Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Feb 11, 2009

Lu jangan yakin sangat PAS.



Oleh : AdukaTaruna
Rujukan Tambahan : Di sini.

Terutama media pro PAS, tak kiralah Harakah ke, bloggers ke, TKO ke, UO ke, kena segan2 sikit kat Allah ma. Wa cakap bukan sebab wa baik. Tapi sejarah mengajar kita camtu. So, meh kita imbas sikit mase dulu. Time tu lelaki_ini, zaminc, abanghensem, Tadika Kemas lagi.
Edyesdotcom Tabika Cumi & Ciki. Ngeh2...

Imbas 1.

Dulu, 1999 masa kemuncak kezaliman TDM, kemarahan rakyat menggila. Wa baru abes SPM la wa ingat time tuh. Wa kerja PERKESO. Kontrak lah sebelum wa sambung study. Time tu majority kenderaan ada bendera anti-UMNO. Masih segar dalam memori wa nih.

Kenderaan yang wa ada time tu Honda. Kecik2 dah pakai Honda tu beb. Spesis EX5. Keje gomen ni, tapi anti-kerajaan. Akak-akak, makcik-makcik opis (sampai sekarang wa masih yakin wanita Melayu paling bengap nak berubah) gomen asyik perli wa jer. Gaji pun kerajaan bayar, nak lawan kerajaan.

Malam nak mengundi, walau masih belum boleh mengundi, wa dengan member wa bernama Bulat, round Ampangan. Lokasi rempit. Kitorang cacak bendera PAS. Round punya round, masuk Block C (nama tempat), tetiba sampai jalan mati.

Time nak u-turn, rupa2 ada satu Yahama 100 Sukan pun follow kitorang berdua. Brother tu bawak bendera Adil. Time tu PKR belum wujud la wa ingat. Masih nasionalis Melayu lagi.

Sampai depan Surau Hitam, wa berhenti sebab lampu merah. Toleh belakang, dah melambak Mat Rempit dah. Masing2 bawak bendera bukan BN. Ada sebijik dua pajero dan kereta. Juga bendera bukan UMNO.

Sampai Senawang, konvoi bercamtum jadi besar. Yang Mat Motor jadi kepala konvoi la. Berhenti kat Markas PAS Taman Tuanku Jaafar. Masa tu kompiden menang. Yakin gile semua rakyat sokong. Keputusan menunjukkan Melayu jer sokong rupanya. Tapi tetap puas hati la.

Imbas 2.

2004, kompiden 1999 masih menyala. Tak payah cakap wa la. Wa dah tentu punya. Tapi PAS sendiri macam kompiden tahap angkasa gaban beb. Kurang munajat2 nih. Solat2 hajat ni setahu wa, wa tak pernah baca dalam media PAS.

Suasana pulak tak sepanas 1999. Tapi sebab wa ingat semua dah mahu berubah, so, tak payah nak poyo2 lagi. Sekali keputusan, tu dia. Faktor Mr Clean.

Imbas 3.

2008. Semua dah tak poyo ala 2004 lagi dah. Baik Harakah, baik bloggers PAS. Sorang pun tak sebut menang besar la, itu la ini la. Time tu semua risau Kelantan jer. Negeri lain kalah pun takper lah.

Munajat bersepah. Paling besar kat Kelantan. Gambar TGNA mengalir air mata merebak kat internet. Friendster n Myspace awek2 pun tampal gak gambar TGNA tu beb. Sebelum tu BERSIH kat KL. Punyalah ramai. Kecoh. Keri time tu paling power. Skang ni dia tengah gelabah sebab tengok Najib lagi ganas.

Keri cakap nak bertempur dengan peserta BERSIH malam sebelum tu. Rupa2nya hantar polis suruh lawan kitorang. Natang punya Keri.

Wa plak pes taim jadi PACA. Siap kursus tu beb. Siap ada simulasi lagik. PACA kat tempat wa, tapi hati kat Kelantan. Jangan tumbang dah. Tu ajer la yang ada sebagai motivasi. Janganlah Allah ambil.

Oleh : AdukaTaruna

Seandainya Kelantan tewas.
Terima kasih ALLAH kerana mengajarku terlalu banyak perkara…Terima kasih ALLAH kerana menunjukkan kepadaku terlalu banyak perkara…
Apa itu air mata, apa itu tok guru, apa itu penderitaan, apa itu kasih sayang
Ah…
Terlalu banyak yang tidak tersenarai…


Seandainya Kelantan tewas.
Terima kasih ALLAH atas apa yang dipinjamkan selama ini…Ampunkan dosa pemimpinnya dan rakyat di dalamnya selama ini..
Merekalah yang memberi semangat kepada kami di sini..
Merekalah yang memandu perjuangan kami di sini..
Ampunkan dosa mereka, Ya ALLAH, terlalu banyak jasa mereka kepada kami di sini sepanjang tempoh peminjamanMu Kelantan kepada mereka.

