Skip to main content

Zambry tak terkejut pencalonan Nizar

24/03/2009 6:25pm

KUALA LUMPUR 24 Mac — Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau tidak terkejut dengan pemilihan bekas menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon pakatan DAP-PAS-Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Zambry berkata Barisan Nasional (BN) akan menghadapi siapa jua yang dipertaruhkan oleh pembangkang kerana ia adalah pilihan parti berkenaan untuk mencalonkan sesiapa sahaja sebagai calon.

“Pilihan itu adalah hak mereka. Nanti kita akan tengok pandangan rakyat terhadap pilihan mereka itu semasa pilihan raya nanti. Pilihan mereka itu tidak mengejutkan,” kata Zambry kepada Bernama.

Kerajaan negeri Perak pimpinan pakatan DAP-PAS-PKR tumbang pada awal Februari lepas apabila tiga daripada Anggota Dewan Undangan Negeri iaitu dua anggota PKR dan seorang anggota DAP keluar meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas serta menyokong kerajaan BN.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Mohammad Nizar sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang pada satu perhimpunan PAS di Taman Kota Jaya in Taiping, Perak.

BN telah menamakan Ketua Penerangan Umno Bukit Gantang Ismail Saffian, 49, sebagai calon bagi kerusi itu.

Bagi kebanyakan pihak, pilihan raya kecil Bukit Gantang akan menjadi pengukur senario politik negeri Perak.

— BERNAMA

Comments

  1. PRK-Bkt Gantang ----merupakan satu "MAHKAMAH RAKYAT" dan "Referendum Rakyat" terhadap --- kemelut ciptaan manusia politikus dalam isu Kerajaan Negeri Perak & senario gelagat politik Malaysia masa kini.

    Diharap rakyat akan menjadi "Pengadil" yang telus dan adil.

    ReplyDelete
  2. Bahasa orang yang TAKUT !!. Cover line lah tu. By the way, mari lah kita semua mendoakan kemenangan rakyat dan kemenangan islam. Yang baik semestinya dari allah taala.

    p/s: Brother Zambry sounds arrogant aja. Tak takut kuasa allah yang menentukan ke?

    ReplyDelete
  3. Dari awal najib dah bilang PRK ini bukan referendum sebab dia tau umno akan kalah, dia tau rakyat masih bengang dan marah.Bila umno kalah ini bermaksud rakyat tolak najib,zambry dan juga ORANG yang menyokong pengambilan kuasa di Perak dulu.

    Ya, rakyat akan jadi "Pengadil" yang telus dan adil. Salam.

    ReplyDelete
  4. Bro...Aku raso lah, si Zambry ni dah siang-siang lagi tahu yg YB Nizar ni jd calon....gayo cakap dio tu...den raso, agak-agak eh..BN buleh hilang duit pertaruhan...den agak lah...tp boto tu...UMNO nijam ni, lagi nampak pembohong dan penipu eh....memang hampeh UMNO ni...beto ko bro???

    ReplyDelete
  5. semua org confident PAS menang yeaa..

    nape wa sorg aje yg x confident...hahaha.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...