Skip to main content

Boikot Husam.

Husam bersedia tawar diri bertanding jawatan Timbalan Presiden parti


KOTA BAHARU 29 April — Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa tidak menolak kemungkinan menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan pada muktamar agung parti Jun ini.

Katanya beliau akan membuat kajian dan pertimbangan daripada pelbagai sudut sebelum membuat keputusan muktamad berhubung kemungkinan itu.

Antara faktor yang akan diambil kira dalam pertimbangan itu ialah harapan ahli yang memerlukan beliau berbuat demikian; sebab-sebab kewajaran beliau perlu bertanding jawatan itu; dan arah tuju masa depan PAS terutama dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Faktor-faktor ini perlu saya diambil kira sebelum saya buat keputusan muktamad berhubung pertandingan merebut jawatan nombor dua dalam parti,” katanya kepada pemberita selepas melawat kilang membuat pakaian Nur Abadi Garments Sdn Bhd, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai pencalonan yang diterimanya bagi bertanding, Husam berkata, beliau belum menerima maklumat mengenai pencalonan itu. - Bernama

Oleh : AdukaTaruna

Persepsi rakyat Malaysia, wa percaya, Pusat Parti membayangi Pusat Kerajaan. Kalau lu ada jawatan di peringkat pusat parti, akan terbentuk persepsi ketokohan untuk jawatan kerajaan pusat.

1. Wa tabik lu dengan gaya professional umumkan macam Mat Sabu. Jangan dimomokkan dengan istilah pemilihan itu adalah negatif. Tawar diri dengan berani dan bertanggungjawab. Fight apa hala tuju parti jika anda dipilih. Kena buat kertas sket.

2. Tapi kalau lu tawar parti di peringkat pusat, walau tak salah, dan berdasarkan persepsi majoriti umum, wa cadang boikot sahaja kalau lu menyemak dan menyibuk kat Kelantan tu. Berbulu jer gua.

Lu kena faham fitrah alam beb. Satu 'jantan' akan punyai kawasan jajahannya sendiri. Walau lu manusia, fitrah ni sedikit sebanyak terjadi juga. Cane alim dan pro pun la PAS Kelantan.

'Jantan' lu di Kelantan sudah pasti mengundang konflik dengan 'jantan' pemimpin Kelantan lain. Kalau kucing jantan gua, walau 2 beradik, tapi bila dah besar dan 'jantan', kompom salah sekor blah punya. Sekali skala jer balik. Jajahan dia lebih luas. Duduk rumah akan konflik dgn sekor lagi. Faham?

So, lu jgn nak menyemak kat Kelantan if nak jadi Timbalan Presiden. Rakyat akan anggap lu calon TPM. Duduk parlimen. Berambus dari DUN Kelantan. Jgn sampai gua upah abanghensem bakar kete lu.

p/s : Anak Nik Aziz siap umum jenis kete mewah dia beb dalam blog. Siap bgtau no plat lagi. Haha... Tak salah.. tapi tak cerdik. Bodoh melantun.



Comments

  1. Aku yang nombor satu akan menentangnya. jika dia kalah,ngan nko2 sekali aku akan kejar.aku beri masa ko sebulan untuk ko lobi pemimpin ni sampai tocang naik tak turun2.boleh?

    1,2,3..lobiiiiiii!

    -Kasturi-

    ReplyDelete
  2. Oo rupanya calon ni yang dia berkenannya..baguslah tu. orang macam aduka yang maki ulamak tu suka pada calon ni yer..baru aku tau calon ni disokong oleh yahudi yang bernama Aduka Teruna.mesti ada beratus lagi jenis macam ni,yang suka dan berkenan pada calon ni. Tabiklah aduka. sure menang punya!

    ReplyDelete
  3. waa biar betul AT lu ni...mua ha ha..lu dapat kete ferari kaa ..mua ha ha

    fanatik

    ReplyDelete
  4. Aku nak tengok je ahli pas pilih saper timbalan presiden jap lagi..harap calon harapan lu menang aduka. tapi kalau kalah, ngan belakang parang aku hempuk nko. Aku xleh kompromi ngan orang yang anti pewaris nabi ni macam ko ni.

    -kasturi-

    ReplyDelete
  5. hmmm...

    idea dak duka ni mana yg baik kita ambik..

    yg hampeh tolak tepi..

    yg super hampeh kita hentam..haha


    -->>bukan semua tulisan dia hampeh..
    tapi bab otak motak tu memang hampehs...sampai terbelit otak den...

    citer bab otak otak gelang patah lg ummphhh...

    disman oii,,banjer den otak otak... ;p

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.