....so, gua pilih tak bermoral dari pilih yang boleh beli ni...kalau lombu takpe kalau H1n1 amacam...kepada Yb yang boleh beli nihayatilah pesan Kasim Selamat...(kenapalah Allah menciptakan kau sebagai manusia, kan lebih baik kau diciptakan sebagai Binatang)...ala kasim

    ReplyDelete
  5. kalau Ustaz Fadhil........

    jgn bermain dgn kalau...

    ReplyDelete
  6. wa pun sama gak... semasa mahkamah tinggi umum Nizar MB sah perak wa dah agak dah..... game baru bermula....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  7. "Hidup Kepimpinan Ulama. PAS perlu sokong kenyataan Mufti ni beb. Sebab PAS memperjuangkan Kepimpinan Ulama. Bangang punya falsafah."


    Apa kaitan kenyataan Mufti nie dengan memperjuangkan Kepimpinan Ulama? Ulama ada bermacam jenis, takkan lu sendiri tak paham. Falsafah menyokong kepimpinan ulama tak perlu dibangangkan semata-mata kenyataan mufti Perak, masa mufti Perak perjuangkan konsert JomHeboh haram, perjuangkan isu murtad, lu nak cakap apa? Bangang jugak? AT kata lu bijak sangat baca permainan media UMNO, takkan lu takleh baca lagi media UMNO nak lagakan PAS dengan Mufti Perak?? Lu nak suh penyokong PAS melompat dengan kenyataan mufti Perak, kemudian media UMNO boleh lagakan PAS dengan mufti PErak, sapa yg untung?? haiyaa wa ingat lu nie genius sgt beb....

    ReplyDelete
  8. Oit abu..

    Terima jek la mufti Perak tu ahli UMNO.Kalau takat nak kata Sure Heboh haram, murtad tuh haram..semua org dah tau.Pas dah lama marah2 kes nih.Tayah mufti kecoh pon org semua dah lama perjuangkan.

    Prob Mufti Perak ialah..biler buat Jom Heboh(Cth) kat lumut baru2 ni,asal tak jerit2 haram pulak.lagi di sokong Kerajaan Haram Perak yg menganjur.Asal tak konsisten?Lu leh jawab?

    Bro, politik adalah terkandung dlm Islam.Menyokong org buat kemungkaran cam yg Mufti perak sokong tuh..lu paham2 la sendiri. So tak kesah lu mufti atau Ulamak, sesekali lu menyokong atau nak bersatu ngn geng yg asyik nak wat jahat(baca:UMNO), Lu pon sama jenis jek ngn geng jahat tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.