Skip to main content

Bayangkan Hero Remaja PAS di Bukit Gantang.

Rujukan : Hero Remaja PAS.

salam...AT...buat apa pening2 kepala cari seorang hero remaja...kita banyak hero2 yang sentiasa bertungkus lumus demi perjuangan Islam...sebagai seorang ibu, saya selalu tersentuh melihat pengorbanan anak muda keseluruhannya...dan satu lagi
Proses pencarian Hero Remaja PAS boleh mencetuskan fenomena atau melonjakkan perhatian remaja wanita kepada PAS.

Hero memang la ramai, tetapi perlu dibina seseorang sebagai ikon / selebriti. Remaja-remaja wanita akan mengikurti pencarian itu, menilai kebijaksanaan, mendapat pendedahan terhadap apa yang PAS cari, apa perbezaan dengan pencarian realiti yang lain, etc.

Hero sahaja, manakala heroin tidak perlu. Kerana kita tidak mahu wanita dikatakan sebagai alat, dan remaja lelaki tidak bermasalah dengan ini. Walau jahat mereka lebih cenderung kepada anti-kerajaan.

kau nak akhil hai ke kau nak mawi
hancus2
cuba nak mengislamikkan AF?
tak rasional la bro
Apsal la lu hanya nampak AF...

: )

Untuk menarik remaja kepada PAS bukan melalui mencari ikon remaja, itu idea mengikut nafsu.

Remaja hendaklah ditarbiyyah, di didik mengikut landasan Islam barulah remaja2 ini faham matlamat kehidupan sekali gus akan menyokong PAS.


Jadi ini hujah kedua selepas hujah pertama mengenai kader tadi dibatalkan.

Pencarian ikon indah dikatakan nafsu?

1. Hensem
2. Cerdik
3. Berakhlak
4. Tahfiz
5. Berbakat
6.
7.

Nafsu di mana? Kita hanya ulang-guna peristiwa nabi. Sehensem Yusof, sebijak Khidir, setabah Ayyub, semula Muhammad bagi asbab dakwah.

Di mana datangnya persepsi nafsu dalam hujah kedua ini? Kotak AF?

: )

Comments

  1. salam...waduh cepatnya respon...tak dan beralih....hero sebenar tak perlu dipilih dari yang mahu dipilih...tapi dari kalangan yang terpilih....

    ReplyDelete
  2. Ini lebih dari dicungkil sebenarnya. Kalau kita hanya membiarkan situasi memihak kepada kita, bermakna kita bukan organisasi terancang.

    Rancanglah apa sahaja yang baik demi kemajuan gerakan Islam.

    ReplyDelete
  3. setuju dgn AT.


    "rancanglah apa sahaja yg baik
    demi pjuangan ni"

    ReplyDelete
  4. masyuk ide hero ni, leh diketengahkan.

    kene bagi tau kat salahuddin ayub ni, suh dia buat sebelum dia resign post ketua pemuda.

    ReplyDelete
  5. "hero sebenar tak perlu dipilih dari yang mahu dipilih...tapi dari kalangan yang terpilih...."

    ini wa setuju 500%...
    sebab kalau ade yang mahu dipilih tapi xterpilih, merajuk la plak..
    pastuh penyokong merusuh, bapak plak da xnak datang perhimpunan agung..wakaka

    pastuh wa rasa, kalau buat ujian cam time nak pilih astronaut dulu pun ok..haha
    lu tgk ah hasil dia, sheikh muzaffar tuh..cair gadis2 melayu..

    -orang jauh-

    ReplyDelete
  6. idea dah adaa.. tapi mungkin tak kemana bila hero tu daripada produk jenama politik.....
    awek2 mana suka hal-hal politik nii..lagi bila kait dengan pas..hehe..
    macam mawi tu...kan konon-kononyee natural...

    melainkan kalau hero tu super kacakk..hahahah..

    ReplyDelete
  7. wa nak tambah ciri2 tuh....kaya.Kalau berjaya dlm business internet lagi bagus.Baru la nampak pas ala2 level Larry Page.

    Baru leh claim "sapa kata nak kaya kene sokong gomen utk kontrak"

    Zaman kontrak2 dah berlalu bro.Kalau ada hero pas camtuh..perghh.wa sgt kagum bro.

    ReplyDelete
  8. Macam akak..
    eh eh,, anak bujang akak jek ciri2 hero remaja neh...

    ;)

    ReplyDelete
  9. Idea yg baik & relevan. Tp wa caye puak2 dlm kotak mesti protes benda ni, haha.

    P'soklannya, dr mana asal hero tu?

    1. Pure dr kilang PAS
    2. Dr kilang lain tp jd hero lps join PAS

    Kategori 2 mmg ramai & bakal ramai. Asalnya mrka well-known & popular melalui bidang seni tanpa batasan. Kmdian baru m'bersihkan diri.

    Kalo kata Kategori 1 nak kuar album, sape nak beli bro? Org PAS? Haha. Aweks? Lagu x lentok la.

    Lu bayang seorg huffaz kuar album, buang serban pakai snow cap. Comfirm kena maki dgn puak2 dlm kotak. Akhil Hayy dah kena awal2 dulu bro.

    Pastu sejak bila nak declare dia ni hero PAS? Awal kemunculan @ slps b'jaya? Kalo awal, Shabery Chik mesti dah pangkahnya.

    Tu wa tgok dlm bidang seni la.

    Hmm.. mgkn Adi Putra bole diasah kot, hehe.

    ReplyDelete
  10. mungkin calonnya dah ada.... (sambil muka wa berseri-seri)...


    -abanghensem

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.