KUALA LUMPUR 24 Mac — Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau tidak terkejut dengan pemilihan bekas menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon pakatan DAP-PAS-Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.
Zambry berkata Barisan Nasional (BN) akan menghadapi siapa jua yang dipertaruhkan oleh pembangkang kerana ia adalah pilihan parti berkenaan untuk mencalonkan sesiapa sahaja sebagai calon.
“Pilihan itu adalah hak mereka. Nanti kita akan tengok pandangan rakyat terhadap pilihan mereka itu semasa pilihan raya nanti. Pilihan mereka itu tidak mengejutkan,” kata Zambry kepada Bernama.
Kerajaan negeri Perak pimpinan pakatan DAP-PAS-PKR tumbang pada awal Februari lepas apabila tiga daripada Anggota Dewan Undangan Negeri iaitu dua anggota PKR dan seorang anggota DAP keluar meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas serta menyokong kerajaan BN.
Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Mohammad Nizar sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang pada satu perhimpunan PAS di Taman Kota Jaya in Taiping, Perak.
BN telah menamakan Ketua Penerangan Umno Bukit Gantang Ismail Saffian, 49, sebagai calon bagi kerusi itu.
Bagi kebanyakan pihak, pilihan raya kecil Bukit Gantang akan menjadi pengukur senario politik negeri Perak.
— BERNAMA
PRK-Bkt Gantang ----merupakan satu "MAHKAMAH RAKYAT" dan "Referendum Rakyat" terhadap --- kemelut ciptaan manusia politikus dalam isu Kerajaan Negeri Perak & senario gelagat politik Malaysia masa kini.
ReplyDeleteDiharap rakyat akan menjadi "Pengadil" yang telus dan adil.
Bahasa orang yang TAKUT !!. Cover line lah tu. By the way, mari lah kita semua mendoakan kemenangan rakyat dan kemenangan islam. Yang baik semestinya dari allah taala.
ReplyDeletep/s: Brother Zambry sounds arrogant aja. Tak takut kuasa allah yang menentukan ke?
Dari awal najib dah bilang PRK ini bukan referendum sebab dia tau umno akan kalah, dia tau rakyat masih bengang dan marah.Bila umno kalah ini bermaksud rakyat tolak najib,zambry dan juga ORANG yang menyokong pengambilan kuasa di Perak dulu.
ReplyDeleteYa, rakyat akan jadi "Pengadil" yang telus dan adil. Salam.
Bro...Aku raso lah, si Zambry ni dah siang-siang lagi tahu yg YB Nizar ni jd calon....gayo cakap dio tu...den raso, agak-agak eh..BN buleh hilang duit pertaruhan...den agak lah...tp boto tu...UMNO nijam ni, lagi nampak pembohong dan penipu eh....memang hampeh UMNO ni...beto ko bro???
ReplyDeletesemua org confident PAS menang yeaa..
ReplyDeletenape wa sorg aje yg x confident...hahaha.