Seandainya Kelantan tewas.
Berikanlah sedikit hadiah kepada mereka ya ALLAH...
Berikanlah sedikit ketenangan kepada kami di sini ya ALLAH...
Walaupun kami dan mereka tidak layak untuk itu..
Tapi kasihanilah kami Ya ALLAH..
Hanya kepadaMu kami merintih dan mengadu.
Seandainya Kelantan tewas.
Kami tidak lagi mempunyai kuasa pengimbang melindungi hak-hak muslim di tanah ini Ya ALLAH...
Lindungi wanita-wanita kami Ya ALLAH...
Lindungi anak-anak kami Ya ALLAH...
Lindungi ulama-ulama kami Ya ALLAH...
Lindungi peniaga=peniaga kami Ya ALLAH...
Yang mengizinkan tewas itu Engkau Ya ALLAH...
Dan yang melindungi kami juga adalah Engkau Ya ALLAH.


Seandainya Kelantan tewas.
Izinkan kami akan menyimpan kenangan manis tersebut selama-lamanya...
Jangan dipadamkan kenangan itu dari hati kami Ya ALLAH...
Jangan diluputkan sejarah itu dari kami Ya ALLAH...
Supaya anak-anak kami mengetahuinya, Ya ALLAH...
Semoga anak-anak kami bangkit menyambungnya Ya ALLAH...

Seandainya Kelantan tewas.
Walaupun berhadapan dengan masa depan yang tidak menentu...
Kami hanya adaMu Ya ALLAH...
KepadaMu kami serahkan masa depan kami, anak-anak kami, wanita-wanita kami...
Bantulah kami meneruskan kehidupan agamaMu dalam suasana yang tidak menentu...
Jangan bebankan pundak kami dengan apa yang kami tidak mampu menggalasnya...
Hanya kepadaMU kami berserah.
Seandainya Kelantan tewas.
Terima kasih ALLAH atas pinjamanMu selama ini untuk kami di sini...
Terima kasih Tok Guru dan ulama atas tunjuk ajar kalian selama ini untuk kami di sini...
Terima kasih rakyat Kelantan kerana membina model negara Islam yang dicemburui selama ini...
Terima kasih semuanya.


Ya ALLAH, izinkan kami di sini menyimpan kenangan manis itu untuk melegakan kepedihan sekiranya Kelantan tewas.

HanyaMu kami sembah, HanyaMu kami bermohon, hanyaMu kami berlindung.

Amin ya Rabalalamin…..


Last2, tu dia… Bukan Kelantan jer, Selangor, Penang, Kedah, Perak, KL. Alhamdulillah.

Imbas 4.

Sama gak time PRK KT. Sekor bloggers PAS pun tak sebut menang. Penarik Beca yang ada maklumat dalaman pun tak tulis menang. Harakah pun tak tulis menang walau Prof Agus bagi analisis menang.

Kerja sungguh2. Solat hayat merata. Keputusan, alhamdilillah.

Bukit Gantang ni.

Yang penyandang, kita tetap bersedihlah, berterima kasih, dan perlu PAS membela keluarga mereka. Tapi perjuangan tetap perjuangan yang tidak boleh berhenti walau seharkat.

Cuma, tak boleh la yakin macam 2004. Belajar dari sejarah ma. Bergantung kepada Allah dengan sebenar-benar bergantung. Kerja sebagai manusia dengan sebenar-benar kerja. Bukit Gantang bukan kubu macam Permatang Pauh ma, dan bukan macam Kuala Terengganu yang pengundi diorang fleksibel. Anytime jer leh tukar2 parti.

So, pesan wa pada diri sendiri dan semua, jangan poyo ma. Jangan terlalu agreasif sehingga menakutkan pengundi atas pagar, pengundi berkecuali, pengundi protes UMNO.

JANGAN TERLALU AGREASIF!

Maklumlah, semangat tengah panas akibat liwatan kerajaan BN. Kang ada pulak yang konvoi masuk kampung2, bunyi hon, bising2, provoke2, guna bendera PAS pulak kang.

7 comments:

cybernetics mind said...

waaaa...
shahdu laaa
cetusan hati
"Seandainya Kelatan Tewas" tu
mintak izin nk boh kat blog boleh ??
kalo boley nk adjust skit....
"Seandainya Perak Benar2 Tewas"
heheheh...pd aku skrg tk tewas lagi :)

AdukaTaruna said...

