1. Hubungi gua di sini.



2. Untuk yang berminat untuk iklan, sila email gua utk pertanyaan harga, etc.



3. Wa lancarkan enovel sulong wa RM10 sahaja. Akaun Maybank no 155014038030 Then, emailkan ke Calling2 Gua butir-butir bayaran anda. Kalau calling2 gua tu tak berfungsi, lu email jer la kat adukataruna2008@gmail.com



Insyaallah. Dalam masa 24 jam, wa akan reply terus e-novel anda beserta passwordnya. Dan anda boleh ulas, bantai, kritik, debat, cadangan, karya tersebut di link ini.





Sahabat

Iklan





260412






011012

Apr 29, 2009

Boikot Husam.

Husam bersedia tawar diri bertanding jawatan Timbalan Presiden parti


KOTA BAHARU 29 April — Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa tidak menolak kemungkinan menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan pada muktamar agung parti Jun ini.

Katanya beliau akan membuat kajian dan pertimbangan daripada pelbagai sudut sebelum membuat keputusan muktamad berhubung kemungkinan itu.

Antara faktor yang akan diambil kira dalam pertimbangan itu ialah harapan ahli yang memerlukan beliau berbuat demikian; sebab-sebab kewajaran beliau perlu bertanding jawatan itu; dan arah tuju masa depan PAS terutama dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Faktor-faktor ini perlu saya diambil kira sebelum saya buat keputusan muktamad berhubung pertandingan merebut jawatan nombor dua dalam parti,” katanya kepada pemberita selepas melawat kilang membuat pakaian Nur Abadi Garments Sdn Bhd, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai pencalonan yang diterimanya bagi bertanding, Husam berkata, beliau belum menerima maklumat mengenai pencalonan itu. - Bernama

Oleh : AdukaTaruna

Persepsi rakyat Malaysia, wa percaya, Pusat Parti membayangi Pusat Kerajaan. Kalau lu ada jawatan di peringkat pusat parti, akan terbentuk persepsi ketokohan untuk jawatan kerajaan pusat.

1. Wa tabik lu dengan gaya professional umumkan macam Mat Sabu. Jangan dimomokkan dengan istilah pemilihan itu adalah negatif. Tawar diri dengan berani dan bertanggungjawab. Fight apa hala tuju parti jika anda dipilih. Kena buat kertas sket.

2. Tapi kalau lu tawar parti di peringkat pusat, walau tak salah, dan berdasarkan persepsi majoriti umum, wa cadang boikot sahaja kalau lu menyemak dan menyibuk kat Kelantan tu. Berbulu jer gua.

Lu kena faham fitrah alam beb. Satu 'jantan' akan punyai kawasan jajahannya sendiri. Walau lu manusia, fitrah ni sedikit sebanyak terjadi juga. Cane alim dan pro pun la PAS Kelantan.

'Jantan' lu di Kelantan sudah pasti mengundang konflik dengan 'jantan' pemimpin Kelantan lain. Kalau kucing jantan gua, walau 2 beradik, tapi bila dah besar dan 'jantan', kompom salah sekor blah punya. Sekali skala jer balik. Jajahan dia lebih luas. Duduk rumah akan konflik dgn sekor lagi. Faham?

So, lu jgn nak menyemak kat Kelantan if nak jadi Timbalan Presiden. Rakyat akan anggap lu calon TPM. Duduk parlimen. Berambus dari DUN Kelantan. Jgn sampai gua upah abanghensem bakar kete lu.

p/s : Anak Nik Aziz siap umum jenis kete mewah dia beb dalam blog. Siap bgtau no plat lagi. Haha... Tak salah.. tapi tak cerdik. Bodoh melantun.



5 komentar:

Anonymous said...

Aku yang nombor satu akan menentangnya. jika dia kalah,ngan nko2 sekali aku akan kejar.aku beri masa ko sebulan untuk ko lobi pemimpin ni sampai tocang naik tak turun2.boleh?

1,2,3..lobiiiiiii!

-Kasturi-

Anonymous said...

Oo rupanya calon ni yang dia berkenannya..baguslah tu. orang macam aduka yang maki ulamak tu suka pada calon ni yer..baru aku tau calon ni disokong oleh yahudi yang bernama Aduka Teruna.mesti ada beratus lagi jenis macam ni,yang suka dan berkenan pada calon ni. Tabiklah aduka. sure menang punya!

Anonymous said...

waa biar betul AT lu ni...mua ha ha..lu dapat kete ferari kaa ..mua ha ha

fanatik

Anonymous said...

Aku nak tengok je ahli pas pilih saper timbalan presiden jap lagi..harap calon harapan lu menang aduka. tapi kalau kalah, ngan belakang parang aku hempuk nko. Aku xleh kompromi ngan orang yang anti pewaris nabi ni macam ko ni.

-kasturi-

maymot said...

hmmm...

idea dak duka ni mana yg baik kita ambik..

yg hampeh tolak tepi..

yg super hampeh kita hentam..haha


-->>bukan semua tulisan dia hampeh..
tapi bab otak motak tu memang hampehs...sampai terbelit otak den...

citer bab otak otak gelang patah lg ummphhh...

disman oii,,banjer den otak otak... ;p