Skip to main content

Allah tak suka taktikal yang ini kot…

Oleh : AdukaTaruna

Wa bukan nak kata wa baik, tapi nak bagi gambaran jelas dalam artikel ini. Wa pun lahir dalam keluarga ‘UMNO’. Wa tidak lahir dalam suasana ‘PAS’.So, iman wa tahap 'UMNO' jer.

Dalam tajuk taktikal manusia, provoke, yakin diri adalah perlu. Dalam sukan contohnya atau dikecilkan kepada takraw. Selalunya si apit kiri mempunyai tugas khas. Yakni memprovoke, mengejek, mempamerkan perwatakan berlagak.

Tujuannya ialah mengganggu tumpuan pihak lawan. Mengundang kekacauan emosi. Kemudian, selepas tamat perlawanan, mereka akan bermaaf-maafan. Professional.

Tapi tak semua orang dapat camtu. Tak semua golongan boleh begitu. Orang lain boleh, tapi sesetengah kita tak boleh. Yang inilah maksud wa, bukan nak kata wa baik, tapi nak membantu pembaca faham maksud wa.

Katakan adik wa timbang bola. Atau lebih tepat cuba melakukan satu skill yang dinamakan A. Dan kebetulan wa mahir akan skill A tu. So, atas tajuk seorang abang, pasti wa nak ajarkan adik wa.

“Bukan camtu la Man. Dia camni. Meh Angah tunjuk.”

Memang sah2 takan jadi. Asal wa nak tunjuk jer, mesti tak jadi. Selalu berlaku dalam sukan atau dalam bentuk penyelesaian masalah. Sampaikan, lama-kelamaan, wa terpaksa cakap camni.

“Bukan camtu la Man. Meh Angah tunjuk. Tapi tak taula jadi ke tak jadi pulak kali ni.”

Tamat bab latar apa yang nak dibincangkan.

Politik PAS.

Bagi wa PAS tak boleh beb. Taktikal yang mendakwa yakin, yang mempamerkan angkuh tak boleh. Kalau nak dakwa yakin, kena sebut insyaallah. Kalau parti bukan matlamat Islam, terkecuali kot.

Dulu, masa kemuncak kezaliman Mahathir, PRU1999, PAS menang besar. Bila PRU2004, PAS macam kurang minta kat Allah. Termasukla wa sekali. Yakin gile rakyat semua sokong PAS dah.

Apa melungkup 2004. Terkedu beb. 2005 wa mula aktif dalam penulisan internet. Masing-masing belajar balik. PRU2008, pergantungan PAS terhadap Allah tinggi gile. Memang masa tu kurang kenyataan yakin-yakin, angkuh2 nih.

Kelantan beberapa kali buat munajat, solat hajat. Takut gile kalah. Gambar air mata TGNA tersebar. Semua takut Kelantan out. Negeri lain kalah pun takper lah. Hati kecil memang ada naluri rasa BN terlingkup. Tapi tak berani nak cakap.

Last2 macam tak percaya. 5 negeri BN tewas. Langit Malaysia sedikit terbuka.

PRK KT dan PRU13.

Begitu juga PRK KT. Majoriti blogger pro PAS tak tulis pun yakin menang, walau hati terdetik rasa boleh menang. Pondok dari Kelantan turun buat solat hajat. Kerja sungguh-sungguh. Akhirnya, alhamdulillah PAS menang.

Tak lama lagi PRU13 plak. Wa desak pemimpin PAS menjadi benteng kemuncak keyakinan penyokong dari melimpah-limpah. Kena halakan keyakinan mereka kepada kebergantungan kepada Allah. Ini jer la peluang terbaik yang ada. Buatnya Allah tak suka kang, melopong sagu beb. Kena tunggu lagi 2-3 PRU lagi la plak...

Walau tahu PAS kuat, PAS tetap menggigil terhadap kuasa Allah.

Walau PAS tahu hati rakyat bersamanya, PAS tetap menggeletar kuasa membolak-balik hati ada pada Allah.

Walau PAS tahu dia menang, PAS tetap berpeluh-peluh ‘kunfayakun’ Allah.

Kesimpulan.

Jadi, kenyataan awal orang tua genius, TGNA meminta pemimpin tidak keluar kenyataan angkuh memang tepat.

Wahid yang menyeru jemaah jaga hubungan dengan Allah sebaik menang memang diperlukan.

TGHH yang tidak komen langsung kebobrokan BN / UMNO selepas menang memang caya. Malah siap boleh menyeru Paklah mengekalkan jawatan PM bagi tujuan penambahbaikan lagi. Memang cun.

Salahudin terus memacu focus akar umbi kepada masalah Palestine sebaik sahaja menang juga sangat menarik.

Comments

  1. moga PAS terus berperanan sebagai pemimpin spiritual & akhlaq kpd PKR & DAP dlm Pakatan Rakyat dan penda'wah kpd UMNO/BN.

    kebengapan Karpal akan luntur sikit demi sikit bila b'depan dgn akhlaq & kecerdikan pimpinan PAS, insya Allah.

    ReplyDelete
  2. Wa sokong idea lu yang ni brader...Lu ada tanjak ganti YB Topik ketuai Pemuda PAS Negeri Sembilan Puluh Sembilan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...