Puisi lama tu bro. Masa ambang PRU2008 ari tuh. Lu hambek jer la.

Kalau search kat google puisi ni, banyak org ambil. abanghensem hasut wa saman, kayo beb. Tapi wa kan mulia orang nyer.

Ngeeeeeeee...

maymot said...

hambik jer cybernetics,
akak kasik izin tapi jgn lupo taruk nama maymot eh eh dak dukaduki tu sebg penghargaan ponat lolah dio nulih... :-)


-->>taim PR12(2008)ingat lagi duka mesej ajor akak cane nak beratur kalo queue pjg,,maklum akak berbadan dua yg agak sarat masa tu..
tenkiu duka,,
poyo2 dak somban ni prihatin gaks dia..

Sompek gak duka mesej tanya situasi tmpt2 len cane prestasi PAS ms ari ngundi sbb dia agent PACA kena terperap dlm bilik ngundi..,,hmm seludup enset la tu,,leh bwk masuk enset ke dlm bili undi??

So korang jgn la kutuk banayk2 ngat dak somban ni...,,hibo laks ati se..
sob!sob!sob!

lelaki_ini said...

PRU 2008 ; kenangan t'manis buat wa.

Wa jd ketua PACA utk 1 UPU di JB. Lu org bayang, pengundi di UPU wa tu 80% Cina tp byk pusat ngundi PAS menang, padahal calon BN tu Cina MCA.

Tp bila dah total smua UPU, DUN tu PAS kalah bbrpa ribu je. Ni bkn Kelantan beb, tp Johor. Kubu kuat BN.

Tp Allah hebat bro. Dia swing hati2 non-Muslim utk undi PAS ( meremang bulu roma wa taip ni, Allah mmg hebat ).

Sebak wa beb, bila wa tgok byk Cina pangkah PAS ( peti undi transparent, so bole nampak kertas undi bila t'selak ) t'masuk Cina2 tua b'tongkat.

Mlm tu wa x tido tggu result dpn TV. Alhamdulillah mlm tu adalah mlm plg indah bg wa bila tau PR dpt 6 negeri ( lbh indah dr mlm pertama beb, siyes ) dan kubu BN Johor tembus ( PAS 2 DUN, DAP 4 DUN 1 Parlimen ).

Pg Ahad esoknya wa tgok langit, msh ada sinar baru rupanya wat Mesiaku hehe.

Kenangan beb. Allah is the Great, munajat & taqorrub kpdNya adalah senjata kita. Tu speselnya PAS :-)

zaminc said...

Salam..
Wa nak komen dah terlambat plak...
Banyak komen puji2 lu AT...
Wa nak komen satu jer...
ohooo ni keje lu, dok usha myspace & frenster aweks2.... hehe...

Anonymous said...

imbasan2 yg sgt menarik, memberi sedikit kegembiraan dlm rasa sedih hal di perak.

1999 tu hampir pasti allahyarham ustaz fadzil nor jadi mb negeri kami kedah tapi tak jadi... tapi 2008 pulak ustaz azizan tak bayangkan nak jadi mb tapi itulah takdir Allah.

Anonymous said...

citer pasal PRU12 ni wa nak citer skit suasana kat Kota Bharu malam akhir kempen PRU12 n suasana keputusan diumumkan..... situasi masa tu memang gempak giler..... walaupun lusa hari mengundi tapi tanda kemenangan besar PAS kat kelantan sudah nampak dah pada malam tu.... sampai subuh penyokong PAS (95% kenderaan berarak pasang bendera PAS)terus berarak.....polis sekadar melihat jer (dari air muka polis aku tengok mereka memang seronok juga melihat suasana pada malam tu).... alhamdulilah kemenangan moral memang menjadi faktor besar untuk kemenangan sebenar.....

Tiba hari mengundi.... seawal 7 malam wa dah dapat maklumat bahawa PAS dah menang majoriti di Kelantan (alhamdulillah.... nak menitik air mata wa pada masa tu).... alamak... terharu plak.... tapi wa malas nak percaya 100% lagi sebab belum konfem.... malam keputusan diumumkan wa pegi lepak kat pengiraan undi di sekolah kebangsaan kubang kerian 3.... satu persatu keputusan diumumkan...... laungan takbir kedengaran bila beberapa keputusan diumumkan (samy velu tewas, shahrizat tewas, mashitah tewas)..... alhamdulillah..... kemenangan ISlam masih kukuh lagi selepas PRU12 di Kelantan....

-abanghensem