Skip to main content

Kedah tidak boleh terus menjadi Kelantan 2008.


Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Imaginasi genetic Melayu tidak besar. Kita boleh melihat melalui novel atau filem mereka. Ketidakupayaan daya imaginasi menyebabkan kegagalan menilai situasi semasa. Kerajaan PAS (BR umumnya) tertegak dalam mode ujikaji oleh rakyat. Ini yang gagal difahami. Dan sepatutnya kefahaman ini dijadikan garis landas sepanjang penggal ujikaji ini.

Selepas berjaya dalam penggal ujikaji, barulah maju ke garis landas yang seterusnya. Kita tidak boleh mengikut daya upaya imaginasi ulama Terengganu yang mahu menegakkan keseluruhan Al-Quran yang turun bertahun-tahun lamanya itu hanya sebelum ayam berkokok.

Teguran kepada Kedah.

Ini kali pertama hamba mengkritik Kedah. Sepanjang permulaan, Kedah memang membanggakan. Tetapi, dalam isu artis, hamba tidak setuju dalam beberapa perkara teknikal, bukan perkara pokok.

Kedah atau Perak, tidak boleh terus meloncat menjadi Kelantan di tahun 2008. Kedah atau Perak harus merangkak seperti Kelantan di penggal pertama. Jangan jadi seperti Terengganu sebelum ayam berkokok.

Langkah pertama yang sepatutnya.

Sepatutnya, Kedah harus menganjurkan satu forum terbuka mengenai hasrat ‘menghijab’ (contoh semata. Belajar sikit dari UMNO dalam memilih istilah yang menguntungkan) artis. Yakni, hanya artis lelaki yang berkategori bersih dibenarkan membuat persembahan secara terbuka, dan artis wanita secara tertutup. Untuk bukan Islam pula, persembahan tertutup dibenarkan, dan sebagainya yang dibincangkan dalam forum.

Kedah harus menarik rakyat terjun bersama kepimpinan PAS. Bila sudah mendengar pelbagai pandangan dari rakyat, golongan muslim ‘keras’, golongan muslim ‘sederhana’, non muslim, persatuan artis, NGO dan sebagainya, barulah dilaksanakan. Sebab Islam tidak boleh ditumbangkan dengan hujah atau idealogi ciptaan manusia. Yang penting ialah, Kedah tidak membelakangkan intelektual pengundi.

Jadi, kesimpulan step pertama dalam artis, ialah, tiada paksaan kepada non muslim dalam hokum untuk muslim. Artis non muslim boleh membuat persembahan di tempat tertutup yang dihadiri oleh non muslim. Manakala, yang muslim, hanya boleh dihiburkan secara terbuka oleh artis bersih lelaki. Artis bersih wanita hanya untuk wanita, secara tertutup.

Kesemua ini ditegakkan tanpa membelakangkan intelek pengundi. Tidak sombong kepada pengundi. Melalui forum seperti inilah, Kedah memperlihatkan keterbukaan dan kematangan berhadapan dengan idealogi yang pelbagai. Satu suasana yang tidak dinikmati sebelum ini. Barulah non muslim nampak bahawa hukum hudud atau hukum Islam, atau larangan-larangan tertentu hanya untuk orang Islam.

Langkah kedua yang sepatutnya.

Setelah berjaya meredakan kekeliruan, rasa ingin bersuara / meluah kebanyakan pengundi / rakyat, melalui forum, PAS mempunyai satu lagi platform dalam memacu rakyat memahami aspirasi kepimpinan. Caranya ialah cara Kelantan / TGNA.

Sebagai contoh, dalam kes arak atau judi, Kedah hanya perlu bermuzakarah secara terbuka dan terangan dengan semua ketua agama yang wujud di Kedah, yang diiktiraf perlembagaan. Budha, Kristian, Hindu dalam menyuarakan hasrat Kedah dalam hal arak, judi, pelacuran dan sebagainya.

Jadi, sekiranya semua ketua agama bersetuju bahawa judi dan pelacuran adalah haram, maka, Kedah dapat memacu rakyat ke arah aspirasinya, berdasarkan agama. Sekiranya arak dibenarkan oleh agama Hindu dan Budha, maka, mungkin penjualan arak diuruskan oleh institusi agama berkenaan di rumah ibadat mereka atau kawasan majority mereka secara terkawal dan tertutup.

Kesimpulan.

Kesimpulannya, oleh kerana PAS adalah parti politik berlandas agama, maka, cara PAS memacu rakyat ke arah aspirasinya haruslah berkaedahkan agama. Dan oleh kerana PAS adalah parti berintelektual (?), maka, cara PAS memacu rakyat memahami aspirasi PAS haruslah melalui intelektual. Jelas?

Di tahun 2008, Perak dan Kedah adalah dalam fasa ujikaji. Maka, atas kefahaman imaginasi ini, negeri-negeri ini tidak boleh terus menjadi Kelantan di tahun 2008. Idealogi Terengganu harus dikurantinkan.

http://adukataruna.blogspot.com/2008/07/pas-terengganu-perlu-dikuarantinkan.html

Islam yang diperjuangkan melalui perebutan majority tidak boleh ditegakkan semudah sebelum ayam berkokok. Kepimpinan Ulama yang dimusnahkan oleh Hadi Awang kepada bukan ulama bernama Mustapha Ali
(retorik) untuk ahli berbaiah PAS Terengganu yang wala’ haruslah dirujuk sirahnya untuk dielakkan, bukan untuk digunapakai. Clear?

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...